10 Kasut Mendaki Lelaki Terbaik di Malaysia 2023

Mendaki merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan di atas binaan alam semula jadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail dakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan di kawasan bukit-bukau, gunung-ganang, lembah atau genting tinggi yang berbatu dan berpasir. Aktiviti ini bukan sahaja membenarkan kita beriadah sambil menghayati keindahan alam dengan tenang. Ia juga bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang individu.

Walau bagaimanapun, sebelum anda melakukan aktiviti ini anda perlulah mempunyai alatan dan memakai pakaian yang bersesuaian terutamanya kasut. Kasut yang betul sangat memainkan peranan yang penting apabila melakukan aktiviti mendaki. Selain daripada keselesaan, kasut yang betul dan sesuai juga memainkan peranan penting dalam memberikan faktor keselamatan kepada pengguna. Jadi, inilah 10 kasut mendaki terbaik untuk lelaki yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih kasut mendaki yang sesuai?

Tidak dinafikan memilih kasut mendaki yang sesuai dengan anda boleh mengelirukan apatah lagi terdapat pelbagai jenis kasut mendaki yang ditawarkan di pasaran. Sebelum anda membuat pembelian atau pilihan, terdapat beberapa aspek penting yang anda perlu mengambil kira seperti bahan, saiz, dan harga.

  1. Bahan 

Memilih kasut mendaki dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan kasut yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Kasut perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

  1. Saiz

Pastikan anda memilih saiz yang berpadanan dengan anda jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan ada ruang sebaiknya ½ inci / 0.5 cm ( selepas pemakaian stokin ), ini memberi peluang pada anda untuk membuat regangan pada kaki. 

  1. Harga

Kasut mendaki yang berkualiti boleh mencecah harga yang agak mahal. Oleh itu, adalah penting untuk memilih kasut yang berada dalam julat harga anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

10 Kasut Mendaki Lelaki Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Ladderman Military Series Steel Safety Shoe

Ladderman Military Series Steel Safety Shoe
Kredit Gambar: Shopee

Ladderman Military Series Steel Safety Shoe merupakan kasut yang sesuai digunakan dalam pelbagai situasi seperti mendaki, bekerja di kilang, di tapak pembinaan, lombong keluli, peleburan bahan kimia dan banyak lagi. Kasut ini dilengkapi dengan penggunaan keluli di bahagian atas kasut dan di bahagian tengah tapak kasut bagi memberikan keselamatan tambahan semasa pendakian. Selain itu, kasut ini didatangkan dengan 3 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Flyweave
  • Saiz: 37 – 47
  • Warna: Hijau tentera, kelabu berasap, biru laut

Kelebihan:

Breathable
Tapak tengah keluli
Tahan haba

Harga: RM42.88 – RM45.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Neckermann Men & Women’s Unisex Tornado Hiking Outdoor Shoes

Neckermann Men Womens Unisex Tornado Hiking Outdoor Shoes
Kredit Gambar: Shopee

Kasut ini sangat sesuai untuk digunakan ketika melakukan aktiviti luar seperti mendaki, trekking dan mendayung. Reka bentuknya yang mempunyai tekstur triple-tone dengan logo Neckermann ikonik di sisi serta dilengkapi ‘knitted textile’ dan lapisan mesh telah menjadikannya antara kasut mendaki yang paling digemari oleh pengguna.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit PU, getah, mesh, tekstil, EVA
  • Saiz: 36 – 45
  • Warna: Biru laut, coklat tua

Kelebihan:

Ringan
Lapisan mesh
Jenama

Harga: RM99.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Decathlon Hiking/Trekking Boots Men

Decathlon Hiking Trekking Boots Men
Kredit Gambar: Shopee

Decathlon Hiking/Trekking Boots Men dilengkapi dengan reka bentuk anatomi yang unik serta menawarkan insole yang boleh ditanggalkan supaya anda boleh menyesuaikannya mengikut keselesaan kaki anda. Bukan itu sahaja, kasut ini juga mempunyai kualiti premium dengan kadar harga yang rendah menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan kasut mendaki. Kasut ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: TPR, EVA
  • Saiz: 39 – 47
  • Warna: Kelabu gelap

Kelebihan:

Perlindungan kaki
Insole boleh ditanggal
Jenama dipercayai

Harga: RM69.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. ADIDAS AX2 Hiking Shoes Men

ADIDAS AX Hiking Shoes Men
Kredit Gambar: Shopee

ADIDAS AX2 Hiking Shoes Men merupakan kasut mendaki pilihan ramai termasuk daripada kalangan pendaki profesional dan amatur. Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak luar yang tebal disertakan dengan tapak di bahagian tengah yang fleksibel untuk memberikan keselesaan tambahan sewaktu anda mendaki.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, foam
  • Saiz: 41 – 45
  • Warna: Hitam, kelabu, merah-kelabu

Kelebihan:

Tapak yang fleksibel
Tapak tebal

Harga: RM79.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. HUMTTO Leather Waterproof Hiking Shoes

HUMTTO Leather Waterproof Hiking Shoes
Kredit Gambar: Lazada

Kasut ini dilengkapi dengan bahagian atas yang mempunyai jaringan fabrik yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta membuatkan kaki anda kering semasa atau setelah melakukan pendakian dalam masa yang lama. Tambahan pula, anyaman yang terdapat pada kasut ini yang boleh dilaraskan menjadikannya sesuai untuk semua jenis kaki.

