Malaysia merupakan salah satu destinasi yang berpatutan untuk dilawati oleh pelancong. Namun begitu, perbelanjaan lawatan anda bergantung kepada selera, bajet dan gaya melancong anda. Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh melawat Malaysia tanpa bimbang sekiranya anda tahu tempat-tempat bajet mana yang boleh dilawati.
Kuching mempunyai banyak tarikan untuk dilawati. Boleh dikatakan kebanyakan tempat lawatan dan tempat makan terletak secara strategik di bandar Kuching. Paling menarik mengenai lawatan bajet ialah mencuba makanan tempatan di gerai tepi jalan! Anda boleh pilih makanan yang menambat selera anda hanya dengan harga yang berpatutan. Namun, pastikan makanan yang dipilih itu halal dan selamat dimakan!
Apakah aktiviti bajet menarik yang boleh dilakukan di Kuching?
Untuk gembira, anda tidak perlukan wang yang banyak. Di Kuching, terdapat banyak aktiviti bajet yang berpatutan untuk anda terokai. Jika anda meminati sejarah Sarawak, anda bolehlah singgah ke Kampung Budaya Sarawak. Di sana, anda akan dihidangkan dengan cara hidup, tradisi dan juga sejarah tempatan yang menarik mengenai kaum di Sarawak dan Sabah. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak seperti mendaki, anda boleh cuba mendaki Gunung Santubong atau melawat Taman Negara Kubah untuk merasai keindahan air terjunnya.
Untuk pilihan tempat makan pula, anda boleh ke The Black Bean bagi merasai kopi Sarawak yang asli. Di kedai kopi yang berusia 20 tahun ini, menu ‘Iced Gula Apong Latte’ menjadi pilihan ramai. Selain itu, Choon Hui Cafe juga merupakan kedai kopi lain yang menyediakan makanan bajet yang sedap seperti Mee Kolo, popiah dan laksa.
8 Tempat Penginapan Mesra Bajet di Kuching 2023
1. Nova Kuching Hotel


Hotel ini hanya 8km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Kemudahan yang ditawarkan di hotel ini termasuklah penyimpanan bagasi, perkhidmatan faks atau fotostat, perkhidmatan dobi, kaunter pertanyaan 24 jam dan perkhidmatan housekeeping. Semua bilik penginapan di hotel ini mempunyai penghawa dingin dan dilengkapi dengan almari pakaian, telefon, TV, tuala dan kelengkapan mandian secara percuma. Terdapat banyak kafe dan restoran yang berdekatan hotel ini. Jika anda ingin ke Sarawak Riverfront, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja kerana jaraknya dari hotel ini sungguh dekat.
Alamat: Lot. 306, Aadk Negeri Sarawak, 309, Jalan Abell, Seksyen 49, 93100 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: http://www.novakuchinghotel.com/
2. Cassia Inn Kuching


Hotel Cassia Inn Kuching ini terletak di lokasi strategik di Kuching, Sarawak. Hotel ini selesa dan bersih selain menyediakan bilik penginapan premium 5 bintang pada harga yang berpatutan. Bilik penginapan di hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan juga WiFi percuma. Selain itu, hotel ini juga menyediakan kaunter pertanyaan 24 jam, ruangan rehat yang berkongsi, perkhidmatan pertukaran mata wang dan perkhidmatan ulang-alik lapangan terbang ke hotel (dan sebaliknya) secara berbayar. Antara tempat tarikan yang berdekatan dengan hotel ini ialah Kuching Waterfront, Stadium Sarawak, Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan juga Muzium Sarawak.
Alamat: Lot. 7489-7492 16, Batu 3, Jalan Rock, Taman Timberland, 93200 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: https://www.facebook.com/CassiaInnKuching/
3. Place2Stay Business Hotel @ Metrocity


Hotel ini terletak di dalam pusat bandar Kuching. Antara kemudahan yang ditawarkan di hotel ini ialah pengering rambut, TV, penghawa dingin, seterika, papan seterika dan meja. Selain itu, WiFi percuma juga disediakan. Bagi mereka yang memandu di Kuching, usah risau kerana hotel ini menyediakan tempat letak kereta secara percuma di hotel. Kaunter pertanyaan 24 jam dan perkhidmatan penyimpanan bagasi juga turut ditawarkan di hotel ini. Anda tidak perlu risau jika ingin melawat tempat-tempat menarik di Kuching kerana hotel ini berkedudukan strategik yang mana banyak lokasi pelancongan dan hiburan berdekatan dengannya.
Alamat: SL 129-130, Section 65, Kuching Town, 93050 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: http://www.place2stay.com.my/hotel_metrocity.html
4. Hornbill’s Nest


