10 Aktiviti Menarik di Pantai Malaysia 2023

Tiada tempat yang lebih baik untuk berehat daripada tekanan kehidupan seharian selain di pantai. Anda boleh berehat di ‘hammock’ di antara dua pokok palma dan berjemur di bawah sinaran matahari. Anda juga boleh melihat ombak atau tidur sebentar untuk melegakan sengal badan. Cahaya matahari yang meresap ke dalam kulit anda sebenarnya dapat meningkatkan pengeluaran Vitamin D dan serotonin. Jadi, ia boleh menyebabkan otak kita mengeluarkan pelbagai bahan kimia yang baik.

Kita boleh berfikir dan mencari idea kreatif untuk dilakukan di pantai. Bunyi ombak yang tenang dapat memberikan anda rehat seolah-olah anda bermeditasi. Disebabkan itulah kita berasa aman dan tenang ketika berada di pantai. Pantai bukan sahaja dapat meringankan minda, malah melegakan hati dan sengal badan. Anda juga boleh melakukan aktiviti menarik dan menyeronokkan di pantai. Berikut adalah 10 aktiviti di pantai yang menarik untuk dicuba di Malaysia pada tahun 2023.

Apakah yang Tidak Boleh Dibawa di Pantai?

Anda tidak digalakkan untuk bekas kaca di pantai. Anda boleh membawa plastik dan kertas untuk aktiviti perkelahan anda di pantai. Dan pastikan, anda menyediakan plastik sampah yang besar untuk membuang semua plastik dan kertas yang anda gunakan. Selain itu, anda boleh membawa penyodok plastik yang kecil untuk aktiviti membina istana pasir. Oh ya, anda tidak boleh menggali terlalu dalam di pantai kerana ini akan membahayakan penngunjung dan haiwan yang berada di situ.

Adakah Anda Boleh Memakai Pakaian Jeans di Pantai?

Anda perlu elakkan daripada memakai pakaian berat seperti seluar jeans ketika berada di pantai. Seeloknya, pakai pakaian yang ringan dan bersesuaian. Pakaian yang santai dan ringan boleh menjadikan aktiviti anda di pantai lebih selesa dan menyeronokkan. Pastinya anda ingin mengelak daripada berpeluh terlalu banyak, bukan? Jadi, pakailah pakaian yang bersesuaian.

10 Aktiviti Menarik di Pantai Malaysia 2023

1. Try Out Some Water Sports

Try-Out-Some-Water-Sports
Kredit Gambar: Sailogy
Try-Out-Some-Water-Sports-
Kredit Gambar: Klook

Terdapat banyak aktiviti air yang boleh dilakukan berhampiran laut. Anda boleh melakukan aktiviti air yang menyeronokkan bersama keluarga seperti sukan air yang mendebarkan. Anda boleh mencuba parasailing, selam skuba, ‘snorkeling’, aktiviti meluncur air, berkayak dan juga berenang. Anda hanya perlu pilih sahaja aktiviti sukan air yang anda suka dan nikmati keseronokkannya. Untuk itu, anda perlu mencari pantai yang menawarkan banyak aktiviti sukan air yang menarik ini.

Kelebihan:

  • Meningkatkan ketumpatan tulang
  • Merangsang deria
  • Meningkatkan kesihatan mental

2. Enjoy A Sunbath

Enjoy-A-Sunbath
Kredit Gambar: iHeart
Enjoy-A-Sunbath-
Kredit Gambar: iStock

Cara terbaik untuk menghabiskan percutian adalah dengan berehat dan berseronok dengan teman anda di hari yang malas. Pantai adalah lokasi yang sesuai dengan aktiviti ini. Anda boleh mengenakan cermin mata hitam, berbaring di atas pasir yang lembut dan berjemur di bawah sinaran matahari. Tahukah anda, menikmati kehangatan matahari sambil mengagumi pemandangan pantai boleh menyegarkan anda? Untuk aktiviti ini, anda boleh meluangkan masa dengan membaca buku sambil berjemur. Membaca buku sambil berbaring di pantai boleh menjadi aktiviti yang menenangkan untuk anda.

