10 Tempat Menarik di Malaysia 2023

Malaysia ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu dan pulau Borneo. Negara ini memiliki campuran pengaruh budaya Melayu, Cina, India dan Eropah. Banyak tempat bersejarah yang boleh dikunjungi oleh rakyat dan pelancong di Malaysia. Tapak bersejarah ialah lokasi rasmi di mana kepingan sejarah politik, ketenteraan, budaya atau sosial dikekalkan kerana nilai warisan budayanya kepada negara. Anda bosan asyik pergi ke tempat yang sama? Lawatilah tapak bersejarah untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Berikut ialah 10 tempat bersejarah terbaik untuk dilawati di Malaysia.

Bagaimanakah memilih tempat yang terbaik untuk dilawati di Malaysia ?

Malaysia terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan jadi sememangnya banyak tapak bersejarah yang boleh anda lawati. Bagi melancarkan lawatan anda, apa kata anda rancang perjalanan dan buat kajian serta persiapan secukupnya. Anda juga perlu tahu sama ada tempat yang ingin dilawati itu adakah mesra keluarga ataupun tidak. Berikut ialah beberapa petua untuk anda memilih tapak lawatan bersama keluarga atau kawan. 

1. Rancang trip anda

Sebelum pergi ke mana-mana tapak bersejarah, anda dinasihatkan untuk merancang keseluruhan perjalanan bagi mengelakkan pembaziran masa dan tenaga. Sesetengah tapak lawatan mempunyai waktu operasinya jadi pastikan anda merancang hari anda supaya dapat mengelak masalah di kemudian hari. 

2. Buat kajian dan persediaan

Selepas merancang perjalanan anda, lakukan penyelidikan sebanyak mungkin tentang tapak bersejarah itu. Sudah tentu, ialah menarik untuk pergi ke tempat yang anda tidak pernah pergi sebelum ini tetapi pastikan anda mengetahui sekurang-kurangnya sedikit maklumat tentang tapak lawatan tersebut.

3. Family-friendly

Tapak bersejarah tertentu mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak jadi cuba cari sama ada tempat bersejarah itu sesuai dikunjungi bersama keluarga dan kanak-kanak atau tidak.

10 Tempat Menarik di Malaysia

1. Kota A’Famosa

AFamosa
Kredit Gambar: TripAdvisor

Perkataan A’Famosa yang berasal daripada bahasa Portugis membawa maksud “Yang Terkenal”. Monumen ini terletak di Melaka dan dibina oleh Empayar Portugis pada tahun 1511. Ia ialah salah satu peninggalan seni bina Eropah yang tertua dan yang masih ada di Asia Tenggara. Dikenali sebagai Porta de Santiago, satu-satunya bahagian kubu yang tinggal ialah rumah gerbang kecil yang merupakan tempat sesuai untuk para pelancong mengambil gambar. Runtuhannya mewakili sejarahnya dan A’Famosa ialah rumah kepada ramai pegawai pentadbiran Portugis pada ketika itu.

Keunikan: Tinggalan lama senibina Eropah

Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Kuil Sri Mahamariamman

Sri Mahamariamman Temple
Kredit Gambar: TripAdvisor

Kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur, iaitu Kuil Sri Mahamariamman telah diasaskan pada 1873 dan terletak di pinggir Chinatown di Jalan Bandar. Struktur baharu yang memaparkan menara ‘Raja Gopuram’ ini ialah seni bina gaya kuil India Selatan telah dibina pada tahun 1968. Kuil ini hanya terletak 3 minit perjalanan dari Petaling Street.

Keunikan: Kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin (6:00 pagi – 8:00 malam), Selasa-Ahad (6:00 pagi – 8:30 malam), Jumaat (6:00 pagi – 9:30 malam), Sabtu (6:00 pagi – 9:00 malam)

Operations Hours: Monday (6:00am – 8:00pm), Tuesday – Sunday (6:00am – 8:30pm), Friday (6:00am – 9:30pm), Saturday (6:00am – 9:00pm)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Fort Cornwallis

Fort Cornwallis
Kredit Gambar: TripAdvisor

Fort Cornwallis ialah kubu pertahanan di George Town, Pulau Pinang. Ia ialah kubu terbesar di Malaysia yang dibina oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris pada akhir abad ke-18. Kubu ini dinamakan sempena Charles Cornwallis, Gabenor Jeneral Bengal. Menariknya, kubu ini tidak pernah terlibat dalam sebarang pertempuran sepanjang sejarah pembinaannya. Lazimnya kubu ini digunakan untuk tujuan pentadbiran. Kubu ini merupakan salah satu tapak bersejarah di Pulau Penang dan ia menjadi tarikan pelancong yang popular.

Keunikan: Kubu pertahanan terbesar di Malaysia

Alamat: Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 10.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Stesen Kereta Api Lama Kuala Lumpur

Old Kuala Lumpur Railway Station
Kredit Gambar: Pinterest

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur Lama telah siap dibina pada tahun 1910. Pembinaan stesen kereta api ini mempunyai ciri-ciri Mughal seperti chhatris yang elegan di sepanjang bumbungnya. Orang yang bertanggungjawab mengenakan elemen chhatris pada stesen kereta api ini ialah arkitek berbakat dari British, Arthur Benison Hubback. Beliau bertanggungjawab ke atas banyak bangunan ikonik lain di Malaysia seperti Galeri Diraja di Klang. Stesen kereta api ini ialah salah satu monumen yang seringkali diabadikan dalam bentuk gambar selain Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Berkembar Petronas.

