Selangor Darul Ehsan adalah salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Negeri ini terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia yang mengelilingi ibu kota Kuala Lumpur. Selangor adalah salah satu daripada empat negeri Malaysia yang mengandungi lebih daripada satu bandar dengan status bandar rasmi. 3 lagi negeri yang memiliki status yang sama ialah Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.
Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Selangor?
Sebagai negeri yang paling maju di Malaysia, Selangor menawarkan banyak tarikan pelancongan untuk dilawati. Namun begitu, anda perlu menitikberatkan beberapa hal seperti lokasi, bajet dan jenis aktiviti yang anda ingin lakukan sebelum anda ke sini. Sebagai contoh, anda haruslah membuat kajian terlebih dahulu bagi mengetahui jarak lokasi tempat tarikan tersebut dengan tempat penginapan anda. Hal ini dapat menjimatkan masa perjalanan semasa anda bercuti di sini.
Selain itu, anda juga perlu mengambil tahu tentang bajet yang perlu anda gunakan sepanjang lawatan ke sini kerana ada sesetengah tempat pelancongan mengenakan bayaran masuk. Akhir sekali, jika anda sudah merancang aktiviti yang ingin dicuba berdasarkan lokasi pelancongan yang anda pilih, maka perancangan percutian anda sudah lengkap!
8 Tempat Menarik di Selangor 2023
1. Batu Caves
Batu Caves ialah sebuah bukit batu kapur yang mempunyai rangkaian gua dan kuil gua di Gombak, Selangor. Nama bukit ini diambil daripada perkataan Melayu, iaitu Batu dan perkataan ‘caves’ pula merujuk kepada gua-gua dalam bahasa Melayu. Bukit ini pada asalnya dikenali sebagai Kapal Tanggang yang diambil daripada legenda Si Tanggang. Anda boleh cuba mendaki kesemua 272 anak tangga untuk melawat kuil gua yang klasik dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gombak.
Keunikan: Pilihan Tripadvisor’s Travellers 2021
Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Waktu operasi : Setiap hari (6.00 pagi – 9.00malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon menyediakan pengalaman taman tema terunggul di Malaysia untuk pelbagai lapisan umur, tidak kiralah sama ada anda berumur 8 tahun atau 80 tahun. Dengan lebih 80 tarikan permainan di kawasan seluas 88 ekar ini, tempat ini wajib menjadi tempat kunjungan anda sewaktu anda di Selangor. Sekurang-kurangnya, anda boleh mencuba permainan yang ditawarkan di sini sekali dalam seumur hidup anda. Nikmati pelbagai permainan yang ditawarkan di sini dengan gembira!
Keunikan: Pilihan Tripadvisor’s Traveller 2021, sesuai untuk keluarga
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang), Selasa (tutup)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Bukit Broga
Seberapa sukar untuk anda mendaki Bukit Broga? Biasanya, mereka yang biasa mendaki atau cergas boleh sampai ke puncak bukit ini dalam masa lebih kurang daripada 30 minit. Namun begitu, bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, biasanya 60 minit hingga 90 minit yang diperlukan untuk sampai ke puncak. Bukit ini menawarkan anda pemandangan segar dan nyaman yang dapat mententeramkan hati anda selepas proses pendakian yang memenatkan. Selain itu, anda boleh menghirup udara yang menyegarkan!
Keunikan: Mudah untuk didaki, panorama alam yang indah
Alamat: Jalan Broga, 43500 Semenyih, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pagi – 5.00 petang)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Taman Negara Botani Shah Alam
Taman Negara Botani Shah Alam ialah sebuah taman negara botani yang diperbadankan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Dengan keluasan 817 hektar, taman ini merupakan habitat flora dan fauna selain menjadi destinasi rekreasi para pengunjung di Lembah Klang. Anda boleh mendekati alam semula jadi yang indah dan meluangkan masa anda dengan belajar tentang flora dan fauna di sini. Oh ya, taman ini juga menawarkan pelbagai aktiviti riadah untuk anda terokai!
Keunikan: Sesuai untuk keluarga, sesuai untuk aktiviti beriadah
Alamat: 40000, Taman Pertanian Malaysia, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Selasa-Ahad (7.30 pagi -4.30 petang). Isnin (tutup)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan
Taman Kelip-kelip Kampung Kuatan ini mula beroperasi pada 1970-an apabila seorang usahawan tempatan menyedari potensi kelip-kelip yang dapat menarik perhatian para pengunjung untuk ke situ. Para pengunjung boleh menikmati perjalanan menaiki sampan untuk menyaksikan kelip-kelip secara dekat. Selain itu, penggunaan sampan dapat membantu mengurangkan pencemaran udara, air dan bunyi yang boleh menjejaskan habitat semula jadi serangga. Nikmatilah pemandangan indah kelip-kelip sambil menghirup udara segar di sini!
Keunikan: Persembahan kelip-kelip yang alami
Alamat: Kampung Kuantan, 45000 Bestari Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (7.45 pagi – 10.30 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Sky Mirror
Sky Mirror sebenarnya merupakan dasar laut yang muncul di atas air semasa kejadian air surut. Fenomena semula jadi ini menyebabkan proses pantulan berlaku di permukaan air tersebut. Ramai pengunjung datang ke sini untuk mengambil gambar menggunakan pantulan alami bagi menghasilkan gambar yang menakjubkan. Untuk ke sini, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana tempat ini selalu sesak dengan pelancong.
Keunikan: Lokasi bergambar yang unik
Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi – 10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Sekeping Serendah Retreats
Sekeping Serendah Retreats ialah tempat percutian persendirian cantik yang dekat dengan alam semula jadi. Rekaan bentuk tempat penginapan yang menggunakan bangsal dengan konsep terbuka menyerlahkan lagi elemen minimalis dan keberdekatan pengunjung dengan flora yang pelbagai. Di sini, anda boleh bersantai dan menenangkan fikiran daripada belenggu kesibukan kota yang menekan.
Keunikan: Udara segar, dekat dengan alam semula jadi
Alamat: SERENDAH FS, 43300, 48200, Selangor
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.00 pagi – 6.00petang), Ahad (tutup)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu terkenal dengan aktiviti whitewater rafting selain menawarkan air terjun dan alam semula jadi yang memukau. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti sukan air yang mencabar, anda boleh ke Sungai Hulu Selangor dan menempah pakej aktiviti ini. Anda boleh mencabar diri anda dengan melakukan aktiviti ini dibawah pengawasan pihak yang pakar. Selain itu, aktiviti ini dapat menonjolkan semangat kesukanan yang ada dalam diri anda. Nikmatilah pemandangan sungai yang indah dan bersih ketika anda melakukan aktiviti ini.
Keunikan: Aktiviti sukan yang mencabar, alam semula jadi yang indah
Alamat: No.1032, Kampung Jelutong Tambahan, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44100 Kerling, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi – 4.00 petang) – bergantung kepada keadaan angin
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada [ di sini ]
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda [ di sini ]
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.