Rawatan estetik adalah prosedur bukan pembedahan yang direka untuk membalikkan atau memperlahankan tanda-tanda penuaan, meremajakan dan menyegarkan kulit. Rawatan yang paling popular ialah suntikan Botox dan ‘dermal filler’. Suntikan ini boleh digunakan pada muka serta badan, dan kawasan yang paling biasa ialah pipi, dahi, dan leher. Semuanya untuk meremajakan, menggebukan dan menyegarkan kulit.
Doktor estetik di klinik estetik menjalankan prosedur bukan invasif dan invasif minima yang juga termasuk pengelupasan kimia, pelbagai laser dan program penurunan berat badan. Bidang tumpuan mereka ialah meremajakan kulit yang tua atau rosak seperti kedutan, tidak tegang, kulit kendur, jerawat, rosacea, dan gangguan pigmentasi seperti melasma. Anda mahu melawat klinik estetik di Kuala Lumpur atau Selangor? Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 20 klinik estetik terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.
Apakah Manfaat yang Diperolehi dengan Menggabungkan Rawatan Estetik?
Menurut The Skin and Wellbeing Clinic, penggabungan rawatan estetik boleh menjadi amat berkesan apabila dilakukan oleh seorang pengamal estetik yang mahir. Pendekatan ini melibatkan penggunaan beberapa rawatan secara serentak untuk meningkatkan hasil yang diinginkan. Pengabungkan terapi ini menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini kerana ia disebabkan oleh pelbagai manfaat yang diperolehi melalui proses ini. Selain itu, pendekatan ini dapat membantu meningkatkan hasil dan menjimatkan masa serta masa pemulihan.
1. Meningkatkan Hasil Estetik
Penggabungan pelbagai rawatan estetik boleh meningkatkan hasil rawatan secara menyeluruh dan memberikan kesan yang lebih tahan lama. Contohnya, penggabungan dermaplaning dan chemical peel atau rawatan laser dengan chemical peel boleh meningkatkan tekstur kulit, mengurangkan garis halus, dan mencipta penampilan yang lebih muda. Selain itu, pendekatan ini membolehkan rawatan yang disesuiakan mengikut keperluan individu mencapai hasil yang diimpikan.
2. Mengurangkan Kos Dan Masa Pemulihan
Penggabungan rawatan estetik menawarkan manfaat tambahan, termasuklah mengurangkan kos dan masa pemulihan. Ia juga menjimatkan kos perjalanan dan yuran perundingan. Apabila anda menjalani beberapa prosedur secara sekali gus, ia membolehkan masa pemulihan berjalan serentak dan memberikan anda hasil yang diinginkan.
Apakah Penjagaan Yang Boleh Dilakukan Selepas Anda Membuat Rawatan Estetik?
Selepas menjalani rawatan estetik, adalah penting untuk mengikuti penjagaan selepas yang sewajarnya untuk memaksimumkan hasil dan mengurangkan ketidakselesaan atau komplikasi yang mungkin berlaku. Berikut adalah beberapa garis panduan penjagaan selepas anda membuat rawatan estetik:
Jenis Rawatan | Penjagaan Selepas Rawatan |
Dermal Fillers | – Jangan bersolek untuk 12 jam – Elak pancaran matahari dan sauna untuk 2 minggu – Jangan urut bahagian (kawasan yang menerima rawatan) untuk 2 -3 hari. – Jangan merokok selepas rawatan – Elak mengambil minuman keras secara berlebihan – Ambil paracetamol jika anda berasa sakit (elak ambil ibuprofen atau aspirin) – Jangan lakukan aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh– Tidur dengan posisi terlentang pada malam selepas anda menjalani prosedur |
Botox | -Lakukan senaman muka secara perlahan – Berehat sepanjang hari selepas rawatan – Jangan sentuh, gosok, atau tekan kawasan yang dirawat – Hindari pengambilan alkohol – Jangan tidur pada kawasan yang dirawat – Jangan kenakan solekan selama satu hari |
Rawatan Laser Resurfacing | – Hindari terkena pancaran matahari– Bersihkan kawasan yang dirawat dengan lembut– Sentiasa lembapkan kulit anda– Tidur dalam keadaan berbaring terlentang– Tunggu sehingga kulit sepenuhnya pulih sebelum mengenakan solekan– Gunakan kompres sejuk untuk mengurangkan pembengkakan |
Rawatan Kulit | – Elakkan menyentuh kawasan yang dirawat sekurang-kurangnya 4 jam– Jangan mengenakan solekan sekurang-kurangnya 24 jam– Hindari sinaran matahari dan sauna selama 2 minggu selepas rawatan– Elak guna produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan aktif– Jangan melakukan aktiviti yang menyebabkan anda berpeluh– Minum banyak air |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk penjagaan wajah yang berkualiti, anda boleh membaca artikel di bawah:
1. Produk Penjagaan Wajah Premium di Malaysia
2. Toner Premium Terbaik di Malaysia
3. Pelembap Berkualiti dan Terbaik di Malaysia
20 Klinik Estetik Terbaik di KL & Selangor 2023
1. Dr. A Clinic
Nikmati perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan dengan penjagaan pakar di Dr. A Clinic. Di sini, anda dapat menemui rawatan yang disesuaikan untuk masalah anda dengan berkesan.
