Malaysia mempunyai alam semula jadi yang indah dan terpelihara. Kecantikan alam semula jadi inilah yang sentiasa dicari oleh para pengunjung untuk menikmatinya bagi menenangkan fikiran dan hati yang tengah berserabut dengan kesibukan kota yang memuncak. Selain berkunjung ke pantai, anda juga boleh berkunjung ke taman untuk menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan ini.
Anda juga boleh menghabiskan masa terluang ada di dalam alam semula jadi melalui aktiviti perkhemahan. Aktiviti ini menjadi lebih seronok jika anda dan keluarga atau rakan-rakan merancangnya. Bayangkan, siang malam anda akan meluangkan masa bersama mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti santai seperti memasak, bermandi-manda di sungai mahupun berborak kosong. Jadi, secara tidak langsung, hubungan anda pasti menjadi lebih akrab selepas melakukan aktiviti ini.
Bagaimanakah anda menentukan tapak perkhemahan yang sesuai?
Sebenarnya, tidak ramai yang gemarkan perkhemahan yang bermalam di dalam alam semula jadi. Mungkin mereka tidak selesa kerana tiada kemudahan seperti tandas ataupun bilik tidur yang selesa untuk mereka gunakan sepanjang perkhemahan. Namun begitu, kini banyak tapak perkhemahan telah menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan surau untuk para pengunjung.
Memilih tapak perkhemahan yang sesuai amatlah penting supaya aktiviti yang dirancang itu tercapai. Perkara pertama yang perlu diambil kira ialah lokasi tapak perkhemahan tersebut. Jika lokasinya berdekatan dengan kediaman anda, maka itu satu bonus buat anda. Anda tidak perlu menghabiskan banyak masa dalam perjalanan hanya untuk ke sana. Memasang khemah dan menyusun segala keperluan yang dibawa sudah memakan banyak masa. Apatah lagi masa di jalanan.
Kedua, anda perlu ambil tahu tentang pakej yang ditawarkan oleh tapak perkhemahan tersebut seperti kemudahan apa yang disediakan dan adakah tarikan lain seperti sungai berada di situ. Ketiga, buat tempahan lebih awal atau datang ke tapak perkhemahan lebih awal untuk memilih tapak yang selesa dan sesuai buat anda.
10 Tapak Perkhemahan Terbaik di Perak 2023
1. Rock Garden Camping Resort
Ingin berkhemah di tepi sungai yang menyegarkan sambil menikmati flora yang indah? Perkhemahan Rock Garden ialah salah satu pilihan terbaik untuk anda. Anda akan tertarik dengan keselesaan dan keindahan alam semula jadinya. Tapak perkhemahan ini sentiasa sesak semasa hujung minggu atau cuti umum. Jika anda mahu bermalam di sini, anda bolehlah menempah kabin atau tapak perkhemahan. Suasana yang sejuk pada waktu malam pasti menenangkan anda. Anda boleh berehat dan menikmati pemandangan alam semula jadi yang indah. Untuk pengetahuan anda, sungai di Rock Garden agak cetek jadi anda boleh berenang bersama anak-anak anda di sini.
Waktu operasi: isnin-Ahad (24 jam)
Alamat: Jalan Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
2. Riverine Nature Camp
Adakah anda ingin berkelah dan berkhemah di tempat yang selesa? Jom kunjungi Perak Riverine Nature Camp kerana kawasan ini menawarkan sungai yang menyegarkan dan bersih untuk anda bermandi-manda. Pihak pengurusan kem ini juga ada menyediakan perkhidmatan sewa tayar dan tempat berkelah di sini. Anda perlu sampai awal ke sini untuk memilih tempat perkhemahan yang selesa. Anda tidak perlu risau kerana anda boleh menempah pakej makan tengah hari dengan mereka. Hidangannya dijamin sedap dan segar.
Alamat: No.221, Lorong 9, Jalan Utama Kampung Belum Baru, Kampung Sumpitan, 33420 Lenggong, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
3. Riverside Camp Gopeng
Ingin mencuba berakit semasa aktiviti perkhemahan anda? Anda perlu melawat Riverside Camp Gopeng yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti mengharungi jeram selama 2 hingga 3 jam, meluncur di air terjun pada ketinggian 12 meter, meneroka gua yang kedalamannya sehingga 1.9 kilometer dan banyak lagi. Anda juga boleh melalui denai dan mendaki sedikit untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Riverside Camp juga menyediakan tapak perkhemahan dan berkelah bagi mereka yang ingin berada dekat dengan alam semula jadi. Oh ya, sungai di sini jernih dan cetek jadi anda tidak perlu risau jika anak-anak anda ingin bermandi-manda di sini.
Alamat: Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
4. GreenStone Campsite
Adakah anda merancang untuk berkhemah di sebelah air terjun? Anda boleh melawat GreenStone Campsite yang terletak di Kuala Kangsar. Namun begitu, anda perlu mendaki selama 40 minit untuk sampai ke air terjun yang indah ini. Ya, mendaki boleh menjadi memenatkan anda tetapi pemandangan yang ditawarkan di air terjun ini sungguh berbaloi! Sepanjang anda berada di sini, anda boleh mencuba aktiviti lain seperti memanjat tali, gelongsor air dan meredah hutan sambil menikmati keindahan alam. Tapak Perkhemahan GreenStone sememangnya bersih dan mendamaikan. Anda boleh menganjurkan aktiviti barbeku secara kumpulan untuk mendapat lebih ramai kawan. Lebih baik buat tempahan terlebih dahulu kerana tempat ini selalu sesak dengan pengunjung.
