8 Tempat Menarik di Taiping 2023

Taiping ialah sebuah pekan kecil yang terletak di barat laut Malaysia. Di luar Malaysia, tidak ramai yang pernah mendengar tentang Taiping tetapi Taiping dikenali oleh penduduk tempatan dengan seni bina kolonial yang terpelihara dengan baik dan pemandangan yang menakjubkan.

Taiping merupakan bandar yang terletak di Perak. Sebelum ini, Taiping dikenali dengan nama lamanya iaitu “Klian Pauh”, yakni “klian” membawa maksud lombong dan “pauh” membawa maksud mangga. Seperti di Ipoh, bandar Taiping juga mempunyai banyak tempat tarikan pelancongan yang harus anda lawati.

Bagaimanakah anda menentukan tempat menarik untuk dilawati di Taiping?

Taiping ada banyak tempat pelancongan yang boleh anda terokai. Tetapi bagaimanakah anda ingin memilihnya? Jangan risau, kami ada sediakan beberapa tip ringkas bagi membantu anda membuat pilihan yang sesuai mengikut citarasa dan minat anda.

1. Kajian
Sebelum berkunjung ke tempat pelancongan yang anda ingin lawati, anda perlu membuat kajian terlebih dahulu tentang tempat tersebut seperti lokasinya di mana dan berapa caj bayaran masuk ke tempat itu. Kalau anda membuat kajian secara menyeluruh, perjalanan dan lawatan anda ke tempat pelancongan tersebut menjadi lancar.

2. Bajet
Perkara ini merupakan perkara terpenting yang pula anda beri perhatian. Oleh sebab anda sedang melancong, maka kebanyakan bajet digunakan untuk penginapan dan juga tempat makan. Nah, ini masanya anda bertindak bijak. Anda perlu tahu tempat pelancongan yang anda ingin lawati itu mengenakan caj masuk berapa dan kalau anda tahu awal-awal, anda boleh menyimpan sedikit bajet untuk ke sana.

3. Lokasi
Paling penting, anda perlu tahu lokasi tempat pelancongan yang ingin anda lawati. Lagi mudah jika lokasinya dekat dengan tempat penginapan anda ataupun pusat bandar. Hal ini boleh menjimatkan masa dan wang ringgit anda kerana menempuh perjalanan yang jauh boleh menyebabkan beberapa aktiviti menyeronokkan tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa.

8 Tempat Menarik di Taiping 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Taman Tasik Taiping

Taiping Lake Gardens
Kredit Gambar: Aishun Rafiq Channel
Taiping Lake Gardens
Kredit Gambar: kym3a88
Taiping Lake Gardens
Kredit Gambar: S Simon Samuel Raja

Taman Tasik Taiping ialah taman awam pertama yang ditubuhkan semasa pemerintahan British di Malaysia. Pada asalnya, taman ini merupakan kawasan perlombongan sebelum dijadikan taman awam pada tahun 1880. Taman ini terletak berhampiran dengan Bukit Larut. Kira-kira terdapat 10 tasik dan kolam buatan manusia di seluruh taman ini. Jika anda melawat Taiping, pastikan anda melawat Taman Tasik Taiping kerana ia menawarkan pemandangan flora yang menarik untuk dipotretkan.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.00 pagi- 10.00 malam)

Alamat: Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/LakeGardensTPG/

2. Zoo Taiping

Taiping Zoo
Kredit Gambar: Fauzan Penang
Taiping Zoo
Kredit Gambar: asiaone.com
Taiping Zoo
Kredit Gambar: Gempak

Zoo Taiping ialah sebuah taman zoologi yang terletak di Bukit Larut, Taiping, Perak. Zoo ini terletak dalam persekitaran semula jadi di dalam Taman Tasik Taiping. Ia ditubuhkan pada 1961 dan kekal sebagai zoo tertua di Malaysia setakat ini. Zoo Taiping kini menempatkan lebih daripada 140 spesies haiwan termasuk harimau, singa, gajah, rusa, zirafah, burung enggang, orang utan dan banyak lagi. Para pengunjung dibenarkan melihat haiwan dalam habitat semula jadi mereka sambil menikmati pemandangan sekeliling yang indah.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (8.30 pagi-6.00 petang)

Alamat: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://zootaiping.gov.my/frame-aboutus.html

3. Muzium Perak

Perak Museum
Kredit Gambar: jmm.gov.my
Perak Museum
Kredit Gambar: Pohboon Yeo
Perak Museum
Kredit Gambar: Sam 91

Muzium Perak ialah muzium awam yang terletak di persimpangan Jalan Muzium dan Jalan Taming Sari di Taiping, Perak. Muzium ini merupakan muzium pertama dan tertua di Malaysia yang diasaskan oleh Sir Hugh Low. Di sini, anda boleh menemui koleksi geologi, botani dan entomologi. Sehingga kini, jumlah koleksi telah meningkat secara keseluruhannya iaitu 8,474 koleksi. Daripada jumlah koleksi keseluruhan ini, 5,074 terdiri daripada koleksi budaya, 523 terdiri daripada koleksi alam semula jadi, dan 2,877 pula ialah koleksi pelbagai termasuk barangan arkeologi.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang) – Kecuali Isnin pertama setiap bulan 9am

