Kami telah menyusun senarai 10 bengkel kenderaan yang terbaik di Sabah berdasarkan ulasan daripada rakyat Malaysia yang telah menggunakan perkhidmatan mereka. Semua ini adalah untuk membantu anda dalam memilih bengkel kenderaan yang disyorkan untuk dilawati apabila kereta anda rosak. Senarai yang kami kongsikan ini adalah berdasarkan penilaian daripada banyak media sosial, termasuk Google Map Ratings. Dengan pilihan yang anda, anda pasti akan menemui bengkel kereta yang boleh dipercayai dan berdekatan dengan anda. Bengkel yang mempunyai 100 ulasan dan ke atas akan tersenarai dalam artikel ini.
Bagaimana Memilih Bengkel yang Terbaik?
Mencari bengkel yang boleh dipercayai adalah salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pemilik kenderaan. Memandangkan terdapat bengkel di mana-mana sahaja, adalah sukar untuk menentukan yang mana bengkel yang boleh dipercayai dan berkualiti. Apabila mencari bengkel, aspek penting yang perlu diambil kira ialah pengalaman, pengetahuan dan reputasi – jadi bagaimana untuk mengenal pasti aspek ini daripada awal?
1. Menghubungi Rakan
Rujukan daripada rakan, keluarga atau jiran adalah kaedah yang paling berkesan. Pastikan mereka pernah mengunjungi bengkel tersebut untuk tempoh 3 tahun ke atas. Anda boleh mendengar nasihat dan saranan mereka berkenaan bengkel tersbut.
2. Kunjungi Bengkel yang Disyorkan
Jika anda sudah tahu bengkel yang hendak dituju berdasarkan cadangan, buat lawatan dan semak sama ada hasil kerja mereka memuaskan hati anda atau tidak. Anda juga perlu melihat keadaan bengkel sama ada selamat atau tidak untuk meninggalkan kenderaan di situ untuk dibaiki. Bahkan, ada bengkel yang mengambil terlalu banyak kenderaan sehinggakan terpaksa parkir ditepi jalan. Situasi ini boleh mengakibatkan kenderaan dilanggar atau dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
3. Semak Online
Banyak laman web dan forum perbincangan yang merangkumi isu berkenaan jenama tertentu atau jenis kenderaan. Anda boleh belajar daripada laman web tersebut tentang bengkel khusus untuk jenama kenderaan tertentu. Selain itu, anda juga boleh tahu bengkel mana yang perlu dielakkan.
Anda akan menjadi lebih bersedia apabila bertemu dengan mekanik jika anda sudah mengetahui tentang keadaan kenderaan anda. Paling penting, anda mengetahui anggaran bajet yang perlu dibelanjakan untuk pembaikan ini. Hal ini boleh mengelakkan anda daripada ditipu oleh pemilik bengkel tentang kenderaan anda yang rosak.
Carian maklumat di laman web biasanya akan memberi pengetahuan yang jelas tentang sama ada bengkel itu boleh dipercayai atau tidak kerana internet mampu memberikan maklumat yang anda inginkan sebelum anda berkunjung ke bengkel tersebut.
10 Bengkel Kereta Terbaik di Sabah
1. Vmk Auto Workshop
Vmk Auto Workshop terkenal dengan kereta keluarga, model eksotik malah kenderaan untuk perniagaan. Mereka menerima sebarang bentuk perkhidmatan auto untuk dibaiki. Syarikat pembaikan kereta ini menggunakan jentera canggih untuk mendiagnosis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kenderaan seperti masalah brek, suspensi, roda, penghawa dingin, bateri, transmisi dan komponen mekanikal yang lain.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 5:30 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Lot 30, Jalan Nountun, Kolombong, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-384196
Google Reviews: Di Sini
semak laman web di sini2. Joo Hwang Workshop Sdn Bhd
Joo Hwang Workshop menawarkan pusat pemeriksaan menerusi 21 titik dan penstriman secara langsung bagi pembaikan kereta pelanggan mereka. Kedai pembaikan kereta ini mempunyai hubungan dengan organisasi yang menawarkan insurans dan pembiayaan kenderaan. Jadi, Joo Hwang Workshop boleh membantu anda jika anda memerlukan pembaikan atau pemeriksaan kereta anda akibat kemalangan yang layak untuk mendapatkan perlindungan insurans kereta.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Jalan Lotong, 89107 Kota Marudu, Sabah
No. Telefon: 019-8520907
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
semak laman web di sini3. Kheong Kong Workshop Sdn Bhd
Pelanggan di bengkel ini boleh menjadualkan temu janji bagi menyelenggarakan kereta agar kereta mereka berada dalam keadaan yang baik. Mereka juga menawarkan penjajaran roda yang berkesan. Apabila mereka memeriksa kereta, mekanik yang bertauliah di bengkel ini akan menggunakan teknologi canggih untuk menganalisis keadaan kereta secara menyeluruh. Mereka juga menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif, sekali gus menjadikan mereka sebagai salah satu syarikat pembaikan kereta yang terbaik di Sabah.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
8:00 malam – 12:00 malam (Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Batu 3 1/2, North Road, Sandakan, 90711, Sandakan, Sabah, 90000
No. Telefon: 089-216112
Google Reviews: Di Sini
semak laman web di sini4. Workshop P.Raju
