8 Set Kutleri Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2026

Kredit Gambar: Aliexpress

Set kutleri mudah alih ialah koleksi peralatan yang berguna dan padat yang biasanya disertakan dengan beg sama ada diperbuat daripada kain atau plastik. Set kutleri ini mudah alih dan boleh dibawa ke mana-mana terutamanya anda melancong atau berjalan-jalan. Set kutleri ini juga mudah dibersihkan kerana ia diperbuat daripada bahan keluli tahan karat yang berkualiti tinggi dengan teknologi penggilap cermin untuk menjadikannya kelihatan berkilat dan licin.

Tujuan utama set kutleri mudah alih ini dihasilkan adalah untuk mengurangkan jumlah plastik di lautan yang boleh merosakkan alam sekitar kita. Kita semua dinasihatkan untuk mengurangkan kutleri pakai buang dan mula menggunakan set kutleri yang boleh diguna semula untuk membantu menyelamatkan alam sekitar dan memelihara hidupan liar kita. Berikut ialah 8 set kutleri mudah alih terbaik yang boleh didapati di Malaysia.

Mengapakah anda perlu menggunakan set kutleri mudah alih?

Set kutleri mudah alih semakin popular setiap hari apabila orang ramai semakin sedar tentang alam sekitar. Terdapat pelbagai sebab mengapa anda perlu mempertimbangkan untuk menggunakan kutleri yang boleh digunakan semula. Antara sebab tersebut adalah kerana aspek mudah alih, mampu milik serta mesra alam.

  1. Mudah Alih

Set ini biasanya disertakan dengan beg ‘travel’ untuk memudahkan anda membawa set itu bersama anda ke mana-mana sahaja, sama ada anda keluar makan ataupun berkelah. Set ini juga mudah disimpan di dalam beg anda.

  1. Mampu Milik

Percaya atau tidak, kutleri pakai buang jauh lebih mahal berbanding yang boleh diguna semula kerana pembeliannya yang berterusan. Anda dinasihatkan untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli set kutleri tahan lama untuk menjimatkan wang anda.

  1. Mesra Alam Sekitar

Anda boleh membantu untuk mengurangkan jumlah plastik yang tidak boleh dikitar semula di tapak pelupusan sampah dan lautan dengan menggunakan kutleri yang boleh diguna semula. Kutleri pakai buang juga merupakan hasil daripada proses pembuatan kutleri pakai buang besar-besaran yang merosakkan alam sekitar.

8 Set Kutleri Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2023

1. 8 Pieces Portable Cutlery Set

Pieces Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Milando

Set kutleri ini adalah antara set kutleri yang paling dicari kerana ia menyediakan anda dengan 8 batang kutleri yang kukuh. Ia juga dilengkapi dengan kotak untuk meletakkan semua kutleri dengan selamat. Selain itu, ia juga mempunyai kantung untuk menyimpan kotak, dan hal ini memudahkan anda membawanya ke mana sahaja anda mahu. Ia sesuai untuk mereka yang mencari kesederhanaan kerana reka bentuknya yang anggun tetapi minimalis.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Hitam, Biru, Merah Jambu, Hijau 

Kelebihan:

Mampu milik
Bernilai
Mudah Alih

Harga: RM9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. 3 in 1 Portable Cutlery Set 

in Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Lazada

Set kutleri ini terdapat dalam pelbagai warna mewah yang boleh anda pilih bergantung pada pilihan anda. Warna padanan bertindak sebagai sentuhan terakhir untuk melengkapkan keseluruhan rupa set. Ia mudah dicuci kerana ia diproses dengan teknologi penggilap cermin yang maju.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Ungu, biru, hitam, hijau gelap, merah jambu, putih, Mint Green, All Black, Rose Gold, Pelangi, Perak, Emas, Merah, Blue Silver, Green Silver, Pink Silver

Kelebihan:

Selesa untuk digunakan
Mudah dicuci
Mampu milik

Harga: RM3.30 – RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Stainless Steel Portable Cutlery Set

Stainless Steel Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Shopee

Set kutleri ini menyediakan anda sebanyak 7 batang kutleri termasuklah kantung kain kecil untuk disimpan dengan selamat selepas menggunakannya. Penyedut minuman juga mudah dibersihkan kerana ia dilengkapi dengan berus tahan lasak yang membolehkan anda membersihkan penyedut minuman selepas setiap penggunaan tanpa sebarang masalah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Perak, Emas, Rose Gold, Pelangi, Hitam
  • Reka bentuk: Kosong, Kucing, Pokok

Kelebihan:

Hygienic
Berbaloi
Mudah dibersihkan

Harga: RM9.88 – RM15.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Antibacterial Portable Cutlery Set  

Antibacterial Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Shopee

Set kutleri yang kelihatan moden ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi dan tidak akan berkarat jika dijaga dengan betul. Ia datang dengan kotak PP kukuh yang boleh disimpan dengan mudah di dalam beg anda. Selain kecil, ia juga padat. Set ini menawarkan pilihan warna yang pelbagai untuk dipilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Pelbagai

Kelebihan:

Mudah Alih
Bergaya
Berkualiti tinggi

Harga: RM5.99 – RM12.94

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Wheat Straw Portable Cutlery Set

Wheat Straw Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Shopee

Set kutleri ini menawarkan anda ketahanan yang terbaik kerana pemegangnya yang tebal diperbuat daripada jerami gandum. Bahannya yang dihasilkan ini tahan lasak dan akan bertahan lama dengan penjagaan yang betul. Ia juga dilengkapi dengan kotak yang membolehkan anda mengekalkan kebersihan kutleri.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat, jerami gandum
  • Warna: Beige, Biru, merah jambu, hijau

Kelebihan:

Tahan lama
Tahan lasak
Hygienic

Harga: RM4.69 – RM6.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Colourful Portable Cutlery Set

Colourful Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Shopee

Set kutleri ini melalui proses pengilat cermin untuk memberikan penampilan yang berkilat dan mahal. Ia juga dilengkapi dengan penutup baldu hitam lembut untuk memudahkan anda mengguna dan menyimpannya dengan mudah. Terdapat 4 warna mewah untuk dipilih bergantung pada gaya pilihan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Perak, Emas, Rose Gold, Pelangi

Kelebihan:

Mudah Alih
Berkilat
Warna yang mewah

Harga: RM9.90 – RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. 7 in 1 Portable Cutlery Set 

in Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Set kutleri ini didatangkan dengan 7 batang kutleri yang diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lasak dan tidak mudah rosak atau tercalar. Penyedut minuman dan berus juga disertakan dalam set ini kerana ia boleh menggalakkan anda untuk berhenti menggunakan penyedut minuman plastik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat, PP
  • Warna: Merah jambu, biru, ungu, hijau, merah, perak

Kelebihan:

Tahan lama
Bernilai
Mampu milik

Harga: RM11.99 – RM16.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Wooden Portable Cutlery Set

Wooden Portable Cutlery Set
Kredit Gambar: Lazada

Set kutleri ini mudah alih dan dilengkapi dengan kantung kain yang sesuai untuk aktiviti melancong, berkhemah atau semasa makan di luar. Bahan buluhnya yang tahan lasak menjadikan set ini tahan lama dan kukuh jadi anda tidak perlu membeli semula set lain dalam jangka masa panjang. Terdapat pelbagai jenis set yang tersedia supaya anda boleh memilih berdasarkan cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Warna: Coklat, hitam

Kelebihan:

Tahan lama
Mudah alih
Eco-friendly

Harga: RM11.61 – RM16.11

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close