10 Gim Terbaik di Sarawak 2023

Seseorang boleh mendapat banyak faedah daripada bersenam di gim dan bukannya bersenam bersendirian di dalam rumah yang selesa. Sebagai contoh, di gim, anda mempunyai mesin dan peralatan yang sesuai untuk bekerja pada badan anda, terutamanya apabila anda merancang untuk membina otot dengan berkesan. Mesin dan peralatan ini tidak murah, jadi anda boleh datang ke gim kerana gim menawarkan alternatif untuk anda menggunakan peralatan tersebut dengan mudah dan berpatutan.

Selain itu, apabila anda pergi ke gim, anda dikelilingi oleh orang yang bekerja keras, bersedia untuk mengubah diri mereka menjadi lebih sihat. Jadi, apabila anda berada dalam persekitaran sebegini, ia boleh memberi dorongan yang hebat untuk anda terus bersenam dan tidak berputus asa. Lagipun, pergi ke gim memang bagus. Ia bagus untuk badan, minda dan kesejahteraan anda secara keseluruhannya.

Berhenti menjadi ‘couch potato’ dan buat perubahan yang sihat yang akan memberi kesan positif kepada kehidupan anda dalam jangka masa panjang. Dan cara untuk meningkatkan kecergasan adalah dengan bersenam di salah sebuah daripada 10 gim terbaik di Sarawak 2023 ini.

Saya Tidak Tahu Menggunakan Peralatan Di Gim. Apa Perlu Saya Buat?

Jangan risau. Anda boleh meminta kakitangan untuk memberi tunjuk ajar dan membantu anda tentang cara penggunaan setiap peralatan yang disertakan di sana. Sebenarnya, adalah lebih baik untuk meminta bantuan kakitangan supaya kecederaan yang tidak diingini dapat dielakkan dan anda boleh mendapatkan gambaran tentang cara peralatan tertentu berfungsi. Sesetengah gim juga menawarkan latihan peribadi, yang mana jurulatih akan bekerjasama dengan anda. Penjelasan menyeluruh tentang jenis senaman dan peralatan gim yang akan digunakan diberikan semasa latihan peribadi ini. Ia mungkin sedikit mahal, tetapi ia masih merupakan pelaburan yang baik jika anda ingin serius tentang kecergasan.

Adakah Gim Menawarkan Program Kesihatan Lain?

Ya! Banyak gim di Sarawak menawarkan pelanggan pelbagai program kecergasan seperti Zumba, latihan HIIT, angkat berat dan banyak lagi. Anda hanya perlu mencari gim untuk sertai program kecergasan mereka.

10 Gim Terbaik di Sarawak 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Level Up Fitness Xpress

Level-Up-Fitness-Xpress-
Kredit Gambar: Level Up Fitness Xpress Facebook
Level-Up-Fitness-Xpress
Kredit Gambar: Level Up Fitness Xpress Facebook

Adakah anda memerlukan gim untuk bersenam? Anda tidak perlu mencari lagi! Kunjungi Level Up Fitness Xpress di Kuching sekarang! Mereka mempunyai mesin gim yang serba lengkap dan kakitangan yang membantu anda. Segalanya di sini untuk memudahkan senaman anda. Selain itu, gim ini dibuka 24 jam pada setiap hari, sekali gus sesuai buat mereka yang tidak boleh ke gim pada waktu-waktu tertentu. Bersenam adalah gaya hidup, jadi pergi ke Level Up Fitness Xpress pada bila-bila masa untuk bersenam.

Waktu Operasi: Sentiasa buka

Alamat: 2nd Floor, EverRise BDC, 4271, Jalan Stutong, Taman Bdc Stampin, 93350 Kuching, Sarawak

No. Telefon082-546775

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/luf24hr/?ref=page_internal

Instagram: https://www.instagram.com/levelupfitness.MY/

semak laman web di sini

2. FJ Gym & Fitness Centre

FJ-Gym-Fitness-Centre-
Kredit Gambar: Town Square Bintulu Facebook
FJ-Gym-Fitness-Centre-
Kredit Gambar: Faisal Nasir

FJ Gym & Fitness Centre merupakan pilihan yang tepat untuk senaman gim harian anda. Di sini, anda boleh mempunyai persekitaran yang kondusif untuk pengalaman senaman yang optimum, di mana peralatan kecergasan adalah yang terbaik. Selain itu, anda juga boleh mempunyai jurulatih untuk membantu anda semasa bersenam. Apa lagi yang anda mahukan? Semuanya tersedia di sini!

