Sabah adalah salah satu daripada dua negeri di Malaysia yang terletak di bahagian utara Borneo. Negeri ini kaya dengan hutan hujan tropika yang menempatkan pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan. Terdapat banyak tempat tarikan pelancong yang boleh anda lawati di sini.
Selain terkenal dengan tempat tarikan pelancong, negeri ini juga terkenal dengan masakan laut yang segar, mudah didapati dan harganya berpatutan. Tidak hairanlah kalau para pelancong berulangkali melawat Sabah.
Bagaimanakah anda menentukan tempat menarik untuk dilawati?
Sabah ada banyak tempat pelancongan yang boleh anda terokai. Tetapi bagaimanakah anda ingin memilihnya? Jangan risau, kami ada sediakan beberapa tip ringkas bagi membantu anda membuat pilihan yang sesuai mengikut citarasa dan minat anda.
1. Kajian
Sebelum berkunjung ke tempat pelancongan yang anda ingin lawati, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu tentang tempat tersebut seperti lokasinya di mana dan berapa caj bayaran masuk ke tempat itu. Kalau anda membuat kajian yang menyeluruh, perjalanan dan lawatan anda ke tempat pelancongan tersebut menjadi lancar.
2. Bajet
Perkara ini merupakan perkara terpenting yang pula anda beri perhatian. Oleh sebab anda sedang melancong, maka kebanyakan bajet digunakan untuk penginapan dan juga tempat makan. Nah, ini masanya anda bertindak bijak. Anda perlu tahu tempat pelancongan yang anda ingin lawati itu mengenakan caj masuk berapa dan kalau anda tahu awal-awal, anda boleh menyimpan sedikit bajet untuk ke sana.
3. Lokasi
Paling penting, anda perlu tahu lokasi tempat pelancongan yang ingin anda lawati. Lagi mudah jika lokasinya dekat dengan tempat penginapan anda ataupun pusat bandar. Hal ini boleh menjimatkan masa dan wang ringgit anda kerana menempuh perjalanan yang jauh boleh menyebabkan beberapa aktiviti menyeronokkan tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa.
10 Tempat Menarik di Sabah 2023
1. Desa Dairy Farm

Desa Dairy Farm ialah sebuah ladang tenusu yang terletak di kaki Gunung Kinabalu di Lembah Kundasang. Ladang tenusu ini dimiliki oleh Desa Cattle (Sabah) Sdn. Bhd. Di sinilah kebanyakan susu lembu dan produk tenusu Sabah dihasilkan. Ladang ini meliputi kawasan seluas 199 hektar dan sentiasa dikenali sebagai “Little New Zealand” Sabah kerana pemandangan panorama geografinya membuatkan anda berasa seperti berada di New Zealand. Baka lembu Holstein Friesian juga diimport dari negara ini. Di sini, anda boleh mendekati lembu, menghirup udara segar Gunung Kinabalu serta merakam seberapa banyak gambar yang anda mahu dengan pemandangannya yang menakjubkan.
Alamat: Jalan Cinta Mata Mesilau, 89308 Kundasang, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi- 4.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Pantai Tanjung Aru

Pantai Tanjung Aru terletak di Kota Kinabalu dan mendapat namanya daripada pokok aru yang tumbuh di pantai itu. Di sinilah anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam setiap petang, yakni ketika matahari merah tenggelam perlahan-lahan ke ufuk dan langit bertukar menjadi warna merah yang luar biasa. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti bermain layang-layang, berkelah, membina istana pasir serta bersiar-siar di tepi pantai bersama orang tersayang.
Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 11.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Kolam Air Panas Poring, Ranau

Kolam Air Panas Poring mendapat namanya sempena spesies buluh gergasi yang tumbuh di kawasan itu. Ia terletak di dalam sempadan timur dan kira-kira 40km (25 batu) dari Ibu Pejabat Taman Kinabalu. Tarikan pelancongan ini terkenal dengan mandian mata air sulfur panasnya yang pertama kali dibangunkan oleh Jepun semasa Perang Dunia II. Mata air panas ini disalurkan ke tempat mandi terbuka supaya anda boleh menikmati mandian mata air panas yang menyegarkan. Terdapat juga tab mandi tertutup bagi mereka yang mencari privasi. Bunga terbesar di dunia, iaitu bunga Rafflesia juga merupakan salah satu sebab utama mengapa orang ramai membuat keputusan untuk melawat tempat ini.
Alamat: 89300 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi- 3.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Kundasang War Memorial

Tempat ini terletak di pekan kecil Kundasang, Sabah. Ia didedikasikan kepada tentera British dan Australia yang meninggal dunia di kem tawanan perang Sandakan semasa perarakan kematian mereka ke Ranau. Tempat ini terbahagi kepada 4 kawasan iaitu Australian Garden, English Rose Garden, Borneo Garden dan juga Contemplation Garden. Keempat-empat taman ini disambungkan dengan denai supaya lebih mudah untuk akses ke taman-taman ini. Perhentian terakhirnya ialah “Laluan POW” yang menandakan stesen bagi tiga perarakan kematian di lapangan.
Alamat: Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 5.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Muzium Sabah

