Anda sentiasa sibuk sehinggakan anda sukar unutk tidur kerana memikirkan banyak perkara. Kebetulan topeng mata kegemaran anda hilang entah ke mana. Badan anda berasa sakit kerana terpaksa menanggung tekanan secara berterusan tatkala menyiapkan tugas yang diberikan. Walaupun anda mungkin menjalani kehidupan yang sibuk dalam dunia yang serba pantas ini, jangan lupa untuk berehat dan luangkan sedikit masa untuk beriadah dan bersantai. Hidup kita tidak akan menjadi berkualiti jika kita tidak berehat apabila letih atau lelah. Kadang-kadang, apabila kita berada dalam senario sedemikian, urutan boleh membantu anda dalam banyak cara.
Kita boleh menikmati banyak kelebihan melalui urutan seperti seperti mengurangkan tekanan dan kebimbangan, mengurangkan sakit otot, memulihkan tenaga dan banyak lagi. Jadi, pada waktu sibuk ini, luangkan masa untuk memanjakan diri anda. Hubungilah salah satu daripada 10 pusat spa urut terbaik di Sabah 2023 ini untuk merawat diri anda kerana anda berhak mendapatkannya.
Adakah Saya Perlu Membuka Pakaian Ketika Membuat Urutan Seluruh Badan?
Jawapannya tidak. Setiap orang berhak untuk berasa selesa terutama apabila mereka berurut. Jika anda tidak mahu mendedahkan kulit secara keseluruhan, anda boleh memberitahu kepada tukang urut tersebut. Mereka memahami hal ini dan akan memberikan cadangan yang sesuai kepada anda.
Adakah Pusat Urut Menawarkan Perkhidmatan Yang Mahal?
Sesetengah pusat urut menawarkan harga perkhidmatan yang tinggi, terutama pusat urut yang mewah. Namun begitu, ada juga pusat urut di Sabah yang menawarkan perkhidmatan yang berpatutuan. Jadi, anda boleh mendapatkan perkhidmatan mereka tanpa perlu berbelanja lebih.
10 Pusat Spa Urut Terbaik di Sabah 2023
1. Eden Reflexology Centre
Urat tersimpul boleh membuatkan anda tidak selesa serta menghalang anda daripada bergerak dengan bebas. Mujurlah Eden Reflexology Centre sedia membantu. Pusat urut ini beroleh banyak ulasan posiitif daripada pelanggannya yang terdahulu. Hal ini kerana mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Pusat urut ini mempunyai tukang urut yang profesional dan berpengalaman dalam bidang ini. Selain memberikan urutan yang memuaskan, persekitaran pusat ini juga selesa dan santai. Jadi, berkunjunglah ke pusat urut ini.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lorong Api – Api 2 Block 3 Lot 18 Ground Floor or Level 1, Api-api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 017-8321878
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/EdenReflexologyCentre/
Instagram: https://www.instagram.com/edenreflexologycentre/
semak laman web di sini2. Tiya Spa & Reflexology
Apakah jenis urutan yang anda cari? Gaya Bali, gaya Thai atau urutan tradisional? Tidak kira apa yang anda fikir, Tiya Spa & Reflexology menyediakan 3 urutan ini dengan sempurna. Selain itu, suasana santai menanti anda di sini. Apa yang anda perlukan adalah melawat Tiya Spa & Reflexology sekarang.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 12:30 malam (Setiap hari)
Alamat: 1st Floor, Lot 72, Block L, KK Time Squares, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 011-10503388
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/tiyaspa/
Instagram: https://www.instagram.com/tiyaspa/
3. Kama’a Rejuvenation & Wellbeing Spa
Kama’a Rejuvenation & Wellbeing Spa beroperasi sejak 2009 dan merupakan salah satu pusat spa urut yang terkenal di Kota Kinabalu. Penduduk tempatan dan pelancong amat menyukai tempat ini kerana mereka menawarkan pengalaman refleksologi yang tidak dapat dilupakan. Di sini, tukang urut berpengalaman akan memberikan urutan terbaik Timur dan Barat untuk memulihkan badan anda yang tegang dan sakit.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 3-32, 3rd Floor Car Park, Star City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-448098
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/KamaSpaSabah
Instagram: https://www.instagram.com/kama_spa/
semak laman web di sini4. Ventus Spa Massage & Beauty Centre
Ventus Spa Massage & Beauty Centre menawarkan perkhidmatan berurut yang memuaskan untuk anda. Anda boleh membuat temu janji di sini untuk menikmati sesi urutan yang santai dan tenang. Percayalah, anda akan berseronok di sini. Ramai pelanggan terdahulu berkongsi tentnag pengalaman mereka yang memuaskan sewaktu berkunjung ke sini. Tukang urut mereka sangat prihatin dan berpengalaman. Mereka akan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda. Selain itu, Ventus Spa Massage & Beauty Centre juga menawarkan perkhidmatan kecantikan untuk mereka yang memerlukannya.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:55 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot G-49 Ground Floor, Asia City Complex, Jalan Asia City, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 012-8172166
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ventusspa
semak laman web di sini5. Crystal Reflexology & Nail Centre
Sesetengah orang tidak pergi ke pusat urut kerana beranggapan ia mahal. Namun begitu, tidak semua pusat urut mahal. Anda boleh berkunjung ke Crystal Reflexology & Nail Centre kerana mereka menawarkan perkhidmatan berurut yang memuaskan pada harga yang berpatutan. Ramai pelanggan yang suka mendapatkan urutan kaki di sini. Selain itu, mereka juga menawarkan urutan aromaterapi, bekam dan rawatan kecantikan bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)
Alamat: No.110, Block HS12, Ground Floor, Harbour Square, 90000 Sandakan, Sabah
No. Telefon: 089-201788
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. ZEN Borneo Reflexology
Keseimbangan adalah perkara yang penting dalam kehidupan kita. Jika kehidupan tidak seimbang, kita akan berasa tertekan. Oleh sebab itu, ZEN Borneo Reflexology menawarkan urutan yang santai dan tenang bagi mengimbangi badan dan persekitaran anda. Apabila anda menerima urutan di sini, anda akan berasa selesa dan lega kerana sengal / sakit badan anda hilang.
