Lada putih sering digunakan dalam hidangan yang memerlukan rasa lada tetapi tidak memerlukan bintik-binti lada hitam. Antara hidangan yang menggunakan lada putih adalah sos putih dan hidangan kentang. Selain itu, lada putih yang disar juga diletakkan di dalam masakan untuk menyedapkan sup, memerap daging, ayam atau itik serta menambah lebih banyak haba untuk menumis.
Jika anda hendak tahu, selain lada hitam, lada putih juga merupakan salah satu bahan ruji yang perlu ada di dapur anda. Selain berperanan menambah kehangatan dalam rasa masakan anda, lada putih juga dapat menaikkan aroma masakan anda. Jika anda tidak percaya, anda boleh mencuba lada putih ini. Anda boleh teruskan membaca artikel ini kerana kami akan menghimpunkan senarai lada putih yang terbaik di Malaysia untuk anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan lada putih?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan lada putih di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan lada putih, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, lada putih seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih lada putih?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli lada putih ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis lada putih yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Lada Putih Terbaik di Malaysia
1. Ajinomoto Aji-Shio White Pepper

Lada Berperisa AJI-SHIO diperbuat daripada lada berkualiti yang terbaik. Ia disalut khas dengan perasa yang dibenarkan untuk memberikan aroma dan rasa lada yang kuat bersama-sama dengan kemudahan perasa tambahan. Lada Berperisa AJI-SHIO sesuai untuk menambah aroma dan rasa pedas tambahan kepada makanan seperti bubur, sup, hidangan daging dan telur.
Bahan-bahan: Garam, Serbuk Lada Putih & Maltodekstrin. Mengandungi Monosodium Glutamat, Disodium Inosinate & Disodium Guanylate sebagai penambah rasa yang dibenarkan. Bahan tambahan makanan dari asal tumbuhan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 45 g
Harga: RM 4.09
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. HEXA White Pepper Powder

Serbuk Lada Putih Hexa adalah daripada tumbuhan yang sama dengan lada hitam. Rasanya lebih lembut sedikit dan mempunyai kelebihan hasil yang lebih estetik. Masak makanan anda dengan menggunakan Serbuk Lada Putih Hexa dan buat semua orang kagum dengan kekayaan rasanya. Gunakannya dalam sos putih, kuah, sup, kaserol, pai, tumis, dan dalam perapan untuk daging dan ikan. Sedikit lada putih sudah tentu sangat berguna untuk menjadikan hidangan anda lebih lazat!
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 40 g, 45 g
Harga: RM 5.90 (40 g) | RM 12.90 (45 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Hai Hyang A1 Sarawak White Pepper Powder

Ditanam di lereng bukit yang subur di Sarawak di bawah iklim tropika, lada putih ini dituai apabila masak sepenuhnya. Kemudian, ia direndam untuk mengeluarkan sekam, dan dijemur. Haba daripada lada putih ini hebat, dan rasanya dihiasi dengan nota tanah, lembut dan pedas. Inilah iringan rasa yang sempurna untuk sebarang masakan. Anda pasti akan menikmati rasa lada putih ini selepas anda merasanya di dalam masakan anda!
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 6.05
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Motokar White Pepper

Lada putih oleh Motokar ini menunjukkan bahawa produk kecil boleh membawa haba apabila digunakan dengan betul! Cuba gunakan lada ini dalam telur atau bubur sarapan anda untuk memulakan hari anda! Rasailah kelazatan pedasnya yang memukau. Kalau anda hendak tahu, lada putih ini menjadi rebutan dalam kalangan suri rumah di Malaysia.
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 55 g
Harga: RM 6.59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Peace Brand White Pepper Powder

Serbuk Lada Putih Jenama Peace dihasilkan daripada biji lada putih berkualiti yang terpilih. Hanya tambahkan beberapa sudu pada semua hidangan anda untuk meningkatkan rasa makanan yang baik. Selain itu, lada hitam ini akan dapat merangsang selera makan anda dengan serta-merta. Kalau anda tidak percaya, cubalah sekarang.
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 6.79
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. MGB Sarawak White Pepper

Diperbuat daripada biji lada putih berkualiti hebat, Lada Putih MGB Sarawak benar-benar bagus untuk hidangan masakan anda. Selain itu, ia memberikan rasa kehangatan yang anda cari dalam setiap masakan. Lada putih ini sesuai untuk hidangan yang memerlukan sedikit rasa! Percayalah, lada putih ini terbaik untuk setiap masakan anda!
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 7.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Ladaku White Pepper Powder

Ladaku White Pepper Powder adalah serbuk lada putih pertama yang diperbuat daripada lada putih 100% tulen terbaik Indonesia. Lada putih ini diproses di bawah sistem teknologi tinggi yang menawarkan rasa terbaik dan aroma paling kuat. Lada putih ini sesuai untuk dicampurkan bersama bubur dan sup, bagi memberikan aroma yang lazat dan memukau.
Bahan-bahan: Lada Putih (100%)
Negara Pengeluar: Indonesia
Saiz: 30 g
Harga: RM 7.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Alagappa’s White Pepper Powder

Campuran rempah tulen yang sempurna ini akan membantu anda meningkatkan rasa hidangan anda! Cuba Serbuk Lada Putih Alagappa dan rasai sendiri perbezaannya! Kalau anda hendak tahu, serbuk lada putih ini seringkali digunakan di dalam masakan oleh suri rumah di Malaysia. Ia juga menjadi salah satu bahan perasa ruji yang patut ada di pantri dapur anda.
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 70 g
Harga: RM 9.45
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Singlong White Pepper Powder

Taburkan keajaiban pada hidangan anda dengan Sing Long Ground White Pepper. Diperbuat daripada biji lada putih premium, ia pasti menyedapkan rasa masakan anda. Selain menjadi bahan wajib ada di dapur rumah anda, lada putih ini juga berperanan dalam meningkatkan kelazatan hidangan anda.
Bahan-bahan: Lada Putih
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 80 g
Harga: RM 9.59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. McCormick White Pepper Ground

Percayalah, setiap dapur pasti inginkan McCormick Ground White Pepper kerana ia dapat memberikan hidangan sentuhan hangat, halus, dan aromatik. Ia adalah alternatif yang sempurna kepada lada hitam untuk makanan berwarna putih atau lebih cerah seperti kentang tumbuk, sup krim dan sos putih.
Bahan-bahan: Lada Putih Kisar (100%)
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 35 g
Harga: RM 12.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.