6 Yogurt Beku Terbaik di Pulau Pinang 2025

Menikmati secawan yogurt beku yang menyegarkan semasa hari panas dan lembap adalah salah satu cara terbaik untuk menyejukkan badan ketika cuaca panas. Setiap sudu yogurt beku memberikan anda rasa masam-manis dan tekstur cairnya di dalam mulut anda. Bahkan, anda juga akan merasai rasa manis topping dan sos laat yang anda pilih. Jika anda tidak pernah mencuba yogurt beku, anda patut mencubanya!. Hal ini kerana ia merupakan pencuci mulut yang menyegarkan dan semakin popular di Malaysia.

Yogurt beku sangat digemari oleh rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak kecil, remaja dan individu yang gemarkan makanan manis. Oleh sebab itu, anda boleh melihat pelbagai kedai pencuci mulut yang menjual yogurt beku sambil menawarkan pelbagai topping dan sos untuk mewujudkan keseimbangan dalam pencuci mulut tersebut. Jika anda berada di Pulau Pinang, anda boleh berkunjung ke 6 kedai yang menyediakan yogurt beku terbaik di negeri ini. Ayuh, ajaklah rakan-rakan dan ahli keluarga anda untuk merasai kelazatan pencuci mulut ini!

Apakah Kebaikan Yogurt Beku?

Sebenarnya, terdapat beberapa manfaat dalam pengambilan yogurt beku ini. Yogurt beku terdiri daripada kultur probiotik hidup. Bakteria baik ini dapat membantu anda menurunkan tekanan darah, meningkatkan sistem imun dan membina usus yang lebih sihat. Walaupun bilangan probiotik berbeza dalam setiap sudu, yogurt beku masih menjadi pilihan yang lebih sihat untuk dimakan.

Apakah Topping Yang Sesuai Untuk Disajikan Bersama Yogurt Beku?

Yogurt beku adalah pencuci mulut yang boleh digabungkan dengan pelbagai jenis topping dan sos kesukaan anda. Antara topping yang sering ditawarkan di kedai atau kafe adalah granola, M&M, serbuk biskut, serbuk oreo dan buah-buahan segar seperti kiwi, mangga, strawberi dan anggur. Kebanyakan kafe atau kedai yang menjual yogurt beku menggunakan khidmat layan diri. Ini bermakna, anda boleh meletak seberapa banyak topping dan sos kesukaan anda pada yogurt tersebut.

6 Yogurt Beku Terbaik di Pulau Pinang 2025

1. Baskin-Robbins

Baskin-Robbins
Kredit Gambar: Baskin-Robbins
Baskin-Robbins--
Kredit Gambar: Baskin-Robbins

Baskin-Robbins adalah kedai aiskrim yang terkenal di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Jenama ini mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Mereka menawarkan pelbagai jenis topping yang boleh anda pilih seperti Caramel Praline Cheesecake, Mint Chocolate Chip dan juga Chocolate Chip Cookie Dough. Selain itu, Baskin-Robbins juga menawarkan perisa yogurt beku, iaitu Maui Brownie Madness yang lazat. Yogurt beku ini berasaskan coklat dengan ketulan brownie dan kacang macadamia. Ia juga didatangkan dengan coklat fudge, iaitu perisa yang sempurna untuk penggemar coklat.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Jumaat)
11:00 pagi – 12:00 tengah malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: Lot 4S, Tingkat Bawah, Universiti Desa, Jalan Sungai Dua, 11900 Gelugor, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MYBaskinRobbins/ 

Instagram: https://www.instagram.com/baskinrobbinsmalaysia/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Myfroyoland

Myfroyoland
Kredit Gambar: Myfroyoland Penang Malaysia
Myfroyoland-
Kredit Gambar: Myfroyoland Penang Malaysia

Anda boleh singgah ke Myfroyoland untuk menikmati hidangan pencuci mulut yang lazat bersama rakan-rakan anda. Pencuci mulut ini sesuai dimakan semasa cuaca panas terik. Hal ini kerana ia akan menyejukkan badan anda. Apabila anda berkunjung ke kedai ini, anda akan berasa seolah-olah anda berada di Kilang Coklat Willy Wonka. Kedai ini menawarkan pelbagai jenis topping dan sos yang lazat untuk dipilih. Selain itu, anda boleh menyediakan sendiri pesanan yogurt beku anda dengan memilih topping dan sos yang disukai. Dikatakan terdapat lebih kurang 100 perisa topping yang ditawarkan di outlet ini di seluruh dunia. Yang paling mengujakan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai outlet Myfroyoland ini.

