Kek dan pencuci mulut sentiasa membawa kebahagiaan kepada orang ramai. Kemanisan dan rasanya yang enak akan mencairkan hati kita apabila kita menggigitnya. Ramai orang suka membeli kek dan pencuci mulut dari kedai roti tanpa perlu bersusah-payah untuk membuatnya sendiri. Namun begitu, masih ramai yang suka membuat pastri di rumah dan memerlukan bahan-bahan pastri yang lengkap untuk membuatnya.
Malahan, ada juga yang gemar melakukan aktiviti ini sebagai hobi di masa lapang. Sebenarnya, proses baking ini mempunyai banyak faedahnya. Selain mampu meningkatkan skill memasak seseorang individu, ia juga melatih diri untuk berasa sabar dan menikmati masa sepanjang proses baking berlaku. Bahagian yang paling best ialah apabila kek atau pencuci mulut yang anda usahakan sepanjang hari itu menjadi seperti mana yang anda inginkan!
Adakah Malaysia mempunyai kedai bekalan bakeri?
Jawapannya ya. Di seluruh negara, terutamanya di kawasan Lembah Klang, terdapat banyak kedai yang menjual peralatan memasak atau baking. Apa yang penting, anda harus tahu resepi dan juga bahan keperluan yang hendak digunakan dalam proses baking anda nanti supaya senang untuk mencarinya di kedai.
Selain itu, anda juga boleh membanding-bandingkan harga barangan tersebut di kedai-kedai yang menjual peralatan memasak atau baking. Percayalah, proses baking anda menjadi lebih bermakna apabila anda cuba baking atau membuat pastri sendiri kerana di sini telah menunjukkan anda mempunyai skil memasak yang baik! Berikut ialah 11 bakery supply terbaik di Lembah Klang 2025.
11 Bakery Supply Terbaik di Lembah Klang 2022
1. Bake with Yen Chow Kit


Bake with Yen Chow Kit ialah sebuah lagi kedai bekalan bakeri di Kuala Lumpur. Kedai ini menawarkan banyak bahan baking yang boleh anda perolehi untuk aktiviti baking anda. Selain itu, mereka juga mempunyai Facebook yang mempromosikan banyak bahan baking dan juga hal baking yang boleh membimbing ramai orang untuk membuat kek di rumah. Mereka juga menjual bahan baking kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: 29 & 33, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit, 50350 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram: @bakewithyen
Facebook: Bake with Yen
Laman web2. Baking Hub Ingredients Sdn Bhd


Baking Hub sesuai bagi mereka yang membuat pencuci mulut atau pastri di rumah kerana kedai ini menyediakan kemudahan seperti peralatan dan bahan baking yang lengkap untuk aktiviti memasak atau baking anda. Anda tidak perlu risau jika bahan baking anda tidak mencukupi, hanya datang ke sini dan buatlah pilihan anda! Selain itu, kedai ini juga menawarkan pelbagai jenis tepung untuk aktiviti baking anda. Paling penting, kawasan persekitaran di kedai ini bersih dan sedap mata memandang selain mempunyai staf yang berdedikasi untuk membantu anda memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh menerima alat dan perkakas pembakar daripada mereka. Yang penting, kedai ini mudah untuk dikunjungi kerana terletak di kawasan kejiranan.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi-7.00 petang), Ahad (9.00 pagi- 6.00 petang)
Alamat: 8, Jalan PJU 1/3a, Sunway Mas Commercial Center, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Instagram: @_bakinghub
Facebook: Baking Hub
Laman web3. House of Ingredients


House of Ingredients kekal sebagai kedai bekalan bakeri yang serba lengkap di Selangor. Kedai ini mempunyai banyak peralatan yang berguna dan dipromosikan kepada orang ramai. Sebagai contoh, ia menjual peralatan membakar kepada pelanggan dengan memberikan diskaun semasa perayaan, terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Tambahan pula, kedai ini juga memberi kelebihan kepada pelanggan yang kurang pengalaman dalam proses baking dengan menawarkan buku rujukan atau asas baking, alat dan alatan yang berkaitan untuk mencuba sesuatu resepi pencuci mulut.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi-6.00 petang), Ahad (9.00 pagi-2.00 petang)
Alamat: 13A, Jalan Gangsa SD 5/3f, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Selangor
Instagram: @hoi.malaysia
Facebook: House of Ingredients
Laman web4. Hot Oven Bakery Supplies


Hot Oven Bakery Supplies ialah salah satu kedai bekalan bakeri yang popular di Lembah Klang. Kedai ini menawarkan pelbagai peralatan dan bahan baking untuk memenuhi keperluan para pelanggan. Jika anda mempunyai pertanyaan, staf di sini boleh membantu anda untuk mencari bahan yang diperlukan bagi aktiviti memasak atau baking anda.
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (9.00 pagi-6.00 petang), Sabtu (9.00 pagi- 4.00 petang)
Alamat: 92, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Instagram: @hotovenbakerysupplies
Facebook: Hot Oven Bakery Supplies – PUJ
5. Bake Well Supplies