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 8457, 1st Floor & 2nd Floor, Sublot Town Square, 5, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak

No. Telefon014-680 6032

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/fjgym/?hl=en

3. Lifestyle Gym

Lifestyle-Gym-
Kredit Gambar: Lifestyle Gym Facebook
Lifestyle-Gym
Kredit Gambar: Lifestyle Gym Facebook

Tidak kira sama ada anda seorang yang profesional atau baru di gim, Lifestyle Gym dapat memenuhi keperluan semua orang. Ia mempunyai peralatan latihan yang sangat baik dan kakitangan yang sedia membantu anda. Jadi, anda boleh menikmati senaman anda dengan tenang dan santai. Harga yang ditawarkan pula adalah berpatutan. Selain itu, Lifestyle Gym mempunyai studio berasingan untuk kelas seperti Zumba, latihan HIIT dan Tabata. Sungguh menarik!

Waktu Operasi:
8:30 pagi – 9:30 malam (Isnin – Sabtu)
9:00 pagi – 7:00 petang (Ahad)

Alamat: 1B, 21, Jalan Tong Sang, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

No. Telefon011-55087022

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/lifestylegymsibu/

Instagram: https://www.instagram.com/lifestylegymsibu/?hl=en

4. Angelus Fitness 

Angelus-Fitness-
Kredit Gambar: Azizi Jennis
Angelus-Fitness-
Kredit Gambar: Rashid Salaiman

Di Angelus Fitness, senaman anda akan menjadi hebat kerana peralatan gim adalah mencukupi dan dalam keadaan baik. Selain itu, mereka juga mempunyai pekerja yang berpengetahuan dan sedia membantu anda apabila anda memerlukannya. Terdapat juga kelas kecergasan lain untuk disertai bagi mereka yang berminat. Salah satunya adalah kelas Zumba. Tambahan pula, gim ini agak luas serta mempunyai ruang yang sangat baik untuk bersenam tanpa rasa terlalu tertutup.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
12:00 tengah hari – 8:00 malam (Ahad)

Alamat: Lot 13980, Sub Lot 5 3, Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak

No. Telefon082-363985

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/angelusfitnessmsia

Instagram: https://www.instagram.com/angelus_fitness/?hl=en

5. I-Gym Fitness 

I-Gym-Fitness-
Kredit Gambar: I-Gym Fitness Facebook
I-Gym-Fitness-
Kredit Gambar: I-Gym Fitness Facebook

Bagus dan lengkap, berpatutan dan tersedia, I-Gym Fitness adalah pilihan yang sesuai untuk anda bersenam. Gim ini menawarkan semua yang anda perlukan untuk bersenam dengan berkesan dan sihat. Selain daripada menyediakan kemudahan gim asas seperti loker kepada pelanggan, ia juga mempunyai sauna. Wah, sungguh mengagumkan! Marilah berkunjung ke gim ini sekarang!

Waktu Operasi: 7:30 pagi – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 2303 1st Floor BDA, Jln Abang Galau, Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

No. Telefon086-331297

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/igymfitnessbtu

6. Solid Gym 

Solid-Gym-
Kredit Gambar: Solid Gym Facebook
Solid-Gym-
Kredit Gambar: Eric Tiong

Apabila anda mencari dalam talian untuk gim yang bagus untuk dikunjungi, kemungkinan Solid Gym di Sibu akan muncul dalam cadangan anda. Kalau anda hendak tahu, ramai pengunjung yang meninggalkan ulasan positif tentang gim ini! Selain itu, mereka juga mempunyai ramai pengunjung setia yang sentiasa berkunjung ke sini untuk bersenam. Solid Gym menawarkan kemudahan dan fasiliti yang hebat untuk keperluan senaman anda. Apa tunggu lagi, kunjungi Solid Gym sekarang!

