10 Basikal Lipat Terbaik di Malaysia 2023

Sukan basikal merupakan sukan pertama yang diperkenalkan di acara Olimpik pada tahun 1896. Kini aktiviti berbasikal telah menjadi fenomena baharu dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun di luar negara. Walaupun harga basikal boleh mencecah ribuan ringgit disebabkan faktor jenama basikal, jenis basikal dan alat keperluan berbasikal, namun banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui aktiviti sukan ini. Terdapat beberapa jenis basikal antaranya basikal jenis off road, basikal jenis on road, basikal trek, basikal downhill dan basikal lipat.

Basikal lipat kini menjadi alternatif yang cukup praktikal terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Selain ia sangat selesa untuk digunakan, ia juga didatangkan dengan reka bentuk boleh lipat yang memudahkannya dibawa atau disimpan di mana sahaja. Berikut adalah 8 basikal lipat terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih basikal lipat yang terbaik?

Memilih basikal lipat yang paling sesuai dengan anda boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih basikal lipat iaitu harga, reka bentuk dan berat produk.

1. Harga

Basikal lipat boleh menelan kos yang agak tinggi berbanding produk basikal lain. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda supaya tidak membazir.

2. Reka Bentuk

Anda perlu memilih reka bentuk basikal lipat yang sesuai dengan tujuan penggunaannya. Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan aspek lain seperti saiz tayar, bahan dan warna.

3. Berat produk

Setiap basikal lipat mempunyai berat yang berbeza bergantung pada jenis dan jenama. Jadi, anda perlulah memilih basikal lipat dengan berat yang bersesuaian dengan badan anda. 

10 Basikal Lipat Terbaik di Malaysia 2023

1. SANCY Folding Bike

SANCY Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal lipat ini didatangkan dengan reka bentuk yang agak kecil dan ringan bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Basikal ini dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Selain itu, ia juga mempunyai pemegang anti-gelincir yang memberikan anda cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menunggang basikal.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, gel silika, dan plastik
  • Berat: 13 kg
  • Saiz: 155 cm x 60 cm x 106 – 110 cm

Kelebihan:

Ringan
Mempunyai kunci keselamatan
Tempat duduk boleh laras

Harga: RM164.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

2. SHIMANO Folding Bike

SHIMANO Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat SHIMANO ini dilengkapi dengan roda bersaiz besar yang membolehkannya digunakan di kawasan gunung dan berbatu. Basikal ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan aloi yang menjadikannya tahan lasak dan ringan. Secara tidak langsung, ia memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga menggunakan gear SHIMANO dan brek hidraulik untuk keselamatan penunggangan yang maksimum.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, aloi
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 26 inci

Kelebihan:

Ringan
Tempat duduk boleh laras
Tahan lama

Harga: RM450.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

3. ARNO Variable Speed Folding Bike

ARNO Variable Speed Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat ini mempunyai reka bentuk yang menggabungkan elemen kemodenan dan klasik. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan span tebal pada bahagian tempat duduk basikal bagi memberikan keselesaan yang optimum ketika penunggangan. Basikal ini didatangkan dengan brek ‘disk’ pada kedua-dua bahagian tayar hadapan dan belakang untuk keselamatan dan kestabilan maksimum ketika anda menunggangnya.

Specifications:

  • Bahan: Keluli berkarbon tinggi
  • Berat: 14 kg
  • Saiz: 20 inci

Pros:

Sistem brek ‘disk’
Ringan
Saiz kecil

Harga: RM345.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. VELCRO Folding Bike

VELCRO Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat VELCRO ini didatangkan dengan rim berkembar bagi penunggangan yang lebih lancar. Basikal ini mempunyai tempat duduk yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, rekaan pemegang basikal ini juga menjamin keselesaan pada tangan anda walaupun menunggangnya dalam masa yang lama. Selain itu, basikal ini juga dilengkapi dengan bahagian penumpang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 20 inci

Kelebihan:

Tempat duduk boleh laras
Tempat duduk penumpang
Rim berkembar

Harga: RM450

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

5. TRS Crosstec Folding Bike

TRS Croze Pro Crosstec Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat TRS Crosstec ini mempunyai 8 tetapan kelajuan serta dilengkapi dengan tayar 20 inci untuk putaran gear yang lebih pantas. Basikal ini didatangkan dengan tempat duduk dan pemegang yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Selain itu, rangka basikal ini diperbuat daripada aluminium aloi tahan karat yang menjadikannya kukuh dan tahan lasak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium aloi
  • Berat: 13.1 kg
  • Saiz: 20 inci

Kelebihan:

Ringan
8 gear kelajuan
Tahan karat

Harga: RM849.98

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. JAVA Zelo Folding Bike

JAVA Zelo Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat JAVA Zelo merupakan antara produk basikal lipat keluaran Malaysia yang menjadi pilihan pengguna. Basikal ini didatangkan dengan shifter SHIMANO serta mempunyai 7 tetapan kelajuan. Basikal ini juga dilengkapi dengan tempat duduk boleh laras bagi membolehkan anda menunggang basikal dengan selesa.

Spesifikasi:

  • Bahan: 6061 Aluminium
  • Berat: 12.6 kg
  • Saiz: 146 cm x 55 cm x 112 cm

Kelebihan:

Alat ganti berkualiti tinggi
7 tetapan kelajuan
Jenama tempatan

Harga: RM899.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Genio Vesta Folding Bike

Genio Vesta Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat Genio Vesta ini dilengkapi dengan 8 tetapan kelajuan serta mempunyai rim berkembar bagi melindungi roda ketika menunggang di kawasan yang berbatu. Selain itu, basikal ini juga didatangkan dengan beg penyimpanan pada bahagian belakang basikal yang membolehkan anda untuk menyimpan barangan keperluan anda ketika menunggang basikal.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, aloi
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 20 inci

Kelebihan:

Bersaiz kecil
Didatangkan dengan beg penyimpanan
Rim berkembar

Harga: RM695.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. MARSSTAR CARTIER Folding Bike

FOLDING BIKE MARSSTAR CARTIER
Kredit gambar: Shopee

Basikal Lipat MARSSTAR CARTIER ini wajar dijadikan sebagai salah satu basikal lipat untuk dipertimbangkan kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, seperti rim berkembar dan saiz tayar yang lebar serta berkualiti tinggi. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pedal basikal yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan proses penyimpanan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli
  • Berat: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 20 inci

Kelebihan:

7 tetapan kelajuan
Padel boleh lipat
Mampu Milik

Harga: RM385.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

9. VEEGO 7-Speed Folding Bike

VEEGO Speed Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Bagi anda yang sukakan kelajuan, VEEGO 7-Speed Folding Bike ini merupakan basikal lipat terbaik untuk anda. Basikal Lipat ini menawarkan 7 tetapan kelajuan yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Selain itu, basikal ini juga dilengkapi dengan brek ‘disk’ berkembar pada tayar hadapan dan belakang untuk keselamatan yang maksimum ketika penunggangan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli
  • Berat: 15 kg
  • Saiz: 20 inci

Kelebihan:

7 tetapan kelajuan
Tahan lasak
Premium

Harga: RM399.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. TRS TOPAZ Folding Bike

TRS TOPAZ Folding Bike
Kredit gambar: Shopee

Basikal lipat ini diperbuat daripada aluminium tahan karat yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Basikal ini bukan hanya boleh dilipat untuk kemudahan penyimpanan, malah terdapat juga shifter SHIMANO bagi kelancaran penunggangan tambahan. Ditambah pula dengan sistem brek yang padu, ia boleh menjamin keselamatan anda sewaktu menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium
  • Berat: 13.1 kg
  • Saiz: 20 inci

Kelebihan:

8 tetapan kelajuan
Aluminium berkualiti tinggi
Alat ganti SHIMANO yang terkenal

Harga: RM990.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close