Dalam zaman digital yang pesat, rangkaian mudah alih menjadi sangat penting bagi menghubungkan anda dan orang tersayang. Ia lebih daripada sekadar keperluan. Rangkaian mudah alih menjadi alat komunikasi utama kita kerana ia menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti Internet berkelajuan tinggi, pelbagai pakej panggilan dan juga mesej untuk kita saling berhubung. Dengan perkembangan teknologi 5G, ia telah mengubah cara kita berinteraksi dalam dunia digital.
Kini, terdapat banyak syarikat rangkaian mudah alih yang menawarkan perkhidmatan terbaik dan liputan 5G yang luas di Malaysia. Jadi, pemilihan pelan dan telco boleh jadi mencabar untuk anda. Oleh sebab itu, kami telah menyenaraikan 13 rangkaian mudah alih terbaik di Malaysia pada tahun 2023. Senarai ini dibuat berdasarkan pemerhatian kami terhadap liputan rangkaian, pilihan pakej dan kualiti perkhidmatan pelanggan. Jadi, teruskan membaca artikel ini untuk ketahui rangkaian mudah alih yang sesuai untuk keperluan anda.
Apakah Pakej Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Rangkaian Mudah Alih di Malaysia?
Pemilihan pelan perkhidmatan mudah alih yang sesuai di Malaysia bergantung kepada keperluan dan penggunaan khusus anda. Selain itu, pelbagai tawaran yang disediakan oleh syarikat rangkaian mudah alih juga turut memainkan peranan penting dalam pemilihan pelan anda. Berikut adalah gambaran umum tentang pakej perkhidmatan mudah alih yang biasa didapati:
- Pelan Prabayar
Pelan prabayar menawarkan fleksibiliti dan kawalan sepenuhnya terhadap perbelanjaan mudah alih anda. Anda hanya perlu membayar kemudahan yang anda gunakan sahaja. Anda boleh ‘recharge’ akaun anda sekiranya anda memerlukan lebih banyak minit, mesej atau data mengikut keperluan dan penggunaan anda. Selain itu, pelan ini tidak mempunyai bil bulanan yang tetap. Jadi, ia sesuai untuk mereka yang mahu pelan mudah alih tanpa komitmen bagi kontrak jangka panjang. Maka, tidak hairanlah pelan ini menjadi pilihan ramai orang.
- Pelan Posbayar
Pelan posbayar adalah pilihan yang baik bagi mereka yang inginkan perkhidmatan data yang tidak terputus dan tanpa bimbang akan kehabisan kredit. Pelan ini mempunyai bayaran bulanan tetap yang membolehkan anda mendapat kuota tertentu untuk minit, mesej dan data. Ada sesetengah syarikat rangkaian mudah alih menawarkan pelan tanpa had di mana anda boleh menikmati Internet, panggilan dan mesej tanpa henti. Selain itu, kemudahan pengagihan yang konsisten dan peruntukan tambahan telah menjadikan pelan ini pilihan yang sesuai buat pengguna yang aktif.
- Pelan Keluarga
Pelan Keluarga menawarkan kemudahan yang dikongsi seperti minit, mesej dan data dengan beberapa pengguna di bawah satu akaun. Dengan satu bil, pelan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah anda tidak perlu melanggan pelan individu untuk setiap ahli keluarga anda. Pelan ini bukan sahaja memudahkan urusan anda malah menjimatkan kos. Oleh sebab itu, ia adalah pelan yang menjadi pilihan ramai orang.
- Pelan Perniagaan
Pelan prabayar menawarkan fleksibiliti dan kawalan sepenuhnya terhadap perbelanjaan rangkaian mudah alih anda. Melalui pelan ini, anda hanya membayar untuk kemudahan yang anda gunakan sahaja. Pelan ini mempunyai pilihan untuk anda menaik taraf akaun jika anda memerlukan lebih banyak minit, mesej atau data. Pelan-pelan ini sesuai untuk mereka yang mahukan pelan mudah alih tanpa komitmen kontrak jangka masa panjang. Selain itu, pelan ini juga tidak mempunyai bil bulanan. Oleh sebab itu, pelan ini menjadi pilihan yang menarik bagi ramai orang kerana mempunyai kemudahan untuk menaik taraf akaun mengikut keperluan penggunaan anda.
Apakah Perkara yang Perlu Anda Pertimbangkan Ketika Memillih Rangkaian Mudah Alih?
Apabila anda mahu memilih rangkaian mudah alih, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor bagi memastikan anda memilih perkhidmatan yang paling sesuai dengan keperluan anda. Berikut adalah 3 aspek penting yang perlu anda ambil kira:
- Lokasi
Liputan dan kekuatan signal sebenarnya bergantung kepada lokasi anda. Sesetengah rangkaian mudah alih mungkin menyediakan perkhidmatan yang sangat baik di kawasan bandar tetapi bukan di kawasan luar bandar. Oleh sebab itu, anda perlu mengetahui kekuatan liputan rangkaian yang anda gunakan paling kerap,di lokasi seperti di rumah, tempat kerja atau kawasan rekreasi bagi membolehkan anda menikmati perkhidmatan yang lancar.
