Di Malaysia, menonton wayang telah menjadi salah satu hobi yang popular dalam pelbagai lapisan masyarakat. Apabila menonton filem, anda semestinya ingin menikmati grafik dan audio terbaik yang ditawarkan oleh pawagam. Selain itu, tempat duduk yang selesa dan suasana yang santai juga mempengaruhi mood menonton anda.
Apakah sebab-sebab ramai orang ingin menonton filem di pawagam?
Sebenarnya, di Malaysia terdapat banyak pawagam premium yang berkualiti. Majoritinya menarik dan mempunyai ruang persekitaran yang luas. Selain itu, servis yang ditawarkan juga mesra pelanggan yang membuatkan pengalaman menonton wayang anda menggembirakan.
Aktiviti menonton wayang ini dilihat sebagai salah satu cara menghilangkan stres dalam kalangan dewasa. Apabila berada dalam keadaan stres dan tidak mampu untuk pergi bercuti, anda akan berasa murung dan tidak sihat. Maka, peluang menonton wayang dilihat sebagai cara melepaskan stres seketika. Selain itu, aktiviti ini juga boleh menjadi cara mengukuhkan hubungan keluarga mahupun persahabatan. Anda semestinya mempunyai filem yang ingin ditonton dan berdiskusi bersama mereka selepas menonton wayang boleh mengeratkan hubungan anda. Jadi, demi menenangkan anda, kami senaraikan 10 pawagam premium terbaik di Malaysia.
10 Pawagam Premium Terbaik di Malaysia 2025
1. Golden Screen Cinemas- Gold Class

GSC Gold Class berbangga menjadi auditorium premium kelas pertama di Malaysia yang menempatkan ruang istirahat di sebelah. Selain persekitaran yang tenang, anda boleh berbaring di tempat duduk yang selesa dan membiarkan selimut lembut menyelimuti anda ketika menonton filem. Tiket ke pawagam ini termasuklah akses ke ruang istirahat dan servis penghantaran makanan ke tempat duduk anda. Menarik, bukan!


Alamat: 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
2. Golden Screen Cinemas-Aurum Theater

GSC ialah rangkaian pawagam pertama di Malaysia yang menyediakan pengalaman menonton filem setanding dengan perkhidmatan penerbangan kelas pertama melalui teater Gold Class. Pawagam ini mempunyai teater premium Aurum yang memberikan pelanggan pengalaman menonton wayang yang lebih bergaya dan berkualiti tinggi. Teater Aurum ialah standard piawaian emas bagi pawagam mewah dengan menawarkan kerusi malas yang elegan, ruangan peribadi yang privasi, perkhidmatan pelayan yang hebat dan pilihan makanan yang pelbagai.


Alamat: The Gardens, FF-201, 4th Floor, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Youtube Video:
3. Tanjung Golden Village (LUXE)

Pawagam TGV LUXE merupakan pawagam premium yang berpatutan untuk semua. Pawagam ini menempatkan ruangan menunggu bagi anda yang ingin menunggu rakan-rakan atau ahli keluarga sebelum filem ditayangkan. Walaupun premium, pawagam ini tidak banyak menawarkan pilihan makanan atau minuman. Dewan TGV LUXE ialah dewan pawagam yang dijenamakan semula daripada dewan pawagam TGV Club. Dewan ini menawarkan dua tempat duduk berpasangan bagi kategori standard mahupun pasangan. Tidak seperti TGV Club di Sunway Pyramid, TGV 1 Utama tidak mempunyai ruang istirahat yang menyambungkannya secara terus ke dewan LUXE.


Alamat: Level 3, Old Wing, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
4. MBO Cinemas – Premier

Pawagam ini merupakan rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia yang boleh memberikan anda pengalaman menonton wayang yang hebat. Pawagam ini terletak di Starling Mall di Damansara dan The Spring di Kuching. Antara kemudahan yang ditawarkan termasuklah sofa yang diperbuat daripada kulit dan meja sisi boleh laras untuk anda meletak makanan anda.


