10 Susu Rendah Lemak Terbaik di Malaysia 2025

Susu rendah lemak juga dipanggil susu ringan. Ia mengandungi kurang daripada 1.5% lemak melainkan dinyatakan sebaliknya. Ia mempunyai manfaat kesihatan yang sama dan mengandungi nutrien yang sama seperti susu penuh krim. Jika anda sedang mencari segelas susu yang baik dan berkrim, berikut ialah beberapa pilihan susu rendah lemak untuk anda dipilih dari Malaysia.

Satu gelas susu panas sangat berguna untuk menghilangkan kepenatan setelah seharian bekerja. Susu panas boleh membantu anda menyegarkan otot yang keletihan selain dapat membebaskan hormon melatonin dan triptofan yang membantu meningkatkan kualiti tidur anda. Susu rendah lemak juga mengandungi banyak protein untuk membantu pembinaan otot anda. Selain melegakan masalah kekejangan otot, susu ini mengandungi kalium yang mengekalkan kesihatan otot jantung anda. Oleh itu, jantung anda akan sentiasa sihat. 

Apakah yang terdapat dalam susu rendah lemak?

Susu rendah lemak secara semula jadinya mengandungi kalsium yang lebih tinggi daripada susu biasa. Walaupun rasanya tidaklah terlalu berkrim, anda akan dapat menyerap kalsium yang tinggi yang diperlukan oleh badan anda. Walaupun kurang lemak, susu rendah lemak ini mengandungi banyak vitamin dan juga nutrisi yang lebih tinggi untuk diserap oleh badan anda. Cuma ambil dua gelas sehari bagi memenuhi keperluan harian anda.

Bagaimanakah penggunaan susu rendah lemak dalam masakan?

Susu rendah lemak boleh digunakan dalam masakan dan juga proses pembuatan pencuci mulut. Namun, ia tidak akan mempunyai rasa berkrim yang cukup seperti susu biasa dan menjadikan makanan yang dibakar akan mempunyai hasil yang kurang lembut. Akan tetapi, anda boleh menggunakan susu rendah lemak ini di dalam bijirin sarapan pagi, oat, sos béchamel dan kastard atau minuman seperti teh dan kopi. Pasti hasilnya tidak mengecewakan anda!

10 Susu Rendah Lemak Terbaik di Malaysia 2025

1. Dutch Lady | Low Fat High Calcium Milk

Dutch Lady Low Fat Milk High Calcium Milk
Kredit Gambar: Lazada

Dutch Lady menghasilkan susu yang berkualiti untuk memenuhi kehendak anda. Dengan kepakaran generasi dan semangat bertani, syarikat ini ingin memberikan susu yang lazat dan berkhasiat untuk anda. Susu penuh dengan nutrien ini sangat penting dan diperlukan oleh badan. Selain itu, ia juga tinggi dengan vitamin D3 dan protein. Susu Dutch Lady® ini tersedia dalam 3 format susu iaitu Susu UHT, Susu Steril dan Susu Pasteur. Saiz pek yang berbeza juga dapat memenuhi keperluan setiap isi rumah untuk sebarang majlis.

Saiz: UHT 1L, UHT 200ml, Pasteur 1L, Steril 900ml, Steril 450ml

2. Goodday | Low Fat Milk

Goodday Low Fat Milk
Kredit Gambar: Lazada

Goodday UHT Low Fat Milk diperbuat daripada lembu yang ceria & sihat. Satu tegukan susu ini akan membuatkan anda gembira kerana rasanya yang lazat dan berkrim. Didatangkan daripada lembu Australia, hanya satu teguk sahaja susu ini dapat menjadikan ia minuman kegemaran anda. Selain itu, susu ini juga rendah lemak dan diperkaya dengan Vitamin D, kalsium dan protein yang bermanfaat untuk tubuh anda.

Saiz: 1L, 200 ml

3. Nestlé Just Milk | Low Fat

Nestle Just Milk Low Fat
Kredit Gambar: Lazada

Dengan 100% bahan import, NESTLÉ JUST MILK Low Fat Milk mengandungi kebaikan semula jadi kalsium dan protein dalam setiap titisan dengan kurang daripada 2% lemak untuk menyokong perkembangan tulang, gigi dan pertumbuhan otot anda yang kuat. Ia juga diproses dengan berhati-hati bagi memelihara semua kebaikan semula jadi agar dapat diserap oleh badan anda.