Waktu Operasi: 1:00 petang – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 7L, Jalan Gottlieb, 10350 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/myfroyolandpenang/ 

Instagram: https://www.instagram.com/myfroyoland_penang/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Fruuze Frozen Yogurt

Fruuze-Frozen-Yogurt
Kredit Gambar: Fruuze Frozen Yogurt
Fruuze-Frozen-Yogurt-
Kredit Gambar: Taufulou

Fruuze Frozen Yogurt adalah kedai aiskrim yang menawarkan pelbagai jenis topping dan sos untuk anda pilih. Persekitaran dalam kedai ini tenang dengan deretan kerusi dan meja yang kemas tersusun. Anda boleh menikmati yogurt beku anda di ruang indoor yang disediakan di kedai ini. Jika anda ingin menikmati secawan yogurt beku yang lazat dan dipenuhi dengan topping dan sos yang pelbagai, anda boleh berkunjung ke kedai ini. Anda bukan sahaja dapat menghilangkan lelah anda, bahkan anda boleh merasai yogurt beku yang enak dan memuaskan.

Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Isnin – Khamis)
11:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat: 3A-G-22, Straits Quay, Jalan Seri Tg Pinang, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Fruuze/ 

Instagram: https://www.instagram.com/fruuzefroyo/ 

4. Muyogi

Muyogi
Kredit Gambar: Klook
Muyogi
Kredit Gambar: Klook

Mulakan hari yang indah di Muyogi dengan menikmati snek manis. Tidak dinafikan kedai pencuci mulut ini unik kerana ia dikendalikan dalam trak makanan yang berwarna biru terang dan comel. Disebabkan warna biru terangnya yang menarik perhatian, ramai orang dapat mengenali trak ini dari jauh. Ramai pelanggan yang suka memesan yogurt beku di sini, termasuklah kanak-kanak dan mereka yang gemar akan pencuci mulut yang menyegarkan. Anda juga boleh menemui menu lain seperti smoothie yogurt dan aiskrim ‘soft-serve’ dalam pelbagai perisa. Semua menu yang ditawarkan di sini bukan sahaja enak malah berbaloi dengan wang anda.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Khamis)
11:00 pagi – 9:00 malam (Jumaat – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Muyogi 28 Quatermile, Solok Mayang Pasir, Bandar Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/muyogi.official/ 

Instagram: https://www.instagram.com/muyogi.official/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. llaollao

llaollao
Kredit Gambar: llaollao Malaysia
llaollao-
Kredit Gambar: llaollao Malaysia

llaollao adalah kedai yogurt beku yang terkenal di Malaysia. Kedai ini mempunyai banyak outlet di seluruh negara. Inilah sebabnya kedai yogurt beku ini mendapat tempat di hati para pelanggan kerana ia mudah ditemui dan paling kerap dikunjungi. Selain itu, para pelanggan boleh mendapatkan kombo yogurt beku kegemaran mereka di mana-mana outlet dan pada bila-bila masa. Yogurt beku di llaollao berbeza dengan yogurt beku di kedai lain. Hal ini kerana ia dibuat daripada 53% susu skim de Galician dan 33% yogurt artisan Cantabrian. Ayuh, segeralah ke mana-mana outlet untuk mendapatkan yogurt beku pilihan anda! Anda boleh pilih saiz, topping dan sos kegemaran anda untuk menghasilkan yogurt beku anda sendiri.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Queensbay Mall, 100, Persiaran Bayan Indah, Queens Bay, 14300 Bayan Lepas, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/llaollao_my/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Yes Yogurt

Yes-Yogurt
Kredit Gambar: Yes Yogurt Cafe
Yes-Yogurt
Kredit Gambar: Yes Yogurt Cafe

Penuhi keinginan anda untuk mendapatkan yogurt beku di Yes Yogurt. Di sini, anda ditawarkan pelbagai jenis perisa topping dan sos kegemaran. Mereka juga menyediakan topping coklat dan asli untuk memenuhi selera para pelanggan. Anda boleh menyediakan yogurt beku anda sendiri dengan memilih sebanyak mana kuantiti yogurt beku, topping dan sos yang diperlukan. Kemudian, yogurt beku anda yang sudah siap akan dikira untuk mengetahui harganya. Harga yogurt beku adalah bergantung kepada berat dan berapa banyak kuantiti topping dan sos yang anda pilih. Percayalah, ia adalah berbaloi untuk dicuba!

Waktu Operasi: 2:00 petang – 12:00 tengah malam (Setiap hari)

Alamat: Pusat Bandar Perniagaan Butterworth, 3 A, Jalan Raja Uda, Kampung Baharu, 12300 Butterworth, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/yesyogurtcafe/


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close