- Harga
Pelan rangkaian mudah alih boleh berbeza harganya kerana ia bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan. Anda perlu menilai keperluan dan bajet sebelum melanggan pelan yang diingini. Selain itu, anda perlu mengetahui corak penggunaan bagi mesej dan data agar anda dapat memilih pelan yang menawarkan nilai terbaik bagi memenuhi keperluan anda tanpa melebihi bajet yang ditetapkan.
- Perkhidmatan Pelanggan
Kualiti perkhidmatan pelanggan bagi rangkaian adalah faktor yang penting untuk dipertimbangkan. Anda perlu memastikan bahawa syarikat telekomunikasi itu mempunyai pasukan perkhidmatan pelanggan yang cekap agar mereka dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti menjawab pertanyaan anda, membantu menukar nombor telefon atau menaik taraf pelan anda. Anda perlu mencari rangkaian yang mempunyai banyak komen positif agar urusan anda berjalan dengan lancar.
Jika anda ingin mencari pelan broadband atau sambungan Internet yang terbaik, anda boleh melayari artikel di bawah:
13 Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2023
1. Celcom
Celcom adalah syarikat telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan ditubuhkan pada tahun 1988 di negara ini. Syarikat ini adalah sebahagian daripada kumpulan perusahaan Axiata yang terkenal. Ia adalah antara syarikat yang mendapat lesen telefon mudah alih dan memperkenalkannya kepada orang ramai. Selain itu, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk 2G, 3G, 4G, Fibre Broadband, dan rangkaian satelit mudah alih kepada pengguna di Malaysia.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Maxis
Maxis adalah sebuah syarikat telekomunikasi utama di Malaysia. Syarikat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan mudah alih, talian tetap, dan jalur lebar untuk memenuhi keperluan pengguna (individu dan perniagaan). Pelan Unlimited Postpaid & Fibre memberikan anda akses kepada data tanpa had untuk sambungan mudah alih dan jalur lebar bagi memenuhi permintaan tinggi untuk sambungan yang lancar. Selain itu, pakej keluarga komprehensif Maxis direka untuk menampung penggunaan Internet dan kemudahan sehingga 5 ahli keluarga anda. Secara tidak langsung, pelan ini menjadi pelan yang terbaik untuk isi rumah yang mencari penyelesaian telekomunikasi yang efisien dan berpatutan.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Hotlink
Hotlink adalah sebuah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maxis. Jenama prabayar ini mempunyai lebih daripada 6.3 juta pengguna di Malaysia. Hal ini menjadikannya sebagai salah satu rangkaian mudah alih yang boleh dipercayai di negara ini. Hotlink dilancarkan oleh Maxis pada 19 Oktober 1999. Rangkaian mudah alih ini menyediakan pelan prabayar, pelan posbayar, panggilan, dan perkhidmatan kepada penggunanya. Selain itu, pelan-pelan ini menggunakan rangkaian 4G dan LTE yang lebih pantas daripada rangkaian 3G bagi memuaskan kehendak pelanggan.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Digi
Digi Telecommunications atau Digi.Com Berhad, (dikenali sebagai Digi) adalah sebuah syarikat perkhidmatan mudah alih yang terkenal di Malaysia. Digi telah menjadi telco pertama di Malaysia yang melancarkan dan mengendalikan rangkaian selular digital yang lengkap pada 24 Mei 1995. Pada 21 Jun 2021, Aciata, Telenor dan Digi telah bersetuju tentang adanya potensi penggabungan antara Celcom dan Digi. Perkara ini timbul kerana mereka ingin mencipta telco yang lebih dikenali di Malaysia.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. U Mobile
U Mobile Sdn Bhd adalah rangkaian mudah alih yang diasaskan di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan sebagai MiTV Networks Sdn Bhd pada tahun 1998. U Mobile adalah anak syarikat sepenuhnya milik U Television Sdn Bhd dan beroperasi dengan rangkaian 4G LTE dan 4G LTE-A bagi menawarkan pengalaman melayari Internet yang pantas kepada penggunanya. Syarikat ini menggunakan nombor awalan 018 dan 011 yang diperuntukkan kepada organisasi tersebut oleh organisasi komunikasi dan multimedia kerajaan. U Mobile adalah salah satu pembekal rangkaian mudah alih yang paling banyak digunakan di Malaysia. Oleh sebab itu, anda boleh menemui banyak cawangan fizikalnya di seluruh negara.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. UniFi Mobile
