Sekarang sudah tiba musim pembukaan semula sekolah. Pasti ramai pelajar sedang bersiap sedia untuk pulang ke asrama atau setidak-tidaknya sudah mula membeli barangan keperluan asrama. Biasanya, pelajar dan ibu bapa akan mempunyai senarai yang mesti dibeli untuk memastikan mereka telah membuat persediaan yang baik supaya kehidupan sebagai pelajar akan lebih mudah di fasa awal tahun persekolahan. Bagaimanapun, adalah tidak realistik untuk membawa semua keperluan kerana ia akan menjadi beban dan memakan ruang bilik asrama.
Tambahan pula, sudah pasti ada pasa raya atau pusat membeli-belah berdekatan dengan asrama. Oleh itu, pelajar hanya perlu membawa barang keperluan yang diperlukan sahaja kerana mereka boleh membeli barangan runcit atau barangan lain dengan mudah di kedai berdekatan asrama mereka. Ini akan memudahkan proses membawa barang ke asrama, mengemas dan membantu mengenal pasti barangan yang benar-benar diperlukan sahaja untuk dibawa.
Bagaimanakah Saya Harus Mula Mengemas Barang Saya?
Bagi sesiapa yang baru pertama kali masuk asrama, tidak mudah untuk menentukan semua barangan keperluan yang mesti dibawa. Oleh itu, anda berkemungkinan cenderung untuk membawa segala-galanya ke asrama. Akhirnya, bagasi menjadi sangat berat dan penuh. Di samping itu, ruang bilik asrama juga akan sempit dengan barang-barang. Lalu, anda akan menyesal kerana lama-kelamaan lebih banyak barang yang dibawa tidak diperlukan.
Kami cadangkan anda merancang senarai semak supaya anda tidak tertinggal apa-apa yang perlu dibeli dan dibawa. Untuk mengenal pasti keperluan harian anda, anda hanya perlu memberi perhatian kepada perkara yang anda gunakan setiap hari. Biasanya, barangan yang anda perlukan mesti digunakan apabila anda mula duduk di asrama nanti. Untuk perkara lain, anda mungkin hanya perlu meninggalkannya di rumah.
8 Benda Penting Yang Anda Perlukan Apabila Mula Tinggal Di Asrama 2023
1. Laptop Stand


Pada era baharu, komputer riba seolah-olah menjadi barang yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar sekolah dan universiti. Untuk mengelakkan masalah leher dan bahu sakit atau kebas semasa menggunakan komputer riba kerana duduk dalam tempoh masa yang lama, Laptop Stand harus menjadi aksesori standard untuk komputer riba anda. Alat ini terdiri daripada 2 lapisan yang membolehkan komputer riba anda dilaraskan kepada lebih banyak sudut dan ketinggian. Tambahan pula, jika anda beli jenis yang diperbuat daripada aluminium, ia lebih kukuh dan tahan lama.
.
2. Penyangkut Pakaian Magik Serbaguna


Biasanya, almari pakaian di asrama bersaiz kecil. Jadi, anda perlu membawa jumlah pakaian yang sedikit atau ambil cara mudah dengan membeli banyak penyangkut serba guna. Penyangkut Magik Serba guna ini membolehkan anda menggantung pakaian anda pada 2 arah. Selain itu, anda boleh menggantung pakaian yang lebih berat seperti seluar jeans dan blazer kerana penyangkutnya diperbuat daripada aluminium yang kukuh. Pada Penyangkut Magik Serba guna ini juga terdapat pad getah yang tidak licin untuk memastikan pakaian anda tidak mudah jatuh setelah disangkut.
3. Bekas Makanan


Anda mesti membeli Bekas Makanan anda sendiri, terutamanya apabila anda tidak dibenarkan memasak di asrama. Bekas Makanan yang boleh dicuci ini boleh menjimatkan masa dan berguna untuk anda. Ini kerana sesetengah gerai atau kantin asrama akan mengenakan caj lebih untuk makanan yang dibawa pulang kerana mereka menyediakan pembungkusan makanan dan plastik. Jika anda membawa bersama Bekas Makanan anda sendiri, anda boleh menjimatkan wang tanpa perlu membayar caj bungkusan makanan dan plastik.
4. Botol Air


Selain Bekas Makanan, anda perlu juga membawa Botol Air supaya anda tidak mengalami dehidrasi. Salah satu jenama botol air plastik berkualiti terbaik di pasaran adalah Tupperware. Anda juga akan mendapat jaminan seumur hidup di mana anda boleh menukar penutup di kedai mereka selagi anda mempunyai botol jenama mereka bersama anda. Jenama ini mempunyai pelbagai isi padu dan reka bentuk botol air yang unik.
5. Penyedut Minuman Guna Semula


Untuk menyelamatkan alam sekitar, kita mesti mengurangkan penggunaan plastik termasuklah Penyedut Minuman. Namun, kita boleh mengambil alternatif lain dengan menggunakan Penyedut Minuman Guna Semula untuk meminum minuman sejuk atau teh boba. Oleh itu, anda harus mendapatkan Penyedut Minuman Guna Semula ini yang boleh dibeli dengan warna dan bentuk menarik, sama ada diperbuat daripada aluminium atau besi. Adalah lebih baik jika penjual menyertakan berus untuk mencuci bahagian dalam Penyedut Minuman, kerana anda boleh membersihkan ruang dalam Penyedut Minuman ini dengan mudah.
6. Soket Palam Sambungan


Setiap hari, kita menggunakan banyak barangan elektrik. Contohnya, untuk mengecas telefon, komputer riba dan kipas mudah alih. Walau bagaimanapun, bilangan soket di asrama adalah terhad. Oleh itu, kita perlu memiliki Soket Palam Sambungan untuk memastikan kita boleh menggunakan elektrik dengan sebaik mungkin dan mengecas lebih banyak barangan elektrik. Jangan lupa semasa membeli, pastikan ada logo SIRIM kerana ia lebih selamat dan mempunyai waranti.
7. Rak Kemasan


Bagi mendapatkan meja belajar dan persekitaran yang lebih kondusif untuk mengulang kaji pelajaran di bilik asrama, anda mesti memastikan bilik anda teratur. Oleh itu, anda mesti membeli beberapa Rak Kemasan untuk mengemas barangan di atas meja anda. Jika anda mempunyai banyak barangan kecil di atas meja belajar, anda harus membeli Rak Kemasan ini kerana ia lengkap dengan banyak lapisan. Bukan itu sahaja, Rak Kemasan ini akan membantu anda mendapatkan ruang yang kemas serta pasti memudahkan proses mencari objek jika sesuatu hilang.
8. Tripod


Jangan terkejut jika anda dinasihatkan untuk membeli Tripod oleh guru atau pensyarah anda. Pada masa kini, banyak kerja yang memerlukan pelajar merakam persembahan video atau pembentangan. Oleh itu, Tripod akan menjadi alatan terbaik kerana ia lebih stabil untuk memegang telefon anda berbanding tangan untuk merakam video yang kemas. Pastikan juga sebelum membeli Tripod, anda dapatkan yang kukuh dan stabil supaya dapat mencengkam telefon anda dengan sempurna semasa merakam video.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.