Krew di Workshop P.Raju dilatih untuk bekerja sebagai satu unit bagi memberikan servis yang berkualiti tinggi terhadap para pelanggan. Semua ini dipamerkan menerusi perancangan dan pengulangan yang teliti bagi memastikan kereta anda baik dan selamat. Selain itu, mereka juga menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memastikan kereta anda berfungsi seperti kereta baharu seperti penyelenggaraan am dan juga pembaikan enjin.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Lot 2, Jalan Tuaran Bypass & Batu 5, Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 019-8126608
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
5. Kenmas Sdn Bhd Workshop
Kenmas Workshop telah membina reputasi yang kukuh dan berpengalamn lebih 50 tahun dalam perniagaan ini. Mereka telah menerima Anugerah Star Merchant selama 6 tahun berturut-turut. Hal ini telah membuktikan bahawa perkhidmatan yang mereka berikan adalah berkualiti tinggi dan bermutu. Selain menawarkan perkhidmatan pembaikan kereta, mereka juga menjual pelbagai barangan penjagaan kereta, kit badan dan aksesori kereta untuk para pelanggan.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: 88200 Putatan, Sabah
No. Telefon: 088-760203
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. Cheong Hong Workshop
Cheong Hong Workshop menyediakan penyelesaian kepada masalah kereta anda. Mereka menyediakan perkhidmatan untuk membaiki apa jua masalah seperti diagnosis diagnostik dan lukisan sembutan. Selain itu, mereka juga mempunyai kemudahan yang canggih dan staff yang berpengalaman untuk menguruskan kereta hibrid di negeri ini.
Waktu Operasi: 8:30 pagi – 5:30 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: KM 3, Jalan Datul Panglima Banting Kibabaig Kasigui, Luyang, Kota Kinabalu, 88786, Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-711388
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
semak laman web di sini7. Euro Art Tuning Sdn Bhd
Euro Art Tuning Sdn Bhd adalah sebuah bengkel kereta yang terkemuka di Tawau, Sabah. Mereka menawarkan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan yang berkualiti untuk kereta Jepun dan Eropah Kontinental. Melalui penjagaan automatif yang berkualiti dan konsisten, syarikat ini telah menjadi pilihan utama bagi pemilik kereta mewah yang mencari perkhidmatan yang boleh dipercayai dan profesional.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan sehingga kini, mereka berjaya memberikan penyelesaian pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan yang terbaik kepada para pelanggan. Bagi mengiktiraf kecemerlangan pretasi mereka, Euro Art Tuning Sdn Bhd telah dianugerahkan Emerging SME Award di Golden Bull Awards 2022. Syarikat ini terus komited untuk memastikan setiap pelanggan mempunyai pengalaman yang memuaskan ketika mereka menggunakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaran di syarikat ini.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: 2879, 2880, 2881 Apas Jaya Light Industrial, Mile 3, Apas Road, 91000 Tawau, Sabah
No. Telefon: 016-832-0116
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/EuroArtTuning/
Instagram: https://www.instagram.com/euroarttuning/
semak laman web di sini8. New Auto Kolombong Workshop
Auto Kolombong New Workshop merupakan salah satu bengkel yang boleh dipercayai di Sabah. Mereka menyediakan pakej jaminan terhebat untuk pembaikan kereta. Memandangkan mekanik dan krew mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam menservis kereta daripada pelbagai jenama dan model, ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, mereka juga pakar dalam menyelenggara kotak gear, enjin dan banyak lagi.
Alamat: Lot 3, Lor Kacang Tanah 1, Perindustrian Kurnia Kolombong, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 016-8331331
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
9. Old School Garage Workshop
Old School Garage Workshop adalah salah satu penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai di Sabah. Mereka mempunyai kepakaran selama 40 tahun dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan. Selain itu, krew mereka juga berpengalaman dan bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan. Tidak kira sama ada perkhidmatan pembaikan atau penyelenggaraan pencegahan, mereka bersedia membantu anda dalam menangani masalah yang dihadapi oleh kenderaan anda. Anda boleh membuat temu janji dengan mudah bersama mereka kerana kakitangan mereka ramah dan prihatin.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: Jalan Bantayan Minintod, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 017-8176673
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
10. P & R Auto Workshop
P&R Auto Workshop berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan automotif yang terbaik dalam industri ini. Mereka berusaha memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menawarkan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti dan profesional. Antara perkhidmatan yang mereka sediakan adalah termasuk penyelenggaraan kereta, pembaikan asas kereta dan mengecat kereta.
Waktu Operasi: Buka 24 jam
Alamat: Jalan cubo, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 017-8357707
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.