Jika anda mencari sesuatu yang masin dan manis, anda mungkin suka snek karamel. Karamel mempunyai pelbagai rasa yang berubah secara halus dengan setiap gigitan. Ia akan membuatkan anda semakin mengidam apabila memakannya.
Snek karamel ini mungkin merupakan snek yang baru bagi anda. Rasanya yang lemak berkrim dan manis pasti menjadikannya sebagai salah satu snek kegemaran anda. Anda boleh cuba snek ini bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Ia pasti menggembirakan anda tatkala merasainya di waktu santai anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan snek karamel?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek karamel di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek karamel, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek karamel seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek karamel?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek karamel ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek karamel yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Snek Karamel Terbaik di Malaysia 2025
1. Nongshim Pretzel Salty Caramel Snacks

Nongshim Pretzel Salty Caramel Snack merupakan snek yang mendapat permintaan tinggi di pasaran. Kini ia kembali untuk memenuhi permintaan anda. Snek ini mempunyai karamel masin dalam setiap gigitannya. Anda tidak akan menyesal kerana mencuba snek ini.
Bahan-bahan: Tepung jagung, gula putih, minyak dedak beras, gula perang, tepung gandum, pes karamel, minyak kelapa sawit, mentega, susu pekat, krim susu tepung, krim susu penuh, garam, garam mutiara, serbuk perasa, pewangi sintetik(perasa karamel ), selulosa kristal, dan sediaan campuran.
Saiz: 80 g
Harga: RM5.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Eureka Caramel Popcorn Alluminium Pouch Pack

Manjakan diri anda dengan kerangupan snek karamel ini. Popcorn Eureka ini berasa enak, rangup dan lazat. Hanya bahan-bahan terbaik dipilih untuk membuat snek karamel ini. Anda boleh mencubanya sambil menikmati waktu santai anda bersama keluarga, atau ketika menonton televisyen.
Bahan-bahan: Jagung, Gula, Minyak Sayur (Minyak Sawit), Garam, Serbuk Vanila, Sirap Karamel Masin, Gula Perang, Gula Molase, Karamel E150a, Lesitin Soya dan Perisa Jagung Manis.
Saiz: 80 g
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. THAILAND PARTY Caramel Sweet Potato Snack

Snek kerepek keladi yang bersalut karamel ini sering menjadi kegemaran remaja dan juga kanak-kanak. Memandangkan ia mudah didapati di pasaran, snek ini sering menjadi pilihan para pelanggan untuk membelinya. Setiap kunyahan disertai dengan nikmati yang tiada bandingnya.
Bahan-bahan: Karamel, Ubi Manis, Tepung Tapioca, Tepung Gandum, Minyak Olein Sawit, Mentega, Bahan Tambahan Makanan (INS 322, INS 450, INS 500, INS 941), Garam Beryodium.
Saiz: 120 g
Harga: RM7.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Galaxy Chocolate (Caramel)

Coklat Galaxy® ini licin dan berkrim. Ia disalut dengan karemel manis yang mewah. Ramai yang menyukai snek ini. Ia merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang sukakan coklat dan karamel kerana snek ini memiliki kedua-dua perisa. Apa kata anda cuba snek ini hari ini dan rasai kelazatannya?
Bahan-bahan: Coklat Susu (Mengandungi Pepejal Koko Minimum 25%, Pepejal Susu Minimum 14%, Lemak Sayuran (Lemak Sawit Kurang Daripada 5%), Pengemulsi (Lesitin Soya), Perisa (Vanila Asli)), Sirap Glukosa, Gula, Lemak Sayuran ( Lemak Sawit), Air dan Tepung Susu Skim.
Saiz: 40 g
Harga: RM2.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Japanese Tohato Caramel Corn series

Puaskan selera anda dengan snek karamel yang manis, berlemak dan juga rangup ini bersama rakan mahupun keluarga anda. Setiap gigitan Jagung Karamel Tohato pasti membuatkan hari anda ceria dan berwarna-warni. Snek ini terdiri daripada kepingan jagung bersaiz gigitan yang disalut dengan sedikit karamel bagi menonjolkan rasa snek ini. Kacang tanah panggang juga diletakkan bersama bagi memberikan rasa umami terhadap snek ini. Selamat mencuba!
Bahan-bahan: Gar jagung, gula, minyak sayuran dan lemak, kacang tanah, marjerin, maltosa, garam, sos karamel, pes karamel, sorbitol, warna: karamel, karotena, aroma dan rempah ratus.
Saiz: 58 g
Harga: RM7.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. M&S Caramel Crispy Mini Bites

