10 Susu Strawberi Terbaik di Malaysia 2025

Anda mesti tertarik dengan warna susu merah jambu yang sedang dipamerkan di pasaran. Pasti anda tertanya-tanya apakah perisa susu tersebut. Jika anda menyukai buah strawberi, maka susu perisa strawberi boleh menjadi kegemaran anda! Untuk memenuhi permintaan dan kehendak para pembeli di pasaran, pelbagai syarikat mengeluarkan rangkaian susu segar pelbagai perisa yang enak dan lazat diminum. Bukan itu sahaja, terdapat juga nutrisi yang terkandung dalam susu perisa strawberi seperti mana yang dipersembahkan oleh susu segar biasa.

Sebenarnya, mesti anda tertanya-tanya dari manakah datangnya buah strawberi dan bagaimana ia boleh diadun bersama susu segar untuk menghasilkan susu strawberi yang enak. Untuk pengetahuan anda, buah strawberi ini berasal daripada Eropah yang mula diimport ke seluruh negara pada kurun ke-18. Strawberi atau Fragaria merupakan salah satu buah beri yang tergolong dalam keluarga buah beri, iaitu Rosaceae, yang terdiri daripada buah rasberi dan beri hitam.

Apakah khasiat buah strawberi?

Sebenarnya, banyak khasiatnya pada badan anda. Bayangkan, khasiat buah ini dan juga susu segar digabung menjadi minuman yang lazat untuk dinikmati bersama keluarga. Pasti ia sungguh menakjubkan dan boleh menjadi minuman kegemaran anda sehari-hari. Sepertimana buah lain, strawberi mempunyai vitamin C, magnesium, kalium, fosforus, serat, zat besi dan banyak lagi. Vitamin C yang terkandung dalam buah ini mampu bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan sistem imum anda. Magnesium yang dibekalkan pula boleh memberi kesihatan pada wajah dan kulit anda.

Selain itu, strawberi juga sering digunakan dalam kecantikan untuk membantu pertumbahan sel kulit baru dan menyingkirkan sel kulit mati di wajah atau kulit badan anda. Selain memiliki alpha hydroxy acid (AHA), asid ellagic dan juga asid salicylic, asid-asid ini membantu melembutkan kulit selain mengurangkan sembab dan mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata.

10 Susu Strawberi Terbaik di Malaysia 2025

1. Meadow Fresh Strawberry Milk 

Meadow Fresh Strawberry Milk
Kredit Gambar: Meadow

Dengan 25% lebih kalsium dan 40% lebih protein daripada susu Meadow Fresh Original, susu strawberi ini bagus untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Minuman ini sesuai diminum sewaktu sarapan pagi atau bila-bila masa anda suka. Dengan warnanya yang ceria, pasti setiap tegukan minuman ini dapat menceriakan hari anda.

Bahan-bahan: Fresh reduced-fat milk, milk solids, sugar, fructose, natural flavour, natural colour (120), thickener (407), vitamin D.

Negara Pengeluar: New Zealand

Saiz: 250ml

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Cimory Strawberry Fresh Milk 

Cimory Strawberry Fresh Milk
Kredit Gambar: Cimory

Susu strawberi Cimory mempunyai rasa berkrim yang lazat. Kelembutan susu strawberi ini adalah berasal daripada susu lembu yang segar. Selain itu, minuman ini juga mempunyai kalsium, fosforus, vitamin dan mineral. Anda boleh minum susu ini pada bila-bila masa sambil menikmati rasa lazatnya!

Bahan-bahan: Fresh cow’s milk, water, sugar, full cream milk powder, skim milk powder, cocoa powder, stabilizer, strawberry juice, strawberry synthetic flavour, carmine dye CI 75470.

Negara Pengeluar: Indonesia

Saiz: 250ml

Harga: RM4.90 (1 kotak) | RM13.90 (3 kotak)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Origina Dairy Strawberry Milk

Origina Dairy Strawberry Milk
Kredit Gambar: Origina

Origina Strawberry Milk ialah minuman susu strawberi lazat yang diperbuat daripada strawberi sebenar yang diadun bersama susu Australia berkualiti tinggi. Susu ini mengandungi protein yang tinggi dan ia pasti akan memenuhi keperluan protein anda! Ia sangat lazat dan menyegarkan sehingga anda berasa nikmat dengan setiap tegukan minuman ini.

Bahan-bahan: Reduced Fat Milk, Sugar, Flavour, Emulsifier, Colouring.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200ml 

Harga: RM36.00 (12 pcs)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Nippy’s Iced Strawberry Flavoured Milk

Nippys Iced Strawberry Flavoured Milk
Kredit Gambar: Lazada

Strawberi Ais Nippy sesuai untuk dijadikan minuman ringan sewaktu makan tengah hari anak anda. Rasanya yang manis dan sedikit berkrim boleh mengenyangkan perut anak anda sewaktu persekolahan. Nikmati salah satu susu strawberi kegemaran Australia! Minuman strawberi ini bebas gluten dan diperakui Kosher. Selain itu, susu ini dibuat menggunakan susu rendah lemak dengan 35% kurang lemak daripada susu penuh krim.