Dr. A Clinic mahu memberikan pengalaman yang istimewa kepada anda dalam Perubatan Estetik, Penyakit Kulit, Kesejahteraan Am, Perubatan Regeneratif, dan Peremajaan Wanita. Klinik ini berbangga dengan komitmennya untuk menggunakan peralatan dan produk yang diluluskan oleh FDA terkini. Semua peralatan dan produk ini dikendalikan secara eksklusif oleh pasukan doktor yang sangat berpengalaman dalam memahami pelbagai masalah kulit yang dialami oleh anda. Melalui rawatan yang disesuaikan dan ditawarkan di klinik ini, ia dapat memberikan anda hasil yang diinginkan dan berkekalan.
Anda dijemput untuk menikmati rawatan estetik yang sangat berkesan di Dr. A Clinic. Kecantikan anda akan menjadi semakin menyerlah dan anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)
Alamat: -G-2 & A-G-3, Menara Glomac Damansara, Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon Pejabat: 603-7733 3391
No. WhatsApp: 018-389 3321
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
SEMAK INFO DI WHATSAPP SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Bella Clinic
Klinik Bella adalah penyedia perkhidmatan estetik untuk wajah, badan dan rambut melalui gabungan sains perubatan dan seni halus yang dijalankan oleh doktor yang berpengalaman seperti Dr Cassandra dan Dr Guan. Mereka percaya bahawa setiap orang berhak untuk menjadi cantik dari dalam dan luar. Semua ini termasuklah dari segi kesihatan, kesejahteraan dan kecergasan para pelanggan. Selain itu, mereka pakar dalam pembentukan semula wajah, anti-penuaan serta meningkatkan kualiti kulit para pelanggan agar lebih cantik dan tampak yakin. Semua rawatan ini menggunakan pengetahuan berasaskan bukti tentang jenis kulit Asia dan struktur muka.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu), Ahad (tutup)
Alamat: 16, Jalan Radin Bagus, Bandar Baru, 57000 Sri Petaling, Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9547 9628
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/bellaclinicmy/
Instagram: https://www.instagram.com/bellaclinicmy/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Premier Clinic @ Puchong
Premier Clinic berbangga menjadi salah satu klinik estetik terkemuka di Malaysia. Premier Clinic percaya bahawa semua individu adalah cantik dan mereka mahu menonjolkan kecantikan dalaman anda. Dr. Michelle Lai memegang lesen yang sah dalam perubatan estetik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH). Beliau berusaha untuk menyediakan penjagaan perubatan estetik yang canggih dan meningkatkan keyakinan pesakit mereka. Tidak kiralah sama ada anda memerlukan rawatan ringkas atau rumit, kakitangan professional mereka akan memastikan anda menerima penjagaan estetik terbaik daripada mereka.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Sabtu), Ahad (tutup)
Alamat: G-15, IOI Boulevard, Jalan Kenari 4, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
No. Telefon: 012-662 5552
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Cawangan Lain:
TTDI (Semak Google Review Di Sini)
Bangsar (Semak Google Review Di Sini)
KL City (Semak Google Review Di Sini)
Mont Kiara (Semak Google Review Di Sini)
Facebook: https://www.facebook.com/PremierClinicKL/
Instagram: https://www.instagram.com/premierclinickl/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. CLEO Clinic Aesthetic & Skin Center
CLEO Clinic Aesthetic & Skin Center ditubuhkan oleh Dr Tan Choy Ling. Beliau memiliki Diploma Profesional dalam Perubatan Estetik dari Aesthetic Academy Asia. Falsafah klinik ini adalah untuk meningkatkan keyakinan dan kecantikan semula jadi anda dengan prosedur Estetik yang telah terbukti secara perubatan. Rawatan ‘signature’ mereka termasuk ‘nose thread lift’, ‘face thread lift’, ‘HIFU facelift’, ‘dermal filler’, rawatan menghilangkan jerawat dan rawatan rambut gugur. Mereka berusaha untuk memberikan penyelesaian terbaik kepada semua masalah pelanggan dan mencapai hasil yang diinginkan.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
10:00 pagi – 4:00 petang (Ahad)