Hidangan bersaiz gigitan ini dibuat menggunakan nasi rangup. Kemudian, ia disalut dengan karamel kenyal yang lazat bagi memberikan rasa manis-manis madu. Akhir sekali, lapisan coklat ditabur ke atas snek ini untuk memberikan rasa manis coklat. Rasanya sangat enak dan manis-manis coklat. Jika and menyukai perisa karamel dan coklat, maka snek ini adalah untuk anda.
Bahan-bahan: Coklat susu (gula, jisim koko, mentega koko, susu keseluruhan kering, pengemulasi: lesitin soya), beras rangup, (beras, gula, garam, ekstrak malt barli (mengandungi gluten), pengemulsi: E471, besi, niasin, pantothenik asid, pebotivin, thiamin, vitamin b6, asid folik, vitamin b12, vitamin d), sirap gula terbalik, sirap glukosa, manis pertimbangkan susu (susu penuh, gula), minyak sawit, humektan: gliserol, gula, mentega (susu), garam, pengemulsi: lesitin soya.
Saiz: 210 g
Harga: RM22.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Lotus Biscoff Original Caramelised

Lotus Biscoff membuktikan bahawa segala-galanya bergantung kepada rasa sesebuah snek, bukannya saiz. Dengan setiap suapan snek ini, anda pasti temui keceriaan dalam hidup anda. Apa kata anda cuba nikmati snek ini bersama keluarga tersayang? Pasti menyelerakan!
Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, minyak sayuran (minyak sawit dari ladang yang mapan dan diperakui, minyak biji sesawi), sirap gula gula-gula, agen penaik (natrium hidrogen karbonat), tepung soya, garam dan kayu manis.
Saiz: 250 g
Harga: RM12.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. McVities Caramel Digestives Biscuit

Rasailah snek yang sihat ini untuk memulakan hari anda. Pasti hari anda ceria dan berwarna-warni. Snek ini merupakan hidangan yang sempurna dengan rasa gandum klasik dan tekstur panggang yang keemasan serta rapuh. Hanya tambah salutan susu baldu atau coklat gelap pada snek ini untuk rasa yang lebih menyelerakan.
Bahan-bahan: Tepung (33%) (Tepung Gandum, Kalsium, Besi, Niasin, Thiamin), Karamel (24%) [Sirap Glukosa, Susu Skim Pekat Manis, Minyak Sayur (Sawit), Humectant (Gliserin), Garam, Pengemulsi (E471). )], Coklat Susu (18%) [Gula, Mentega Koko, Jisim Koko, Susu Skim Kering, Whey Kering (Susu), Minyak Mentega (Susu), Lemak Sayuran (Sawit, Shea), Pengemulsi (Lesitin Soya, E476), Perisa Asli], Minyak Sayuran (Sawit), Tepung Gandum Seluruh (7%), Gula, Sirap Glukosa-Fruktosa, Ejen Penaik (Natrium Bikarbonat, Asid Malik, Ammonium Bikarbonat), dan Garam.
Saiz: 250 g
Harga: RM11.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Kintry Salted Butter Caramel Granola

Kebaikan sihat dalam granola kami dengan kelainan. Granola ini mempunyai kebaikannya yang sihat jika anda memakannya.Ia mempunyai rasa rapuh dan kebaikan mentega karamel masin yang hebat di atasnya dengan kacang gajus, labu & biji bunga matahari. Bayangkan keseimbangan sempurna antara manis dan masin. Satu gigitan bakal membuat anda ketagih lagi dengan snek ini.
Bahan-bahan: Oat gulung, biji labu, vanila, biji bunga matahari, tepung biji rami, kacang gajus, gula, sirap jagung, mentega, garam laut dan soda penaik.
Saiz: 200 g
Harga: RM15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. ZOMBIE COOKIES Biskut Salted Caramel

Snek ini merupakan antara snek yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Dengan rasanya yang sedikit masin dan manis, gabungan perisa ini menjadikan snek ini unik dan lazat. Bagi anda yang mencari snek yang rasanya unik dan sedap, maka snek ini adalah jawapannya. Anda boleh mencuba snek ini bersama keluarga atau orang tersayang.
Bahan-bahan: Mentega, Gula Perang, Gula Kastor, Telur, Tepung, Karamel, Esen Vanila, Serbuk Penaik, Soda Penaik, Garam, dan Cip Coklat.
Saiz: 160 g
Harga: RM14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.