Sambutan anniversary mengingatkan kita tentang acara penting yang ada dalam hidup kita. Ia membolehkan kita mengenang kembali kenangan indah tentang peristiwa penting. Meraikan hubungan atau anniversary perkahwinan anda membuktikan kepada pasangan anda bahawa anda amat menghargai perhubungan yang terjalin sekaligus dia merupakan keutamaan anda. Perayaan sebegini membolehkan pasangan mencipta kenangan indah bersama dan mengeratkan hubungan serta ikatan emosi mereka.
Terdapat banyak cara anda boleh meraikan anniversary anda, sesetengah pasangan lebih suka sarapan yang ringkas di rumah atau berkelah di taman yang indah. Ada juga yang suka melawat semula lokasi janji temu sebelumnya atau berehat di spa. Pilihan yang paling popular untuk sambutan anniversary ialah berkunjung ke restoran cantik dan canggih yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan sambil menghadiahkan pasangan mereka gubahan bunga yang cantik. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 10 tempat terbaik untuk sambut anniversary tahun di KL.
Adakah Kuala Lumpur mempunyai tempat sesuai untuk menyambut anniversary?
Pelbagai jenis tempat makan di Kuala Lumpur yang boleh menarik perhatian anda untuk sambutan anniversary bersama pasangan. Contoh terbaik ialah menjamu selera di Dinner In The Sky Malaysia yang mana anda dan pasangan boleh berkongsi makan malam di udara sambil menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas. Selain itu, anda juga boleh meraikan anniversary anda di Dining In The Dark KL yang mana tetamu diberi pengalaman unik merasai makanan yang lazat tanpa menggunakan deria penglihatan.
Tempat-tempat indah lain di Kuala Lumpur menawarkan pemandangan bandar raya yang menakjubkan bersama-sama dengan masakan yang lazat, seperti Envi Skydining, THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge, dan Fuego at Troika Sky Dining. Tempat-tempat ini dihiasi dengan keanggunan. Reka bentuk dan lokasi restoran ini cukup dapat menonjolkan suasana romantis untuk sambutan anniversary anda selain dihidangkan dengan pelbagai makanan yang enak dan lazat.
10 Tempat Sambut Anniversary Terbaik di Kuala Lumpur 2025
1. Marini’s on 57


Marini’s on 57 ialah bar atas bumbung yang moden dan bergaya. Bar ini menawarkan anda pemandangan terbaik di bandar yang boleh dinikmati melalui tingkap kaca. Marini’s on 57 menyajikan masakan Barat seperti spageti dan pelbagai pilihan pizza seperti Margherita Pizza, Calzone Pizza dan Diavola Pizza. Bar atas bumbung ini juga mengkhusus dalam pembuatan koktel istimewa, champagne premium dan serta menawarkan senarai wain eksklusif yang pelbagai. Terdapat juga pakar yang mencampurkan minuman yang pernah memenangi anugerah, bakal menyediakan campuran koktel terbaik untuk anda dan pasangan.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 petang-12.00 malam), Isnin (tutup)
Alamat: Petronas, Level 57, Menara 3, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://marinisgroup.com/marinis-on-57/
2. Atmosphere 360


Restoran Atmosphere 360 ialah restoran berputar yang terletak di Menara Kuala Lumpur. Ketinggian restoran ini ialah 282 meter daripada tanah. Bahagian dalaman restoran ini direka elegan dengan sentuhan moden dan persekitarannya yang futuristik menjadikan pemandangannya menakjubkan bersama lampu gentian optik berwarna-warni. Makan malam di sini berharga RM570 pada hari bekerja dan RM644 pada hujung minggu dan cuti umum. Di sini, restoran akan menyediakan meja yang dihias indah di tepi tingkap untuk anda dan orang tersayang menikmati sambutan anniversary anda sambil melihat pemandangan indah lampu bandar.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari -10.00 malam)
Alamat: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://atmosphere360.com.my/
3. Dinner In The Sky Malaysia


The Dinner in The Sky ialah salah satu restoran yang menggunakan konsep unik bagi acara makan di Kuala Lumpur. Di sini, tetamu akan dihidangkan dengan makanan dan mereka akan menjamu selera di udara sambil menikmati pemandangan lampu-lampu bandar yang bergemerlapan dan Menara Berkembar Petronas yang gah. Menu makan malam ini diperoleh daripada The Westin Hotel Kuala Lumpur yang merangkumi 3 hidangan utama iaitu, dengan hidangan pembuka selera, hidangan Utama dan Pencuci mulut. Bayangkan, menikmati makan malam pada hari sambutan anniversary bersama pasangan di udara sememangnya pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Waktu operasi: Selasa-Khamis, Ahad (5.00 petang-10.00 malam), Jumaat-Sabtu (5.00 petang-11.30 malam), Isnin (tutup)
Alamat: 231, Bukit Bintang St, Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: http://www.dinnerinthesky.my/
4. THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge

Sesuai dengan namanya, THIRTY8 Restaurant, Bar & Lounge terletak di tingkat 38 di mana anda boleh menikmati pemandangan panoramik 360 darjah bandar Kuala Lumpur sambil menjamu selera di dalam restoran yang dihias indah. Di sini, anda boleh memilih pelbagai pilihan makanan daripada hidangan mewah antarabangsa yang disajikan. Tempat ini merupakan pilihan yang tepat untuk sambutan anniversary yang romantis, namun, anda perlu membuat tempahan awal kerana restoran ini sangat popular dan sering dipenuhi oleh pelanggan.
Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi – 11.00 malam)
Alamat: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
5. Envi Skydining


