10 Gim Terbaik di Malaysia 2025

Kini, ramai orang pergi ke gim setiap hari untuk menghilangkan tekanan dan menyihatkan badan. Mereka mula belajar cara senaman yang betul dengan menggunakan peralatan gim yang disediakan. Namun begitu, terdapat juga golongan yang bersenam dengan cara yang tidak betul dan boleh mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Di sinilah pentingnya tenaga pengajar kecergasan yang profesional. Jurulatih kecergasan profesional ini boleh melihat cara mereka bersenam dan memberi cadangan atau nasihat tentang cara yang betul untuk melakukan satu-satu senaman. Ada sesetengah gim menyediakan perkhidmatan ini namun anda harus menelefon dan bertanya terlebih dahulu tentang pakej yang ditawarkan di gim yang anda ingin tuju.

Bagaimanakah anda memilih gim yang sesuai?

Pemilihan gim yang sesuai amat penting bagi proses senaman anda. Selain memerlukan kelengkapan peralatan bersenam yang lengkap dan mencukupi, anda juga harus tahu berapa kos bayaran kemasukan yang dikenakan ke atas anda oleh gim tersebut. Lokasi gim juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan gim. Ini kerana gim yang berdekatan akan memudahkan urusan harian anda dan program senaman anda. Ini boleh menjimatkan masa perjalanan anda. 

Oh ya, jangan lupa untuk bertanya tentang kemudahan atau pakej apa lagi yang ditawarkan oleh gim berkenaan. Sebagai contoh, ada sesetengah gim menyediakan pakej berzumba atau pilate bagi pelanggan yang mencarinya. Jadi, ini adalah peluang buat anda yang sudah sekian lama ingin mencuba kelas-kelas seperti ini. Pendek kata, buat kajian terlebih dahulu sebelum berkunjung ke gim. Di sini, kami berikan 10 gim terbaik di Malaysia untuk anda lawati.

10 Gim Terbaik di Malaysia 2025

1. KFitness Gym PJ

KFitness Gym PJ
Kredit Gambar: KFitness
KFitness Gym PJ
Kredit Gambar: KFitness
KFitness Gym PJ
Kredit Gambar: KFitness

KFitness ialah pusat kecergasan terbuka yang besar dan lengkap dengan peralatan senaman. Gim ini ialah tempat yang hebat untuk anda memulakan semula aktiviti bersenam dan kecergasan anda.  Malah ada pelanggan telah melabelkan gim ini sebagai gim terbaik di Malaysia kerana persekitarannya yang tenang, kelengkapan gim yang lengkap serta layanan staff yang mesra. Di sini juga menawarkan perkhidmatan jurulatih kecergasan yang terkemuka untuk membantu anda merangka jadual kecergasan anda.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (9.00 pagi-11.00 malam), Sabtu-Ahad (9.00 pagi-9.00 malam)

Alamat: no 2, Jalan 51a/225, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

2. DailyMuscle LightHouse

DailyMuscle LightHouse
Kredit Gambar: DailyMuscle
DailyMuscle LightHouse
Kredit Gambar: DailyMuscle
DailyMuscle LightHouse
Kredit Gambar: DailyMuscle

DM ialah lokasi yang hebat untuk bersenam, dan staf di sini juga sangat baik dan mesra. Di sini ada menyediakan sesi bersenam secara berkumpulan. Malahan ada pelanggan yang mengakui stamina mereka bertambah baik setelah mengikuti sesi senaman berkumpulan di gim ini.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (6.30 pagi-8.30 malam), Sabtu (7.00 pagi-2.00 petang), Ahad (8.00 pagi-5.00 petang)

Alamat: A-G-11, Glomac Damansara, 699, Jalan Damansara, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

3. Fitness First-Avenue K

Fitness First Avenue K
Kredit Gambar: Global Gym Bunny
Fitness First Avenue K
Kredit Gambar: Fitness First Malaysia
Fitness First Avenue K
Kredit Gambar: Fitness First Malaysia

Kakitangan di Fitness First-Avenue K ialah mesra manakala peralatan di gim ini diselenggara dengan baik. Kelas, sauna, pancuran mandian wap, loker yang cantik dan peralatan mandian percuma semuanya disediakan di sini. Selain itu, gim ini turut bergabung dengan gim antarabangsa lain yang menerima pelanggan dari luar negara untuk bersenam.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (6.30 pagi-9.00 malam), Sabtu (7.00 pagi-9.00 malam), Ahad (9.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: L2-28- 32, Avenue K, 156, Jln Ampang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

4. Celebrity Fitness – Mid Valley

Celebrity Fitness Mid Valley
Kredit Gambar: Mid Valley
Celebrity Fitness Mid Valley
Kredit Gambar: Mid Valley
Celebrity Fitness Mid Valley
Kredit Gambar: Mid Valley

Gim ini terletak di Mid Valley, kawasan terkenal di Kuala Lumpur. Boleh dikatakan gim ini berada di kedudukan strategik kerana mudah diakses oleh para pelanggannya. Selain bersih dan memberikan layanan yang mesra, ia juga menempatkan gim terbuka dan kolam renang untuk para pelanggannya.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (6.30 pagi-10.00 malam), Sabtu (6.30 pagi-9.00 malam), Ahad (8.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: Mid Valley Megamall, Lot T-011, 3rd Floor, Malaysia, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. WinFit Fitness Factory

WinFit Fitness Factory
Kredit Gambar: WinFit Fitness Factory
WinFit Fitness Factory
Kredit Gambar: WinFit Fitness Factory
WinFit Fitness Factory
Kredit Gambar: WinFit Fitness Factory

Mari tingkatkan perjalanan kecergasan anda ke peringkat seterusnya di WinFit Fitness Factory. Gim yang hebat ini dilengkapi dengan bilik latihan yang luas dan kakitangan yang ramah serta sedia membantu. Anda boleh bersenam di persekitaran yang santai sambil diterangi lampu yang mewah. Selain itu, jurulatih juga bersedia membantu para pelanggan untuk meningkatkan latihan mereka dengan memberi cadangan dan tunjuk ajar yang senang untuk diikuti.