Muzium Sabah ialah muzium yang terletak di Kota Kinabalu. Bangunan ini terdiri daripada taman etnobotani, zoo, dan juga kampung warisan yang terletak bersebelahan dengan Galeri Seni Sabah. Galeri lain memaparkan pelbagai maklumat tentang tamadun Islam, arkeologi, sejarah, seramik dan loyang untuk tatapan para pengunjung. Misi muzium ini adalah untuk mengumpul, memelihara, memulihara dan mendokumentasikan koleksi etnografi, arkeologi, sejarah, numismatik (kajian/ koleksi mengenai mata wang), seni-sejarah, botani, zoologi dan mineralogi di seluruh negeri.
Alamat: Jalan Muzium, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi- 5.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di sepanjang jalan lama Penampang-Papar dan telah dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2007 kepada orang ramai. Ia merupakan taman hidupan liar dan safari yang dibangunkan sepenuhnya oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Taman ini merangkumi dua kategori iaitu zoologi dan botani dengan objektif utamanya untuk menjadikan taman ini sebagai taman mesra keluarga. Ia menempatkan Gajah Pygmy Borneo, Monyet Proboscis, Harimau Malaya serta beberapa spesies rusa yang berbeza. Elemen botani pula memberikan anda pemandangan alam sekitar yang menakjubkan sepanjang berjalan di taman ini.
Alamat: Lok Kawi Putatan, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi-1.00 petang, 2.00 petang – 4.30 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Sandakan dan akhirnya dibuka pada tahun 1964 sebagai projek pemulihan orang utan rasmi pertama untuk anak orang utan yang diselamatkan dari tapak pembalakan, ladang, pemburuan haram atau dipelihara sebagai haiwan peliharaan. Orang utan yang diselamatkan ini akan dilatih untuk belajar cara hidup mandiri di alam liar. Mereka kemudiannya akan dilepaskan ke dalam hutan apabila bersedia. Terdapat bahagian di mana para pengunjung melihat ruangan yang menempatkan orang utan yang masih kecil. Anda juga akan melihat orang utan yang mula-mula belajar untuk berada di luar dan bermain dengan peralatan yang disediakan di ruangan itu.
Alamat: Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 11.30 pagi, 2,00 petang – 4.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Kampung Budaya Mari Mari

Perkampungan Budaya Mari Mari memberikan anda sedikit gambaran tentang kehidupan di Sabah yang kaya dengan pelbagai budaya berbagai etnik. Anda boleh melihat perbezaannya melalui pakaian, rumah dan juga kemahiran tradisional 5 etnik utama di Sabah seperti Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut yang ditonjolkan di sini. Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti cara menghidupkan api di Rungus House, kraf kulit pokok di Lundayeh House dan memasak menggunakan buluh di Dusun House. Anda boleh merasai keunikan Sabah dengan menghabiskan hari anda di kawasan tarikan pelancongan yang bersejarah ini.
Alamat: Jalan Kionsom, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu operasi:
Setiap hari (10.00 pagi – 4:.00 petang)
Isnin (tutup)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
9. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu adalah salah satu gunung yang terkenal di Malaysia dan merupakan gunung tertinggi di Borneo dan Malaysia. Dengan ketinggiannya 13,435 kaki (4,095 m), Gunung Kinabalu merupakan gunung ke-20 yang paling menonjol di dunia mengikut topografi secara keseluruhannya. Penduduk Sabah sangat menjaga dan memelihara gunung ini. Ia menjadi habitat antara 5,000 dan 6,000 spesies tumbuhan, 326 spesies burung dan lebih daripada 100 spesies mamalia. Anda boleh mendaki gunung ini namun persediaan yang rapi amat diperlukan kerana Gunung Kinabalu mempunyai pelbagai halangan yang mencabar fizikal dan mental anda sewaktu mendakinya.
Alamat: Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah
Waktu operasi : Setiap hari
Google Review: Klik
10. Pulau Manukan

Pulau Manukan ialah pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan taman negara marin pertama di Malaysia. Pulau ini terletak di negeri Sabah dan boleh diakses dengan bot. Pulau Manukan mempunyai hamparan pantai yang luar biasa dan merupakan pulau terkenal yang dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelancong. Terumbu karang di luar pesisir pantai menjadikan tempat ini sesuai untuk snorkeling, menyelam dan berenang. Di antara semua pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Pulau Manukan menawarkan kemudahan pelancongan yang lengkap, iaitu terdiri daripada 20 unit chalet, rumah kelab, beberapa restoran serta pusat menyelam.
Alamat: Pulau Manukan, Sabah
Waktu operasi: Setiap hari
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.