8 Kebab Terbaik di Pulau Pinang 2024

Kebab adalah salah satu makanan yang paling dikenali di dunia. Ia diapit diantara roti pita atau digabungkan dengan nasi. Kebab merupakan hidangan yang enak kerana menggunakan rempah-rempah yang beraroma dan daging panggang yang empuk bagi memberikan rasa ‘smokey’. Kebab menggunakan teknik memanggang daging secara perlahan-lahan pada besi gril berpusing yang panas. Daripada teknik ini, anda boleh menghidu kelazatan aroma daging yang dipanggang, tidak kiralah daging lembu, ayam atau kambing.

Kebab Turki biasanya dihidangkan pada roti pita bersama tomato, bawang, sumac, dan timun jeruk. Sos dituangkan ke atas kebab untuk menonjolkan rasa yang berperisa dan menggiurkan. Kebab Doner adalah salah satu kebab yang sering dijual kepada orang ramai sebagai hidangan segera. Selain itu, Kebab Shish dan Kebab Adana juga sering mendapat tempat di hati mereka yang menggemari hidangan ini. Boleh dikatakan setiap lokasi mempunyai variasi set kebab yang tersendiri kerana mereka menggunakan bahan dan teknik memasak yang berbeza. Jadi, marilah rasai kelazatan kebab di 8 restoran kebab yang terbaik di Pulau Pinang.

Adakah Kebab Makanan Yang Berkhasiat? 

Kebab adalah alternatif makanan segera yang sihat kerana ia tidak digoreng, selain dihidangkan bersama roti dan salad. Kebab merupakan makanan yang cepat disediakan dan dapat membekalkan tenaga berdasarkan saiz hidangan, iaitu antara 274 g sehingga 618 g. Nilai pemakanan yang diperolehi secara puratanya adalah saiz hidangan yang meliputi 36% daripada pengambilan kalori harian, 95.7% dan 82.1% protein serta 42.5 gram lemak.

Mengapakah Ramai Orang Suka Makan Kebab?

Orang ramai mahu menikmati kebab kerana kebab mempunyai campuran rasa dan bahan-bahan yang menyelerakan. Selain itu, kebab juga menjadi kegemaran ramai orang, terutama dalam kalangan orang muda. Haba gril pada daging panggang dalam kebab dapat menonjolkan rasa ‘smokey’ dan lazat. Oleh sebab itu, ramai yang menginginkannya lagi. 

8 Kebab Terbaik di Pulau Pinang 2024

Advertise With My Weekend Plan

1. Halab Penang

Halab-Penang
Kredit Gambar: Halab Penang (Google Reviews)
Halab-Penang-
Kredit Gambar: Halab Penang (Google Reviews)

Halab Penang merupakan salah satu restoran yang cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Restoran ini menyajikan pelbagai hidangan termasuklah kebab yang lazat. Restoran ini sering dikunjungi oleh keluarga mahupun pelancong luar untuk merasai masakan Timur Tengah yang asli. Selain mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik, restoran ini turut menjaga kualiti dan rasa masakan mereka. 

Mereka menyediakan kebab yang paling lazat di bandar ini dengan memilih daging yang segar dan berkualiti untuk menjamin kepuasan para pelanggan. Menurut komen pelanggan yang terdahulu, para pekerja di restoran ini baik dan sopan. Mereka juga menyediakan kipas berdiri untuk keselesaan para pelanggan kerana mereka menikmati hidangan di restoran ini.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 2:00 pagi (Isnin-Ahad)

Alamat: 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 04-251 9550

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/halabpenang/

Instagram: https://www.instagram.com/halabpenang/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Dandy @ Arena Curve (Halal)

Dandy-@-Arena-Curve-Halal-
Kredit Gambar: Dandy @ Arena Curve (Halal) (Google Reviews)
Dandy-@-Arena-Curve-Halal-
Kredit Gambar: Dandy @ Arena Curve (Halal) (Google Reviews)