The Hornbill’s Nest Kuching menawarkan perkhidmatan daftar masuk dan daftar keluar secara ekspres, bilik yang luas dilengkapi dengan penghawa dingin, serta WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Namun begitu, bagi bilik mandi dan ruang istirahat, anda perlu berkongsi dengan penginap yang lain. Hotel ini terletak berhampiran Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Stadium Sarawak, Gereja St. Thomas dan Muzium Sarawak. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang berjarak 13km sahaja dari hotel ini.
Alamat: 40, Carpenter St, 93000 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: https://www.facebook.com/hornbillsnestkuching/
5. OYO 1007 Grand Supreme Hotel


Hotel ini dilengkapi dengan bilik penginapan moden yang ceria dan berwarna terang untuk menarik para pelancong. Selain menawarkan WiFi secara percuma, anda hanya perlu berjalan kaki selama 8 minit sahaja jika ingin ke Kuching Waterfront. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, pengering rambut dan juga kemudahan untuk membuat teh atau kopi. Kesemua bilik ini berlatarkan pemandangan bandar Kuching atau gunung yang indah. Selain itu, bilik penginapan ini juga mempunyai bilik mandi bersambung dengan pancuran mandian air panas yang menyegarkan. Antara tempat tarikan yang berdekatan dengan hotel ini ialah Muzium Cina, Muzium Sarawak dan Sarawak Plaza Shopping Centre. Selain itu, hotel ini juga menyediakan kaunter pertanyaan 24 jam, perkhidmatan dobi, kemudahan karaoke dan tempat letak kereta persendirian secara percuma jika anda memandu ke sini. Anda boleh menjamu selera masakan tempatan dan barat di Kenyalang Coffee House manakala untuk minuman keras pula hanya ditawarkan di Ruai Kenyalang Karaoke Lounge.
Alamat: Lot 395, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/55063/
6. OYO 910 Hills Residence


OYO 910 Hills Residence ini terletak di Kuching. Reka bentuk luaran hotel ini yang memilih warna kelabu tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menonjolkan kelainan pada hotel ini selain menarik perhatian para pelancong. Reka bentuk dalaman hotel ini pula berkonsepkan ceria dan moden. Semua bilik penginapan di hotel ini dihiasi dengan perabot yang menarik selain memberikan sentuhan suasana yang damai. Selain itu, bilik-bilik ini juga mempunyai TV, WiFi percuma, penghawa dingin, almari pakaian dan bilik mandi peribadi. Jika anda inginkan privasi, hotel ini sesuai untuk anda. Antara tempat tarikan yang berdekatan ialah Pusat Konvensyen Borneo Kuching dan bazar Kuching Waterfront.
Alamat: Block C, No. 53, Taman Sri Sarawak Mall, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/53850/
7. OYO 991 Mayfair Hotel


Hotel ini merupakan penginapan sederhana yang berlokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuching. Hotel ini dihiasi dengan warna hitam dan merah, menampakkan ia kelihatan mewah, apatah lagi dengan kehadiran langsir yang beralun dan panel kayu di dinding. Setiap bilik dilengkapi dengan katil single berkembar, penghawa dingin, WiFi percuma, TV dan ruangan tempat duduk. Anda boleh menikmati juadah makanan anda di restoran berdekatan seperti Serapi Garden Cafe, Minoru Japanese Restaurant dan Aneka Pilihan. Antara tempat tarikan yang menarik di sini ialah Golden Anniversary Bridge, Mural Orang Utan, Ruang Sarawak dan Muzium Sarawak.
Alamat: Q3A, 93150 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: https://www.oyorooms.com/my/54732/
8. Woodpecker Lodge Kuching


The Woodpecker Lodge Kuching mempunyai 32 bilik yang selesa untuk para pelancong. Hotel ini mengutamakan kebersihan, keselamatan dan harga berpatutan kepada para penginap. Selain itu, ia juga mempunyai kemudahan WiFi dan penggunaan fasiliti dobi secara percuma. Bilik-bilik penginapan dilengkapi dengan bilik air yang selesa dan kipas atau penghawa dingin. Bahkan, sesetengah bilik juga dilengkapi TV untuk kemudahan penginap. Sekiranya anda ingin melawat ke tempat-tempat tertentu, anda boleh berbincang dengan staf di meja tempahan lawatan. Selain itu, staf di kaunter pertanyaan 24 jam juga boleh membantu anda untuk urusan penyimpanan bagasi, menggosok pakaian, dan juga sewaan kereta. Hotel ini hanya terletak 4 minit berjalan kaki dari Pusat Beli Belah Tun Jugah dan 5 minit sahaja dari Kompleks Beli Belah Riverside. Paling menarik, Kuching Waterfront hanya terletak berhampiran dengan hotel ini sahaja.
Alamat: No.264, Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google): Tekan Sini
Laman Web: https://www.facebook.com/woodpeckerlodgekuching
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.