Waktu operasi:  Isnin, Rabu, Jumaat (7.30 pagi–1.00 pagi), Selasa, Khamis (7.45 pagi–11.00 malam), Sabtu (7.30 pagi–10.00 malam)

Alamat: Botanic Capital, No 16-1, 16-2, 18-1, 18-2, Jalan Kasuarina KS7/11, Bandar Botanic, Ambang Botanik, 41200 Klang, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

6. Body Factory Gym & Fitness Center

Body Factory Gym Fitness Center
Kredit Gambar: Body Factory Gym & Fitness Centre
Body Factory Gym Fitness Center
Kredit Gambar: Body Factory Gym & Fitness Centre
Body Factory Gym Fitness Center
Kredit Gambar: Body Factory Gym & Fitness Centre

Sipadan Mabul Resort terletak di dalam kebun kelapa dan mempunyai kotej kayu penghawa dingin yang dibina dengan reka bentuk yang menarik. Gim ini mempunyai pilihan peralatan bersenam yang bagus dan lengkap untuk dipilih. Ia mempunyai yuran keahlian yang berpatutan atau anda boleh membayar yuran kemasukan setiap kali anda ke sini. Selain itu, gim ini dibuka 24 jam sehari kecuali pada hari Ahad. Terdapat juga jelas yoga dan Zumba yang disediakan di sini.

Waktu operasi:  Isnin (6.00 pagi-12.00 malam), Selasa-Ahad (24 jam)

Alamat: No.11, Ground, 1st & 2nd Floor, PJ21 Commercial Center, Jalan SS 8/39, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

7. Xtreme Hardcore Gym & Fitness

Xtreme Hardcore Gym Fitness
Kredit Gambar: Xtreme Hardcore Gym
Xtreme Hardcore Gym Fitness
Kredit Gambar: Xtreme Hardcore Gym
Xtreme Hardcore Gym Fitness
Kredit Gambar: Xtreme Hardcore Gym

Gim ini menawarkan yuran kemasukan yang berpatutan selain lengkap dengan pelbagai peralatan bersenam untuk seluruh badan. Sebagai contoh, anda boleh melatih perut dan belakang anda dengan menggunakan peralatan berkualiti tinggi yang terdapat di sini. Menariknya, semua pelanggan dapat bersenam dalam persekitaran yang menyejukkan kerana gim ini dilengkapi dengan penghawa dingin.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (8.00 pagi–12.00 malam)

Alamat: Dataran, 8-2, Lor Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

8. UNIFIT Gym

UNIFIT Gym
Kredit Gambar: World Orgs
UNIFIT Gym
Kredit Gambar: UNIFIT GYM
UNIFIT Gym
Kredit Gambar: Super Trainer!

Gim UNIFIT ini merupakan gim profesional yang mementingkan privasi kepada para pelanggannya untuk bersenam. Jadi, gim ini pilihan yang sesuai buat anda yang tidak mahu bersesak sambil bersenam di dalam gim. Selain itu, gim ini juga mempunyai semua peralatan dan mesin bersenam yang diperlukan selain menawarkan latihan senaman profesional daripada jurulatih kecergasan di sini. Jangan risau, semua jurulatih kecergasan di sini berpengalaman dan boleh menyenangkan anda.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (8.00 pagi-11.00 malam), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-7.00 petang)

Alamat: No.3-1, Jln Radin Bagus 5, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

9. Peak Fitness SOGO, KL City Center

Peak Fitness SOGO KL City Center
Kredit Gambar: World Orgs
Peak Fitness SOGO KL City Center
Kredit Gambar: Gym.My
Peak Fitness SOGO KL City Center
Kredit Gambar: PPT Outdoor

Gim tertutup ini memiliki peralatan bersenam yang lengkap. Malah, loker disediakan untuk para pelanggan meletak barang mereka dengan selamat. Selain itu, gim ini juga menyediakan sauna dan bilik mandi. Pelbagai kelas kecergasan turut disediakan untuk memenuhi keperluan anda!

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (6.30 pagi-10.00 malam), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: Kompleks Sogo, Level 8, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

10. Anytime Fitness KL Gateway

Anytime Fitness KL Gateway
Kredit Gambar: Anytime Fitness KL Gateway
Anytime Fitness KL Gateway
Kredit Gambar: Anytime Fitness KL Gateway
Anytime Fitness KL Gateway
Kredit Gambar: Anytime Fitness KL Gateway

Gim ini mengutamakan kebersihan selain mempunyai kawasan lapang untuk para pelanggan bersenam. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pelbagai jenis peralatan bersenam dan kakitangan serta jurulatih kecergasan yang sangat membantu. Para pelanggan dapat meningkatkan stamina mereka dengan sesi latihan senaman peribadi bersama jurulatih kecergasan di sini.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (24 jam)

Alamat: Unit 1-02(i), Lot L1-02 (ii), Pusat Beli Belah KL Gateway, No 2, Jalan, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close