Alamat: 6, Jalan SS 21/37, Damansara Utama,, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaisie
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Youtube Video:
5. TGV INDULGE- The Gourmet Cinema

Satu lagi pawagam premium yang tidak boleh dilupakan ialah TGV INDULGE. Pawagam ini memberikan pelanggan pengalaman yang terhebat ketika menonton filem di sini. Selain kawasan persekitarannya yang luas, kerusi bersandar yang empuk dengan selimut yang lembut juga ditawarkan. Paling menarik, ada pelayan yang bersedia menunggu panggilan anda jika anda memerlukan sesuatu. Anda boleh memesan banyak makanan yang diingini di ruang istirahat sebelum filem ditayangkan atau pada bila-bila masa kerana mereka akan membantu anda mendapatkannya. Jadi, berhujung minggulah di sini.


Alamat: Triumph Isetan 1 UTAMA Selangor, Petaling Jaya, Bandar Utama, Lebuh Bandar Utama, 47800
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Youtube Video:
6. BONA CINEMAS

Bona Theatres Malaysia sentiasa berdedikasi dalam menawarkan pawagam yang berkualiti tinggi selain memastikan pelanggan mendapat pengalaman visual yang terbaik. Pawagam ini juga menyediakan tempat duduk kulit yang selesa serta makanan dan minuman yang lazat.


Alamat: Lot T2 – 03A & T2A – 06A, Genting Highlands, 69000 Bentong, Pahang
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Youtube Video:
7. Dadi Cinema

Dadi Cinema sangat komited bagi mewujudkan pengalaman menonton yang selesa buat pengunjung. Dadi mempunyai konsepnya tersendiri, iaitu dewan khusus seperti Star Max, Star+ dan Lil Star yang direka untuk memberi anda pengalaman yang hebat ketika menonton filem. Sambil menunggu filem ditayangkan, anda boleh berehat seketika di dewan Star+. Apabila anda memilih Dadi Cinema, pengalaman menonton wayang anda pasti menyeronokkan.


Alamat: Jln Pavilion, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Youtube Video:
8. mmCineplexes Platinum Movie Suites

Platinum Suites ialah tempat duduk teater premium termurah yang dilengkapi dengan kerusi sandar yang selesa. Dengan bersandar pada kerusi empuk, anda boleh menikmati filem yang ditayangkan dengan selesa. Jika terasa sejuk, anda boleh membayar RM 5 sahaja untuk mendapatkan selimut. Selain susun atur tempat duduk yang agak lapang, pawagam ini sangat sesuai bagi mereka yang tenang dan tidak sesak.


Alamat: Flexis Haus Trading Sdn Bhd, eCurve 1st Floor Lot 127, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
9. Superstar Cinema Seri ALam Masai, Johor

Pawagam Superstar terletak di tengah-tengah pusat membeli-belah di Masai. Pawagam ini menawarkan skrin multipleks yang membolehkan anda menonton pelbagai filem. Paling menarik, ahli GEM boleh mengumpul mata untuk menonton filem secara percuma sementara warga emas pula boleh menonton wayang pada separuh harga.


Alamat: Today’s Market, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Youtube Video:
10. Paragon Cinemas @ Taiping Mall

Pawagam ini merupakan pawagam termurah di Taiping dan ia terletak betul-betul di tengah bandar. Selain snek popcorn dan minuman ringan, pawagam ini juga menayangkan banyak filem minoriti, seperti Dunkirk, filem Thai, atau filem yang memenangi anugerah. Kebiasaannya, filem seperti ini amat sukar ditemui di pawagam bandar kecil. Jadi, berbaloilah anda berhujung minggu di sini.


Alamat: 3400, Jalan Perusahaan Tupai, 34000 Taiping, Perak
Google Map: Tekan Sini
Ulasan (Google) Tekan Sini
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.