Murtabak merupakan satu variasi makanan tradisional yang popular di seluruh dunia. Ia menyerupai roti goreng. Hidangan ini cukup terkenal di Arab Saudi, Yaman, dan negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, dan Malaysia. Namun begitu, ia mempunyai pelbagai variasi karena bergantung kepada budaya dan makanan penduduk tempatan di sesebuah negara tersebut. Nama Murtabak diambil daripada perkataan Bahasa Arab, iaitu ‘Mutabbak’ atau ‘Mutabbaq’. Namun begitu, ia dikenali sebagai Murtabak di Malaysia.
Kebanyakan bahan penting dalam Murtabak adalah sama, terutamanya semasa proses membuat dohnya. Pembuatan Murtabak masih menggunakan tepung gandum, susu pekat, air suam, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, apa yang membuat Murtabak berbeza antara satu sama lain adalah isi atau bahan tambahannya. Biasanya, Murtabak di Malaysia menggunakan inti ayam, daging, kentang, telur, atau bahan lain yang sesuai dengan dohnya. Oleh sebab itu, artikel ini menyenaraikan 8 Tempat Terbaik Murtabak yang Anda Boleh Kunjungi di Malaysia.
Apakah Yang Membuatkan Murtabak Yang Sedap?
Untuk pengetahuan anda, Murtabak mempunyai resepinya yang tersendiri mengikut kawasan tempat ia dijual. Bagaimanakah ia berbeza? Jawapannya adalah berdasarkan bahan dan intinya.
1. Bahan
Setiap negara atau tempat penjualan murtabak mempunyai keaslian, keunikan, dan keistimewaannya yang tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika anda mendapati Murtabak di sesebuah negara mempunyai dengan isi dan bahan yang berbeza.
2. Inti
Inti murtabak boleh didatangkan dalam pelbagai variasi, bergantung pada pilihan tukang masak. Oleh sebab itu, anda perlulah membeli Murtabak dengan inti yang menepati cita rasa anda.
Di Manakah Anda Boleh Mendapatkan Murtabak?
Bagi rakyat Malaysia, anda boleh mendapatkan Murtabak di pasar seperti pasar malam atau pasar minggu. Anda juga boleh mendapatkannya di kedai. Namun begitu, Murtabak paling mudah didapati pada bulan Ramadan kerana ramai peniaga menjual hidangan ini untuk juadah berbuka puasa.
8 Tempat Murtabak Terbaik di Malaysia 2024
1. BITE by Majid Murtabak

BITE by Majid Murtabak menawarkan pelbagai pilihan Murtabak dengan isi yang berbeza. Jadi, anda boleh memilih Murtabak kesukaan anda dan menikmatinya dengan gembira. Restoran ini sering dipenuhi oleh pelanggan pada setiap masa. Anda hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di restoran ini adalah Murtabak Keju dan Murtabak Daging. Selain itu, restoran ini juga menjadi tempat bersarapan yang terkenal dalam kalangan penduduk di Johor.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
Jumaat (Tutup)
Alamat: 1, Jalan Cenderawasih, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/bitebmm/?hl=ms
2. Roti Pak Lan


Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Murtabak terbaik di gerai Roti Pak Lan. Roti Pak Lan merupakan sebuah gerai kecil yang terletak di Persiaran Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Ia bukan sahaja terkenal dengan rasa Murtabaknya yang lazat, malah mereka juga menyediakan roti canai yang lembut dan rangup. Oleh sebab itu, tidak hairanlah ramai yang kerap berkunjung ke gerai ini untuk menikmati sarapan.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 10:30 pagi (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)
Alamat: Persiaran Tanjung Bunga, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/pages/category/Restaurant/Pak-Lan-Roti-Canai-Martabak-909456655760643/
3. Murtabak Wan Since 1970