Saiz: 1L, 200 ml

4. Farm Fresh | Skinny Milk

Farm Fresh Skinny Milk
Kredit Gambar: Lazada

Susu ini merupakan pilihan hebat bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan. Susu ini mempunyai kalsium yang tinggi dan telah dipasteurisasikan selain mengandungi homogen 100% asli. Selain itu, susu ini juga bebas daripada bahan pengawet, gula dan pewarna tiruan menjadikan ia minuman pagi yang ideal untuk anda!

Saiz: 2L, 1L

5. Magnolia | LOW FAT HI CAL MILK

Magnolia LOW FAT HI CAL MILK
Kredit Gambar: Lazada

Lo-Fat Hi-Cal dibuat daripada susu segar yang rendah lemak dan tinggi kalsium iaitu sebanyak  67%. Ini menjadikan susu ini lebih tinggi kalsiumnya berbanding dengan susu biasa. Selain itu, ia juga tinggi dengan vitamin D bagi menyokong penyerapan kalsium bagi meningkatkan kekuatan tulang dan juga sistem imun badan. Percayalah, hanya dengan 2 gelas susu ini sehari, anda dapat memenuhi keperluan kalsium dan vitamin D harian anda.

Saiz: 1L, 500 ml

6. Farmhouse | Omega Low Fat Milk

Farmhouse Omega Low Fat Milk
Kredit Gambar: Farmhouse

Susu Omega Farmhouse merupakan susu segar rendah lemak pertama yang dipasteur di Malaysia dan kaya dengan Omega 3,  Asid Folik, Kalsium dan Vitamin E. Susu Omega Farmhouse ini memberi anda kesihatan yang menyeluruh. Ia bukan sahaja rendah lemak dan tinggi kalsium tetapi ia juga diperkaya dengan DHA dan EPA yang merupakan asid lemak Omega 3 yang penting untuk membantu anda mengekalkan jantung yang sihat.

Saiz: 1L, 100 ml

Semak Harga di happyfresh

7. MARIGOLD | HL Low Fat Milk

MARIGOLD HL Low Fat Milk
Kredit Gambar: Lazada

Susu Rendah Lemak MARIGOLD HL telah menjadi susu kegemaran Malaysia sejak tahun 1988. Susu Rendah Lemak MARIGOLD HL juga telah memperoleh Anugerah Emas dalam Anugerah Jenama Dipercayai Reader’s Digest 2017 dan telah dianugerahkan ANUGERAH JENAMA PUTRA yang berprestij pada 2015 & 2016. MARIGOLD HL Low Fat Milk lebih daripada susu biasa. Susu ini tinggi dengan kalsium dan protein manakala rendah lemak dan laktosa. Selain itu, ia juga diperkaya dengan 9 vitamin penting iaitu A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik.

Saiz: 200 ml, 1L, 2L

8. Farmhouse |  low-fat milk

Farmhouse low fat milk
Kredit Gambar: Lazada

Susu premium tergolong dalam kategori susu segar sepertimana susu segar daripada Farmhouse mengandungi 100% susu segar Australia dan terkenal dengan kualiti tinggi dan rasa susu asli yang tulen. Untuk merasai kesegaran Australia, dapatkan Farmhouse Fresh Milk, Farmhouse Low Fat Hi Calcium, Farmhouse Chocolate dan Farmhouse Omega Farmhouse hari ini.

Saiz: 1L

9. Harvey Fresh | Low fat milk

Harvey Fresh Low fat milk
Kredit Gambar: Lazada

Susu merupakan sumber kalsium terbaik bagi badan kita. Kalsium yang dibekalkan dapat menguatkan struktur gigi dan tulang kita. Susu lembu keluaran syarikat ini sungguh lazat dan setiap tegukannya anda dapat berasa kesegarannya. Selain kaya dengan kalsium, susu juga mempunyai vitamin D yang dapat mencegah daripada kerosakan gigi. Disebabkan itu, susu disyorkan kepada kanak-kanak sewaktu mereka melalui proses tumbesaran.

Saiz: 1L

10. Living Planet | Organic Dairy Milk Low

Living Planet Organic Dairy Milk Low
Kredit Gambar: Lazada

Bagi mendapatkan susu lembu yang segar, lembu-lembu di ladang peternakan ini diberi makanan sayur-sayuran yang organik dan bekalan air yang bersih. Selain itu, lembu-lembu di sini juga dibiarkan bebas berkeliaran bagi mendapatkan susu lembu yang berkualiti, Lembu yang gembira dapat menghasilkan susu lembu yang terbaik. Selain itu, tiada bahan pengawet, dan pewarna tiruan yang digunakan dalam penghasilan susu lembu ini.

Saiz: 1L

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close