15 Tempat Menarik bagi Sambutan Birthday di Kuala Lumpur 2023

Sambutan hari lahir bermula sekitar 3,000 tahun yang lalu sebagai idea yang dikonsepkan oleh orang Mesir, tetapi ketika itu, ia adalah perayaan “kelahiran” tuhan. Walau bagaimanapun, hal sebaliknya berlaku pada zaman Rom purba. Orang Rom dengan penuh semangat meraikan hari lahir dengan parti hedonistik, pesta mewah dan hadiah. Kini, hari lahir adalah hari meraikan kelahiran seseorang individu sebagai tanda kesyukuran kerana dilahirkan. Sambutan hari lahir boleh diraikan dengan merancang majlis makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan di kediaman anda ataupun di luar.

Meraikan hari lahir rakan atau ahli keluarga anda menunjukkan bahawa anda benar-benar peduli tentang mereka. Selain rasa dihargai, hubungan anda berdua juga akan menjadi lebih akrab dengan sambutan majlis hari lahir yang diadakan secara kejutan atau secara teratur. Mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada seseorang mewujudkan aura positif dan menaikkan semangat orang yang meraikan hari istimewanya. Teruskan membaca untuk anda mengetahui 15 tempat menarik bagi sambutan hari lahir di Kuala Lumpur.

Adakah Kuala Lumpur memilik tempat menarik untuk sambutan hari lahir?

Kuala Lumpur mempunyai pelbagai tempat terbaik untuk menyambut hari lahir di Malaysia. Jika anda sukakan tema klasik, anda boleh memilih restoran Perancis klasik asli seperti Cafe Cafe KL untuk majlis sambutan hari lahir anda. Atau jika anda inginkan restoran yang berlatarkan pemandangan Menara Berkembar Petronas, anda boleh memilih restoran ke Dek WET® di W Kuala Lumpur dan Canopy Lounge Rooftop Bar KL.

Terdapat juga Lemon Garden Cafe di Shangri-La Kuala Lumpur yang menawarkan lebih daripada 60 jenis hidangan a la carte yang berbeza untuk anda pilih. Manakanal, restoran Rama V pula ialah restoran santapan Thai yang pertama di Kuala Lumpur dan terletak di banglo yang indah. Jika anda lebih suka tempat yang lebih santai, anda boleh berkunjung ke restoran Jibby By The Park, yang terletak dalam persekitaran rumah hijau yang disinari cahaya matahari dan dikelilingi tumbuhan hijau.

15 Tempat Menarik bagi Sambutan Birthday di Kuala Lumpur 2023

1. Cafe Cafe KL

Cafe Cafe KL
Kredit Gambar: vkeong.com
Cafe Cafe KL
Kredit Gambar: @caii_esen

Cafe Cafe KL ialah restoran Perancis klasik yang asli dan ditubuhkan pada tahun 2002 oleh dua sahabat. Dua sahabat ini mahu membawa pulang pengalaman menjamu selera di luar negara, selain bertahun-tahun tinggal di sana, kepada rakyat Malaysia. Terdapat menu a la carte dan set yang tersedia untuk anda pilih. Hidangan utama yang dihidangkan di sini ialah Cod Fillet, Beef Tenderloin, Duck Confit, Beef Cheek, dan Lamb Medallion. Selain itu, anda boleh mengadakan acara peribadi di tingkat satu restoran ini yang boleh memuatkan 10 hingga 15 orang tetamu.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 petang-10.00 malam)

Alamat: 175, Jln Maharajalela, Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Flora Terrace at Hampshire Place

Flora Terrace at Hampshire Place
Kredit Gambar: @floraterraceathampshire
Flora Terrace at Hampshire Place
Kredit Gambar: @adriena_z

Flora Terrace di Hampshire Place ialah ruang makan menarik yang dihias indah dengan bunga berwarna-warni untuk mengagumkan anda. Restoran ini terletak di Jalan Mayang Sari di luar Jalan Tun Razak. Restoran ini merupakan lokasi yang popular untuk mengadakan acara dan majlis kerana persediaannya yang cantik dan lokasinya yang strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur. Menu yang dihidangkan di sini ialah santapan Barat dengan sentuhan Asia  seperti Tropical Citrus Fruits Salad with Pan-Seared Tiger Prawn, Mushroom Cappuccino Soup with Prawn-flavoured Chawanmushi, Spaghetti with Pickled Tenggiri Fish, Grilled Rack of Lamb, dan menu istimewa restoran ini,  Crispy Chinese Pancake.

