“Feng Shui” menekankan hiasan pintu hadapan. Di sinilah tenaga positif akan memasuki rumah anda. Adalah penting untuk menghiasi pintu hadapan rumah anda supaya ia kelihatan lebih bertenaga dan cantik.
Pengamal feng shui yang mahir juga turut menggunakan strategi ini untuk mengukuhkan pintu masuk hadapan di sesebuah bangunan. Oleh itu, udara bersih, cahaya, dan persekitaran di pintu hadapan adalah penting bagi sesetengah individu. Di sini, kami akan kongsikan 8 hiasan pintu hadapan yang menarik di Malaysia 2025.
Bagaimanakah memilih hiasan pintu hadapan yang sesuai?
Sekarang anda telah memutuskan untuk membeli hiasan pintu hadapan tetapi anda tidak tahu mahu memilih yang mana kerana anda bukanlah pereka dalaman. Jangan risau, kami akan membantu anda. Apa kata anda mempertimbangkan dahulu bajet, gaya peribadi dan ruang yang ingin anda hias sebelum membeli hiasan pintu hadapan.
1. Bajet
Anda perlu membuat belanjawan dan menetapkan bajet anda untuk membeli hiasan rumah. Semua ini adalah untuk mengelakkan pembaziran daripada berlaku.
2. Gaya peribadi
Memilih gaya yang anda suka akan memudahkan penyesuaian elemen pada hiasan pintu hadapan rumah anda. Gaya hiasan yang minimalis, vintaj, moden dan Scandinavia boleh memberikan imej yang berbeza terhadap pintu hadapan rumah anda. Percayalah, menghias pintu hadapan anda dapat menggembirakan hari anda.
3. Ruang
Apabila memilih hiasan pintu hadapan, adalah penting untuk menganggarkan saiz ruangan yang tersedia di situ. Hal ini kerana hiasan yang besar seperti meja mungkin akan memakan ruangan yang banyak dan menjadikan kawasan di situ sempit.
8 Hiasan Pintu Hadapan Terbaik di Malaysia 2023
1. Modern Home Office Small Writing Table

Modern Home Office Small Writing Table ini tinggi dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak kecil. Reka bentuk ringkas ini sepadan dengan banyak rekaan pintu hadapan. Jika meja ini terlalu ringkas buat anda, anda boleh menambah beberapa item yang terang dan bergaya di atasnya seperti kotak tisu bunga, penyangkut kunci, radio dan banyak lagi. Ia akan memberikan imej minimalis kepada sesiapa sahaja yang memandangnya.
Spesifikasi:
- Material: MDF + Besi
- Warna: Putih, Kayu, Black Oak
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Senang dibersihkan
✅ Kaki meja yang anti-gelincir dan anti-calar
✅ Seimbang, struktur besi yang kuat dan permukaan kayu yang tebal
✅ Rekaan minimalis
Harga: RM23.60 (Shopee) RM27.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Natural Dried Flower Branch

Daripada membeli bunga segar setiap minggu, mengapa tidak pertimbangkan sejambak bunga kering? Natural Dried Flower Branch ini sesuai untuk dijadikan hiasan. Bunga tiruan yang cantik ini akan menambah keanggunan pada kawasan pintu hadapan rumah anda dan dapat menggembirakan hati anda setiap kali anda memandangnya.
Spesifikasi:
- Material: Bunga kering
- Warna: Putih
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Kurang penjagaan
✅ Rekaan minimalis
✅ Tahan lama
Harga: RM9.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. DEKO Premium Round Mirror

DEKO Premium Round Mirror ini sememangnya bergaya. Dengan meletak cermin berhampiran dengan pintu masuk hadapan dapat mewujudkan ilusi lapang bagi kawasan tersebut. Selain itu, anda juga dapat menyemak rupa anda sebelum meninggalkan rumah. Hiasan cermin ini kelihatan ringkas tetapi minimalis. Sesuai digayakan dengan apa jua hiasan lain.
Spesifikasi:
- Material: Gelas, Aluminum
- Warna: Hitam, Putih, Emas
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Rekaan Vintaj
✅ Senang digantung
✅ Hiasan mewah
Harga: RM17.19 – RM80.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Pristine Reed Diffuser

Reed diffusers ialah cara yang mudah dan menarik untuk menghiasi pintu hadapan rumah anda. Minyak wangi Pristine Reed Diffuser yang tahan lama ini akan memastikan rumah anda segar sepanjang hari. Haruman yang menyenangkan akan membuatkan anda berasa santai apabila berada di rumah.
Spesifikasi:
- Material: 5x buluh kecil dan 1 botol minyak wangi yang boleh diisi
- Bau: Swiss Chateau, Japanese Ryokan, Maldives Villa, English Country Inn
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Bauan tahan lama
✅ Menyegarkan rumah
Harga: RM37.90 (Shopee) RM20 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Ikea SORTSO Rug

Adakah anda sedang mencari permaidani yang sesuai dengan kawasan pintu hadapan rumah anda? Ambal Ikea SORTSO ini sesuai untuk anda! Permaidani ini sudah pasti akan melengkapkan rupa kawasan pintu hadapan kerana ia sesuai untuk banyak gaya seperti minimalis dan Scandinavia. Permaidani ini boleh membantu anda memanaskan bilik dan menjadikan ruangan tersebut kelihatan lebih selesa.
Spesifikasi:
- Material: Tidak dinyatakan
- Warna: Beige
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Boleh dibasuh
✅ Berpatutan
Harga: RM22.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. HARII POTTER Ceramic Vase

Jika anda sedang mencari pasu untuk menyimpan bunga anda, Pasu Seramik HARII POTTER ini sesuai. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti Paris, Rom, Milan dan lain-lain. Ini pasti akan meningkatkan keanggunan rumah anda. Selain itu, pastu ini juga kelihatan sempurna walaupun digayakan dengan bunga kering!
Spesifikasi:
- Material: Ceramic matte finishin
- Warna: Warna ton bumi
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Rekaan unik
✅ Gaya Nordic European
✅ Sesuai untuk diletak di luar mahupun di dalam rumah
Harga: RM19.71 – RM29.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Eternal Eucalyptus Dried Leaves

Eternal Eucalyptus Dried Leaves ialah hiasan ringkas dan unik untuk pintu hadapan rumah anda. Eucalyptus Vintage ini boleh menyuci dan membersihkan rumah anda daripada tenaga jahat. Selain itu, ia juga dapat menyerikan kawasan tersebut.
Spesifikasi:
- Material: Eternal Leaves
- Warna: Biru, Hijau, Merah lue
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Produk tahan lama Long-lasting product
✅ Senang dipadankan dengan mana-mana bunga
✅ Penghantaran pantas
Harga: RM8.96
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Luxury LED Table Lamp

Luxury LED Table Lamp ini mungkin merupakan idea yang baik jika anda ingin lebih banyak cahaya menerangi ruangan pintu hadapan rumah anda pada waktu malam. Lampu ini kelihatan bergaya, hebat dan juga mewah. Penampilan klasiknya dalam bentuk berlian pasti menarik perhatian pengunjung setiap kali mereka melawat anda di rumah.
Spesifikasi:
- Material: PVC Covers, Besi + Fabrik
- Warna: Putih, Hitam
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Senang diakses (hanya tekan pada butang)
✅ Rekaan unik
✅ Mendapat rating tertinggi (5/5 bintang) daripada pembeli
Harga: RM59.99 – RM71.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.