Dandy merupakan tempat untuk anda dan rakan-rakan atau keluarga menghabiskan masa terluang sambil menjamu selera. Di restoran ini, anda boleh mencuba kebab yang lazat pada harga yang berpatutan. Kebab di restoran ini dihidangkan dengan mayonis, rempah-ratus dan bawang. Selain itu, restoran ini mengamalkan konsep dapur terbuka bagi membolehkan para pelanggan melihat cara daging kebab disediakan dengan bersih. Pastinya para pelanggan berpuas hati dengan tahap kebersihan dan juga kualiti kebab yang dihidangkan di sini.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Rabu)

Alamat: No. 72-1-17 Arena Curve, Jalan Mahsuri, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

No. Telefon: 017-557 3141

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/dandymodernfood/

Instagram: https://www.instagram.com/dandymodernfood/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Medan Selera Just Food

Medan-Selera-Just-Food-
Kredit Gambar: Medan Selera Just Food (Google Reviews)
Medan-Selera-Just-Food-
Kredit Gambar: Medan Selera Just Food (Google Reviews)

Medan Selera Just Food menawarkan pelbagai masakan tempatan yang lazat, terutamanya kebab. Selain rasanya lazat, ia juga berpatutan. Ayam yang digunakan untuk membuat kebab ini dimasak dengan sempurna dan dihidangkan di atas pinggan yang cantik bersama sos, sambal, sayur dan sepotong lemon. Boleh dikatakan hiasan hidangan ini dapat menarik hati para pelanggan untuk mencubanya. Kakitangan di restoran ini juga cekap dan sedia membantu sekiranya anda memerlukan bantuan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 90, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 04-228 8266

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Bhai Biryani Penang

Bhai-Biryani-Penang
Kredit Gambar: Bhai Biryani Penang (Google Reviews)
Bhai-Biryani-Penang-
Kredit Gambar: Bhai Biryani Penang (Facebook) 

Bhai Biryani di King Street merupakan cawangan baru yang dibuka di Pulau Pinang. Restoran ini juga terdapat di Kuala Lumpur. Selain memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik, mereka juga menjaga kualiti makanan agar dapat memuaskan hati pelanggan. Oleh sebab itu, restoran ini sering penuh dengan pelanggan terutama pada waktu puncak. Jadi, anda mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan kebab anda. 

Antara menu yang popular di sini adalah Seekh Kebab, iaitu kebab yang berisi kentang goreng dan bawang. Selain itu, daging kambing perap yang dimasak sempurna dan sayur-sayuran segar turut melengkapi hidangan kebab ini. Bagi memberikan rasa yang lebih lazat, sos pudina dan keju parut diletak di dalam kebab untuk memberikan rasa berlemak.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Ahad)
Ditutup pada Selasa

Alamat: 119, Lebuh King, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 012-788 7815

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/bhaibiryanipenang

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Rubin Mardini Cafe & Restaurant

Rubin-Mardini-Cafe-Restaurant-
Kredit Gambar:: Rubin Mardini Cafe & Restaurant (Google Reviews)
Rubin-Mardini-Cafe-Restaurant-
Kredit Gambar: Rubin Mardini Cafe & Restaurant (Google Reviews)

Rubin Mardini Cafe & Restaurant ialah satu lagi restoran kebab terbaik di Pulau Pinang. Kebab mereka dipanggang di atas api bagi memberikan rasa sedikit ‘smokey’. Kebab yang mereka sediakan di restoran ini terdapat dalam pelbagai perisa seperti pedas, BBQ dan biasa. Kebiasaannya kebab ini dimasak dengan menggunakan rempah-ratus. Jadi, tidak kira jenis kebab apa yang anda pilih, kebab anda akan dihidangkan bersama kentang goreng, sos, sayur-sayuran serta cili. Lokasi restoran ini strategik jadi anda dapat mencari tempat letak kereta dengan mudah.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Isnin – Ahad) 

