10 Kafe Macaron Terbaik di Pulau Pinang 2025

Anda inginkan pencuci mulut yang menarik dan sedap? Kini, ramai orang menggemari macaron yang berwarna-warni yang dijual di kafe-kafe terkemuka di Malaysia. Hidangan ini bukan sahaja menarik perhatian ramai, malah rasanya juga sedap!

Anda tidak perlu ke Paris semata-mata untuk mendapatkan macaron kerana terdapat banyak kafe di Malaysia yang menyediakan pencuci mulut ini. Sekiranya anda di Pulau Pinang dan inginkan pencuci mulut yang manis, apa kata anda berkunjung ke 10 kafe yang menyediakan macaron yang sedap ini.

Bagaimanakah Macaron Dibuat?

Penyediaan macaron sangat rumit. Anda memerlukan bahan dan kaedah yang tepat untuk menghasilkan macaron yang sempurna. Jika anda mengacau putih telur terlalu lama atau sebaliknya, ia akan menghasilkan macaron yang rata dan tidak menarik. Selain itu, jika anda memasukkan gula pasir dan tepung badam terlalu banyak, bahagian atas macaron itu akan merekah. Hidangan ini sangat rapuh dan memerlukan penyediaan yang teliti untuk menghasilkan macaron yang sempurna.

Bagaimanakah Macaron Menjadi Popular?

Macaron menjadi popular kerana sejarahnya yang unik. Menurut legenda, macaron diperkenalkan di Perancis semasa era Renaissance oleh chef Itali Ratu Catherine de Medici pada tahun 1600. Dikatakan Catherine De Médicis ingin membawa pencuci mulut yang digemarinya ke Perancis sebelum perkahwinan beliau dengan raja Perancis. Oleh sebab itu, pencuci mulut ini mula dikenali di Perancis.

10 Kafe Macarons Terbaik di Pulau Pinang 2024

1. Creme Da La Creme

Creme-Da-La-Creme-
Kredit Gambar: Penang Foodie
Creme-Da-La-Creme-
Kredit Gambar: Creme Da La Creme

Salah satu kafe di Pulau Pinang yang terkenal dengan macaronnya adalah Creme Da La Creme. Kafe ini mempunyai lantai kayu dan perabot putih yang ringkas. Dekorasi ini memberikan suasana persekitaran yang selesa buat pelanggan mereka. Hidangan yang popular di sini adalah macaron mereka yang penuh berkrim. Selain itu, mereka juga mempunyai pelbagai jenis teh bunga yang harum untuk dipilih bagi memenuhi selera anda.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 203C, Jalan Hutton, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-3898865

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Lepetitifour Patisserie

Lepetitifour-Patisserie
Kredit Gambar: Penang Foodie
Lepetitifour-Patisserie-
Kredit Gambar: What2seeonline

Terdapat banyak macaron yang boleh anda pilih di Lepetitifour Patisserie. Anda akan menghabiskan masa yang lama untuk mencari macaron kegemaran anda di kedai ini. Macaron mereka dibuat dengan penuh teliti agar dapat memuaskan hati para pelanggan. Selain itu, mereka juga menyediakan kek cawan sebagai snek hari lahir buat kawan-kawan atau ahli keluarga anda.

Waktu Operasi:
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)
Tutup (Khamis)

Alamat: 310, Lebuh Pantai, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2262289

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Mellowcup Coffee

Mellowcup-Coffee
Kredit Gambar: JJ In Da House
Mellowcup-Coffee-
Kredit Gambar: Mellowcup Coffee

Salah satu hidangan yang paling sedap untuk mereka yang gemar makanan manis adalah macaron. Dengan pelbagai jenis biskut dan kek, Mellowcup Coffee membawakan anda macaron ‘handmade’ premium yang ideal untuk sesi minum petang dan bersantai bersama kawan-kawan anda. Jika anda ingin berehat atau meluangkan masa bersama kawan, anda boleh berkunjung ke kafe ini dan menikmati macaron yang sungguh lazat.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 9.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 11-G-4, New Bob Center, Jalan Gottlieb, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-16413523

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Dolce Dessert

Dolce-Dessert-
Kredit Gambar: Penang Food For Thought
Dolce-Dessert-
Kredit Gambar: Crisp of Life

Dolce Dessert adalah salah satu kedai kopi yang terkenal di negeri ini. Selain menyediakan kopi, mereka turut menawarkan hidangan pastri yang enak seperti macaron. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke kedai ini, anda akan menghidu bau roti dan kek yang dibakar. Selain itu, pemilihan warna pastel seperti biru cerah dan putih pada dinding kafe ini memberikan anda rasa santai tatkala menikmati macaron di kedai ini. Jika anda menyukai pencuci mulut yang manis, anda boleh mencuba macaron mereka yang pelbagai perisa bagi memuaskan selera anda.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 18, Jalan Kek Chuan, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 016-5204795