Waktu Operasi: 12:30 tengah hari – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 2-1, Second Floor, Asia City Complex, Jalan Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 016-8128055
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ZenBorneoReflexology/?ref=page_internal
Instagram: https://www.instagram.com/zenborneo.spa/
7. Bali-Bali Massage & Therapy
Di Bali-Bali Massage & Therapy, anda akan mendapat urutan asli Bali yang selalu anda impikan. Kunjungan ke sini pasti memberikan anda kepuasan selepas minggu yang panjang dan sibuk. Anda boleh menempah janji temu dengan Bali-Bali Massage & Therapy dan menikmati sesi urutan yang mereka tawarkan dengan santai.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)
Alamat: B-G-3a, Riverson@Sembulan, Off Jalan, Jalan Coastal, 88100 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 017-8111195
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/balibalimassageandtherapy/
Instagram: https://www.instagram.com/balibalimassageandtherapy/
semak laman web di sini8. Sogob Traditional Therapy
Jika anda bertanya kepada penduduk Tuaran di mana tempat berurut yang bagus, rata-rata mereka akan mencadangkan Sogob Traditional Therapy kepada anda. Ini kerana tempat urut ini mempunyai segalanya, daripada tukang urut yang berpengalaman sehinggalah kepada bilik yang selesa dan harga yang berpatutan untuk setiap sesi. Sogob Traditional Therapy merupakan salah satu tempat berurut terbaik untuk dikunjungi di Tuaran. Tempat ini juga menawarkan rawatan kecantikan buat pelanggannya.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 9:00 malam (Ahad – Khamis)
9:00 pagi – 5:00 petang (Jumaat)
Tutup (Sabtu)
Alamat: Lot 62, block H, 1st Floor, Lorong CKS Plaza, Kg.Tutoh, 88400 Tuaran, Sabah
No. Telefon: 011-70714760 & 014-6482411
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://ms-my.facebook.com/MassageBeautySaloonSogobCKS
Instagram: https://www.instagram.com/sogob_traditional_therapycks/
semak laman web di sini9. Thai Odyssey
Thai Odyssey terletak di D’Junction Square di Jalan Penampang, Kota Kinabalu. Mereka bersedia memberikan anda pengalaman urutan yang luar biasa ketika anda mengunjungi tempat ini. Tahi Odessey menawarkan pelbagai urutan seperti urutan terapi aromterapi, urutan tradisional Thai dan banyak lagi. Mereka memiliki kakitangan yang berpengalaman dalam bidang ini dan anda akan boleh tertidur ketika menerima urutan daripada mereka. Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungilah Thai Odyssey.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 1st Floor, Lot D, D’Junction Square, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah
No. Telefon: 088-703332
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ThaiOdyssey/?ref=page_internal
Instagram: https://www.instagram.com/thaiodyssey/
semak laman web di sini10. Great Comfort Massage & Spa Centre
Adakah badan anda sakit atau tegang akibat tekanan kerja? Jangan risau, kerana Great Comfort Massage & Spa Centre akan membantu menyelesaikan masalah ini dalam sekelip mata sahaja. Mereka mempunyai tukang urut berpengalaman dan bilik yang selesa untuk sesi urutan anda. Jadi, anda akan dapat menikmati sesi urutan anda dengan santai di sini.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 27-28, Datun Commercial Complex, Jalan Masak, 89000 Keningau, Sabah
No. Telefon: 019-6243288
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Great-Comfort-Massage-Spa-Centre
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.