Alamat: Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: http://www.jmm.gov.my/en/museum/perak-museum

4. Hutan Simpan Paya Bakau Matang

Matang Mangrove Forest Reserve
Kredit Gambar: eidrag gradien
Matang Mangrove Forest Reserve
Kredit Gambar: Amirul Khairul
Matang Mangrove Forest Reserve
Kredit Gambar: Matang Mangrove Forest Reserve

Hutan Simpan Paya Bakau Matang ini merupakan lokasi yang sesuai buat pencinta alam semula jadi. Hutan simpan ini terletak dalam kawasan seluas 40,000 hektar yang juga merupakan rumah kepada pokok bakau dan pelbagai spesies tumbuhan, serangga dan haiwan. Terdapat sebuah kafe di dalam hutan simpan ini jika anda ingin berehat sambil menikmati teh, atau membeli cenderamata di kedai cenderamata.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (8.00 pagi-7.00 petang), Ahad (8.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak.

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.facebook.com/Pusat-Eko-Matang-Mangrove-Forest-Reserve-Kuala-Sepetang-270564399689507/

5. Kilang Arang Kuala Sepetang

Charcoal Factory Kuala Sepetang
Kredit Gambar: kkday.com
Charcoal Factory Kuala Sepetang
Kredit Gambar: TravelsWithSun
Charcoal Factory Kuala Sepetang
Kredit Gambar: Tripadvisor.com

Kilang Arang yang terletak di Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld. Kuala Sepetang terletak di dalam Hutan Simpan Paya Bakau Matang yang merupakan hutan paya bakau terbesar di Malaysia. Di kilang ini, terdapat sesi lawatan yang disediakan untuk para pengunjung. Pemandu arah akan menceritakan tentang sejarah menarik dan unik mengenai kilang ini dalam sesi lawatan tersebut.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (10.00 pagi – 5.00 petang)

Alamat: Jalan Taiping – Kuala Sepetang, Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/KualaSepetangCharcoalFactory/

6. Spritzer EcoPark

Spritzer EcoPark
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Spritzer EcoPark
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Spritzer EcoPark
Kredit Gambar: visitmalaysia.info

Spritzer EcoPark merupakan usaha daripada pihak Spritzer bagi menanam sifat kecintaan rakyat Malaysia terhadap alam semula jadi disamping mendidik mereka tentang faedah memelihara alam sekitar. Antara tarikan yang terdapat di taman ini ialah Signature Hole Mini Golf, 18 Hole Mini Golf, Discovery Tunnel, Tree Tag Walkabout, Kidz Zone, 214 Million Years Cactus Rock, Heart Lock Corner dan juga STG Cafe. Taman ini juga sesuai untuk  aktiviti berkumpulan.

Waktu operasi:  Isnin-Sabtu (11.00 pagi- 3.00 petang), Ahad & cuti umum (tutup)

Alamat: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

7. WonderFarm Mushroom

WonderFarm Mushroom
Kredit Gambar: Google
WonderFarm Mushroom
Kredit Gambar: Holidify
WonderFarm Mushroom
Kredit Gambar: Ticket2u

Mushroom ialah ladang cendawan di Taiping, Perak. Di ladang ini, sesi lawatan yang diketuai oleh pemandu arah diadakan bagi para pengunjung. Dalam sesi lawatan ini, anda akan diajar kaedah penanaman cendawan organik dengan betul. Selain itu, anda juga akan belajar tentang penyediaan tanah, kaedah penanaman dan penuaian cendawan. Sebelum anda meninggalkan ladang ini, anda juga boleh membeli cenderamata berupa keropok cendawan dan produk buatan sendiri yang lain. Ladang cendawan ini akan memberikan anda pengalaman unik dan berguna tentang penanaman cendawan.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (9.00 pagi – 12 tengah hari, 2.00 petang – 4.30 petang)

Alamat: Lot 1626, Lorong 1, Kampung Setia, 34700 Taiping, Perak

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=1180668868653240&__tn__=C-R

8. Tanah Perkuburan Perang Taiping

Taiping War Cemetery
Kredit Gambar: Lek Ko
Taiping War Cemetery
Kredit Gambar: Green Space
Taiping War Cemetery
Kredit Gambar: Island Life

Tanah Perkuburan Perang Taiping merupakan tapak bersejarah yang terletak 2 kilometer di selatan bandar Taiping. Tanah perkuburan ini dibina oleh tentera selepas kekalahan Jepun. Tempat ini merupakan tempat berehat terakhir untuk Tentera Bersekutu yang terbunuh semasa Perang Dunia II. Anggota tentera yang meninggal dunia selepas atau semasa perang sewaktu mereka ditugaskan di utara Tanah Melayu (sebelum Darurat Malaya) turut dikebumikan di sini.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (8.00 pagi – 5.00 petang), Hari Minggu (tutup)

Alamat: 34000 Taiping, Perak 

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : http://www.cwgc.org/find-a-cemetery/cemetery/94500/TAIPING%20WAR%20CEMETERY

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close