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari- 11.00 malam)

Alamat: Hampshire Place, Halal 157, Hampshire Place Jalan Mayang Sari, Off, Jln Tun Razak, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/floraterraceathampshire

3. WET® Deck, W Kuala Lumpur

WET® Deck W Kuala Lumpur
Kredit Gambar: wet-deck-at-kuala-lumpur.business.site
WET® Deck W Kuala Lumpur
Kredit Gambar: @rezki_7

Dek WET® terletak di tingkat 12 W Kuala Lumpur. Ia mempunyai reka bentuk moden yang bergaya dan berlatarkan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan. WET® Deck menyajikan masakan antarabangsa dan makanan ringan untuk dinikmati bersama-sama keluarga dan rakan selain menjamu anda dengan hiburan secara langsung dan pemandangan atas bumbung yang indah. Ruang yang menakjubkan ini sesuai untuk dijadikan lokasi majlis khas dan perayaan, terutamanya majlis sambutan hari lahir anda!

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 pagi-12.00 malam)

Alamat: W Kuala Lumpur, 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. Lemon Garden Cafe

Lemon Garden Cafe
Kredit Gambar: @touchandgoewallet
Lemon Garden Cafe
Kredit Gambar: suhaila_mann

Lemon Garden Cafe di Shangri-La Kuala Lumpur menyajikan hidangan tempatan dan makanan laut yang popular selain menawarkan hidangan yang pelbagai dengan lebih 60 jenis hidangan a la carte yang berbeza termasuklah masakan Cina, Itali, India, Melayu, Jepun dan Barat. Anda boleh menikmati hidangan anda di tempat terbuka di kafe ini dengan selesa. Terdapat juga teres taman yang menghadap ke kolam ikan koi yang indah dan kolam air pancut. Lemon Garden Cafe merupakan  lokasi yang ideal untuk sambutan hari jadi anda kerana tetamu anda boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis hidangan dalam ruang yang selesa dan moden.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pagi- 10.00 malam)

Alamat: Lobby Level, 11, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Bijan Bar & Restaurant

Bijan Bar Restaurant
Kredit Gambar: @trealfoodie
Bijan Bar Restaurant
Kredit Gambar: @fyzakadir30

Bijan Bar & Restaurant membuka pintunya pada September 2003 untuk menawarkan masakan tradisional Melayu yang sihat. Restoran ini dihiasi dengan reka bentuk moden dan pengaruh Asia yang memberikan suasana elegan dan bergaya, namun privasi. Restoran ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan merupakan destinasi popular bagi mereka yang menggemari masakan Melayu. Restoran Bijan telah dinamakan sebagai salah satu daripada 100 Restoran Terbaik Malaysia Tatler dan juga dinobatkan sebagai Restoran Melayu Terbaik pada tahun 2004. Selain makanan yang dihidangkan lazat, pemandangan yang ditawarkan oleh restoran ini juga indah sekaligus menjadikannya lokasi sesuai untuk mengadakan majlis hari lahir anda di sini. Para tetamu boleh minum dan mencuba canapés  yang dibuat khas oleh chef di restoran ini dahulu sebelum beralih ke hidangan utama.

Waktu Operasi: Setiap hari (4.00 petang- 11.00 malam)

Alamat: No.3, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Rama V

Rama V
Kredit Gambar: @fivefourfeasts
Rama V
Kredit Gambar: @kheeshatravels

Rama V ialah restoran santapan Thai yang pertama di Kuala Lumpur dan terletak di sebuah banglo yang cantik. Ia direka berdasarkan tema “Modern Meets Thai” dan menyajikan masakan tradisional dan moden Thai yang asli dalam suasana yang elegan dan mewah. Rama V memenuhi keperluan anda untuk mengadakan majlis, iaitu daripada sambutan majlis secara kecil-kecilan sehinggalah kepada majlis besar yang boleh menampung maksimum 300 orang tetamu. Restoran yang pernah memenangi anugerah ini menyajikan menu a la carte yang dipilih secara khusus seperti River Prawn Tom Yam in Young Coconut, Yellow Prawn Curry with Betel Leaf, Steamed Seabass in Manow Sauce, Sauteed Beef with Young Peppercorn, Tab Tim Krob, dan Som Tam. Terdapat juga pilihan koktel Thai eksklusif yang lazat untuk dinikmati oleh tetamu bersama hidangan mereka.