Alamat: 14, Jalan 30/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 010-252 1883
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/cleoclinicmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/clinic_cleo/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. ME Clinic @ Berjaya Times Square
ME Clinic menyediakan kemudahan moden berasaskan bukti dan perkhidmatan medispa untuk memenuhi keinginan estetik anda. Ia diuruskan oleh pasukan pengamal Estetik Perubatan, seperti Dr Eric Law dan Dr David Low yang terlatih dan berpengalaman dalam teknik maju bukan invasif dan invasif minimum. Di samping itu, klinik ini dilengkapi dengan teknologi moden yang direka untuk peremajaan dan penambahbaikan wajah secara menyeluruh.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 2:00 petang (Ahad)
Alamat: Lot LG-18, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2143 3866
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Cawangan Lain: Melawati Mall (Google Review Di Sini)
Facebook: https://www.facebook.com/meclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/meclinicmalaysia/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. DV Signature Clinic by Da Vinci Medical @ Cheras
DV Signature Clinic by Da Vinci Medical mengubah penampilan anda dengan menggunakan prosedur estetik untuk memperbetulkan elemen-elemen kecil yang membataskan potensi kecantikan anda. Klinik ini berusaha memberi setiap pesakit penampilan yang mereka inginkan dengan perkhidmatan yang disediakan. Dr Tristan adalah seorang doktor estetik yang diakreditasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau pakar dalam dermatologi laser, suntikan, face-sculpting, body contouring dan rawatan anti-penuaan.
Waktu Operasi:
10:00 – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
Ahad (tutup)
Alamat: 104, Jalan Cerdas, Taman Connaught, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-9101 8288
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Cawangan Lain:
Mid Valley (Semak Google Review Di Sini)
Kepong (Semak Google Review Di Sini)
Bukit Jalil (Semak Google Review Di Sini)
Facebook: https://www.facebook.com/davinciclinicmy/
Instagram: https://www.instagram.com/davinci.clinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Clinic RX @ Bangsar
Clinic RX mahu memberi peluang kepada setiap individu untuk kelihatan terbaik pada setiap peringkat kehidupan mereka. Kakitangan mereka akan membantu anda menonjolkan kecantikan dalaman anda dan mengembalikan keremajaan kulit melalui pelbagai rawatan estetik dan kosmetik yang berkualiti tinggi. Melalui rawatan estetik dan teknologi Korea, anda akan mendapat hasil yang diinginkan. Dr Lee Kin Hung mempunyai Ijazah Sarjana Perubatan dan Ijazah Sarjana Bedah. Beliau berpengalaman dan pakar dalam memberikan rawatan kecantikan yang bebas daripada rasa sakit dan meminimakan masa pemulihan para pesakit beliau.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
Ahad (tutup)
Alamat: 43, Jalan Maarof Wisma TTGU Ground Floor, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 010-210 3921
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Cawangan Lain:
Puchong (Semak Google Review Di Sini)
Desa Park City (Semak Google Review Di Sini)
Cheras (Semak Google Review Di Sini)
Bangi (Semak Google Review Di Sini)
8. The Lush Clinic
Pasukan Lush di The Lush Clinic percaya bahawa semua pelanggan mereka adalah unik dan patut diberi perhatian sepenuhnya melalui rawatan yang bersesuaian. Pendekatan holistik adalah keutamaan mereka dalam menyempurnakan perpaduan seni estetik dan sains kesihatan umum. Di sini, doktor yang berdedikasi dan berpengalaman, seperti Dr Hwong Giin Shing, M.D., akan mencipta pelbagai rawatan yang disesuaikan melalui perbincangan teliti bersama pesakit tentang masalah dermatologi dan kebimbangan yang mereka hadapi.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Selasa – Jumaat)
10:00 pagi – 4:00 petang (Hari minggu)
Isnin (tutup)
