8 Cermin Full-Length Terbaik di Malaysia 2025

Seperti yang kita sedia maklum, cermin full-length sering digunakan untuk memeriksa penampilan diri dan keseluruhan pakaian sebelum meninggalkan rumah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai hiasan di dalam bilik tidur dan ruang tamu anda. Penggunaan cermin di ruangan yang sempit juga dapat membuatkan sesebuah ruang itu tampak lebih luas. 

Selain itu, sekiranya anda mempunyai ruang atau bilik yang kurang pencahayaan, cermin juga dapat membantu dalam mengatasi masalah tersebut. Tambahan pula, penggunaan cermin full-length juga dapat menyerikan rupa ruangan anda tanpa perlu berbelanja lebih. Berikut adalah 8 cermin full-length terbaik di Malaysia. 

Bagaimana Hendak Memilih Cermin Full-Length Yang Terbaik?

Adakah cermin full-length diperlukan di dalam bilik anda? Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai ruang yang cukup untuk cermin full-length yang besar? Anda tidak perlu risau kerana cermin full-length didatangkan dalam pelbagai saiz dan bentuk yang boleh anda pilih. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan aspek seperti jenis, saiz dan bentuk sebelum membuat pembelian. 

1. Jenis

Terdapat 2 jenis cermin full-length iaitu cermin sandar atau gantung dan cermin ‘cheval’. Cermin sandar atau gantung sering digunakan di ruang tamu, dapur atau pejabat. Manakala, cermin cheval sering digunakan di dalam bilik tidur ekoran ia mempunyai ciri mudah alih. 

2. Saiz

Anda perlu memilih saiz cermin yang sesuai dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda ingin menjadikannya sebagai cermin hiasan di bilik tidur, anda boleh mempertimbangkan cermin bersaiz sederhana atau besar. 

3. Bentuk

Cermin full-length lazimnya didatangkan dalam bentuk bulat, bujur, segi empat sama dan segi empat tepat. Anda boleh memilih bentuk cermin yang bersesuaian dengan keluasan ruang kediaman anda. Jika anda sedang mencari cermin dengan gaya minimalis, maka cermin berbentuk segi empat tepat adalah pilihan yang terbaik untuk anda. 

8 Cermin Full-Length Terbaik di Malaysia 2023

1. Modern Nordic Full-Length Stand Mirror

Gaabor Portable Juicer GF MA Electric Blender Bottle
Kredit gambar: SeeTracker Malaysia

Modern Nordic Full-Length Stand Mirror ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan minimalis serta dilengkapi dengan struktur yang kukuh. Cermin ini merupakan antara cermin full-length yang terlaris di pasaran. Ia didatangkan dalam pelbagai warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Tidak dinyatakan
  • Gaya: Moden
  • Jenis: Cheval, Gantung
  • Bentuk Cermin: Segi Empat Tepat
  • Saiz: 37 cm x 150 cm     
  • Warna: Rose Gold, Perak, Hitam
  • Reka bentuk Bingkai: Biasa

Kelebihan:

Mudah alih
Tahan lama
Mampu milik
Penampilan cantik

Harga: RM79.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Cheval or Hanging Full-Length Mirror

Cheval or Hanging Full Length Mirror
Kredit gambar: Overstock.com

Cermin full-length ini didatangkan dalam 2 jenis iaitu cermin gantung dan cermin ‘cheval’ yang boleh anda pilih berdasarkan gaya bilik anda. Selain itu, ia diperbuat daripada aloi aluminium yang berkualiti tinggi bagi memastikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia dikatakan mempunyai ketebalan 0.05 mm lebih tebal berbanding cermin full-length jenama lain. Sekeliling cermin ini juga mempunyai bentuk lengkung sekali gus dapat mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Kaca, Aloi Aluminium 
  • Gaya: Moden
  • Jenis: Cheval, Gantung
  • Bentuk Cermin: Melengkung pada bahagian sisi
  • Saiz: 120 cm x 30 cm (Gantung), 147 cm x 37 cm (Gantung & Stand), 153 cm x 43 cm (Gantung & Stand)
  • Warna: Putih, Hitam, Emas
  • Reka bentuk Bingkai: Biasa

Kelebihan:

Mudah alih
Pelbagai jenis
Berkualiti tinggi
Reka bentuk cantik

Harga: RM41.90 – RM77.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Standing Full-Length Mirror Adjustable with Wheels

Standing Full Length Mirror Adjustable with Wheels
Kredit gambar: Shopee

Cermin ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas sekali gus membuatkan ruang bilik anda kelihatan kemas. Ia juga dilengkapi dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja. Cermin ‘cheval’ ini berbentuk bujur dan mempunyai 2 warna berbeza untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kaki yang bersambung antara satu sama lain bagi memberikan kestabilan dan keselamatan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Tidak dinyatakan
  • Gaya: Ringkas
  • Jenis: Cheval
  • Bentuk Cermin: Cermin Bujur
  • Saiz: 44 cm x 150 cm   
  • Warna: Putih, Hitam
  • Reka bentuk Bingkai: Biasa

Kelebihan:

Mudah alih
Berbentuk bujur
Kukuh
Mempunyai rak penyimpanan

Harga: RM94.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Wood Framed Full-Length Mirror

Wood Framed Full Length Mirror
Kredit gambar: Shopee

Berbanding dengan 3 cermin di atas, cermin ini agak unik kerana ia mempunyai bingkai kayu padu. Ia juga diperbuat daripada kayu bergred tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Cermin ini didatangkan dengan 2 ciri penggunaan iaitu ‘cheval’ dan gantung. Reka bentuknya yang ringkas melengkapkan ruang dengan konsep minimalis.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Gaya: Semula Jadi/ Natural
  • Jenis: Cheval, Gantung
  • Bentuk Cermin: Cermin Segi Empat Tepat
  • Saiz: 30 cm x 120 cm (Gantung), 40 cm x 100 cm (Gantung), 40 cm x 150 cm (Gantung & Stand), 50 cm x 150 cm (Gantung & Stand )
  • Warna: Neutral 
  • Reka Bentuk Bingkai: Kayu padu

Kelebihan:

Kayu padu
Tahan lasak
Reka bentuk menarik

Harga: RM69.00 – RM163.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. IKEA LOTS Self-Adhesive 4-Pieces Mirror

IKEA LOTS Self Adhesive Pieces Mirror
Kredit gambar: Lazada

Tidak menemui cermin full-length yang anda suka? Atau, anda mahu cermin yang anda boleh cipta sendiri? Serlahkan rupa bilik anda dengan cermin ‘self-adhesive’ ini. Anda boleh membeli cermin mengikut kuantiti yang anda perlukan serta menyusunnya mengikut kreativiti anda. Cermin ini didatangkan dalam 3 saiz berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kaca Cermin
  • Gaya: Ringkas
  • Jenis: ‘Self-adhesive’
  • Bentuk Cermin: Cermin Segi Empat Sama
  • Saiz: 22 cm x 22 cm, 26 cm x 26 cm, 30 cm x 30 cm
  • Warna: Perak
  •  Reka bentuk Bingkai: Sudut Bulat

Kelebihan:

Sesuai untuk DIY
Kaca cermin gred tinggi
2 reka bentuk bingkai cermin
Jenama yang boleh dipercayai

Harga: RM26.90 – RM35.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Rectangular Full-Length Mirror

Rectangular Full Length Mirror
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sukakan gaya ala bohemian atau ‘hipster’, dapatkan cermin Rectangular Full-Length Mirror ini. Cermin ini didatangkan dalam 3 warna yang menarik untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri gantung dan ‘cheval’ serta menawarkan kemasan kayu padu dan polistirena yang boleh anda pilih mengikut konsep rumah anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pampasan kerosakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, Polistirena, Kaca
  • Gaya: Moden
  • Jenis: Cheval, Gantung
  • Bentuk Cermin: Cermin Segi Empat Tepat
  • Saiz: 32 cm x 98 cm (Bingkai PS, Gantung), 37 cm x 150 cm (Bingkai PS, Gantung & Stand), 50 cm x 160 cm ( Bingkai Kayu & PS, Gantung), 55 cm x 165 cm (Bingkai PS, Gantung & Stand)
  • Warna: Deep wood, Walnut, Kayu, Putih, Hitam
  • Reka Bentuk Bingkai: Kayu, Polistirena 

Kelebihan:

Mudah alih
Kaca berkualiti tinggi
Mempunyai pampasan kerosakan

Harga: RM99.00 – RM179.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Standing Full-Length Mirror 40cm x 150cm

Standing Full Length Mirror cm x cm
Kredit gambar: SeeTracker Malaysia

Cermin ini didatangkan dalam reka bentuk vintaj yang menjadikannya sesuai untuk anda yang berjiwa eksentrik. Ia diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dalam pelbagai warna dan reka bentuk untuk dipilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, Kaca
  • Gaya: Vintaj
  • Jenis: Cermin Cheval
  • Bentuk: Cermin Segi Empat Tepat
  • Saiz: 40 cm x 150 cm 
  • Warna: Merah Jambu, Putih Perak, Putih, Emas Putih
  • Reka bentuk Bingkai: Pelbagai 

Kelebihan:

Kukuh
Jarang ditemui dan unik
Reka bentuk bingkai yang menarik

Harga: RM77.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Vintage Frame Large Full-Length Mirror

Vintage Frame Large Full Length Mirror
Kredit gambar: Shopee

Cermin full-length ini didatangkan dengan ciri sandar serta mempunyai 10 reka bentuk bingkai yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Cermin ini diperbuat daripada kayu gentian berkualiti tinggi yang membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lebih lama berbanding cermin kayu biasa. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, Kaca
  • Gaya: Vintaj
  • Jenis: Cermin Sandar
  • Bentuk Cermin: Cermin Segi Empat Tepat
  • Saiz: 73 cm x 131 cm, 60 cm x 180 cm, 90 cm x 180 cm 
  • Warna: Putih, Krim, Coklat Gelap, Emas
  • Reka bentuk Bingkai: Pelbagai

Kelebihan:

Kukuh
Mudah alih
Berkualiti tinggi
Reka bentuk vintaj

Harga: RM115.00 – RM165.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close