Anda mungkin gemar melakukan aktiviti lasak seperti berkhemah atau camping di kawasan gunung, menyusuri denai mahupun melakukan hobi seperti memancing. Jadi antara aksesori yang diperlukan untuk aktiviti-aktiviti sebegini ialah pisau poket. Kenapa pisau poket diperlukan?
Hal ini kerana pisau poket atau juga dikenali sebagai ‘pisau lipat’ merupakan alat serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi seperti memotong dahan, mengukir kayu, menyembelih haiwan kecil, membuka bungkusan, memotong benang, mengupas buah-buahan atau juga digunakan sebagai alat pertahanan. Selain itu, ia agak “selamat” untuk dibawa ke mana-mana kerana mudah dilipat selepas digunakan, secara tidak langsung bahagian yang tajam tidak terdedah! Jadi, ini adalah 8 pisau poket terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih pisau poket yang berkualiti?
Salah satu elemen terpenting yang perlu ada pada pisau poket ialah saiznya kerana pisau poket biasanya agak kecil memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Namun, anda juga perlu mempertimbangkan aspek lain seperti bahan, harga dan ulasan sebelum membuat pembelian.
1. Bahan
Anda perlu memilih bahan pembuatan bilah pisau yang sesuai dengan tujuan penggunaannya. Sebagai contoh, jika anda menggunakan pisau dalam keadaan lembap atau ekstrem, keluli tahan karat adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
2. Harga
Pisau poket mempunyai fungsi yang serba guna terutamanya ketika melakukan aktiviti lasak atau perkhemahan namun, pisau poket profesional boleh menelan kos yang agak tinggi berbanding alat lain. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.
3. Ulasan
Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.
8 Pisau Poket Terbaik di Malaysia 2023
1. OZARK TRAIL Pocket Knife

OZARK TRAIL Pocket Knife diperbuat daripada bahan keluli tahan karat dan kakisan, menjadikannya sesuai untuk digunakan pada pelbagai jenis permukaan dan juga selamat untuk digunakan pada makanan. Pisau ini memiliki bilah yang bergerigi bagi membolehkan anda untuk memotong objek keras dan nipis seperti dahan atau wayar bersaiz kecil. Selain itu, pemegang pisau ini diperbuat daripada plastik supaya anda mempunyai cengkaman yang kukuh dan kuat semasa memegang pisau.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Saiz: 11.5cm X 3.4cm X 1.5cm
- Warna: Hitam
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Pemegang plastik
✅ Bilah bergerigi
Harga: RM8.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. 11 In 1 Swiss Knife

11 In 1 Swiss Knife sesuai digunakan untuk aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki, memancing dan latihan kelangsungan hidup (survival training). Pisau ini mempunyai reka bentuk yang padat dan sesuai untuk dipegang atau disimpan di dalam poket anda. Pisau ini didatangkan dengan pelbagai fungsi dan pelbagai elemen yang disertakan seperti bilah besar, bilah kecil, skru, pemutar skru, pembuka penutup botol, pemutar skru silang, stiletto, kikir, bit paku, gunting dan gergaji kayu agar anda boleh bersedia untuk sebarang kecemasan.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Saiz: 2.5cm x 2cm x 9cm
- Warna: Perak
Kelebihan:
✅ Kompak
✅ Pelbagai fungsi
Harga: RM5.50
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Multifunctional Foldable Knife

Multifunctional Foldable Knife dilengkapi dengan pemegang ergonomik yang diperbuat daripada aluminium. Pemegang pisau ini dibina dengan tekstur pisau yang agak kasar supaya ia mudah untuk digenggam serta mempunyai klip poket yang memudahkan anda untuk menyimpannya. Hal ini dapat mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan daripada berlaku.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium
- Saiz: 20cm
- Warna: Black sable
Kelebihan:
✅ Boleh dilipat
✅ Reka bentuk premium
✅ Klip tali pinggang disertakan
Harga: RM19.99
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Deepsea Scuba Diving Fixed Blade

Curve Camping Pocket Knife mempunyai reka bentuk yang unik. Ia bukan sahaja dapat berfungsi dengan baik malah diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi menjadikannya salah satu produk pisau poket yang paling digemari oleh pengguna. Pisau ini juga boleh dilipat supaya anda boleh menyimpannya dengan selamat di dalam poket sisi anda. Reka bentuk pisau yang melengkung dan mempunyai sisi bergerigi memudahkan anda untuk melakukan sebarang kerja pemotongan yang ringan.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Saiz: 21cm
- Warna: Hijau, biru, biru langit, hijau tentera
Kelebihan:
✅ Bilah melengkung
✅ Bilah bergerigi
✅ Tempat letak jari
Harga: RM35.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. NE0104 NexTool Flagship Hand Tool

NE0104 NexTool Flagship Hand Tool ialah playar gabungan yang merangkumi pelbagai elemen seperti bilah, pemutar skru, pembuka tin dan banyak lagi. Pisau ini diperbuat daripada keluli tahan karat menjadikannya sesuai untuk digunakan semasa melakukan aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki, dan memancing. Selain itu, ia juga mempunyai kemasan ‘sanding’ untuk ketahanan tambahan.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat
- Saiz: 11cm x 4cm x 2cm
- Warna: Perak
Kelebihan:
✅ Playar kombinasi
✅ Kemasan ‘sanding’
✅ Pelbagai fungsi
Harga: RM152.21
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Leatherman Skeletool KBX Folding Knife

Pisau poket KBX Leatherman Skeletool dilengkapi dengan bilah pisau gabungan serba guna yang sesuai untuk kerja berat atau kegunaan harian. Selain itu, ia dilengkapi dengan pembuka botol dan klip poket yang boleh diganti sekiranya pecah atau hilang. Pisau ini diperbuat dari keluli tahan karat dan aluminium anodized yang telah dijamin kualitinya.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat, aluminium anodized
- Saiz: 8.77cm
- Warna: Perak
Kelebihan:
✅ Kompak
✅ Bahan premium
✅ Pembuka botol terbina pada bilah
Harga: RM149.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Flipper Vouwen Mes 440C Roestvrijstalen Mes Pocket Tool

Flipper Vouwen Mes 440C Roestvrijstalen Mes Pocket Tool ialah pisau poket dengan kualiti premium yang boleh dilipat dan sesuai digunakan untuk sebarang tujuan. Pisau ini didatangkan dengan warna bilah yang menggabungkan dua tona gelap untuk penampilan yang lebih premium. Pisau ini telah menjadi pilihan dan rebutan peminat tegar aktiviti outdoor!
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Saiz: 23cm
- Warna: Hitam kelabu
Kelebihan:
✅ Premium
✅ Boleh dilipat
Harga: RM91.29
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Deepsea Scuba Diving Fixed Blade

Deepsea Scuba Diving Fixed Blade diperbuat daripada bahan tahan karat dan tahan lasak, membolehkannya digunakan di bawah permukaan air, khususnya dalam aktiviti selam skuba. Pisau ini dilengkapi dengan mata bilah yang sangat tajam serta pemegangnya diperbuat daripada kayu dan plastik yang berkualiti bagi memastikan cengkaman anda tidak licin. Walaupun ia agak mahal, tetapi kualiti yang ditawarkan pasti memuaskan hati anda!
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli tahan karat, kayu
- Saiz: 15cm
- Warna: Hijau, biru, biru langit, hijau tentera
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk selam skuba
✅ Pemegang penebat
✅ Sarung plastik
Harga: RM229.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.