Netflix ialah tapak web penstriman yang menawarkan pengguna pelbagai pilihan filem, episod dan dokumentari yang menarik dan berbaloi. Kurang idea tentang perkara yang perlu dilakukan pada hujung minggu? Atau adakah anda ingin berehat di rumah hari ini? Dalam hal ini, anda boleh memilih untuk menyemak imbas koleksi filem yang tersedia di Netflix dan meluangkan masa untuk berhibur dan menyibukkan diri anda.
Netflix akan menambahkan filem baharu pada senarai mereka setiap bulan supaya anda boleh melihat keluaran terkini dan mengikuti aliran filem terkini. Untuk bulan Oktober, kita boleh menjangkakan untuk menonton lebih banyak filem seram dan thriller kerana Oktober adalah musim Halloween. Berikut adalah 10 film terbaik untuk ditonton di Netflix Malaysia pada Oktober 2023.
Apakah cara terbaik untuk mengakses Netflix di Malaysia?
Jika anda baru menggunakan platform penstriman, anda mesti memuat turun aplikasi Netflix ke peranti anda, buat akaun dan pilih kaedah pembayaran anda. Selepas semua itu selesai, anda boleh mengakses akaun anda dan mula menstrim filem pilihan anda.
Apakah jenis filem yang tersedia di Netflix?
Genre filem utama yang boleh anda temui di Netflix termasuk aksi, komedi, drama, misteri dan thriller. Selain itu, genre seperti thriller aksi, komedi romantik, misteri psikologi dan banyak lagi filem ada menggabungkan beberapa genre dalam satu filem.
10 Filem Terbaik Untuk Ditonton di Netflix Malaysia Oktober 2023
1. Saw
Diarahkan Oleh: James Wan
Dibintangi Oleh: Leigh Whannell, Cary Elwes, Danny Glover, Ken Leung, Dina Meyer, Mike Butters, Paul Gutrecht, Michael Emerson
Tarikh Keluar: 29 Oktober 2004
Genre: Seram psikologi
Masa: 103 minit
Skor IMDB: 7.6/10
Sinopsis: Apabila dua lelaki tersedar daripada pengsan, mereka mendapati diri mereka terbaring di sisi mayat. Terdapat arahan yang menyuruh mereka untuk membunuh antara satu sama lain, jika tidak, mereka akan menerima akibatnya. Kedua-duanya adalah mangsa terbaru Jigsaw Killer. Filem seram psikologi Amerika 2004 ini ditulis oleh Leigh Whannell, berdasarkan lakon layar oleh James Wan dan Leigh Whannell dan diarahkan oleh James Wan dalam penampilan sulung arahannya.
2. Mr Harrigan’s Phone
Diarahkan Oleh: John Lee Hancock
Dibintangi Oleh: Donald Sutherland, Jaeden Martell, Kirby Howell-Baptiste, Joe Tippett, Cyrus Arnold, Carl Zohan, Iván Amaro Bullón
Tarikh Keluar: 5 Oktober 2022
Genre: Seram
Masa: 106 minit
Skor IMDB: 6.1/10
Sinopsis: Berdasarkan novel pengarang seram Stephen King dengan nama yang sama daripada koleksi If It Bleeds, John Lee Hancock mencipta filem seram Amerika Mr Harrigan’s Phone, yang turut ditulis dan diarahkannya. Kisah ini berkisar tentang Craig, seorang kanak-kanak kecil yang berkawan dengan John Harrigan, seorang jutawan tua. Kemudian Craig menghulurkan telefon kepadanya. Tetapi selepas lelaki itu meninggal dunia, Craig mengetahui dia boleh bercakap dengan rakannya di akhirat.
