10 Tumbuhan Dalaman Mudah Dijaga Terbaik di Malaysia 2024

Menghias ruang anda dengan barangan buatan kilang boleh menjadi agak mahal bergantung pada gaya hiasan yang anda idamkan. Sebagai contoh, jika anda membeli patung marmar untuk diletakkan pada rak anda, mungkin pada mulanya ia memuaskan namun ia akan menjadi satu pembaziran apabila anda ingin menukar konsep rumah. Oleh itu, tumbuhan dalam rumah atau ‘indoor houseplant’ dianggap sebagai hiasan yang praktikal kerana ia boleh dipadankan dengan pelbagai konsep. 

Selain itu, tumbuhan juga sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan anda kerana ia dapat membersihkan udara dan menyediakan persekitaran yang lebih tenang. Hal ini sekali gus dapat membantu dalam mengurangkan stres dan mengawal tekanan darah. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakan tumbuhan dalaman mudah untuk dijaga. Berikut adalah 10 tumbuhan dalaman mudah dijaga terbaik di Malaysia. 

Tips untuk memilih tumbuhan dalaman yang tahan lama:

Tidak dinafikan memilih tumbuhan dalaman yang bersesuaian dengan gaya anda agak sukar ekoran ia didatangkan dalam pelbagai spesies. Oleh itu, anda disarankan mempertimbangkan aspek seperti belanjawan, ruang dan penyelenggaraan.

1. Belanjawan

Tumbuhan dalaman boleh didapati dalam pelbagai harga daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal. Oleh itu, adalah penting untuk memilih tumbuhan yang berada dalam julat harga anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Ruang

Anda disarankan untuk memilih saiz tumbuhan yang bersesuaian dengan ruangan anda. Sebagai contoh, jika anda ingin meletakkannya di penjuru ruang tamu, tumbuhan bersaiz sederhana merupakan pilihan terbaik. Bagi kebanyakan tumbuhan dalaman, persekitaran yang lembap dan redup bukanlah satu isu.

3. Penyelenggaraan

Kebanyakan tumbuhan dalaman hanya memerlukan penyiraman yang minimum dan pencahayaan yang malap.

10 Tumbuhan Dalaman Mudah Dijaga Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Snake Plant

Snake Plant
Kredit gambar: The Spruce

Snake plant merupakan tumbuhan dalaman yang sering menjadi pilihan pengguna ekoran kos penyelenggaraannya yang rendah dan penampilannya yang unik. Bukan itu sahaja, daunnya juga jarang gugur. Selain mencantikkan rumah anda, tumbuhan ini juga berfungsi sebagai pembekal oksigen di dalam rumah.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana
Tumbuhan haruslah kering sebelum disiram.

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Succulent

Succulent
Kredit gambar: Martha Stewart

Succulent didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz serta berbentuk seperti kaktus dan tumbuhan mini. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hiasan di atas rak mahupun meja. Selain itu, tumbuhan ini memerlukan pencahayaan yang sederhana, tetapi jangan diletakkan langsung di bawah cahaya matahari. Lebih baik sekiranya ia diletakkan di tepi tingkap.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz kecil
Pelbagai bentuk dan warna

Harga: RM3.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Pothos

Pothos
Kredit gambar: Gardening Know How

Pothos merupakan jenis tumbuhan menjalar dan boleh membesar sepanjang 10 kaki atau lebih. Ia sesuai diletakkan di rak yang tinggi atau digantungkan sebagai hiasan di tempat yang anda sukai. Tumbuhan ini memerlukan pencahayaan yang baik serta air yang bersih. 

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana hingga besar
Tampak menarik jika digantung

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Chinese Evergreen

Chinese Evergreen
Kredit gambar: Garden Design

Tumbuhan ini juga dikenali sebagai ‘Silver Bay Aglaonema’ merupakan antara tanaman dalam rumah yang mudah untuk dijaga. Ia mempunyai daun sepanjang 10 – 15 cm dan didatangkan dalam pelbagai warna. Anda hanya perlu menyiram tumbuhan ini jika tanahnya sudah kering. Ia sesuai diletakkan di tempat yang kurang pencahayaan.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana hingga besar
Boleh membesar lebih besar daripada saiz biasa

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Anthurium

Anthurium
Kredit gambar: Amazon

Tumbuhan ini merupakan antara tumbuhan hiasan dalaman yang mempunyai bunga serta mudah untuk ditanam. Ia boleh hidup di kawasan bersuhu rendah dan kering. Selain daripada cantik, tumbuhan ini juga berfungsi untuk membersihkan udara sekali gus mengelakkan pertumbuhan kulat di kawasan-kawasan lembap seperti di dalam tandas.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana
Boleh diletakkan baja (untuk kesuburan tambahan)

Harga: RM50.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Monstera

Monstera
Kredit gambar: West Elm Canada

Monstera terkenal dengan daunnya yang lebar dan tropika yang menjadikannya sesuai untuk mengisi ruang rumah agar nampak penuh. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan kualiti udara di dalam rumah. Selain itu, tumbuhan ini turut dikenali sebagai tumbuhan purifikasi udara secara semula jadi. 

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Sederhana hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana hingga besar
Rupa tropika

Harga: RM10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Peperomia

Peperomia
Kredit gambar: Brittany Goldwyn

Selain daripada bentuk daunnya yang unik seperti syiling, daun peperomia ini juga boleh menakung air dengan baik sekali gus membolehkannya hidup di dalam persekitaran yang kering. Tumbuhan ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk cuaca panas yang membolehkannya diletakkan di mana sahaja di dalam rumah anda.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz kecil hingga sederhana
Daun berbentuk syiling
Boleh hidup di kawasan kering

Harga: RM10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Parlor Palm

Parlor Palm
Kredit gambar: Gardening Know How

Parlor Palm adalah salah satu daripada spesies tumbuhan palma. Tumbuhan ini boleh hidup di bawah pelbagai tahap pencahayaan namun tidak digalakkan untuk diletakkan di bawah sinaran matahari secara langsung. Ia sesuai diletakkan di ruang tamu, bilik tidur dan pejabat.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana hingga besar
Mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk cuaca panas

Harga: RM15

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Aloe Vera

Aloe
Kredit gambar: FlowerAura

Aloe Vera yang juga dikenali sebagai Lidah Buaya bukanlah satu nama yang asing. Ia sering terdapat di kebanyakan rumah ekoran cirinya yang mudah ditanam dan dijaga. Ia juga terkenal sebagai produk yang membantu menyembuhkan luka dan keadaan kulit kita. Aloe Vera juga tidak perlu disiram selalu dan boleh diletakkan di tempat yang cerah lagi terik tanpa sebarang masalah.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 3 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana hingga besar
Daya ketahanan yang tinggi untuk pelbagai cuaca

Harga: RM17.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. ZZ Plant

ZZ Plant
Kredit gambar: The Sill

ZZ plant atau nama saintifiknya ‘Zamioculcas Zamiifolia’ sesuai untuk persekitaran rumah yang mempunyai pencahayaan yang sedikit. Ia juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi untuk cuaca Malaysia yang panas serta sangat mudah untuk dijaga. Malah, ia turut dipercayai sebagai simbol kepada kemakmuran dan persahabatan.

Spesifikasi:

  • Penyiraman: 2 minggu sekali
  • Pencahayaan: Malap hingga terang

Kelebihan:

Bersaiz sederhana
Daya ketahanan yang tinggi untuk pelbagai cuaca

Harga: RM20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close