Murtabak Wan Since 1970 merupakan salah satu restoran murtabak yang terkenal di Perak. Restoran ini menawarkan 3 jenis Murtabak, iaitu Murtabak Ayam, daging dan kambing. Selain itu, mereka turut menyediakan kuah pencicah yang lazat, iaitu kuah kari dan bawang jeruk. Harga sekeping Murtabak dianggarkan antara RM 4.00 hingga RM 6.00 sahaja. Restoran ini menawarkan ruang duduk terbuka dan tertutup bagi kemudahan para pelanggan. Jadi, anda boleh menikmati hidangan di sini dengan selesa bersama rakan atau ahli keluarga.
Waktu Operasi:
3:00 petang – 9:30 malam (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)
Alamat: Majlis Bandaraya Ipoh, Gerai, 11, Jalan Raja Ashman Shah, 30460 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Murtabak Singapore JD


Jika anda tinggal di Muar, Johor, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati Murtabak di gerai Murtabak Singapore JD. Gerai ini menerima pelbagai ulasan positif mengenai rasa Murtabaknya yang enak dan berbeza daripada Murtabak biasa. Selain itu, gerai ini sering dipenuhi pelanggan pada setiap waktu. Jadi, pastikan anda datang awal ke sini untuk mendapat tempat duduk yang selesa sambil menikmati hidangan anda yang lazat.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
Jumaat (Tutup)
Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www .facebook.com/MurtabakSingapuraJD/
5. Noor Murtabak Taiping


Noor Murtabak Taiping cukup terkenal dengan gaya Murtabaknya yang tersendiri. Restoran ini menyediakan persekitaran yang bersih dengan susun atur tempat duduk yang kemas. Suasananya juga tenang dan memudahkan anda menjamu selera dengan selesa. Selain itu, mereka juga menawarkan minuman dan makanan pada harga yang berpatutan. Oleh sebab itu, ramai yang berkunjung ke sini bersama rakan dan ahli keluarga mereka untuk mencuba Murtabak yang lazat.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 7:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
2:30 petang – 7:00 malam (Jumaat)
Alamat: Gerai no. 5, Medan Selera Taiping, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. King’s Martabak Cherok Tok Kun


King’s Martabak Cherok Tok Kun merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di sekitar Kempas di Kulim, Kedah. Gerai ini terletak di Taman Kempas, Kulim, Kedah. Anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan Murtabak pada harga sekitar RM 20.00 sahaja. Murtabak di sini disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar. Oleh sebab itu, ia sedikit mahal. Namun begitu, rasanya sungguh sedap dan berbaloi dengan wang yang anda belanjakan.
Waktu Operasi:
3:30 petang – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)
Alamat: No. 818, Taman Kempas Indah 3, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https ://www.facebook.com/murtabakcheroktokkunkingmurtabak/
7. Murtabak Majid Special Cheese No.1


Adakah anda penggemar keju? Gerai Murtabak Majid Special Cheese No.1 merupakan pilihan terbaik untuk anda. Gerai ini terletak di Kampung Kurnia, Johor Bahru. Ia juga terkenal dengan hidangan Murtabak Keju Istimewa mereka. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi:
3:30 petang – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ahad (Tutup)
Alamat: No 818, Taman Kempas Indah 3, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=709443969264589&__tn__=CR
8. Ismaliza Murtabak Corner (Best in the WORLD)


Ismaliza Murtabak Corner (Best in the World) merupakan restoran Murtabak terbaik di Pahang. Mereka menawarkan pelbagai pilihan inti Murtabak yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Selain itu, ia juga mempunyai 2 jenis sos pencicah seperti kuah kari asli dan sambal. Restoran ini beroperasi pada setiap hari. Jadi, anda boleh mengajak ahli keluarga untuk ke restoran ini pada bila-bila masa sahaja.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 12:00 tengah hari, 4:00 petang – 9:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Jalan Sultan Abdullah, Taman Merdeka, 26600 Pekan, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.