3. The Reader
Diarahkan Oleh: Stephen Daldry
Dibintangi Oleh: Kate Winslet, Ralph Fiennes, David Kross, Bruno Ganz, Alexandra Maria Lara, Lena Olin, Vijessna Ferkic, Karoline Herfurth
Tarikh Keluar: 12 Disember 2008
Genre: Drama romantik
Masa: 124 minit
Skor IMDB: 7.6/10
Sinopsis: Filem ini mengisahkan hubungan antara peguam, iaitu Jerman Michael Berg dan Hanna Schmitz, seorang wanita yang lebih tua ketika Berg berumur 15 tahun pada tahun 1958. Bertahun-tahun kemudian, wanita itu muncul semula sebagai salah seorang defendan dalam perbicaraan jenayah perang yang berkaitan dengan tugas pengawalannya di sebuah kem tahanan Nazi. Pada mulanya, wanita itu menghilangkan diri. Michael faham bahawa Hanna mungkin menyembunyikan rahsia peribadinya yang dianggap lebih teruk berbanding dengan masa lalu Nazinya. Namun, jika rahsia itu didedahkan, ia mungkin boleh membantu wanita itu di mahkamah. Filem ini menerima pencalonan untuk beberapa penghormatan berprestij lain, seperti Anugerah Akademi untuk Gambar Terbaik.
4. Wendell & Wild
Diarahkan Oleh: Henry Selick
Dibintangi Oleh: Keegan-Michael Key, Jordan Peele, Lyric Ross, Angela Bassett, James Hong, Ving Rhames, Sam Zelaya, Tamara Smart, Seema Virdi, Ramona Young, Michele Mariana
Tarikh Keluar: 28 Oktober 2022
Genre: Komedi & Seram
Masa: 105 minit
Skor IMDB: 7.4/10
Sinopsis: Henry Selick mengarahkan Wendell & Wild daripada lakon layar yang ditulis bersama Jordan Peele. Filem ini adalah filem ‘major motion picture’ pertama Henry Selick sejak beliau menamatkan Coraline pada 2009. Wendell dan Wild merupakan dua beradik syaitan yang licik. Mereka mesti menentang musuh ketat mereka dengan bantuan Sister Helly, iaitu seorang biarawati yang terkenal kerana dapat menghalau syaitan. Walau bagaimanapun, dia dan ‘altar boys’ turut menjadi permasalahan kepada adik-beradik itu.
5. The Curse of Bridge Hollow
Diarahkan Oleh: Jeff Wadlow
Dibintangi Oleh: Marlon Wayans, Priah Ferguson, Kelly Rowland, John Michael Higgins, Lauren Lapkus, Rob Riggle
Tarikh Keluar: 14 Oktober 2022
Genre: Pengembaraan komedi keluarga
Masa: 89 minit
Sinopsis: Seorang remaja perempuan mesti bekerjasama dengan individu terakhir yang dia mahu, iaitu bapanya, jika dia ingin memelihara kesejahteraan bandar mereka. Remaja perempuan itu tidak sengaja melepaskan hantu tua yang nakal pada Halloween. Ini menyebabkan menyebabkan hiasan menjadi hidup dan mendatangkan malapetaka.
6. Luckiest Girl Alive
Diarahkan Oleh: Mike Barker
Dibintangi Oleh: Mila Kunis, Finn Wittrock, Scoot McNairy, Thomas Barbusca, Jennifer Beals, Connie Britton, Thomas Barbusca, Justine Lupe
Tarikh Keluar: 7 Oktober 2022
Genre: Drama misteri thriller
Masa: 113 minit
Skor IMDB: 8.3/10
Sinopsis: Berdasarkan novel Jessica Knoll dengan nama yang sama, Luckiest Girl Alive diarahkan oleh Mike Barker berdasarkan lakon layar yang ditulis Jessica Knoll untuk filem ini. Mila Kunis melakonkan watak Ani Fanelli, seorang penulis berjaya yang berpangkalan di New York. Apabila dokumentari jenayah sebenar memaksanya untuk meninjau kembali masa lalu sekolah menengahnya yang traumatik dan merenung keputusannya sebagai seorang anak muda, kehidupannya yang kelihatan sempurna mula berantakan.
