Pusat beli-belah di Malaysia mungkin destinasi harian yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia bagi mendapatkan barang-barang keperluan mahupun menghabiskan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Mengapa? Kerana pusat beli-belah di Malaysia menawarkan banyak kemudahan yang dapat diakses oleh para pengunjung seperti pawagam, tempat bermain bowling, restoran, kafe hipster mahupun kedai buku. Semuanya ada di sini. Jadi, anda tidak perlu ke banyak tempat untuk menghabiskan masa anda kerana semuanya berpusat di satu tempat sahaja. Apa yang penting, anda perlu tahu pusat beli-belah mana yang mahu dikunjungi.
Memilih pusat beli-belah sebagai tempat melepak mungkin perkara paling biasa yang pernah anda dengar namun idea seperti ini boleh dikatakan bagus kerana pusat beli-belah boleh menawarkan segalanya kepada anda. Jadi, anda dan rakan tidak akan kehabisan idea mengenai perkara apa yang perlu dilakukan sewaktu meluangkan masa bersama.
Bagaimana memilih pusat beli-belah yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan?
Apa yang penting, anda perlu tahu tujuan anda meluangkan masa terlebih dahulu sebelum bergerak ke pusat beli-belah yang sesuai. Sama ada anda ingin melepak di kafe hipster, atau ke mencari buku rujukan di kedai buku yang menawarkan banyak pilihan, anda harus memilih pusat beli-belah yang serba ada dan sesuai supaya tujuan anda tercapai.
Selain menitikberatkan soal jarak pusat beli-belah tersebut dari rumah anda, aspek keselamatan dan keterboleh capaian melalui pengangkutan awam juga perlu dipertimbangkan. Jika pusat beli-belah tersebut boleh diakses dengan LRT atau MRT, anda boleh menjimatkan wang dan masa.
10 Pusat Beli-Belah Terbaik di Malaysia 2025
1. IOI City Mall



Sebagai salah satu pusat beli-belah terbesar di Malaysia, IOI Mall ini menawarkan pelbagai kemudahan untuk anda seperti restoran, pusat riadah tertutup dan juga kedai runcit. Reka bentuk pusat beli-belah ini juga menarik, ringkas dan minimalis selain menawarkan ruangan terbuka dan tertutup untuk dinikmati oleh para pengunjung.
Keunikan: Terdapat gelanggang meluncur ais
Alamat: Management Office, Unit T2-3A-3 & Unit T2-3A-3A level 3A IOI City Tower Two Lebuh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web: Klik
2. Pavillion



Pavilion yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, Kuala Lumpur menjadi salah satu tempat terkenal untuk membeli-belah barang mewah dalam kalangan pelancong. Jika anda inginkan pengalaman yang lebih mengujakan, kunjungilah pusat ini sewaktu musim perayaan dan cuti kerana hiasan dalaman yang disediakan sungguh indah serta menarik. Lokasi ini juga boleh menjadi lokasi bergambar bersama rakan.
Keunikan: Lokasi strategik di tengah bandar, banyak kedai menjual barangan mewah
Alamat: 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
3. MyTOWN



Siapa yang tidak sukakan MyTOWN? Berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur, MyTOWN ini terkenal dengan bangunan gabungannya dengan IKEA Cheras, salah satu daripada beberapa cawangan IKEA di Malaysia. MyTOWN juga mempunyai banyak kedai untuk anda dan rakan anda kunjungi. Atau anda boleh melepak bersama rakan di Ikea hanya untuk memakan bebola daging yang terkenal dan menjadi kegilaan ramai.
Keunikan: Bersebelahan dengan IKEA Cheras
Alamat: No.6, Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
4. 1 Utama


Terletak di Bandar Utama, 1 Utama Shopping Centre ini menawarkan banyak aktiviti untuk anda cuba di sini. Daripada memburu kafe sehinggalah bermain tag laser, semuanya ditawarkan oleh pusat membeli-belah terbesar di Malaysia ini. Bangunan ini sungguh besar sehinggakan ada sahaja pengunjung yang tersesat apabila masuk ke pusat beli-belah ini.
Keunikan: Pusat beli-belah terbesar di Malaysia
Alamat: City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
5. Sunway Pyramid



Patung singa ikonik di pintu masuk Sunway Pyramid sudah cukup untuk menonjolkan keunikan dan kegemilangan kompleks membeli-belah ini. Dilengkapi dengan banyak kemudahan seperti gelanggang luncur ais, pusat beli-belah ini sememangnya pilihan sesuai untuk anda dan rakan untuk meluangkan masa bersama.
Keunikan: Patung singa yang besar
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
6. Central I-City



Sebagai pusat beli-belah kedua yang dibina di Shah Alam selepas AEON, Central I-City ini dilengkapi dengan banyak kedai, termasuklah gimnasium, balai cerap dan pawagam. Di sini, anda juga mempunyai akses kepada hartanah I-City yang lain, seperti I-Soho, I-Suite, taman galeri dan taman tema.
Keunikan: Bersambung dengan hartanah I-City
Alamat: No. 1, Persiaran Multimedia, Seksyen 7, Jalan Plumbum 7/102, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
7. The Gardens



The Gardens Mall ialah pusat beli-belah yang canggih dengan butik berjenama & pelbagai restoran dalam bangunan lapan tingkat ini. Sepertimana di Pavilion KL, pusat beli-belah ini menawarkan banyak kedai yang menjual barang berjenama berjenama untuk mereka yang mencari barangan mewah.
Keunikan: Reka bentuk luaran dan dalaman yang minimalis
Alamat: Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
8. Suria KLCC


Suria KLCC terkenal kerana ia terletak di hadapan bangunan pencakar langit ikonik KLCC. Selain dikelilingi oleh ribuan pejalan kaki setiap hari, pusat beli-belah ini menawarkan pengalaman membeli-belah bertaraf dunia. Menariknya, terdapat juga air pancut terkenal di hadapan pusat membeli-belah ini yang dijadikan sebagai lokasi para pengunjung untuk bergambar.
Keunikan: Bersambung dengan bangunan KLCC
Alamat: 241, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
9. Mid Valley



Sebagai salah satu pusat membeli-belah terbesar di bandar raya Kuala Lumpur, Mid Valley Megamall ini selalu dipenuhi oleh para pengunjung yang ingin membeli-belah atau melepak. Bermula daripada restoran sehinggalah kepada kedai haiwan peliharaan, pusat beli-belah gergasi ini mempunyai segala-galanya untuk anda.
Keunikan: Berdekatan LRT dan KTM
Alamat: Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-10.00 malam)
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
10. Tamarind Square



Pusat beli-belah atau dataran yang mengaplikasikan reka bentuk konsep terbuka ini sering dianggap sebagai tempat melepak kasual yang sempurna. Memandangkan pusat beli-belah itu ini mempunyai reka bentuk konsep terbuka, kebanyakan kedai-kedai di sini dibuka seawal jam 9 pagi dan sehingga 11 malam setiap hari.
Keunikan: Reka bentuk terbuka yang menarik
Alamat: Tamarind Bldg Rd, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-11.00 malam)
Hours: 9am-11pm
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Laman web Klik
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.