Keunikan: Senibina yang menjadi ikon bandaraya Kuala Lumpur

Alamat: Kampung Attap, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Perigi Hang Tuah

Hang Tuahs Well
Kredit Gambar: TripAdvisor

Perigi Hang Tuah ialah perigi berlapis batu laterit yang digali oleh legenda Hang Tuah sendiri untuk kegunaannya. Ia telah diisytiharkan sebagai salah satu tapak bersejarah yang terkenal di Malaysia. Telaga ini terletak di Kampung Duong, Melaka. Sebuah muzium dan pusat pelancongan yang besar telah didedikasikan buat pahlawan melayu Hang Tuah bagi  menunjukkan sejarah, lagenda dan juga mitos tentang dirinya.

Keunikan: Sejarah Hang Tuah ‘Takkan Melayu Hilang di dunia’

Alamat: Kampung Duyong, 75430 Malacca

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Kuil Cheng Hoon Teng

Cheng Hoon Teng Temple
Kredit Gambar: TripAdvisor

Kuil tertua yang berfungsi di negara ini ialah Kuil Cheng Hoon Teng. Kuil ini telah diasaskan pada tahun 1645 semasa era Melaka Belanda oleh Kapitan Cina, Tay Kie Ki Tay Hong Yong. Bangunan ini terletak di Jalan Tokong, Melaka dan merupakan kuil Cina yang mengamalkan Tiga Sistem Doktrin (Buddhisme, Konfusianisme dan Taoisme). Selain itu, kuil ini juga terdiri daripada kompleks pelbagai ruang solat selain menempatkan dewan solat utama yang besar yang didedikasikan kepada dewi rahmat, Guan Yin.

Keunikan: Kuil tertua di Malaysia yang masih lagi berfungsi

Alamat: 25, Jalan Tokong, Kampung Dua, 75200 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 pagi – 4.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Bangunan Sultan Abdul Samad

Sultan Abdul Samad Building
Kredit Gambar: TripAdvisor

Bangunan Sultan Abdul Samad ialah bangunan bersejarah abad ke-19 yang pada asalnya menempatkan pejabat pentadbiran kolonial British. Proses pembinaan bangunan ini bermula ialah pada September 1894 dan akhirnya siap pada 1897. Dikenali sebagai Pejabat Kerajaan, bangunan ini dinamakan semula pada tahun 1974 sempena Sultan Abdul Samad, iaitu sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu. Bangunan ini terletak di sepanjang Jalan Raja di hadapan Dataran Merdeka yang terkenal.

Keunikan: Bangunan bersejarah yang menarik

Alamat: Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Gereja St Paul

Saint Pauls Church
Kredit Gambar: TripAdvisor

Gereja St Paul pada asalnya dibina pada tahun 1521 dan merupakan gereja tertua di Melaka serta Asia Tenggara. Pembinaan gereja ini sebenarnya didedikasikan kepada Virgin Mary oleh bangsawan Portugis yang bernama Duarte Coelho. Pembinaan gereja ini ialah sebagai tanda terima kasihnya kerana terselamat daripada ribut di Laut China Selatan. Sehingga kini, Gereja St Paul ialah sebahagian daripada kompleks Muzium Melaka yang terdiri daripada kota A’Famosa dan bangunan bersejarah yang lain.

Keunikan: Keaslian seni bina portugis dan sejarahnya

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Muzium Istana Kesultanan Melaka

Melaka Sultanate Palace Museum
Kredit Gambar: TripAdvisor

Muzium Istana Kesultanan Melaka yang terletak di bandar Melaka ini dibina pada tahun 1984. Sehingga kini, muzium ini menjadi muzium kebudayaan yang mempamerkan sejarah kesultanan Melaka. Muzium ini dibuka pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menariknya, struktur bina muzium ini ialah replika yang dibina semula berdasarkan catatan Sejarah Melayu yang menggambarkan keunikan seni bina istana melayu. Muzium ini dibina menggunakan kayu yang berkualiti tinggi bagi memastikan ia kukuh tak ditelan zaman.

Keunikan: Struktur bina tradisional muzium yang memukau

Alamat: Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00 pagi – 5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

10. Masjid Kampung Kling

Kampung Kling Mosque
Kredit Gambar: TripAdvisor

Masjid Kampung Kling ialah masjid lama di Melaka yang terletak di Jalan Tukang Emas. Nama masjid ini berasal daripada sebuah perkampungan peniaga India yang bernama Kampung Kling. Struktur asal masjid ini ialah bangunan kayu yang dibina pada tahun 1748 oleh peniaga India Muslim dan dibina semula menggunakan bata pada 1872. Masjid ini masih mengekalkan keaslian seni bina tradisionalnya sehingga hari ini. Elemen seni bina yang terlibat dalam proses pembinaan masjid ini ialah Sumatera, Cina, Hindu dan juga Melayu.

Keunikan: Elemen seni bina yang menarik

Alamat: 75200 Malacca

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close