Kelebihan:

  • Meningkatkan mood
  • Tidur yang lebih baik
  • Penghasilan vitamin D

3. Having A Picnic

Having-A-Picnic
Kredit Gambar: Crunch by Nuffnang
Having-A-Picnic-
Kredit Gambar: Pinterest

Berkelah adalah salah satu perkara yang paling menyeronokkan untuk dilakukan di pantai. Bawa keluarga atau rakan anda dan nikmati perkelahan yang menyeronokkan di atas pasir yang lembut. Anda boleh melakukan banyak aktiviti bersama keluarga anda seperti berkongsi makanan, berbual mesra dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan secara bersama. Selain itu, aktiviti berkelah biasanya menjadi satu kemestian untuk ramai keluarga. Ia seronok dilakukan pada waktu petang bagi mewujudkan suasana romantis dan berteduh daripada panas terik matahari. Selain itu, terdapat penjaja makanan di tepi jalan yang menjual pelbagai makanan yang menyelerakan. Untuk menjadikan aktiviti perkelahan lebih menarik, anda boleh mengajak rakan-rakan anda untuk melakukan ‘potluck’ dan berkongsi makanan. Jika anda tertarik dengan hidangan yang dijual di jalanan atau restoran yang berdekatan, anda boleh memesan dan menikmati makanan tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan. Jika makanan tersebut tidak habis, anda boleh membawanya pulang.

Kelebihan:

  • Mengukuhkan ikatan kekeluargaan
  • Menghilangkan tekanan
  • Memberi vitamin D dan penyerapan kalsium

4. Take Part In Outdoor Activities

Take-Part-In-Outdoor-Activities
Kredit Gambar: US Sports Camps
Take-Part-In-Outdoor-Activities-
Kredit Gambar: Pinterest

Bermain permainan luar adalah salah satu aktiviti pantai yang menyeronokkan. Pantai mempunyai begitu banyak ruang terbuka, jadi anda boleh menganjurkan pelbagai permainan luar. Anda boleh bermain frisbee, bola tampar, badminton, ‘freeze tag’ dan ‘hopscotch’ di pantai bersama rakan dan keluarga anda. Permainan ini bukan sahaja akan menghiburkan kanak-kanak tetapi juga akan memberikan pengalaman yang menyegarkan kepada orang dewasa.

Kelebihan:

  • Meningkatkan harga diri
  • Meningkatkan mood anda
  • Mengurangkan tekanan

5. Build A Sandcastle

Build-A-Sandcastle
Kredit Gambar: Adobe Stock
Build-A-Sandcastle-
Kredit Gambar: Experience PEI

Ini adalah aktiviti pantai yang klasik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Anda boleh membina istana pasir yang ringkas sehinggalah kepada rumit untuk menjadikan aktiviti anda di pantai lebih menyeronokkan. Anda boleh berimaginasi dan mencipta istana pasir mengikut kreativiti anda. Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh menghias istana pasir anda dengan daun, ranting, atau cengkerang yang anda temui di sana.

Ini adalah cara terbaik untuk menggunakan kreativiti anda sambil menghabiskan masa anda dengan baik. Anda boleh menggalakkan anak-anak anda untuk membina istana pasir kerana ia boleh  meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka. Apabila anda selesai membina istana pasir, sila ambil gambarnya dan muat naik di media sosial seperti di Instagram. Kongsikan kreativiti anda bersama pengikut anda di media sosial.

Kelebihan:

  • Meningkatkan kreativiti
  • Meningkatkan kemahiran motor
  • Membangunkan kemahiran sosial

6. Go For A Stroll

Go-For-A-Stroll
Kredit Gambar: iStock
Go-For-A-Stroll-
Kredit Gambar: Pinterest

Anda boleh bersiar-siar di pantai untuk menghayati sepenuhnya keindahan pantai. Hutan hijau tebal, batu besar dan pokok palma yang menjulang tinggi biasanya banyak mengelilingi pantai. Terokai keajaiban semula jadi ini apabila anda mengunjungi pantai. Anda juga boleh pergi mendaki di hutan berhampiran untuk pengembaraan. Pantai juga boleh menjadi destinasi romantis buat anda dan pasangan. Hal ini kerana anda boleh bersiar-siar di pantai sambil berpegangan tangan. Tiupan angin yang sejuk, pancaran matahari yang redup dan pokok-pokok hijau yang melambai boleh menjadikan aktiviti ini menyegarkan. Ramai juga orang yang mengunjungi pantai pada waktu pagi kerana ia memberikan suasana yang menyegarkan. Jika anda seorang yang mementingkan kecergasan, anda boleh melakukan senaman di pantai sambil menghirup udara yang segar.

