Murtabak merupakan variasi makanan tradisional serantau yang popular di seluruh dunia. Murtabak ialah sejenis makanan berlauk yang terdiri daripada roti berupa roti canai yang dilapiskan dengan inti daging cincang, telur, rempah, bawang dan sebagainya. Nama murtabak diambil daripada perkataan bahasa arab iaitu ‘mutabbak’ atau ‘mutabbaq’, namun nama dan bahan yang digunakan berbeza mengikut tempat dan negara.
Kebanyakan bahan yang diperlukan untuk membuat murtabak adalah sama. Antara bahan yang diperlukan ialah tepung gandum, susu sejat, air suam, daging, ayam kentang, telur dan banyak lagi. Berikut adalah 8 Tempat Murtabak Terbaik yang boleh anda kunjungi di Malaysia.
Apakah Yang Membuatkan Murtabak Istimewa?
Untuk pengetahuan anda, murtabak mempunyai resepinya yang tersendiri dan unik mengikut kawasan tempat ia dijual. Bagaimana ia berbeza? Jawapannya adalah berdasarkan bahan dan intinya.
1. Bahan
Setiap negara atau tempat penjualan murtabak mempunyai keaslian, keunikan, dan keistimewaannya tersendiri. Jadi tidak hairanlah jika anda mendapati murtabak dengan isi dan bahan yang berbeza.
2. Inti
Inti murtabak boleh didatangkan dalam pelbagai variasi, bergantung pada pilihan tukang masak. Oleh itu, anda perlulah membeli murtabak dengan inti yang menepati cita rasa anda.
Di manakah Tempat Untuk Mendapatkan Murtabak?
Bagi rakyat Malaysia, anda boleh mendapatkan murtabak di pasar-pasar seperti pasar malam atau pasar minggu. Anda juga boleh mendapatkannya di beberapa kedai. Namun, murtabak paling mudah didapati pada bulan Ramadan ekoran ia telah menjadi salah satu makanan tradisi yang harus dinikmati pada bulan ramadan.
8 Tempat Murtabak Terbaik di Malaysia 2023
1. BITE by Majid Murtabak

BITE by Majid Murtabak menawarkan pelbagai pilihan murtabak dengan isi yang berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Jumlah pelanggan yang ramai jelas membuktikan popularitinya. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung di restoran ini ialah Murtabak keju dan Murtabak daging. Restoran ini sememangnya tempat sarapan yang sempurna.
Waktu Operasi:
- 7:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
- Jumaat (Tutup)
Alamat: 1, Jalan Cenderawasih, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Instagram : https://www.instagram.com/bitebmm/?hl=ms
2. Roti Pak Lan


Jika anda berkunjung ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba murtabak terbaik di gerai Roti Pak Lan. Roti Pak Lan merupakan sebuah gerai kecil yang terletak di Persiaran Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Ia bukan sahaja terkenal dengan rasa murtabaknya yang lazat, malah ia juga terkenal dengan roti canainya yang lembut dan rangup.
Waktu Operasi:
- 7:00 pagi – 10:30 pagi (Isnin – Sabtu)
- Ahad (Tutup)
Alamat: Persiaran Tanjung Bunga, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/pages/category/Restaurant/Pak-Lan-Roti-Canai-Martabak-909456655760643/
3. Murtabak Wan Since 1970


Murtabak Wan Since 1970 merupakan salah satu restoran murtabak yang terkenal di Perak. Restoran ini menawarkan 3 jenis murtanak iaitu murtabak ayam, daging dan kambing serta 2 jenis pencicah iaitu kuah kari dan cuka bawang. Harga sekeping murtabak dianggarkan antara RM 4.00 hingga RM 6.00 sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ruangan terbuka dan tertutup, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga.
Waktu Operasi:
- 3:00 petang – 9:30 malam (Isnin – Sabtu)
- Ahad (Tutup)
Alamat: Majlis Bandaraya Ipoh, Gerai, 11, Jalan Raja Ashman Shah, 30460 Ipoh, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
4. Murtabak Singapore JD


Jika anda tinggal di Muar, Johor, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati murtabak di gerai Murtabak Singapore JD. Gerai ini menerima pelbagai ulasan positif mengenai rasa murtabaknya yang enak dan berbeza daripada murtabak biasa. Gerai ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.
Waktu Operasi:
- 11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
- Jumaat (Tutup)
Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook:https://www .facebook.com/MurtabakSingapuraJD/
5. Noor Murtabak Taiping


Noor Murtabak Taiping cukup terkenal dengan gaya murtabaknya yang tersendiri. Restoran ini juga mempunyai suasana yang tenang dan susunan tempat duduk yang selesa, membolehkan anda menikmati juadah anda dengan santai dan nyaman. Bukan itu sahaja, harga minuman dan makanan di restoran ini juga berpatutan.
Waktu Operasi:
- 12:00 tengah hari – 7:00 malam (Isnin – Khamis, Sabtu – Ahad)
- 2:30 petang – 7:00 malam (Jumaat)
Alamat: Gerai no. 5, Medan Selera Taiping, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
6. King’s Martabak Cherok Tok Kun


Martabak Cherok Tok Kun Raja merupakan salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sekiranya anda berada di sekitar Kempas di Kulim, Kedah. Gerai ini terletak di Taman Kempas, Kulim, Kedah. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan murtabak pada harga purata RM 20.00. Walaupun ia agak mahal, tetapi rasa yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Waktu Operasi:
- 3:30 petang – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
- Ahad (Tutup)
Alamat: No. 818, Taman Kempas Indah 3, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https ://www.facebook.com/murtabakcheroktokkunkingmurtabak/
7. Murtabak Majid Special Cheese No.1


Adakah anda penggemar keju? Gerai Murtabak Majid Special Cheese No.1 merupakan pilihan terbaik untuk anda. Gerai ini terletak di di Kampung Kurnia, Johor Bahru. Ia juga terkenal dengan hidangan Murtabak Keju Istimewa mereka. Bukan itu sahaja, restoran ini juga menawarkan pelbagai hidangan lazat pada harga yang berpatutan.
Waktu Operasi:
- 3:30 petang – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
- Ahad (Tutup)
Alamat: No 818, Taman Kempas Indah 3, Taman Kempas, 09000 Kulim, Kedah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=709443969264589&__tn__=CR
8. Ismaliza Murtabak Corner (Best in the WORLD)


Ismaliza Murtabak Corner (Terbaik di DUNIA) merupakan restoran murtabak terbaik di Pahang. Mereka menawarkan pelbagai pilihan inti murtabak yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Selain itu, ia juga mempunyai 2 jenis pencicah iaitu kuah kari asli dan sambal. Restoran ini beroperasi pada setiap hari.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 12:00 tengah hari, 4:00 petang – 9:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Jalan Sultan Abdullah, Taman Merdeka, 26600 Pekan, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.