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-3.00 petang, 5.30 petang- 10.00 malam)

Alamat: 5, Jalan U Thant, Kelab Golf di Raja Selangor, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. SOULed OUT Ampang

SOULed OUT Ampang
Kredit Gambar: @thelinckl
SOULed OUT Ampang
Kredit Gambar: @janetleemusic

SOULed OUT Ampang ialah tempat yang popular untuk acara makan kasual, sambutan majlis dan perayaan. Restoran ini terletak secara strategiknya di dalam pusat bandar. Untuk makluman anda, restoran ini beroperasi sehingga jam 12 pagi, jadi anda boleh meraikan majlis sambutan hari lahir anda sehingga tengah malam sambil menikmati iringan muzik yang santai dan makanan ringan yang lazat. Para tetamu boleh menikmati masakan Barat seperti Fish & Chips, Lamb Chop, Sirloin Steak, Beef Ragout Pasta, Burgers dan Pizza. Terdapat juga pencuci mulut yang menyelerakan seperti Lava Cake dan SO Jumbo Banana Split untuk anda cuba.

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-12.00 malam)

Alamat: The Linc, G-12-AF, Ground Floor, 360, Jln Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Canopy Lounge Rooftop Bar KL

Canopy Lounge Rooftop Bar KL
Kredit Gambar: @canopyloungekl
Canopy Lounge Rooftop Bar KL
Kredit Gambar: @canopyloungekl

Terletak di dalam pusat bandar dan menawarkan teres atas bumbung terbuka yang berlatarkan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang mengagumkan, Canopy Lounge Rooftop Bar KL menyediakan pengalaman menjamu selera terbaik di Rooftop Restaurant dan VIP Lounge mereka. Restoran ini memberikan suasana yang santai dan tenang untuk dikunjungi bersama rakan-rakan dan keluarga bagi menyambut hari lahir anda. Selain itu, restoran ini juga menyediakan persembahan secara langsung seperti pertunjukan Belly Dancer dan pertunjukan ular yang akan menjadikan majlis sambutan hari lahir anda sukar dilupakan.

Waktu Operasi: Setiap hari (3.00 petang- 2.00 pagi)

Alamat: 183, Jln Mayang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. El Cerdo

El Cerdo
Kredit Gambar: @tableapp
El Cerdo
Kredit Gambar: @mijiaa

Terletak di Changkat Bukit Bintang, El Cerdo ialah restoran daging babi panggang terbaik di Kuala Lumpur. Restoran ini mempunyai menu yang pernah memenangi anugerah yang diinspirasikan daripada masakan Eropah, Mexico dan Caribbean. Hidangan yang paling popular di restoran itu ialah Cochinillo Al Estilo Segoviano, iaitu babi panggang gaya Sepanyol. El Cerdo boleh memenuhi keperluan anda untuk mengadakan majlis persendirian dan juga majlis terbuka yang terdiri daripada 10 tetamu. Jika anda menyukai makanan anda dihidangkan dalam bahagian yang besar dan hangat, maka inilah tempat yang sesuai untuk mengadakan majlis menyambut hari lahir anda.

Waktu Operasi: 
Isnin-Sabtu (6.00 petang-12.00 malam)
Ahad (12.00 tengah hari-2.30 petang, 6.00 petang-12.00 malam)

Alamat: 43 & 45, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Jibby By The Park

Jibby By The Park
Kredit Gambar: @malaysianflavours
Jibby By The Park
Kredit Gambar: @cciarach.l

Di Jibby By The Park, anda boleh menjamu selera dalam persekitaran rumah hijau yang disinari cahaya matahari. Selain persekitarannya yang luas, anda juga boleh melihat binaan syilingnya tinggi dan panel kacanya menonjolkan elemen vintaj. Restoran ini merupakan restoran yang mengamalkan konsep terbuka yang sesuai untuk keluarga. Restoran ini terletak di Desa Parkcity yang bersebelahan dengan taman permainan terbuka. Antara menu yang dihidangkan termasuklah Pasta, pizza, burger, salad dan pelbagai hidangan Asia lain seperti Mee Sup Lembu dan Thai Style Bbq Beef Ribs Bowl. Makanan yang dihidangkan di sini dihias cantik. Anda boleh mengambil gambar hidangan anda dan memuat naik gambarnya ke Instagram. Secara keseluruhannya, restoran ini merupakan lokasi yang sesuai untuk mengadakan majlis hari lahir anda.

Waktu Operasi: 
Isnin-Khamis (9.30 pagi-10.00 malam)
Jumaat-Ahad (9.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

11. Tamarind Hill Kuala Lumpur

Tamarind-Hill-Kuala-Lumpur
Kredit Gambar: Samadhiretreats.com
Tamarind-Hill-Kuala-Lumpur-
Kredit Gambar: Samadhiretreats.com

Jika anda ingin merasa masakan Thai yang enak dan memukau, inilah satu lagi restoran yang mengetengahkan hidangan Thai asli kepada para pelanggan. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh mendapat hidangan Thai yang segar dan juga enak. Kawasan di sekitar restoran ini dipenuhi kehijauan dan terbuka, jadi anda boleh mengadakan majlis hari lahir anda di sini dengan selesa. Restoran ini mempamerkan seni bina kedesaan yang memberikan para pelanggannya berasa lapang dan tenang tatkala menikmati hidangan autentik yang menyelerakan.