Di Selangor, Bake Well Supplies mempunyai reputasi yang baik kerana kedai ini mempunyai bahan baking, produk dan perkakas baking yang berkualiti. Anda boleh mendapatkan bahan baking anda daripada Bake Well Supplies untuk sebarang bahan bagi pencuci mulut yang ingin dibuat. Jangan risau, anda juga boleh meminta pendapat atau nasihat daripada jurujual mereka yang berpengalaman supaya anda mendapat bahan baking terbaik bagi acara memasak atau baking anda.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi-7.00 petang), Ahad (9.30 pagi- 7.00 petang)
Alamat: 47 & 49, Jalan SG 1/9, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Instagram: @bakewellkl_
Facebook: Bakewell KL
Laman web: https://www.bakewell.com.my/
6. Bakers Farm


Di Kajang, terdapat sebuah kedai bekalan bakeri bernama Bakers Farm yang menjual barangan baking yang halal di Malaysia. Selain itu, anda akan berpuas hati dengan semua bahan baking yang ditawarkan oleh kedai ini kerana ia boleh memenuhi kehendak anda dan pada masa yang sama, anda boleh mempelajari kemahiran baking dari pelbagai kelas baking mereka di Facebook.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-7.45 petang)
Alamat: 19-G, Jalan Reko Sentral 1, Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Instagram: @bakerfarm
Facebook: Bakers Farm Kajang
7. Pastry Pro


Pastry Pro ialah kedai bekalan bakeri yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Selain itu, kedai ini diiktiraf sebagai salah satu pembekal produk baking dan kuih-muih terbesar di Malaysia. Terdapat satu cawangan kedai runcit bekalan bakeri yang dibuka di Kepong bagi memudahkan pelanggan membeli keperluan bahan baking. Anda boleh mendapatkan alat pembakar, bahan baking dan perkakasnya di sini. Selain itu, Pastry Pro juga mempunyai jenama produk global yang berbeza selain menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan serta bilik seminar untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang proses baking.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi-7.00 petang), Ahad (9.00 pagi-2.00 petang)
Alamat: 8, Jalan 3/37a, Kawasan Perusahaan Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram: @pastrypromy
Facebook: Pastry Pro
Laman web8. Rumaah


Di Kuala Lumpur, kedai bekalan bakeri yang boleh anda kunjungi ialah Rumaah. Kedai ini terletak di Cheras dan anda boleh membeli pelbagai peralatan baking di sini. Jangan risau jika anda mempunyai bahan baking yang kurang kerana di sinilah anda boleh melengkapkan bahan keperluan baking anda!
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: 12 & 14, Ground Floor, No, Batu 2 1/2, Jalan 4/93a, Warisan Cityview, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram: @rumaah_my
Facebook: Rumaah
9. Tiny Town Bakery and Ingredients House


Tiny Town Bakery menyediakan banyak pilihan bahan baking yang pelbagai kepada para pelanggan. Kedai ini terletak di Segambut, Kuala Lumpur. Jika anda tinggal berdekatan dengan kedai bekalan bakeri ini, anda boleh memilih bahan baking anda seperti tepung, soda bikarbonate dan juga keju dengan mudah dan proses penyediaan pencuci mulut anda mungkin menjadi lebih lancar. Anda juga boleh melawati halaman Facebook mereka dan menonton resipi serta video tutorial baking yang mereka siarkan.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: 6, Jalan 6/38d, Taman Sri Sinar, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Facebook: TINY TOWN Bakery and Ingredients House
Laman web10. Tip Top Baking


Tiptop Baking ialah salah satu kedai bekalan bakeri terbaik di Kuala Lumpur. Ia sama seperti kedai bekalan bakeri lain di Selangor yang menawarkan banyak alat dan instrumen pembakar yang berkualiti baik seperti dulang kek dan juga pemotong aising. Selain itu, kedai ini juga menyiarkan bahan-bahan baking atau pastri mereka di Facebook dan juga Instagram untuk capaian pelanggan yang lebih ramai.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: 28, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Instagram: @tiptopbaking
Facebook: Tip Top Baking
Laman web11. Quality Bakers Concept Store


Quality Bakers Concept Store terletak di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Walaupun ia lebih kecil daripada kedai bekalan bakeri yang lain, kedai ini mempunyai pelbagai bahan baking, perkakas dan instrumen yang besar selain mencukupi untuk menampung keperluan ramai orang. Harga produk dan bahan baking pula tidaklah terlalu mahal, terutamanya mentega. Harga mentega murah dan boleh didapati dengan mudah.
Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.00 pagi-7.00 petang), Ahad (9.00 pagi- 6.00 petang)
Alamat: No.57, Jalan Kampung Pandan, Jalan 3/76d, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur
Instagram: @qualitybakers
Facebook: Quality Bakers Concept Store
Laman webDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.