10 Perkhidmatan Penghantaran Bunga Terbaik di Malaysia 2025

Apabila ia melibatkan acara seperti hari lahir, perkahwinan dan pengebumian, mungkin sukar untuk memikirkan apa yang perlu diberikan kepada pihak yang menerima bagi menunjukkan betapa kita mengambil berat akan hal mereka. Mengambil berat merupakan satu hal yang penting sebagai asas kukuhnya sesebuah perhubungan.

Bunga merupakan salah satu hadiah yang sering diberikan kepada penerima dalam situasi-situasi gembira mahupun sedih. Hal ini kerana bunga mempunyai banyak jenis dan pelbagai makna tersirat disebaliknya. Jadi, anda perlu bijak memilih bunga bagi menyampaikan maksud perasaan anda yang kadang kala tidak dapat diterjemahkan melalui kata-kata.

Adakah Malaysia menyediakan perkhidmatan penghantaran bunga?

Jawapannya ya. Seiring dengan peralihan zaman teknologi, banyak kedai bunga mengambil pendekatan untuk membina laman web bagi mempromosikan kedai bunga mereka secara meluas. Tidak cukup dengan itu, ada juga pihak yang hanya beroperasi secara dalam talian bagi mempromosikan perkhidmatan dan gubahan bunga mereka.

Jangan risau kerana gubahan yang dibuat semuanya cantik-cantik dan menepati bajet anda.  Anda boleh melayari laman web mereka dan melihat pelbagai pilihan pakej dan gubahan bunga yang ditawarkan oleh kedai bunga online ini. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut membina halaman yang didedikasikan kepada sebarang pertanyaan mengenai gubahan bunga untuk memudahkan para pelanggan. Berikut ialah 10 perkhidmatan penghantaran bunga terbaik di Malaysia 2022.

10 Perkhidmatan Penghantaran Bunga Terbaik di Malaysia 2025

1. BloomThis

BloomThis
Kredit Gambar: BloomThis
BloomThis
Kredit Gambar: BloomThis
BloomThis
Kredit Gambar: BloomThis

BloomThis dicipta oleh pasangan yang meninggalkan profesion mereka dalam industri farmaseutikal untuk membuka perniagaan bunga dalam talian. Setiap hari, BloomThis menawarkan pelbagai gubahan bunga yang cantik buatan tangan untuk menarik perhatian para pelanggan. Selain itu, BlomThis juga menawarkan langganan mingguan, dwi-mingguan atau bulanan jika anda memerlukan bunga untuk semua majlis atau hari istimewa anda. Mereka juga menawarkan tawaran hebat, iaitu jika anda memesan bunga dan hadiah pada jam 3.30 petang, anda akan mendapat kos penghantaran percuma pada hari yang sama di seluruh Lembah Klang (Kuala Lumpur dan Selangor), Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi – 6.00 petang)

Alamat: 9, Lorong 51a/227c, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Laman web

2. Flower Advisor Malaysia

Flower Advisor Malaysia
Kredit Gambar: Flower Advisor
Flower Advisor Malaysia
Kredit Gambar: Flower Advisor
Flower Advisor Malaysia
Kredit Gambar: Flower Advisor

Flower Advisor Malaysia akan menjadi pilihan terbaik untuk anda jika anda mahu menikmati diskaun atau mempunyai bajet perbelanjaan. Mereka menyediakan kod diskaun setiap bulan di bawah diskaun Flower Advisor yang istimewa bagi membolehkan para pelanggan membeli bunga dengan gembira. Bukan itu sahaja, terdapat banyak promosi yang ditawarkan di laman web mereka. Selain bunga, mereka juga menjual kek, teddy bear dan coklat eksotik yang dipadankan dengan bunga. Perkhidmatan penghantaran bunga mereka percuma di Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Dibuka 24 jam setiap hari kecuali Sabtu

Alamat: 102, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

3. Bloom2U

BloomU
Kredit Gambar: Bloom2U
BloomU
Kredit Gambar: Bloom2U
BloomU
Kredit Gambar: Bloom2U

Jika anda sedang mencari bunga yang kelihatan segar sepanjang masa, Bloom2U ialah pilihan anda. Bloom2U menjual gubahan bunga tiruan bersama-sama dengan jambangan bunga segar supaya anda mempunyai pilihan untuk disesuaikan dengan keperluan anda. Mereka juga menjual wangian rumah yang diperbuat daripada bunga kerana mereka inginkan setiap rumah para pelanggan mereka berbau seperti di taman yang segar. Perkhidmatan bunga ini dihantar ke seluruh negara dan tempahan perlu dibuat sebelum jam 12.00 malam.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.30 pagi-6.30 petang)

Alamat: B-03A-1, Jalan SS7/13A Plaza, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

4. Flowerlicious

Flowerlicious
Kredit Gambar: Flowerlicious
Flowerlicious
Kredit Gambar: Flowerlicious

Flowerlicious berusaha untuk memberikan gubahan bunga yang sempurna kepada pelanggan dengan membuatkan si penerima berasa istimewa ketika menerima jambangan bunga gubahan mereka. Gubahan bunga mereka bukan sahaja unik dan gaya tetapi ia juga ringan untuk dibawa ke mana-mana. Jika anda menyukai gubahan bunga yang kelihatan seperti di taman, Flowerlicious ialah tempat untuk anda. Selain itu, jambangan mereka juga disertakan dengan kad ucapan yang berbunyi. Penghantaran bunga adalah percuma di kawasan terpilih di Lembah Klang.