Bahan-bahan: Reduced Fat Milk, Sugar, Flavour, Emulsifier (471), Vegetable Gum (407), Colour(124).

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 375ml

Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Goodday Strawberry Flavoured Milk

Goodday Strawberry Flavoured Milk
Kredit Gambar: Goodday

Susu ini dikatakan diperbuat daripada susu lembu Australia yang sihat dan merupakan kegemaran ramai pengguna. Segelas minuman ini boleh menceriakan anda sekeluarga. Dengan rasanya yang manis dan sedikit berkrim, susu ini dapat mengenyangkan perut anda yang kosong selain kaya dengan mineral dan vitamin c untuk keperluan nutrisi badan anda.

Bahan-bahan: Milk Solids Non-Fat, Sucrose, Milk Fat, Mineral and Vitamins, Contains Permitted Food Conditioner (Emulsifier and Stabiliser), Flavouring and Colouring, Contains Permitted Food Conditioner (Emulsifier and Stabiliser), Flavouring and Colouring

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM6.19

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Dutch Lady Pure Farm Strawberry Flavoured Milk

Dutch Lady Pure Farm Strawberry Flavoured Milk
Kredit Gambar: Tesco

Dutch Lady berusaha menghasilkan susu segar berkualiti untuk para pembeli di pasaran. Untuk menambat hati para pembeli, Dutch Lady menghasilkan susu strawberi yang lazat untuk anda nikmati bersama keluarga di masa santai. Bukan sahaja penuh berkrim dan manis, susu ini juga memberikan nutrisi kepada badan anda.

Bahan-bahan: Milk Solids Non Fat, Sucrose, Milk Fat and Vitamins (A, D3, B2), Contains Permitted Flavouring Substances, Colouring and Food Conditioners (Stabiliser and Emulsifier of Plant Origin) Contains Permitted Flavouring Substances, Colouring and Food Conditioners (Stabiliser and Emulsifier of Plant Origin)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM6.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Marigold HL Strawberry Flavoured Low Fat Milk

Marigold HL Strawberry Flavoured Low Fat Milk
Kredit Gambar: Tesco

Nikmati gabungan jus strawberi yang lazat dengan semua kebaikan susu! Susu Strawberi Marigold HL adalah pilihan ideal untuk gaya hidup aktif. Bagi anda yang tidak gemarkan susu segar tanpa perisa, mungkin anda boleh mencuba susu segar strawberi untuk memulakan hari anda yang ceria.

Bahan-bahan: Milk Solids, Sucrose, Strawberry Juice Concentrate, Calcium, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin B3, Vitamin B6, Vitamin B1, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin D3, Folic Acid, Contains Permitted Food Conditioner (Emulsifier and Stabiliser), Flavouring and Colouring

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. F&N Magnolia Lo-Fat Hi-Cal Strawberry Flavoured Milk

FN Magnolia Lo Fat Hi Cal Strawberry Flavoured Milk
Kredit Gambar: F&N Magnolia

Susu Berperisa Strawberi F&N Magnolia Lo-Fat Hi-Cal menawarkan keseimbangan antara rasa strawberi berkrim dan pemakanan yang baik. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa sahaja. Untuk mendapat kelazatan yang optimum, apa kata anda menikmatinya dalam keadaan sejuk? Pasti minuman ini tidak akan mengecewakan anda!

Bahan-bahan: Milk solids, sucrose, palm olein, milk fats, vitamin A and D, contains stabilizers and emulsifiers (soy source) as permitted food conditioners, Permitted flavourings and colouring substances.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 445ml

Harga: RM4.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Semak Harga di happy fresh

9. Nestle Strawberry Flavoured Milk

Nestle Strawberry Flavoured Milk
Kredit Gambar: Shopee

Susu Strawberi Nestle merupakan sumber kalsium yang baik. Minuman susu strawberi yang lazat ini sering digemari ramai. Anda hanya perlu mengambilnya 2 gelas sehari untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat kerana ia kaya dengan kalsium.

Bahan-bahan: Skimmed Milk Powder (Cow’s Milk), Sugar, Milk Fat (Cow’s Milk), Soya Lecithin, Mineral, Contains Stabilisers as Permitted Food Conditioner, Contains Permitted Flavouring, No colouring added

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1L

Harga: RM6.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Binggrae Strawberry Milk

Binggrae Strawberry Milk
Kredit Gambar: Shopee

Terkenal lazat dan digemari ramai, Susu Strawberi Binggrae sering menjadi pilihan di hati. Dapatkan minuman popular ini di mana-mana kedai serbaneka atau pasar raya berhampiran anda hari ini! Inilah susu strawberi Korea yang terkenal sejak tahun 1974 lagi. Susu Berperisa Binggrae ini pasti dapat mengisi perut dan hati anda!

Bahan-bahan: Milk, water, sugar, dextrin, strawberry juice concentrate, artificial flavours, mono-and diglycerides, cochineal (for colour) carrageenan, guar gum.

Negara Pengeluar: Korea

Saiz: 200ml

Harga: RM27.26

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close