UniFi Mobile dahulunya dikenali sebagai Packet One Networks (P1). Syarikat ini ditubuhkan pada 11 Februari 2002. UniFi Mobile beroperasi dengan rangkaian 4G WiMAX, 4G LTE dan juga 4G LTE-A. Kini, syarikat ini berkongsi spektrum dari Celcom dengan rangkaian 2G EDGE. Jika anda merancang untuk bertukar ke UniFi Mobile, anda boleh mengekalkan nombor semasa anda tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. Hal ini menjadikannya sebagai salah satu rangkaian mudah alih di Malaysia yang menyediakan pelan peralihan yang cepat dan lancar.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Tune Talk
Tune Talk menyediakan penjimatan tambahan dan kemudahan dengan Pelan Tune Talk Jimat. Mereka memahami keperluan anda untuk kuota Internet yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, mereka menawarkan anda lebih banyak pilihan untuk menjimatkan wang dan bergembira dengan FUP EKSTRA (Fair Usage Policy). Dengan Pek Jimat, anda kini boleh menonton video, membeli-belah secara online dan mendengar muzik tanpa risau kehabisan data.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Yes
YTL Communications atau YTL Communications Sdn Bhd (dikenali sebagai Yes) adalah operator rangkaian mudah alih kelima Malaysia yang ditubuhkan pada 19 November 2010. Yes telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan 10,000 sekolah kebangsaan rendah dan menengah di seluruh negara dengan sambungan Internet 4G berkelajuan tinggi melalui platform (cloud-based) Frog VLE (Virtual Learning Environment) di bawah program 1BestariNet. Anda boleh naik taraf kepada teknologi 5G yang pantas dengan pelan posbayar yang paling berpatutan di Malaysia ini. Selain itu, anda boleh memilih pelan antara pilihan kontrak atau bukan kontrak mengikut keutamaan anda dan menikmati manfaat Internet berkelajuan tinggi.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI9. XOX Mobile / ONEXOX
XOX Mobile adalah Mobile Virtual Network Operator (MVNO) pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2011. Liputan yang luas akan memudahkan anda untuk melancong kerana anda boleh berhubung dengan orang tersayang di seluruh Malaysia. XOX Mobile juga adalah pencipta konsep BURN PROOF dan menjadikannya syarikat telekomunikasi yang memberikan perhatian istimewa kepada penggunaan data, minit, dan SMS pada tahap optimum. Pelan prabayar ONEXOX mempunyai tempoh sah lebih lama selama 28 bulan. Selain itu, syarikat ini juga pernah memenangi pelbagai anugerah kerana perkhidmatan yang diberikan sangat memberangsangkan.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI10. redONE
redONE Network Sdn Bhd adalah rangkaian mudah alih yang dilancarkan pada tahun 2012. Rangkaian ini telah memenangi pelbagai anugerah dan dikenali sebagai Mobile Virtual Network Operator (MVNO) pertama yang menyediakan perkhidmatan mudah alih posbayar dengan menggunakan rangkaian Celcom Axiata yang pantas, boleh dipercayai dan 5 bintang. redONE juga memberikan perhatian kepada pelan prabayar kerana mereka ingin membantu ramai orang menjalani kehidupan yang selesa dengan rangkaian mudah alih yang boleh dipercayai.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI11. Yoodo
Misi Yoodo adalah untuk mencipta perkhidmatan mudah alih yang membolehkan pengguna merasai kawalan penuh terhadap pelan mereka. Yoodo membolehkan anda menentukan pelan yang anda ingin dapatkan dengan mudah. Melalui rangkaian mudah alih ini, mereka akan menghapuskan pelan pre-made, binding contract dan juga apa jua perkara yang diperlukan semasa anda ingin memohon rangkaian mudah alih yang baru. Semua ini adalah untuk membolehkan orang ramai bebas mencipta pelan pilihan mereka.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI12. Friendi Mobile
Friendi Mobile adalah pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi di rangkaian Celcom Axiata. Perniagaan ini menyediakan pelan mudah alih prabayar yang berpatutan dengan komponen seperti data, suara, SMS, dan perkhidmatan roaming antarabangsa. Friendi Mobile mahu memberikan nilai kepada pelanggannya sambil mengekalkan fokus kepada perkhidmatan pelanggan dan kepuasan mereka.
SEMAK LAMAN WEB DI SINI13. Merchantrade Asia
Merchantrade Asia adalah sebuah syarikat perkhidmatan kewangan digital di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan top-up prabayar mudah alih, pemindahan wang, dan e-dompet kepada pelanggannya. Syarikat ini mempunyai rangkaian lebih daripada 400 lokasi runcit di seluruh Malaysia. Selain itu, mereka juga mempunyai platform dalam talian yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatannya dari mana-mana sahaja. Nikmati kemudahan yang diberikan tanpa gangguan dengan mendaftar dalam pelan Internet mudah alih ini. Anda boleh mengakses Internet berkelajuan tinggi pada bila-bila masa di mana-mana lokasi bagi memudahkan urusan anda.
SEMAK LAMAN WEB DI SINIPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.