Alamat: Lot LG1-12, Arcoris, No.10, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 018-460 0290
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/thelushclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/thelushclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. RJ Clinic @ Ativo Plaza
RJ Clinic ditubuhkan berdasarkan kepercayaan bahawa “Setiap orang berhak untuk cantik”. Untuk memberi anda perkhidmatan terbaik, pasukan mereka dipimpin oleh tiga doktor perunding estetik yang berpengalaman dalam bidang estetik dan kecantikan, iaitu Dr. Renee, Dr. Cheok, dan Dr. Shuyan. Perkhidmatan mereka termasuk face fillers, botox, laser, hair fillers, thread lifts, microdermabrasion, skin peels, dan banyak lagi.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 2:00 petang (Isnin)
10:00 pagi – 7:00 petang (Selasa – Sabtu)
Ahad (tutup)
Alamat: B-F-10, Ativo Plaza, Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 016-924 2200
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Cawangan Lain: Ipoh Road (Google Review Di Sini)
Facebook: https://www.facebook.com/rjaestheticclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/rjaestheticclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI10. Dermlaze Skin Laser Centre
Dermlaze Skin Laser Centre adalah klinik estetik terbaik yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu anda kelihatan lebih cantik. Kini, anda tidak perlu lagi bimbang dengan masalah rambut atau bulu yang tidak diingini kerana mereka menawarkan rawatan penyingkiran bulu kekal dan rawatan penyingkiran bulu laser terkini. Mereka juga pakar dalam merawat parut jerawat dan menjadikan kulit lebih licin dan bersih. Anda ingin mendapatkan bentuk badan yang ideal? Mereka boleh membantu anda mencapai apa yang diinginkan. Percayalah, mereka akan berusaha memberikan yang terbaik untuk anda agar anda berasa cantik dan tampil lebih yakin.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 5:50 petang (Isnin – Sabtu)
Ahad dan Cuti Umum (tutup)
Alamat: 75G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 03-7710 2295
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
SEMAK INFO DI WHATSAPP SEMAK LAMAN WEB DI SINI11. The Retreat Clinic
Dr. Ong Jin Khang adalah seorang doktor yang telah disahkan dalam Perubatan Estetik. Beliau menubuhkan The Retreat Clinic pada tahun 2013. Misi klinik ini adalah untuk memberikan hasil yang diinginkan pesakit secara semula jadi melalui prosedur kosmetik bukan pembedahan. Mereka mahu individu berasa lebih selesa dengan kulit mereka sekali gus meningkatkan tahap keyakinan mereka. Mereka percaya bahawa rawatan yang disesuaikan secara berkesan dapat membantu pesakit mencapai hasil yang terbaik. Selain itu, mereka hanya menggunakan teknik terbaik dan paling selamat untuk mencapai hasil yang anda impikan.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
10:00 pagi – 2:00 petang (Ahad)
Alamat: Ground Floor, 26, Jln Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 011-3302 8232
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/RetreatClinic/
Instagram: https://www.instagram.com/retreatclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI12. GEM Clinic
GEM Clinic mahu meningkatkan kecantikan anda dan membalikkan tanda-tanda penuaan. Mereka mahu membantu pesakit mereka untuk kelihatan lebih mudah dan berasa lebih yakin melalui peningkatan dan rawatan yang diberikan. Di klinik ini, anda akan menemui pasukan doktor yang sangat berkelayakan. Dr. Samuel Wong telah menjalani Latihan Fellowship dalam Pembedahan Kulit & Laser di Bangkok. Dr. Ling Ing Heong pula memiliki sijil dalam Perubatan Estetik (USA), manakala Dr. Khoo Lee Seng telah menyelesaikan Fellowship dalam Mikrosurgery Rekonstruktif di Barcelona, Sepanyol.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)
Alamat: id Valley Megamall, Unit 1-1, Mezzanine, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 012-2004035
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/gemclinicmy/
Instagram: https://www.instagram.com/gemclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI13. Dr Abby Clinic