Waktu Operasi: 
Isnin-Khamis (12.00 tengah hari – 3.00 petang, 6.00 petang – 10.00 malam)
Jumaat (12.00 tengah hari – 3.00 petang, 6.00 petang – 11.00 malam)
Sabtu (6.00 petang – 11.00 malam)
Ahad (Tutup)

Alamat: 19, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

12. THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge

THIRTY-Restaurant-Bar-Lounge--
Kredit Gambar: opentable.com
THIRTY-Restaurant-Bar-Lounge--
Kredit Gambar: opentable.com

Di restoran ini, anda boleh menjamu selera dengan pemandangan panoramik menara KLCC yang cukup memukau. Selain porsi hidangannya banyak, harga yang ditawarkan juga memuaskan. Restoran ini menyediakan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa yang boleh menepati cita rasa anda. Selain itu, kakitangan di restoran ini juga prihatin dan sentiasa bersedia untuk membantu anda jika anda mempunyai soalan. Dengan pemandangan yang memukau, majlis hari lahir anda yang diadakan di sini pasti sukar dilupakan.

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 pagi – 11.00 malam)

Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/thirty8kl/?hl=en

13. Atmosphere 360

Atmosphere---
Kredit Gambar: klook.com
Atmosphere---
Kredit Gambar: klook.com

Di Atmosphere 360, anda boleh menikmati pemandangan panoramik Kuala Lumpur yang indah sambil menjamu selera. Makanan di sini dihidangkan secara bufet yang meliputi kepada masakan tempatan dan juga antarabangsa. Selain itu, mereka turut menawarkan pencuci mulut seperti kek, kuih-muih dan juga scon untuk anda. Dengan pelbagai sajian yang ditawarkan, anda tidak akan kering idea untuk mencuba masakan yang anda inginkan. Siapa sahaja yang tidak gembira dengan hal ini? Harga bagi bufet juga cukup berpatutan. Ayuh, rancanglah majlis hari lahir anda di sini. Pasti akan meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan!

Waktu Operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari – 10.00 malam)

Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

14. Cantaloupe at Troika Sky DIning

Cantaloupe-at-Troika-Sky-DIning
Kredit Gambar: theyumlist.net
Cantaloupe-at-Troika-Sky-DIning-
Kredit Gambar: theyumlist.net

Di Canaloupe at Troika Sky DIning, anda boleh menjamu selera dalam persekitaran yang tenang dan santai sambil menghayati keindahan bandar raya Kuala Lumpur. Restoran ini menawarkan pelbagai menu Eropah dan kotemporari yang memuaskan hati. Antaranya hidangan yang berasaskan daging, salmon dan juga udang galah. Jika dilihat sekilas pandang, restoran ini memberikan aura romantik kepada para pengunjungnya dengan dekorasi yang elegan dan moden. Makanan yang dihidangkan di sini dihias cantik. Anda boleh mengambil gambar hidangan anda dan memuat naik gambarnya ke Instagram. Secara keseluruhannya, restoran ini merupakan lokasi yang sesuai untuk mengadakan majlis hari lahir anda.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 petang – 11.30 malam)

Alamat: Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

15. Marini’s on 57

Marinis-on--
Kredit Gambar: thecitylist.my
Marinis-on--
Kredit Gambar: thecitylist.my

Jika anda mahukan masakan Itali yang asli, anda bolehlah berkunjung ke restoran Itali, Marini’s on 57. Dengan mengetengahkan hidangan autentik Itali yang terkenal, anda akan berasa anda seolah-olah berada di Itali tatkala merasai makanan mereka. Selain itu, suasana di persekitaran juga bersih dan juga santai. Anda juga boleh menjamu selera bersama rakan atau pasangan di sini kerana ia memberikan aura romantik dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas pada waktu malam. Anda boleh mencuba hidangan ikan trout dan ikan tongkol bagi mereka yang sukakan makanan laut. Jika anda inginkan sesuatu yang berkrim, anda boleh mencuba Paradella al Tartufo. Suasana di sini sesuai jika anda adakan majlis sambutan hari lahir kerana ia memberikan pemandangan yang cantik serta makanan yang enak untuk hari bersejarah anda.

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang – 3.00 pagi)

Alamat: Petronas, Level 57, Menara 3, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Instagram: https://www.instagram.com/marinison57/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/marinis57/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close