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

5. Sin Seh Kai Artisan Bakery

Sin-Seh-Kai-Artisan-Bakery-
Kredit Gambar: Sin Seh Kai Artisan Bakery
Sin-Seh-Kai-Artisan-Bakery-
Kredit Gambar: Sin Seh Kai Artisan Bakery

Sin Seh Kai Artisan Bakery adalah bakeri yang terkenal di Pulau Pinang. Mereka menyajikan hidangan pastri dan roti yang segar pada setiap hari dalam jumlah yang kecil. Mereka juga menyajikan macaron yang sedap dan menggiurkan. Walaupun saiz macaron mereka kecil, tetapi ia tetap memberikan rasa yang sedap dan penuh perisa. Anda boleh mendapatkan macaron yang pelbagai warna dan perisa di kedai ini.

Waktu Operasi: 7.30 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 102-D, New World Park, 5, Jalan Burma, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 010-2147228

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

6. Mon Delice Patisserie

Mon-Delice-Patisserie-
Kredit Gambar: Kok Chee Hou
Mon-Delice-Patisserie-
Kredit Gambar: Mon Delice Patisserie

Mon Delica Patisserie merupakan kafe yang mempunyai dekorasi yang diinspirasikan daripada French-Victorian. Kebanyakan ruangan dalam kafe ini dicat putih dan warna-warna pastel bagi memberikan suasana persekitaran yang selesa. Selain itu, mereka menawarkan pelbagai hidangan pastri seperti kek dan juga macaron yang lazat kepada para pelanggan. Macaron yang dijual di sini mempunyai tekstur yang rangup dan berkrim. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kafe ini selalu dipenuhi oleh orang ramai.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 33, Jalan Westlands, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2264394

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

7. Biscotti Cafe

Biscotti-Cafe
Kredit Gambar: Biscotti Cafe
Biscotti-Cafe-
Kredit Gambar: Biscotti Cafe

Jika dibandingkan dengan macaron lain, macaron yang dijual di Biscotti Café adalah lebih menarik. Hal ini kerana macaron mereka dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan perisa. Ramai yang menyukai macaron mereka kerana ia unik dan sedap. Walaupun berbeza bentuk, macaron di kafe ini tetap konsisten memberikan rasa yang lazat seperti macaron di kedai lain.

Waktu Operasi:
12.00 tengah hari – 7.00 petang  (Isnin – Ahad)
Tutup (Selasa)

Alamat: 261, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Plan C Patisserie

Plan-C-Patisserie
Kredit Gambar: Something Bubbly
Plan-C-Patisserie-
Kredit Gambar: Plan C Patisserie

Bagi mereka yang mencari kafe menarik untuk dikunjungi, anda boleh ke Plan C Patisserie yang terletak di Pulau Pinang. Kafe ini memberikan suasana persekitaran yang selesa kepada para pelanggannya. Anda boleh mencuba macaron yang dijual di sini. Macaron mereka sungguh sedap, lembut dan kaya dengan krim. Sesiapa yang sukakan macaron pasti akan mengesyorkan macaron di kedai ini kepada rakan-rakan mereka.

Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 7.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 261, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-761888

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. Oven & Chalice

Oven-Chalice
Kredit Gambar: Oven & Chalice
Oven-Chalice-
Kredit Gambar: Cake Rish

Oven & Chalice memperkenalkan konsep parti dan perayaan yang meriah melalui makanan mereka. Di kedai ini, mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan pastri yang lazat dan mengagumkan.  Macaron yang mereka sajikan mempunyai tekstur yang rangup dan berkrim. Inti pada bahagian dalam pula lembut dan sedap. Jika anda sukakan pencuci mulut yang manis, anda boleh pertimbangkan untuk mencuba macaron yang dijual di kedai ini.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 14, Persiaran Midlands, Pulau Tikus, 10350 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 017- 4104510

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

10. TWG Tea Gurney Paragon Mall

TWG-Tea-Gurney-Paragon-Mall
Kredit Gambar: TWG Tea Gurney Paragon Mall
TWG-Tea-Gurney-Paragon-Mall-
Kredit Gambar: Gurney Paragon Mall

TWG Tea Gurney Paragon Mall merupakan kedai yang popular untuk mendapatkan kopi dan berkumpul dengan kawan-kawan. Di sini, mereka menjual pelbagai jenis hidangan yang lazat seperti kek, kopi, pasta dan juga macaron. Terdapat 6 perisa macaron yang boleh anda dapati di sini. Semua perisa macaron yang diperkenalkan tidak terlalu manis dan menjadi kegemaran orang ramai. Jika anda peminat macaron, datanglah ke kedai ini untuk menikmati makanan kegemaran anda.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Level 1, Lot L1.P3 Kiosk Gurney Paragon Mall, 163-D, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 04-2189733

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close