Ayuh Terokai Muzium Coklat di Kota Damansara!

Adakah anda familiar dengan ‘Charlie and The Chocolate Factory’? Jika ya, anda pasti akan teruja dengan apa yang bakal anda lihat sebaik sahaja anda melangkah masuk ke ruangan kilang coklat yang sering menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat tempatan! Apa yang magisnya tentang tempat ini adalah, ia bukan sahaja mampu memberikan keterujaan kepada si cilik, tetapi turut membawa golongan dewasa untuk mengimbau kembali zaman kegirangan mereka! 

image
image

Apabila anda menjejakkan kaki anda di muzium anda, anda akan disambut dengan aroma bau yang amat sedap, sudah pasti tidak lain tidak bukan lagi keharuman aroma coklat yang akan membangkitkan keterujaan anda sekaligus anda memberikan anda perasaan seolah-olah anda berada di dunia fantasi yang dihiasi dengan coklat pada setiap sudut dan ruangan.

image
image

Selain itu, kedatangan anda juga akan amat dialu-alukan oleh kakitangan yang amat mesra dan ramah. Malahan, anda turut akan dibimbing oleh orang yang ditugaskan untuk cuci mata anda dengan tarikan-tarikan yang penuh warna di muzium tersebut.

Oh! Bukan setakat itu sahaja pengalaman yang anda akan dapat. Hal ini kerana anda turut akan berpeluang menimba pengalaman untuk mempelajari tentang proses pembuatan coklat, sejarah dan asal usul munculnya coklat. Jadi, anda juga akan memiliki tambahan ilmu baharu ketika lawatan ke muzium coklat ini!

image

Sekiranya anda seorang yang mudah belajar melalui kaedah secara visual, maka, ini adalah perkara yang menarik untuk dirasai. Hal ini kerana proses pembuatan coklat ini akan dipersembahan dalam bentuk video pendek di mana akan memudahkan anda untuk memahami konsep setiap langkah di sebalik pembikinan coklat dengan lebih jelas dan menarik.

image

Antara perkara yang paling mengujakan dan unik untuk anda lihat dan kagumi adalah 100 patung ‘cow parade’ serta potret Tun Dr. Mahathir dan isterinya yang diperbuat daripada coklat M&M! Betul-betul WOW kan! Elemen kreativiti yang ditonjolkan sememangnya tiada tandingan!

image

Terdapat pelbagai koleksi dan arca coklat yang anda boleh dapati di setiap ruangan muzium ini. Namun, ia merupakan sesuatu yang mengecewakan apabila beberapa arca coklat telah rosak dan terpaksa dibuang berikutan MCO.

image
image

Percaya atau tidak? Binaan arca coklat yang paling panjang adalah arca coklat KLCC! Arca tersebut telah dibina sejak 10 tahun yang lalu dengan berat sekitar 525 kg. Pencapaian yang menjadi sebutan ramai ini masih lagi boleh dilihat di muzium ini. Sudah pasti tidak dapat disangkal lagi bahawa ianya merupakan salah satu daripada arca yang menjadi favourite orang ramai!

Seterusnya, anda juga boleh melihat sebuah arca keretapi yang bernilai RM 0.5 juta dengan berlatarbelakangkan pemandangan Switzerland. Kedua-dua arca tersebut pasti akan memukau anda dengan hasil kerja mereka yang penuh seni dan terperinci.

image

Opss! Pastikan anda tidak menikmati keriangan ini bersendirian. Dapatkan cenderamata buat insan kesayangan yang tidak dapat turut serta dalam lawatan tersebut! Semua coklat yang terdapat di sini amat berpatutan. Jadi, anda boleh berkongsi tarikan tersebut dengan orang-orang yang anda sayangi!

image
image

Anda boleh melihat biji cacao yang kami telah pecahkan semasa lawatan ke muzium coklat yang penuh sensai ini! Tak dapat diragui lagi bahawa ia adalah antara pengalaman atau detik yang paling best untuk anda nikmati. Hal ini kerana bukan semua orang berpeluang untuk merasai detik tersebut.

Berikut adalah beberapa arca atau artifak yang boleh anda hargai! 

image

Kongsikan artikel ini dengan keluarga dan sahabat anda! Ajak mereka untuk datang terokai keterujaan di Muzium Coklat ini sekarang! 

Alamat: 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 10:00 am – 4:30 pm (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Laman web: https://chocolatemuseum.my/  

Facebook: https://www.facebook.com/chocolatemuseumkotadamansara/  

Instagram: https://www.instagram.com/chocolate_museum_kd/?hl=en  

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close