Alamat: 591 Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 011-1121 7378

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/rubin.mardini/

Instagram: https://www.instagram.com/rubin.mardini/?hl=en

6. Hassan BRIYANI & CHAPATI

Hassan-BRIYANI-CHAPATI-
Kredit Gambar: Hassan BRIYANI & CHAPATI (Google Reviews)
Hassan-BRIYANI-CHAPATI-
Kredit Gambar: Hassan BRIYANI & CHAPATI (Google Reviews)

Hassan Biryani & Chapati terletak di Jalan Pindah. Jika anda bersiar-siar di Pulau Pinang, anda boleh singgah ke restoran ini untuk mencuba kebab mereka yang terkenal. Selain kebab yang lazat, restoran ii turut menyajikan masakan istimewa dari India Utara. Kedai makan ini sering menjaga kualiti dan kebersihan makanan yang dihidangkan agar dapat memuaskan hati para pelanggan. Anda juga boleh mencuba nasi panggang mereka yang enak kerana menu ini sering dipesan oleh pelanggan yang berkunjung ke sini. Jika anda suka akan kebab kambing, anda boleh mencuba menu ini kerana kebab kambing mereka digulung dengan teliti dan dihidangkan bersama bawang, timun, sos pudina dan nasi briyani.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 196, Jalan Pindah, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 016-448 9060

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HassanBiryaniHouse/

Instagram: https://www.instagram.com/hassan_briyani_house/?hl=en

7. Iskender Restaurant | Shisha Lounge

Iskender-Restaurant- -Shisha-Lounge-
Kredit Gambar: Iskender Restaurant | Shisha Lounge (Google Reviews)
Iskender-Restaurant- -Shisha-Lounge-
Kredit Gambar: Iskender Restaurant | Shisha Lounge (Google Reviews)

Iskender Restaurant merupakan salah satu restoran terkenal yang menyajikan kebab yang enak di Pulau Pinang. Restoran ini menggunakan konsep minimalis dengan menempatkan sofa yang selesa di ruangan restoran ini. Selain itu, penggunaan sistem pencahayaan yang berwarna-warni secara tidak langsung menarik perhatian para pengunjung untuk datang ke restoran ini. 

Restoran ini terletak di tepi jalan, jadi ia mudah dicari bagi mereka yang tidak pernah datang ke negeri ini. Kebab di restoran ini dihidangkan bersama nasi biryani, bawang, tomato dan sos yang enak. Mereka juga menambah daging segar yang dipanggang pada hidangan ini agar ia boleh membangkitkan aroma ‘smokey’ yang menarik selera. Anda pasti berpuas hati apabila berkunjung ke sini kerana mereka menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan mesra.

Waktu Operasi: 11:50 pagi – 11:30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Jalan Burma, 10250 George Town, Pulau Pinang.

No. Telefon: 011-6064 2429

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Danish Briyani House

Danish-Briyani-House-
Kredit Gambar: Danish Briyani House (Google Reviews) 
Danish-Briyani-House-
Kredit Gambar: Danish Briyani House (Google Reviews) 

Danish Briyani House yang terletak di Eden Parade bukan sahaja terkenal dengan nasi biryani mereka, malah kebab yang mereka sajikan turut mendapat tempat di hati para pengunjung. Kebab di restoran ini tebal dengan hirisan daging panggang yang lazat dan menggiurkan. Selain itu, kebab ini juga ditambah dengan bawang, timun, hiasan daun pasli dan juga pudina. Demi menjaga kepuasan dan kualiti kebab, daging segar disediakan pada setiap hari bersama rempah-ratus sebelum dipanggang secara perlahan di atas api.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 11:30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Eden Parade, 1-1G, Jalan Sungai Emas, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

No. Telefon: 016-804 6010

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Karim1006/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close