Waktu operasi: 24 jam
Alamat: Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Google Map: Klik
Google Review Klik
5. Draco Nature Camp
Anda suka meneroka alam semula jadi semasa berkhemah? Maka, Draco Nature Camp merupakan tempat perkhemahan yang sesuai untuk anda! Tapak perkhemahan ini terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna untuk diterokai. Nama Draco sebenarnya berasal daripada Draco Lizard yang dilihat sering berterbangan di kawasan ini. Jangan risau, haiwan ini tidak mengganggu manusia. Persekitaran tapak perkhemahan ini agak tenang dan segar serta dikelilingi sungai dan pemandangan bukit yang menakjubkan. Anda boleh berkhemah di sini dan mandi di sungai bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Sungai di sini sesuai untuk kanak-kanak bermain atau bermandi-manda. Pihak pengurusan kem ini juga menyediakan pakej perkhemahan dan makanan seperti sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selain itu, mereka sangat menjaga keperluan para pelanggan. Kemudahan yang ditawarkan di sini pasti dapat menjamin keselesaan anda.
Waktu operasi: Isnin, Khamis-Ahad (9.00 pagi–6.00 petang)
Alamat: Batu 7, Kampung Asli Sungai Cincin, 35300 Chenderiang, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
6. Outworld White Water Center & Basecamp
Adakah anda seorang yang sukakan cabaran? Selamat datang ke tapak perkhemahan Outworld White Water yang menarik. Di sini, pihak pengurusan kem ini menawarkan banyak aktiviti sukan mencabar untuk anda terokai. Selain itu, tapak perkhemahan mereka besar dan dikelilingi oleh banyak tumbuhan. Jangan risau jika anda tidak mempunyai sebarang peralatan perkhemahan kerana mereka menyediakan pakej perkhemahan keluarga dua hari satu malam yang melibatkan set khemah dengan tilam, bantal, kipas dan keperluan asas lain. Jadi, anda hanya perlu membawa pakaian yang mencukupi dan barangan peribadi anda sahaja ke sini.
Alamat: 31600 Gopeng, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
7. Amazing Camp Legacy
Anda akan mengalami pengalaman perkhemahan yang selesa dan memuaskan di Amazing Camp Legacy. Tapak perkhemahan mereka sentiasa dipastikan bersih dan selamat. Pada masa yang sama, pihak pengurusan kem ini juga menyediakan kemudahan seperti tandas, surau, lampu elektrik, palam dan juga suis. Anda boleh merasai udara sejuk dan bunyi sungai yang menenangkan di tapak perkhemahan ini.
Alamat: Lot 1550, 33400 Lenggong, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
8. Murni Camp Gopeng
Ingin berkhemah di sepanjang sungai yang menyegarkan? Datanglah ke Murni Camp Gopeng bagi merasai pengalaman berkhemah dan berkelah yang menyeronokkan. Pihak pengurusan kem ini menawarkan kemudahan seperti tandas, besen, surau, penunu barbeku dan penapis air supaya anda lebih selesa beraktiviti di sini. Mereka juga menawarkan sewaan tiub dan pakej aktiviti mengharungi jeram yang berpatutan. Sungai di sini tidak berbatu dan membuatkan aktiviti mandi-manda bersama kanak-kanak menjadi lebih selamat. Kebersihan tapak perkhemahan ini terjaga dengan baik selain layanan daripada kakitangan juga mesra dan profesional. Disebabkan itu, tapak perkhemahan ini sesuai untuk acara seperti kem pelajar, kem motivasi dan sebagainya.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (24 jam)
Alamat: Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
9. Kem Rekreasi Intan Suraya
Anda pernah melihat pemandangan matahari terbenam bersama keluarga atau rakan semasa berkhemah? Jika tidak, maka berkunjunglah ke sini. Kem Rekreasi Intan Suraya menawarkan chalet atau padang khemah untuk aktiviti perkhemahan anda. Selain itu, anda boleh memancing di sini. Bawalah peralatan memancing anda dan bersedialah untuk memancing dengan gembira! Terdapat banyak udang galah di sini. Selain itu, kem ini juga menyediakan kemudahan seperti tandas, surau, dan juga sambungan palam. Makanan yang disediakan di sini juga sedap dan kemudahan lain juga lengkap. Pasti hujung minggu anda di sini memuaskan!
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi–4.30 petang)
Alamat: Kampung Raja Intan Suraya, 31100 Sungai Siput, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
10. Family Camping Gopeng Tree Tent
Tapak perkhemahan ini bermula apabila kawasan hutan di sini ditemui dan sesuai untuk dijadikan sebagai tapak perkhemahan dan aktiviti sukan yang lain. Pihak kem ini merancang dengan teliti tentang pembinaan lokasi ini bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin selain menawarkan kemudahan yang lengkap kepada pengunjung. Pihak kem ini menyediakan ruang luas yang dapat menampung pengunjung yang ramai dalam satu masa. Kebiasaannya, ruangan ini ditempah oleh keluarga-keluarga yang ingin berkumpul dan berkhemah. Aktiviti perkhemahan anda menjadi lebih seronok kerana dikelilingi oleh flora yang menghijau dan sungai yang jernih. Anda boleh berkelah dan bermandi-manda di sungai ini bersama keluarga. Jika anda mahu ke sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana tempat ini selalu dipenuhi oleh orang ramai.
Alamat: Jalan Batu Putih, 31600 Gopeng, Perak
Google Map: Klik
Google Review Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.