Kelebihan:

  • Menguatkan kaki dan buku lali anda
  • Membakar lebih banyak kalori
  • Meningkatkan otot sendi

7. Looking For Seashells

Looking-For-Seashells
Kredit Gambar: Cinnamon Shore
Looking-For-Seashells-
Kredit Gambar: AllClear Travel Insurance

Anda boleh mencari kerang dan kaca berwarna di pantai. Ambil gambar cengkerang terbaik supaya anda boleh membuat kajian ke atasnya. Selain itu, anda juga boleh menyusun cengkerang dengan berseni dan mengambil gambarnya. Kulit siput atau cengkerang juga boleh dijadikan barang kemas atau apa-apa hiasan yang sesuai. Namun begitu, anda perlu peka kerana tidak semua pantai membenarkan anda mengambil kulit siput kerana ini boleh merosakkan keindahan pantai. Selain itu, mengambil kulit kerang adalah tindakan yang tidak digalakkan.

Kelebihan:

  • Membantu menstabilkan pantai
  • Menjelajah pantai
  • Peluang untuk mengajar anak-anak anda tentang sains dan hidupan marin

8. Visit The Little Seaside Shops

Visit-The-Little-Seaside-Shops
Kredit Gambar: Pinterest
Visit-The-Little-Seaside-Shops-
Kredit Gambar: Pinterest

Pekan pantai adalah rumah kepada kebanyakan pantai. Banyak tempat yang menarik dan menyeronokkan untuk diterokai. Biasanya, di sepanjang pantai di bandar-bandar ini, terdapat  banyak kedai kecil yang menjual kraf, mainan, makanan, pakaian dan banyak lagi. Sebelum anda pulang ke rumah, anda boleh mencuci mata di kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai cenderamata yang menarik. Anda boleh membelinya untuk dijadikan kenangan atau hadiah kepada orang tersayang.

Kelebihan:

  • Menyokong perniagaan tempatan
  • Memenuhi keperluan anda
  • Meneroka kraf berasaskan laut dan seni tradisional

9. Take Ton Of Photographs

Take-Ton-Of-Photographs
Kredit Gambar: Swim Guide
Take-Ton-Of-Photographs-
Kredit Gambar: Stanlice

Pantai adalah lokasi yang sangat baik untuk mengambil gambar yang menakjubkan. Tambahan pula, gambar-gambar tersebut akan dijadikan sebagai cenderahati yang indah selepas perjalanan. Bersiar-siar dengan kamera digital atau telefon pintar anda boleh memudahkan anda untuk mengambil gambar. Memotretkan gambar kenangan bersama keluarga atau rakan-rakan sewaktu di pantai adalah sesuatu yang berharga dan menggembirakan. Anda juga boleh memuat naik gambar-gambar yang diambil di media sosial terutamanya di Instagram.

Kelebihan:

  • Memencipta kenangan baru
  • Menjadi terapi dan mengasah kreativiti
  • Mengabadikan kenangan

10. Admiring The Sunrise And Sunset

Admiring-The-Sunrise-And-Sunset
Kredit Gambar: Burst by Shopify
Admiring-The-Sunrise-And-Sunset-
Kredit Gambar: Posterjack

Bayangkan warna emas jingga matahari menghiasi seluruh langit ketika matahari naik dari ufuk. Sungguh indah pemandangan seperti ini, bukan? Pantai boleh menjadi lokasi yang istimewa untuk merakam fenomena matahari terbit. Anda boleh berkunjung ke pantai pada waktu subuh dan saksikan pemandangan matahari terbit yang secara perlahan-lahan menerangi alam. Percaya atau tidak, anda boleh menjadi segar dan takjub apabila melihat fenomena ini. Anda juga boleh merakan gambar ini untuk dijadikan kenangan kelak. Selain itu, anda akan merasai hal yang sama apabila menikmati pemandangan matahari terbenam pada waktu senja.

Kelebihan:

  • Menghilangkan tekanan
  • Mengurangkan tahap kebimbangan
  • Meningkatkan mood

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close