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 8:30 malam (Setiap hari)

Alamat: No.8, 2nd Floor, 1, Jln Tapang Timur, Kampung Nangka, 96000 Sibu, Sarawak

No. Telefon011-3106 8789

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Solid-Gym/100057189980835/

7. 360 Fitness Gym Centre 

-Fitness-Gym-Centre-
Kredit Gambar: 360 Fitness Gym Centre MIRI Facebook
-Fitness-Gym-Centre-
Kredit Gambar: 360 Fitness Gym Centre MIRI Facebook

Seperti yang dikatakan ramai, “360 Fitness Gym Centre adalah salah satu gim terbaik yang boleh anda kunjungi di Miri!”, dan mereka betul. Di sini, anda mempunyai semua yang anda perlukan untuk rejimen senaman anda. Anda hendak melakukan kardio? Anda hendak membina badan? Lawatilah 360 Fitness Gym Centre sekarang. 360 Fitness Gym Centre memang terbaik!

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alaamt: Lot 1627, 2nd  Flr, Blk 6, KBLD, Permy Technology Park, Permyjaya Miri, EMART Tudan, 98000 Miri, Sarawak

No. Telefon085-622928

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/pages/category/gym/360-Fitness-Gym-Centre-MIRI

semak laman web di sini

8. Maximus Gym & Fitness 

Maximus-Gym-Fitness
Kredit Gambar: Maximus Gym and Fitness Facebook
Maximus-Gym-Fitness-
Kredit Gambar: Maximus Gym and Fitness Facebook

Ramai orang tidak pergi ke gim kerana harganya mahal. Oh, tidak! Di Maximus Gym & Fitness, tanggapan ini tidak relevan sama sekali kerana mereka memberikan harga yang berpatutan apabila anda berkunjung ke sini untuk bersenam, tidak kiralah sama ada anda ‘walk-in’ atau melalui keahlian. Bersenam di sini adalah menakjubkan kerana peralatan bersenam berada dalam keadaan baik. Selain itu, jika anda mahukan sesi latihan peribadi, Maximus Gym & Fitness juga menyediakannya!

Waktu Operasi:
7:00 pagi – 9:30 malam (Isnin – Jumaat)
8:00 pagi – 9:30 malam (Sabtu)
8:00 pagi – 7:30 petang (Ahad)

Alamat: First Floor 1 Lot 5494, SL 20, Jalan Batu Kawa D’Public Square Commercial Centre, 93250 Kuching, Sarawak

No. Telefon011-21892869

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/Maximus-Gym-and-Fitness/100063690068079/

9. Elevate Fitness 

Elevate-Fitness-
Kredit Gambar: Elevate Fitness Facebook
Elevate-Fitness-
Kredit Gambar: Elevate Fitness Facebook

Ruang untuk bersenam di Elevate Fitness adalah luas dan besar. Jadi, anda tidak mempunyai sebarang masalah atau bersesak dengan pelanggan lain ketika hendak bersenam. Selain menyediakan mesin gim yang hebat, Elevate Fitness juga menawarkan kelas untuk latihan berfungsi, angkat berat, ‘powerlifting’, kardio dan gimnastik. Sesungguhnya, seperti namanya, gim ini sesuai untuk meningkatkan kecergasan anda.

Waktu Operasi:
6:30 pagi – 7:30 petang (Isnin, Rabu, Jumaat)
10:30 pagi – 7:30 petang (Selasa, Khamis, Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: Lot 774, Jln. Riam, 98000 Miri, Malaysia 

No. Telefon014-3547357

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/elevatefitness.miri

Instagram: https://www.instagram.com/elevatefitness.miri/?hl=en

10. Jack Fitness Gym

Jack-Fitness-Gym-
Kredit Gambar: Jack Fitness Gym Facebook
Jack-Fitness-Gym
Kredit Gambar: Jackson Kon

Kualiti? Profesionalisme? Kos yang berpatutan? Semua ciri-ciri positif ini boleh dicapai dengan mudah apabila anda melawat Jack Fitness Gym di Bintulu. Oleh sebab itu, ramai orang yang gemar berkunjung ke gim ini. Dengan semua ciri yang disebutkan, anda boleh lakukan senaman anda yang seterusnya di Jack Fitness Gym sekarang!

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: BCM Commercial Center, Jack Fitness Gym, Shop Lot 51 & 52, 2nd Floor, Jalan Johari Sunam, 97000 Bintulu, Sarawak

No. Telefon014-6766733 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/jackfitnessgym/


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close