7. The Good Nurse
Diarahkan Oleh: Tobias Lindholm
Dibintangi Oleh: Jessica Chastain, Eddie Redmayne, Nnamdi Asomugha, Kim Dickens, Noah Emmerich.
Tarikh Keluar: 26 Oktober 2022
Genre: Drama jenayah
Masa: 121 minit
Skor IMDB: 7.1/10
Sinopsis: Amy merupakan seorang jururawat penyayang dan ibu tunggal. Dia ditolak sehingga kesabarannya hampir hilang dek kerana tuntutan ICU yang mencabar dan menuntut shif lewat. Apabila Charlie Cullen tiba di unitnya, bantuan akhirnya diberikan kepada Amy. Mereka mulai rapat dek kerana banyak menghabiskan masa bersama di hospital. Namun begitu, Amy terpaksa meletakkan keselamatannya dan kesejahteraan anak-anaknya di dalam bahaya apabila mengetahui kebenaran sebenar selepas berlakunya kematian pesakit yang tidak dapat dijelaskan. Insiden itu mencetuskan nama Charlie sebagai suspek utama.
8. Freaky
Diarahkan Oleh: Christopher Landon
Dibintangi Oleh: Vince Vaughn, Kathryn Newton, Katie Finneran, Celeste O’Connor, Alan Ruck, Uriah Shelton
Tarikh Keluar: 13 November 2020
Genre: Komedi slasher
Masa: 101 minit
Skor IMDB: 6.3/10
Sinopsis: Seorang remaja sekolah menengah dan pembunuh bersiri pertengahan umur bertukar badan disebabkan oleh keris tua yang mempunyai kuasa mistik. Remaja perempuan itu mempunyai masa 24 jam untuk kembali ke dalam badannya, atau dia akan mendiami badan lelaki itu selamanya. Jika anda menggemari filem Freaky Friday dan Friday the 13th, kemungkinan besar anda akan menyukai filem ini, kerana ia mempunyai gabungan konsep yang diambil daripada filem lain. Filem ini dibintangi oleh Vince Vaughn dan Kathryn Newton.
9. Training Day
Diarahkan Oleh: Antoine Fuqua
Dibintangi Oleh: Denzel Washington, Ethan Hawke, Eva Mendes, Scott Glenn, Cliff Curtis, Dr. Dre, Snoop Dogg, Macy Grey, Raymond Cruz
Tarikh Keluar: 5 Oktober 2001
Genre: Thriller jenayah
Masa: 122 minit
Skor IMDB: 8.0/10
Sinopsis: Sepanjang hari, pegawai kanan narkotik, iaitu Detektif Alonzo yang dilakonkan oleh Denzel Washington, perlu memberi arahan kepada Jake Hoyt, iaitu watak yang dimainkan oleh Ethan Hawke. Namun begitu, Hyot segera menyedari bahawa dia berada di dalam perangkap selepas mengetahui taktik yang digunakan oleh Alonzo itu adalah tidak beretika. David Ayer menulis skrip untuk filem ini dan ia diarahkan oleh Antoine Fuqua. Ethan Hawke telah dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Akademik ke-74 manakala Denzel Washington pula berjaya memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Terbaik bagi filem ini kerana persembahannya.
10. All Quiet on the Western Front
Diarahkan Oleh: Edward Berger
Dibintangi Oleh: Daniel Brühl, Albrecht Schuch, Felix Kammerer, Moritz Klaus, Aaron Hilmer, Edin Hasanovic, Devid Striesow, Sebastian Hulk
Tarikh Keluar: 28 Oktober 2022
Genre: Epik anti-perang
Masa: 147 minit
Skor IMDB: 8.0/10
Sinopsis: Realiti kehidupan yang mengerikan di medan perang dengan cepat memudarkankan kegembiraan awal Paul apabila dia menyertai Barisan Barat Perang Dunia I. Filem ini dibuat oleh Edward Berger dan berdasarkan novel 1929, yakni karya Erich Maria Remarque dengan nama yang sama.
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.