Kranberi digunakan secara meluas dalam keadaan kering, sebagai jus, atau sebagai makanan tambahan. Memang betul, ini kerana ia adalah sumber yang baik untuk beberapa vitamin dan mineral. Kranberi kering boleh menjadikan snek lebih sihat, jadi anda boleh menjadikannya salah satu snek harian anda.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan kranberi dalam smoothies atau bersama yogurt yang lazat. Pemakanan yang lazat haruslah bermula daripada rumah. Cuba anda bayangkan, setiap hari menikmati makanan yang berkhasiat, pasti kesihatan anda terjamin baik. Oleh itu, apa kata anda mula tambahkan kranberi kering di dalam rutin pemakanan anda. Semakin cepat anda mulakan rutin kesihatan anda, semakin cepat anda akan beroleh hasil yang memuaskan.
Di manakah saya boleh mendapatkan kranberi kering?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan kranberi kering di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan kranberi kering, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, kranberi kering seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih kranberi kering?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli kranberi kering ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis kranberi kering yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Kranberi Kering Terbaik di Malaysia 2025
1. Biogreen Dried Cranberries

Kranberi kering Biogreen membekalkan sumber antioksidan yang unik. Nikmati semua nutrien yang baik daripada kranberi kering ini dengan setiap suapan yang anda ambil. Mulakan hari yang sihat dengan kranberi kering Biogreen hari ini! Percayalah, hari anda akan menjadi lebih ceria dan menyihatkan dengan adanya kranberi ini.
Bahan-bahan: Kranberi, Gula Tebu, Minyak Bunga Matahari
Negara Pengeluar: Kanada
Saiz: 170 g
Harga: RM 15.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Signature Market Dried Cranberries

Untuk pengetahuan anda, kranberi kering penuh dengan nutrien. Kaya dengan vitamin C, vitamin E, vitamin K1 (phylloquinone), kuprum, mangan dan antioksidan (flavanol polifenol), kranberri sebenarnya sangat bagus untuk mencegah beberapa penyakit. Ia juga berkesan dalam menggalakkan jantung, paru-paru, hati dan sistem peredaran darah yang sihat kerana sifatnya yang kaya dengan antioksidan. Selain itu, kandungan vitamin C yang terdapat dalam kranberi ini juga memberi peningkatan yang diperlukan ole sistem imun anda. Anda boleh memulakan hari anda dengan Signature Market Dried Cranberry untuk hari yang lebih baik.
Bahan-bahan: Kranberi Kering dan Gula
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 300 g
Harga: RM 20.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Healthy Baker’s Dried Cranberries

Jom dapatkan Healthy Baker’s Dried Cranberry hari ini! Snek yang sesuai untuk anda kongsi dan nikmati bersama keluarga anda. Kranberi kering yang lazat ini mempunyai rasa tersendiri yang sesuai untuk snek, mufin, roti, bijirin dan salad. Serb aguna untuk sebarang resipi tidak kira di mana anda berada!
Bahan-bahan: Kranberi Kering
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 15.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Ocean Spray Craisins Dried Cranberries

Kejutkan cita rasa anda dengan rasa manis dan lazat kismis Kranberi Kering ini. Dibuat dengan buah-buahan asli dan baik sebagai snek atau dalam resipi, ia juga bebas gluten. Selain itu, ia merupakan sumber serat yang baik untuk anda. 1 hidangan Craisin Original Dried Cranberry memenuhi 25% daripada keperluan buah-buahan harian anda yang disyorkan.
Bahan-bahan: Kranberi, Gula, Minyak Bunga Matahari
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 142 g
Harga: RM 11.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Rahman Premium Dried Cranberries

Kranberi kering sesuai untuk snek harian anda. Anda juga boleh menambah salad, bijirin atau yogurt untuk mendapatkan rasa yang sihat! Kranberi kering premium Rahman ini segar, berair dan dikenali ramai. Cubalah kranberi kering premium Rahman hari ini! Anda pasti seronok dengan rasa yang diberikannya.
Bahan-bahan: Kranberi Kering
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 100 g
Harga: RM 10.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Radiant Organic Dried Cranberries

Kranberi Kering Organik Radiant dijemur di bawah cahaya matahari. Ia tidak menggunakan sulfur atau apa-apa bahan tiruan. Semua bahan yang terkandung dalam produk ini adalah semula jadi. Rasanya sedikit manis dengan jus tebu yang disejat. Nikmati kranberi kering yang boleh digandingkan dengan salad, smoothies atau yogurt anda.
Bahan-bahan: Kranberi Kering
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 100 g
Harga: RM 13.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Tong Garden Sun Gift Dried Cranberries

Aktifkan diri anda pada hari ini dengan rutin pemakanan yang sihat. Gunakan kranberi kering Tong Garden Sun Gift dalam barangan bakar anda untuk rasa yang lebih segar dan berkhasiat. Selain itu, anda juga boleh memasukkan kranberi kering ini ke dalam smoothie anda dan campurkannya bersama salad! Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Kranberi kering, Gula, pati Jus Elderberi dan minyak bunga matahari
Negara Pengeluar: Singapura
Saiz: 110 g
Harga: RM 6.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Country Farm Organics Dried Cranberries

Dengan keadaan pertumbuhan yang ideal di Quebec dan kawalan kualiti tinggi dalam pemprosesan kranberi, mereka menawarkan kranberi kering yang lebih berisi, lembut dan halus kepada semua peminat beri. Country Farm Organics Dried Cranberry adalah 100% semula jadi. Ia tidak mengandungi lemak dan kolesterol. Nikmatinya tanpa perlu risau!
Bahan-bahan: Kranberi, Gula, Minyak Bunga Matahari
Negara Pengeluar: kanada
Saiz: 100 g
Harga: RM 9.91
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Ray’s Harvest Dried Cranberry

Walaupun berair dan lazat, Ray’s Harvest Dried Cranberry adalah alternatif sihat yang hebat untuk gula-gula tiruan biasa yang dimakan hari ini. Cranberi kering Ray’s Harvest ialah pilihan popular dalam kalangan pengguna kranberi kering. Kranberi kering ini popular dalam campuran kacang, salad, roti, serta bijirin. Anda juga boleh memakannya begitu sahaja. Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Kranberi Kering
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 250 g, 500 g, 1 kg
Harga: RM 7.20 (250 g) | RM 13.70 (500 g) | RM 26.80 (1 kg)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Mum Mum Snacks Dried Cranberries

Kranberi kering berkualiti premium ini sedia untuk dimakan pada bila-bila masa yang anda mahukan. Mum Mum Snacks menjamin anda kranberi kering yang lazat untuk dimakan. Ia diimport dari Amerika Syarikat. Kranberi ini manis, segar, kaya dan semula jadi. Cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Kranberi Kering
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 300 g
Harga: RM 19.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.