Adakah anda tahu perbezaan antara yogurt beku dan aiskrim? Yogurt beku merupakan sejenis pencuci mulut beku yang diperbuat daripada yogurt dan produk tenusu lain. Ia juga disajikan dalam pelbagai jenis perisa dan gaya. Walaupun yogurt beku mempunyai bahan utama yang sama seperti aiskrim, namun ia mengandungi kultur bakteria hidup yang menjadikannya makanan ringan yang lebih sihat.
Yogurt beku digemari oleh semua orang terutamanya kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana rasanya lebih lazat dan mempunyai pelbagai topping. Berikut adalah 7 kedai yang menjual yogurt beku terbaik di KL dan Selangor yang boleh anda cuba.
Adakah Yogurt Beku Lebih Sihat Daripada Aiskrim?
Yogurt beku mempunyai jumlah lemak dan kalori yang lebih rendah jika dibandingkan dengan aiskrim biasa. Walaupun begitu, yogurt beku boleh mengandungi kandungan gula yang tinggi, jadi anda disarankan untuk mengambilnya secara sederhana. Hal ini kerana ia dapat mencegah anda daripada beroleh penyakit berbahaya seperti diabetes.
Adakah Yogurt Beku Mudah Didapati di KL & Selangor?
Terdapat beberapa tempat yang menawarkan yogurt beku seperti llaollao di seluruh KL dan Selangor, jadi agak mudah untuk mencari yogurt beku semasa berada di kawasan ini. Kemudahan ini membolehkan anda memenuhi keinginan anda di mana-mana dan pada bila-bila masa yang anda mahu.
7 Yogurt Beku Terbaik di KL & Selangor 2024
1. llaollao


llaollao merupakan kedai yogurt beku yang terkenal serta mempunyai cawangan di seluruh Lembah Klang. Ia membawa tema warna putih dan hijau bagi memudahkan anda membezakannya dengan jenama yang lain. Sejukkan badan anda dengan yogurt beku yang sihat ini. Ia ditawarkan dengan pelbagai jenis topping dan sos yang lazat. Ia juga menyediakan hirisan buah-buahan segar untuk anda gabungkan dengan yogurt beku anda. Jika anda inginkan minuman yang sihat, kedai ini ada menawarkan smoothies buah-buahan untuk anda cuba.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Yzen Frozen yoghurt – by The Dessert Lover


Adakah anda sedang mencari yogurt beku di Cyberjaya? Cubalah yogurt beku di Yzen Frozen Yoghurt – by The Dessert Lover ini. Mereka terkenal dengan rupa yogurt yang unik dan berwarna ungu. Yogurt beku di sini diperbuat daripada ubi keledek ungu bagi menghasilkan rasa manis yang semula jadi. Selain itu, persekitaran kedai ini yang tenang membolehkan anda menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah sambil menikmati yogurt beku anda yang lazat.
Alamat: GP2-03, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11 Cyberjaya 63000 Cyberjaya Selangor MY, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/yzenfrozenyoghurt/
3. Yolé


Yolé merupakan pilihan pencuci mulut yang terbaik untuk mereka yang sedang berdiet tetapi ingin merasai makanan manis. Kedai ini menghasilkan yogurt beku yang rendah kalori, lemak dan gula berbanding dengan jenama yogurt beku yang lain. Bukan itu sahaja, mereka turut menggunakan 100% bahan semula jadi dalam penghasilan yogurt mereka. Untuk pengalaman menjamu selera yang lebih menyeronokkan, anda boleh menambah topping yang lazat seperti hirisan buah-buahan segar, serbuk biskut rangup dan sos ke dalam yogurt beku anda. Pasti rasanya sungguh menyelerakan!
Alamat: Lot G-046, Tingkat Bawah, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/YoleMalaysia/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Froogurtz


Froogurtz merupakan sebuah lagi kedai yogurt beku di Selangor yang patut anda kunjungi. Froogurtz terkenal dengan keenakan yogurt bekunya. Yogurt beku di kedai ini menawarkan rasa masam-manis serta lebih 40 jenis topping yang boleh dipilih mengikut selera anda. Antara topping yang ditawarkan adalah buah-buahan yang segar, bijirin, biskut serta sos manisan seperti coklat atau madu. Harga satu cawan yogurt beku dianggarkan antara RM 6.00 hingga RM 17.00 sahaja.
Alamat: A-04-01, Blok A, Pusat Komersial Dataran Ecohill, Jln Ecohill 1/2, Setia Ecohill, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Isnin – Rabu, Sabtu)
12:00 tengah hari – 9:00 malam (Khamis – Jumaat)
12:00 tengah hari – 9:15 malam (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/froogurtzecohill/
5. FroyoLuv Yoghurt


Dapatkan yogurt beku yang menyihatkan di FroyoLuv Yoghurt! Yogurt beku di kedai ini mempunyai keseimbangan rasa manis-masam yang ideal. Jadi, ia sesuai untuk mereka yang menggemari pencuci mulut yang manis. Selain itu, kedai ini telah menerima pelbagai ulasan positif mengenai porsi yogurt yang banyak dan harganya yang berpatutan. Kedai ini juga menawarkan pelbagai topping yang boleh anda pilih berdasarkan selera anda. Kunjungilah FroyoLuv Yoghurt untuk merasai sendiri kelazatan yogurt beku mereka.
Alamat: 6, Jalan Cecawi 6/19b, Seksyen 6, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/froyoluvyoghurt/
6. yogen früz


yogen früz adalah syarikat yogurt beku Halal yang menawarkan yogurt beku yang lazat, sihat dan semula jadi. Yogurt asli yang dihasilkan oleh syarikat ini mengandungi kultur probiotik serta 98% bebas lemak. Ia menawarkan 4 pakej pembelian dan 12 perisa yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa dan bajet anda. Yogurt di kedai ini sesuai untuk dinikmati oleh pelanggan dalam setiap peringkat umur, tidak kiralah sama ada kanak-kanak mahupun warga emas.
Alamat: G-04, Jalan Jelatek 2, Dataran Ukay, 54200 Kuala Lumpur, Selangor
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Isnin – Khamis)
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/yogenfruzmy/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Moo Cow


Luangkan waktu anda di Moo Cow untuk menikmati yogurt beku yang lazat. Suapan pertama yogurt beku ini akan membuatkan anda berasa ketagih untuk meneruskan suapan seterusnya. Hal ini kerana ia sangat berperisa dan memuaskan selera anda. Setibanya anda di kedai yogurt beku ini, anda akan disambut dengan replika lembu yang besar. Anda juga boleh menikmati yogurt beku di kedai ini walaupun ia mempunyai ruangan yang terhad. Jika anda merancang untuk bersantai sambil menikmati yogurt anda di kedai ini, anda perlu datang awal bagi memudahkan anda mendapat tempat duduk yang selesa.
Alamat: 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Khamis)
10:00 pagi – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Moocowyoghurt/
Dapatkan baucar Lazada percuma anda sekarang【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.