Spesifikasi:

  • Bahan: Jaring, getah
  • Saiz: 36 – 47
  • Warna: Biru salji, hitam, hitam-kelabu, kelabu-biru

Kelebihan:

Bahagian atas berjaring
Anyaman boleh laras

Harga: RM143.90 – RM153.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Sanearde Hiking Shoes Men

Sanearde Hiking Shoes Men
Kredit Gambar: Shopee

Sanearde Hiking Shoes ini sesuai untuk semua jenis aktiviti luar. Ia diperbuat daripada bahan yang fleksibel yang membolehkan anda mempunyai pergerakan kaki yang maksimum tanpa sebarang sekatan. Kasut ini juga mempunyai ‘fast loops’ yang membolehkan anda mengikat tali kasut dengan cepat. Pada tapak luar pula, terdapat bunga getah untuk membantu mengurangkan gelinciran sewaktu anda mendaki.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester, EVA
  • Saiz: 39 – 44
  • Warna: Hitam, biru, kelabu, kopi

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Fast loop
Harga Mampu Milik

Harga: RM15.95

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. JDEX Waterproof Trail Hiking Shoes for Men

JDEX Waterproof Trail Hiking Shoes for Men
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari kasut mendaki dengan reka bentuk yang ringan dan dapat memberikan sokongan yang baik untuk mendaki jarak jauh ataupun berjalan santai, JDEX Waterproof Trail Hiking Shoes for Men sesuai untuk anda. Kasut ini diperbuat daripada getah berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan satu lapisan mesh vamp membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit, fabrik, getah
  • Saiz: 39 – 46
  • Warna: Hitam merah, hitam-merah putih, kelabu-hitam

Kelebihan:

Lapisan mesh
Breathable
Ringan

Harga: RM54.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. CONELI Sport Hiking Shoes Men 

CONELI Sport Hiking Shoes Men
Kredit Gambar: Shopee

CONELI Sport Hiking Shoes Men ini sesuai dipakai untuk sebarang aktiviti sukan atau aktiviti luar. Kasut ini diperbuat daripada lapisan mesh, membolehkan proses pengudaraan dan penyejatan peluh berlaku dengan baik. Selain itu, Kasut ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: PU, mesh, tekstil, getah
  • Saiz: 39 – 46
  • Warna: Hitam, oren, biru laut, kelabu-hitam

Kelebihan:

Fleksibel
Tahan Lama

Harga: RM109.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Salomon Force Quest 4D GTX Boots

Salomon Force Quest D GTX Boots
Kredit Gambar: Shopee

Salomon Force Quest 4D GTX merupakan kasut yang direka khas untuk aktiviti mendaki ekoran reka bentuknya yang amat stabil disertakan dengan perlindungan kaki yang baik, dan mutu pembinaan yang tahan lama dan lasak. Bertentangan dengan penampilannya kasut ini sangat ringan dan memudahkan pergerakan anda sewaktu mendaki. Kasut ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit PU, getah, mesh
  • Saiz: 6 UK – 12 UK
  • Warna: Hitam 

Kelebihan:

Sesuai untuk taktikal
Perlindungan keseluruhan
Tapak yang sangat tebal

Harga: RM262.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. ABARO PROTEK Men Hiking Shoes

ABARO PROTEK Men Hiking Shoes
Kredit Gambar: Shopee

Kasut mendaki ABARO PROTEK ini dilengkapi dengan tapak luar TPR yang menawarkan cengkaman yang sangat baik sewaktu pendakian. Tambahan pula, rekaan kasut ini juga dilengkapi dengan kusyen dibahagian tapak kasut bagi memberikan keselesaan yang maksimum kepada anda ketika mendaki dalam jangka masa yang lama. Kasut ini bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pemakai malah ia mempunyai ‘heel counter’ yang membantu memudahkan pergerakan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit sintetik, span, getah
  • Saiz: 40 – 48
  • Warna: Hitam, khaki 

Kelebihan:

Terdapat dalam saiz yang besar
Ankle collar

Harga: RM68.00 – RM74.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close