4 Tempat Terbaik untuk Sky Diving di Malaysia 2023

Pernahkah anda ingin mengalami keseronokan melompat keluar dari pesawat pada ketinggian beribu-ribu meter? Sekiranya anda berani, maka skydiving atau parachuting mungkin merupakan aktiviti yang sempurna untuk anda. Ini adalah salah satu aktiviti yang paling ‘heart-pumping’ yang dinikmati oleh peminat di seluruh dunia. Skydiving di Malaysia adalah sesuai untuk mereka yang suka akan cabaran dan lasak, bukan untuk mereka yang lemah semangat. Ia dianggap paling menakutkan kerana aktiviti sukan lasak di dunia ini sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman yang mencabar.

Kami telah menyusun senarai 4 tempat terbaik untuk skydiving di Malaysia. Malah, Malaysia sering dipanggil “syurga” bagi peminat skydiving yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Asia. Oleh sebab itu, jika anda mahu merasai cabaran, pertimbangkan skydiving di Malaysia untuk pengembaraan yang tidak dapat dilupakan. Berikut adalah 4 tempat untuk skydiving terbaik di Malaysia.

Adakah Skydiving di Malaysia Sesuai untuk Amatur?

Ya, skydiving di Malaysia sesuai untuk amatur. Banyak pusat skydiving yang menawarkan lompatan tandem, di mana pengajar yang berkelayakan dipasangkan bersama peserta. Hal ini  menjadikan lompatan selamat dan menyeronokkan. Di samping itu, beberapa pusat juga menyediakan kursus latihan bagi mereka yang ingin menjadi skydiver yang diiktiraf. Kursus-kursus ini mengajar asas-asas skydiving, termasuk prosedur keselamatan, penggunaan payung terjun, dan teknik pendaratan. Ini membolehkan amatur maju ke arah lompatan yang lebih baik. Dengan latihan dan bimbingan yang betul, amatur dapat mengalami keseronokan skydiving di Malaysia walaupun buat pertama kali mencubanya.

Apakah Peralatan yang Diperlukan Untuk Skydiving?

Skydiving memerlukan peralatan khusus untuk memastikan keselamatan si penerjun. Di Malaysia, peralatan standard terdiri daripada jumpsuit, topi keledar, cermin mata dan sistem payung terjun disediakan. Peserta tidak perlu membawa peralatan sendiri kerana pusat skydiving di Malaysia menyediakan semua peralatan yang diperlukan. 

4 Tempat Terbaik untuk Sky diving di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. WINDLAB Indoor Skydiving

WINDLAB-Indoor-Skydiving--
Kredit Gambar: WINDLAB Indoor Skydiving
WINDLAB-Indoor-Skydiving-
Kredit Gambar: WINDLAB Indoor Skydiving

WINDLAB Indoor Skydiving benar-benar hebat dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan  untuk  ‘indoor skydiving’. Ia sesuai untuk semua peringkat umur, iaitu dari 3 tahun hingga 93 tahun. Selain itu, terdapat ramai kanak-kanak yang teruja untuk mencubanya. Tenaga pengajarnya pula sangat hebat dalam menjelaskan segala-galanya dan mempunyai banyak pengalaman mengendalikan pelanggan. WINDLAB Indoor Skydiving sama seperti keadaan sebenar ketika anda skydiving di luar, seperti mensimulasikan skydive luar setinggi 14,000 kaki. Sekiranya anda pernah bermimpi untuk terbang, ini adalah tempat yang sesuai bagi merealisasikan impian anda!

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Ahad – Khamis)
10:00 pagi – 10:30 malam (Jumaat dan Sabtu)

Alamat: Pusat Beli-belah 1 Utama, S601, 1 Utama E, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 012-224 4342

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/WINDLAB.IndoorSkydiving/  

Instagram: https://www.instagram.com/windlab.indoorskydiving/ 

semak laman web di sini

2. KKB Paragliding Park, CLOUD BASS

KKB-Paragliding-Park-CLOUD-BASS
Kredit Gambar: KKB Paragliding Park, Operate by CLOUD BASS
KKB-Paragliding-Park-CLOUD-BASS-
Kredit Gambar: KKB Paragliding Park, Operate by CLOUD BASS

KKB Paragliding Park menawarkan pengalaman paragliding tandem yang menakjubkan sejak  tahun 2014. Anda boleh menyertai mereka untuk pengembaraan yang luar biasa kerana anda akan melambung ke langit dan menghayati pemandangan Kuala Kubu Bharu yang menakjubkan. Suasana tenang adalah latar belakang yang sempurna untuk penerbangan tandem yang tidak dapat dilupakan. Selain itu, mereka berbesar hati untuk berkhidmat kepada lebih 3000 orang dan sekali gus berharap dapat berkongsi pengalaman ini dengan ramai lagi pada masa akan datang.

Alamat: Kompleks Sukan Taman Millenium, Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

No. Telefon: 019-219 1144

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KKBParaglidingPark/   

Instagram: https://www.instagram.com/kkbparaglidingpark/ 

semak laman web di sini

3. Hawk Skydive

Hawk-Skydive
Kredit Gambar: Twitter
Hawk-Skydive-
Kredit Gambar: Hawk Skydive

Hawk Sports Skydiving Club adalah sebuah sekolah skydiving yang mantap di Malaysia dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam industri ini. Mereka telah melatih selebriti, menteri, pelancong asing serta penduduk tempatan dalam sukan ini. Mereka mempunyai komuniti skydiver yang hebat dan berpengetahuan serta mesra. Alami keseronokan ‘free-falling’ dan melawan angin ketika anda mahu cepat tiba ke tanah. Anda juga boleh menyertai komuniti mereka atau rakan-rakan skydiver lain untuk aktiviti yang melonjakkan ‘adrenaline rush’.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Khamis)
Ditutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad

Alamat: Jalan Air Merah, 85300 Labis, Johor.

No. Telefon: 013-811 5025

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hawkskydive/ 

Instagram: https://www.instagram.com/hawkskydive/  

semak laman web di sini

4. Ace Skydive

Ace-Skydive
Kredit Gambar: Ace Skydive
Ace-Skydive-
Kredit Gambar: Ace Skydive

Ace Skydive menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di bawah bimbingan tenaga pengajar yang pakar. Mereka akan melengkapkan anda dengan peralatan berkualiti tinggi dan menyediakan latihan keselamatan secara menyeluruh untuk membantu anda mencapai matlamat. Selain itu, sesetengah pakej layak mendapat diskaun 20% jika ditempah untuk aktiviti sukan udara selepas 3 bulan. Mereka juga mempunyai dua pakej yang tersedia untuk mereka yang tidak pernah skydiving sebelum ini iaitu Tandem Skydive dan Static Line Skydive. Pilih mana-mana pakej yang paling sesuai dengan anda dan alami pengembaraan luar biasa yang akan menjadikan hidup anda lebih menarik!

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:30 petang (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad

Alamat: Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor.

No. Telefon: 03-7845 3245

Google Map: Ikuti Sekarang

Facebook: https://www.facebook.com/aceskydive 

Instagram: https://www.instagram.com/aceskydive/  

semak laman web di sini

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close