Dr. Abby Clinic diasaskan oleh Dr. Abby dan merupakan salah satu penerima Letter of Credentialing and Privilege (LCP) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Klinik ini memberikan pendekatan yang unik dalam penyediaan rawatan kulit yang cemerlang dan disesuaikan mengikut pelbagai masalah kulit yang dihadapi oleh pesakit. Selain itu, klinik ini dilengkapi dengan teknologi dermatologi dan estetika terkini untuk merealisasikan impian pesakit bagi mendapat kulit yang diimpikan. Di klinik ini, semua pesakit akan menerima konsultasi secara menyeluruh dan nasihat pakar untuk mendapatkan hasil yang cantik dan semula jadi.
Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:30 petang (Isnin – Jumaat)
Sabtu – Ahad (tutup)
Alamat: A1-01-07, Publika, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 014-669 6772
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/drabbyclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/abbyclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI14. Peters Radiant Clinic
Peters Radiant Clinic percaya bahawa jenis kulit setiap orang adalah berbeza. Oleh itu, mereka menyediakan rawatan yang disesuaikan untuk pelanggan bagi mencapai hasil yang terbaik. Klinik estetik ini menyediakan pelbagai pilihan rawatan untuk membantu pelanggannya meningkatkan dan mengekalkan penampilan mereka. Mereka juga menawarkan konsultasi rawatan estetik percuma tanpa caj tambahan kepada para pelanggan mereka. Selain itu, mereka komited untuk menangani semua kebimbangan anda semasa waktu konsultasi. Di sini, anda akan mengetahui tentang kebaikan dan rawatan mana yang sesuai dengan masalah anda.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 7:00 petang (Sabtu)
9:00 pagi – 1:00 petang (Ahad)
Alamat: No 13, 1, Jln Anggerik Vanilla BE 31/BE, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor
No. Telefon: 03-5131 1909
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/petersradiantclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/petersradiantclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI15. My Bliss Clinic
My Bliss Clinic ditubuhkan oleh Dr. Elson Chee yang merupakan Pengamal Estetik Perubatan. Beliau memegang Letter of Credentialing & Privileging (LCP) yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. My Bliss Clinic menawarkan rangkaian luas bagi perkhidmatan mereka yang merangkumi pelbagai rawatan dan prosedur estetik. Dengan pengetahuan dermatologi yang ada, mereka memastikan bahawa pelanggan yang datang ke klinik ini berpuas hati dengan memilih mereka sebagai pakar estetik. Tambahan pula, rawatan mereka juga telah terbukti secara saintifik untuk meningkatkan dan mengekalkan setiap wajah dan badan pesakit dengan baik.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu), Ahad (tutup)
Alamat: Publika, Lot 1&2, Level G2, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2300 0268
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/myblissclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/myblissclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI16. Xeoul Clinic
Dr. Edmond Ng merupakan Medical Director di Xeoul Clinic. Beliau juga pakar dalam Non-invasive Aesthetic Medicine dan Minimally-invasive aesthetic procedures. Klinik Xeoul adalah klinik estetik yang menyediakan pelbagai rawatan kecantikan untuk melambatkan proses penuaan dengan meningkatkan proses semula jadi kulit dan badan anda. Perkhidmatan estetik yang mereka sediakan adalah Botox, dermal fillers, fractional CO2 laser treatment, non-surgical thread lift, platelet-rich plasma (PRP), Q-Switch NdYaG laser, Profhilo, Exomide atau Exosome, Rejuran Healer, HA Skin Booster, and subcision bagi parut jerawat.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)
Alamat: UG30 Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor
No. Telefon: 012-969 6428
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/xeoulclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/xeoulclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI17. Aessence
