Bento telah menjadi hidangan yang semakin popular di Malaysia. Hidangan ini terkenal kerana rasa dan teksturnya yang unik menjadikan ramai rakyat Malaysia ingin mencubanya. Untuk pengetahuan anda, Bento adalah gaya hidangan yang berasal dari Jepun. Bagi mereka yang gemar mencuba makanan yang baru, Bento merupakan salah satu hidangan yang boleh anda cuba bersama rakan ataupun ahli keluarga anda.
Johor mempunyai restoran dan kedai makan Jepun yang semakin bertambah dari sehari ke sehari. Restoran atau kedai makan Jepun ini menawarkan Bento sebagai sebahagian daripada menu mereka. Hal ini kerana mereka mahu menyediakan pelbagai jenis pilihan Bento kepada penduduk tempatan dan juga pelancong di Johor. Jadi, anda boleh merasai hidangan Bento yang asli di 7 restoran Jepun yang terbaik di Johor.
Adakah Bento Halal?
Sebenarnya, Bento adalah gaya bekal makan tengah hari atau persembahan hidangan yang disediakan oleh orang Jepun. Hidangan ini tidak merujuk kepada jenis makanan yang tertentu. Untuk menikmati Bento yang halal, anda boleh menyediakan Bento dengan menggunakan bahan-bahan yang halal. Kini, banyak hidangan Bento di Malaysia telah diubah untuk memenuhi cita rasa tempatan.
Apakah Hidangan Sampingan Yang Sering Digunakan Dalam Bento?
Hidangan sampingan yang sering digunakan untuk Bento adalah pilihan ikan panggang seperti belut atau salmon. Hidangan ini menjadi kegemaran ramai kerana isi ikan yang lembut dan rasa ‘smoked’ ikan yang dipanggang telah berjaya membangkitkan selera mereka. Selain itu, ayam panggang yang diperap dan dimasak sempurna juga turut menjadi hidangan sampingan yang popular untuk Bento. Daging ayam panggang bukan sahaja enak tetapi kaya dengan protein. Mereka juga menggunakan Tonkatsu bagi melengkapkan sajian Bento. Hidangan ini dimasak dengan melapiskan kepingan daging babi dengan tepung dan digoreng sehingga garing. Ia adalah hidangan yang rangup dan menyelerakan.
7 Restoran Bento Terbaik di Johor 2023
1. Sushi Mentai @ Bukit Indah
Sushi Mentai adalah sebuah restoran terkenal yang mahir dalam masakan Jepun, terutamanya sushi dan sashimi. Mereka menawarkan hidangan yang lazat dan terkenal dalam kalangan peminat sushi. Hidangan utama yang disukai ramai di restoran ini adalah Bento. Bento yang dihidangkan biasanya mempunyai pelbagai jenis hidangan yang seimbang dan sedap. Mereka menggunakan bahan-bahan yang segar untuk menyediakan Bento agar anda dapat merasai masakan Jepun yang asli.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: No. 0116, Level 1, Jalan Indah 15/3, Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushimentaimalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/sushimentaiofficial/?hl=en
semak laman web di sini2. Nijyumaru Japanese Restaurant, Masai
Nijyumaru Japanese Restaurant adalah sebuah restoran terkenal yang menawarkan masakan Jepun yang asli dan lazat. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, termasuklah di Masai, Johor. Restoran ini mempunyai pengikut setia yang terdiri daripada mereka yang menghargai seni dan rasa hidangan Jepun tradisional. Salah satu menu di Nijyumaru Japanese Restaurant yang laris adalah Bentonya yang lazat. Restoran ini sentiasa meningkatkan kemahiran dalam penyediaan makanan agar dapat menyajikan makanan yang sedap dan menarik untuk dipandang.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 24, Jalan Permas 10/5, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/people/Nijyumaru-Japanese-Restaurant/100089374523716/
semak laman web di sini3. Sushi Zento Mount Austin
Sushi Zento Mount Austin adalah sebuah restoran yang terkenal di Johor. Restoran ini menawarkan pengalaman makan masakan Jepun yang asli dan memuaskan. Restoran ini terletak di Mount Austin, Johor Bahru. Ia telah menjadi destinasi pilihan bagi penggemar sushi dan makanan Jepun. Di Sushi Zento Mount Austin, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan sushi dan Bento dengan menggunakan bahan-bahan segar dan teknik kulinari yang terbaik. Bagi sesiapa yang meminati sushi dan Bento, anda bolehlah berkunjung ke restoran ini untuk memuaskan selera anda!
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:45 malam (Setiap hari)
Alamat: 1, Jalan Austin Heights 8/4, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushizentomountaustinjb/
Instagram: https://www.instagram.com/sushizentomalaysia/?hl=en
4. Sushi House Bukit Indah
Sushi House Bukit Indah adalah sebuah restoran yang mempunyai persekitaran yang selesa dan suasana yang mesra. Restoran ini terletak di tengah-tengah Bukit Indah, Johor Bahru. Mereka menawarkan pelbagai jenis masakan Jepun yang lazat seperti Bento. Hidangan Bento mereka disajikan dengan buah tembikai yang manis untuk melengkapkan sajian ini. Anda boleh mencuba hidangan Bento mereka yang lazat dan mengenyangkan.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 8:30 malam (Setiap hari)
Alamat: 22, Jalan Indah 25/16, Taman Bukit Indah 2, 81200 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushihousejb/?locale=ms_MY
semak laman web di sini5. Sushi Mentai Johor Jaya
Sushi Mentai menggunakan bahan-bahan segar dan premium untuk mencipta hidangan sushi yang menyelerakan. Menu mereka menampilkan pelbagai jenis sushi dan sashimi yang disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman dalam masakan Jepun. Sushi Mentai berjaya menambat hati para pelanggan dengan kelazatan sajian Jepun yang asli dan harganya yang berpatutan. Oleh sebab itu, restoran ini sering menjadi pilihan dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: No. 5 & 7, Jalan Dedap 23, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushimentaijohorjayajb/?locale=ms_MY
semak laman web di sini6. Kisho
Kisho adalah sebuah restoran Jepun yang mempunyai persekitaran yang selesa meskipun terletak di bandar yang sibuk. Restoran ini menawarkan pengalaman makan masakan Jepun yang asli dan memuaskan. Pemilik dan chef di restoran ini adalah seorang pakar dalam masakan Jepun. Beliau menggunakan kemahiran dan pengalaman yang ada bagi mencipta hidangan yang menggiurkan dan memuaskan untuk para pelanggan.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 59, Jalan Perang, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/KishoJohor/
semak laman web di sini7. Mizu Restaurant
Mizu Restaurant adalah sebuah restoran Jepun kontemporari yang menggunakan nilai estetika moden dengan menyediakan masakan tradisional Jepun. Bahagian dalam restoran ini dihias minimalis dengan menggunakan warna-warna pastel bagi memberikan suasana yang selesa. Menu di Mizu Restaurant menampilkan hidangan Jepun asli dengan sentuhan kreatif yang pasti akan menggembirakan para pengunjung. Chef-chef di Mizu Restaurant adalah pakar dalam menggabungkan rasa hidangan yang klasik melalui teknik masakan moden. Ramai pelanggan berpuas hati apabila mereka merasai hidangan di restoran ini.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 8, Jln Austin Heights 3/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/mizu.johorjaya/
Instagram: https://www.instagram.com/mizu.restaurant/?hl=en
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.