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.30 pagi – 6.30 petang)

Alamat: 81, Jalan SS 2/55, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Laman web

5. Dear J Flower

Dear J Flower
Kredit Gambar: Dear J Flower
Dear J Flower
Kredit Gambar: Dear J Flower
Dear J Flower
Kredit Gambar: Dear J Flower

Dear J Flower telah dimulakan oleh Jane yang tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang gubahan bunga. Namun kini, perniagaannya semakin berkembang pesat dengan gubahan jambangan bunga yang unik selain menonjolkan kecantikan bunga tersebut secara tersendiri. Selain menghantar bunga, Dear J Flower juga menganjurkan beberapa bengkel menggubah bunga untuk orang ramai pada hari yang lapang. Penghantaran bunga adalah percuma di kawasan terpilih di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (9.00 pagi-6.00 petang), Ahad (9.30 pagi-4.00 petang)

Alamat: 51, Medan Athinahapan 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

6. Happy Bunch

Happy Bunch
Kredit Gambar: Happy Bunch
Happy Bunch
Kredit Gambar: Happy Bunch
Happy Bunch
Kredit Gambar: Happy Bunch

Happy Bunch sentiasa menggubah bunga dengan gaya berbeza setiap hari bagi menarik perhatian para pelanggan. Setiap gubahan yang dicipta sentiasa segar dan disediakan dalam jumlah terhad bagi membolehkan mereka menggubah jambangan bunga yang baru. Harga jambangan bunga mereka bermula pada harga RM49, menjadikannya pilihan jambangan bunga yang paling berpatutan antara di luar sana. Kos penghantaran pula adalah percuma bagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi– 5.00 petang)

Alamat: L-G-07 & L-01-07, NZX Commercial Centre, Jalan PJU 1A/41B, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

7. Weng Hoa Flower Boutique

Weng Hoa Flower Boutique
Kredit Gambar: Weng Hoa Flower
Weng Hoa Flower Boutique
Kredit Gambar: Weng Hoa Flower
Weng Hoa Flower Boutique
Kredit Gambar: Weng Hoa Flower

Ditubuhkan pada tahun 1983, Weng Hoa Flower Boutique telah menjadi pengeksport dan pengimport bunga yang terkenal di Malaysia. Selain itu, mereka juga menggubah bunga berdasarkan kesesuaian majlis  bagi memuaskan hati para pelanggan. Perkhidmatan penghantaran bunga ini turut menyediakan pelbagai kek dan coklat di laman web mereka yang mana membolehkan para pelanggan memilih untuk dijadikan hadiah bersama jambangan bunga kepada si penerima. Kos penghantaran adalah percuma di serata Kuala Lumpur.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi – 9.00 malam)

Alamat: No 1, Off, Jalan Hang Lekir, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

8. Love.com.my

Love.com .my
Kredit Gambar: Love.com.my
Love.com .my
Kredit Gambar: Love.com.my
Love.com .my
Kredit Gambar: Love.com.my

Anda ingin menghantar bunga kepada yang tersayang sewaktu cuti umum? Jangan risau kerana Love.com.my boleh menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga yang terbaik untuk anda. Perkhidmatan penghantaran bunga ini beroperasi 24/7 sepanjang tahun. Selain itu, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran bunga untuk perkahwinan dan majlis lain. Mereka juga mempunyai satu halaman yang didedikasikan untuk sebarang pertanyaan mengenai perkahwinan jika anda memerlukan gubahan bunga untuk perkahwinan anda. Menariknya, kos penghantaran adalah percuma bagi beberapa kawasan yang terpilih.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi– 6.00 petang)

Alamat: 104, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

9. February Bloom

February Bloom
Kredit Gambar: February Bloom
February Bloom
Kredit Gambar: February Bloom
February Bloom
Kredit Gambar: February Bloom

Keistimewaan February Bloom ialah mereka melampirkan gambar polaroid yang dicetak bersama dengan jambangan bunga. Hadiah tersebut akan diberikan kepada penerima dan pelanggan mereka sebagai pakej perkhidmatan mereka. Perkhidmatan penghantaran bunga ini sangat menitikberatkan dalam isu penggubahan bunga bersama pencetakan gambar polaroid anda kerana kedua-duanya melengkapkan jambangan bunga tersebut. Caj penghantaran yang dikenakan ialah RM15.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi – 10.00 malam)

Alamat: 12, Jalan USJ 1/1b, Regalia Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

10. HEVA Gifts

hevagifts
Kredit Gambar: Heva Gifts
HEVA Gifts
Kredit Gambar: Heva Gifts
HEVA Gifts
Kredit Gambar: Heva Gifts

Pernah tak anda dengar tentang sejambak bunga yang boleh dimakan? Ya, betul. Hadiah daripada HEVA ini terkenal kerana hal ini. Selain menawarkan hadiah bunga yang boleh dimakan, perkhidmatan ini juga menyediakan gubahan bunga yang berbeza untuk pelanggan mereka. Selain itu, HEVA Gifts mempunyai halaman yang didedikasikan kepada pelanggan yang mempunyai bajet spesifik untuk gubahan atau jambangan bunga selain menawarkan cadangan yang sesuai untuk mereka. Kos penghantaran adalah percuma di Lembah Klang sementara penghantaran di luar Lembah Klang pula akan dicaj sebanyak RM25.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (8.00 pagi-6.00 petang), Sabtu (8.00 pagi-4.00 petang), Ahad (8.00 pagi – 3.00 petang)

Alamat: C-10-06, Colonial Loft, Empire City Damansara, Jalan Damansara, Jalan PJU 8/3a, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web

———–

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close