Aessence adalah sebuah klinik estetik yang akan membantu anda kelihatan muda melalui rawatan anti-penuaan yang berkesan seperti peremajaan, sel stem, dan regimen perubatan regeneratif. Rawatan ini akan membantu menonjolkan kecantikan dalaman diri anda. Klinik ini mempunyai doktor-doktor yang sangat terlatih dan berbakat, seperti Dr. Chin Shih Choon, yang memegang Sijil Ijazah Sarjana dalam Primary Care Dermatology dari Academy of Family Physicians Malaysia dan juga Dr. Sara Thong yang merupakan graduan Universiti Manipal dengan Ijazah Sarjana Muda dalam perubatan dan pembedahan. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada, pasukan doktor ini akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
Ahad (tutup)
Alamat: D-2-8, Pacific Place, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor
No. Telefon: 018-208 3395
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/aessenceclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI18. Klinik Terry Lee
Klinik Terry Lee dikendalikan oleh Dr. Terry Lee yang merupakan seorang pengamal perubatan estetik yang berpengalaman. Beliau menggunakan kemahiran yang telah dibangunkannya melalui pengalaman bertahun-tahun dan menggunakan teknologi terkini untuk memberikan hasil rawatan yang mengagumkan dan selamat. Klinik estetik ini menyediakan pelbagai rawatan estetik berkualiti tinggi yang disertai dengan program penjagaan kulit individu yang canggih untuk mencapai hasil yang terbaik.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)
Alamat: G-1-10, Plaza Arkadia, No, 3, Jalan Intisari, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur
No. Telefon: 016-523 7438
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/klinikterryleedpc/
Instagram: https://www.instagram.com/klinikterryleedpc/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI19. Signature Clinic
Signature Clinic menawarkan perkhidmatan kecantikan tanpa tandingan sambil menghormati jadual pelanggan mereka yang sibuk. Rawatan mereka yang berkesan dan minimally invasif akan menjadikan anda kelihatan lebih muda dan cantik dalam masa yang singkat. Dato’ Dr. Liow Tiong Sin adalah Pengarah Eksekutif Signature Clinic dan doktor estetik yang terkenal dan berpengalaman lebih dari 2 dekad. Beliau diiktiraf sebagai seorang peneraju dan pemimpin dalam bidang ini menerusi kepakarannya dalam suntikan dan thread lifts. Klinik estetik ini juga menerima pelanggan yang ‘walk-in’ untuk memudahkan urusan mereka.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi- 5:00 petang (Saturday)
Ahad (tutup)
Alamat: Lot L2-19, DC Mall, Damansara City, 6, Jalan Damanlela, 50490 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-2011 1883
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/SignatureClinic/
Instagram: https://www.instagram.com/signatureclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI20. Rachel Chew Clinic
Dr. Rachel Chew adalah pengasas Rachel Chew Clinic yang merupakan sebuah klinik estetik yang ternama di Malaysia. Dengan pengalaman lebih dari 14 tahun, beliau menawarkan perkhidmatan dan perundingan estetik serta pencegahan penuaan. Klinik ini menyediakan pelbagai jenis rawatan estetik perubatan untuk dewasa dan kanak-kanak. Mereka mahu anda mencapai hasil kecantikan semula jadi yang diinginkan pada wajah dan badan anda. Klinik estetik ini menggunakan peralatan dan teknik terkini dari seluruh dunia untuk menyediakan pelbagai prosedur kecantikan dan pencegahan penuaan yang disesuaikan mengikut keperluan individu. Semuanya adalah untuk mengembalikan keremajaan kulit anda.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Sabtu), Ahad (tutup)
Alamat: Solaris Dutamas, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-6201 1000
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/rachelchewclinic/
Instagram: https://www.instagram.com/rachelchewclinic/
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.