Envi Skydining ialah Rooftop Fusion Dining & Bar dengan pemandangan bandar yang menakjubkan dan terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan hanya 400m sahaja dari Menara Berkembar Petronas. Restoran ini menyediakan pengalaman bersantap yang indah dan lazat dengan hidangan mewah, termasuklah dari hidangan pembuka selera sehingga kepada pencuci mulut. Pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan dan pemandangan bandar dari teres bersama alunan muzik lembut yang dimainkan menjadikan suasana lebih romantis di restoran ini. Sambutan anniversary di restoran ini pasti menjadi pengalaman yang indah untuk anda dan pasangan.
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (11.00 pagi-3.00 petang, 5.00 petang-12.00 malam), Sabtu-Ahad (5.00 petang-12.00 malam)
Alamat: Menara TA One, 22, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://www.facebook.com/enviskydining
6. Dining In The Dark KL


Dining In The Dark KL ialah pengalaman menjamu selera yang unik. Pengunjung berpeluang menghargai makanan mereka tanpa deria penglihatan. Makanan disediakan dengan teliti untuk memastikan tekstur, aroma dan rasa makanan menjadi sempurna. Menu Dining In The Dark KL merupakan satu kejutan kepada para pengunjung tetapi jika anda alergi terhadap sesuatu atau vegetarian, anda perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pihak restoran. Anda juga boleh mengadakan acara peribadi di sini. Jadi, jika anda ingin mengejutkan orang tersayang dengan pengalaman menjamu selera yang unik, pilihlah Dining In The Dark KL.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (6.00 petang-9.30 malam), Isnin (tutup)
Alamat: 50A, Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Reviews: Klik
Laman web: https://dininginthedarkkl.com/
7. Nobu Kuala Lumpur


Nobu Kuala Lumpur menawarkan anda dengan masakan Jepun kontemporari yang diselitkan dengan perisa Amerika Latin. Sejak dibuka pada tahun 1994, kini terdapat 32 restoran Nobu di seluruh dunia. Nobu Kuala Lumpur ini menyediakan masakan bertaraf dunia dengan perkhidmatan yang tiada tandingan selain menawarkan anda pengalaman terbaik dalam santapan mewah di tengah-tengah KL. Anda akan kagum dengan hidangan yang disajikan di sini kerana ia unik dan memiliki pengaruh masakan pelbagai budaya. Secara keseluruhan, ia akan menjadi makan malam anniversary yang indah untuk diingati di Nobu.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-2.00 petang, 6.00 petang-10.30 malam)
Alamat: L4A-05, Level 4A Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.noburestaurants.com/kuala-lumpur/home/
8. Horizon Grill @ Banyan Tree Kuala Lumpur


Horizon Grill terletak di tingkat 58 Banyan Tree Kuala Lumpur dan mempunyai teres atas bumbung yang menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan. Restoran yang indah ini menyajikan makanan yang terdiri daripada sarapan a la carte yang menyelerakan sehinggalah kepada makan tengah hari eksekutif dan makan malam gourmet yang mana anda boleh menikmati menu makanan laut segar dan stik premium yang dipilih dengan teliti. Untuk anniversary, anda boleh memilih salah satu daripada 2 bilik makan peribadi yang direka indah supaya acara makan anda tidak diganggu.
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 tengah hari-2.30 petang, 6.00 petang – 10 malam)
Alamat: Level 58, Banyan Tree Kuala Lumpur, No. 2, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.banyantree.com/malaysia/kuala-lumpur/dining/horizon-grill
9. Fuego at Troika Sky Dining


Fuego at Troika Sky Dining terletak di atas bangunan ikonik Norman Foster, “The Troika”, dengan pemandangan taman KLCC yang berlatarkan langit Kuala Lumpur. Di Fuego, anda boleh memilih antara 2 pilihan tempat makan, iaitu Sunset dan City Lights Dining. Bayangkan anda menikmati makanan bersama pasangan pada waktu senja. Anda dapat melihat matahari mulai terbenam yang memancarkan warna oren sekaligus menjadikan suasana lebih romantis. Pada waktu malam pula, anda boleh menikmati pemandangan indah lampu bandar dan juga Menara Berkembar Petronas yang megah sambil berbual dengan pasangan anda.
Waktu operasi: Setiap hari (5.00 petang- 12.00 malam)
Alamat: Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://troikaskydining.com/fuego/
10. Marble 8 Steak House & Fine Dining Restaurant in KL


Marble 8 menawarkan anda pengalaman menjamu selera hidangan yang indah dan asli. Terletak di Menara Petronas 3, tingkat di bawah Marini di 57, di sini, anda boleh menikmati daging lembu Wagyu dan Angus premium yang diterbangkan khas dari Australia. Potongan segar yang dipilih ini kemudiannya dimasak dengan sempurna bersama-sama dengan makanan laut atau makanan vegetarian. Anda tidak akan menyesal menjamu selera di Marble 8 dengan hidangan luar biasa yang kaya dengan pelbagai perisa ini. Hidangan seperti ini mampu memukau hati pasangan anda lebih-lebih lagi pada hari sambutan anniversary anda.
Waktu operasi: Isnin-Khamis (6.00 petang-12.00 pagi), Jumaat-Ahad (12.00 tengah hari- 3.00 petang, 6.00 petang ke 12.00 malam)
Alamat: Level 56, Menara 3 Petronas Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.instagram.com/marble_8/?hl=en
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.