Malaysia terkenal dengan kawasan percutian yang memukau. Selain pantai yang bersih dan cantik, Malaysia juga memiliki air terjun yang indah untuk diterokai. Terdapat banyak kawasan air terjun yang boleh anda dan keluarga kunjungi sewaktu hari minggu mahupun pada cuti sekolah yang bakal menjelma tidak lama lagi. Apa kata anda ambil masa ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain?
Boleh dikatakan hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai air terjun yang menarik untuk dikunjungi. Apa yang penting, anda tahu bagaimana untuk mencarinya. Bahkan, ada juga kawasan air terjun yang masih terjaga keindahannya kerana kurang dikunjungi oleh penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara.
Bagaimanakah anda menentukan kawasan air terjun terbaik untuk dikunjungi?
Untuk menentukan kawasan air terjun yang terbaik, anda hanya perlu melayari internet untuk mencari air terjun yang berdekatan dengan anda. Anda perlu mengambil kira masa perjalanan, bajet dan juga lokasi air terjun tersebut. Jika lokasinya berdekatan dengan rumah anda, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa perjalanan malah minyak kereta dan bayaran tol!
Air terjun merupakan salah satu landskap semula jadi yang perlu kita jaga. Jadi, apabila anda menghabiskan masa di sana bersama keluarga atau rakan-rakan, kebersihan tempat tersebut haruslah dijaga. Siapa lagi yang akan menjaga bumi kalau bukan kita? Berikut adalah 12 air terjun menarik di Malaysia untuk anda terokai.
12 Air Terjun Menarik di Malaysia 2023
1. Lata Tebing Tinggi
Lata Tebing Tinggi ini terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari pekan Rantau Panjang. Lokasi ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong luar untuk bersantai pada hujung minggu. Selain itu, terdapat juga persatuan dan pelajar yang mengadakan aktiviti perkhemahan di sini. Antara kemudahan yang tersedia di sini ialah tandas, surau, bilik persalinan dan juga gerai makanan.
Alamat: Lata Tebing Tinggi, 34140 Rantau Panjang, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Taman Eko Rimba Kanching
Air Terjun di Taman Eko Rimba Kanching atau dikenali sebagai Hutan Lipur Kanching ini terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Lokasi destinasi ini cukup terkenal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, lokasi ini mempunyai 7 air terjun. Selain menjadi tumpuan ramai, lokasi ini turut menyediakan kemudahan seperti tandas, bilik persalinan dan juga gerai makanan. Jika anda ke sini untuk berkelah, pastikan anda menjaga makanan anda kerana di sini terdapat monyet liar yang suka mencuri makanan.
Alamat: Air Terjun Kanching, 48000, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Air Terjun Gunung Ledang
Air Terjun Gunung Ledang ini sering menjadi tumpuan ramai kerana airnya kehijauan dan bersih. Ia juga dikenali sebagai air terjun Sagil. Destinasi rekreasi ini terletak di Sagil, Tangkak, Johor. Anda boleh berkunjung ke sini pada hari minggu atau waktu musim cuti sekolah untuk berkelah dan juga mandi-manda bersama keluarga atau rakan-rakan.
Alamat: Gunung Ledang, 84900, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Air Terjun Sungai Chiling
Air terjun ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Untuk sampai ke sini, anda perlu mendaki dan trekking melintasi 6 sungai yang cetek. Air terjun ini menjadi tumpuan golongan muda untuk beriadah dan bersantai pada hujung minggu. Airnya sungguh jernih, bersih dan cantik. Selain itu, anda juga boleh memberi makan kepada ikan di Santuari Sungai Ikan Chiling.
Alamat: Chiling waterfalls, 44000, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Air Terjun Jeram Tinggi Jementah
Air terjun ini berdekatan dengan kawasan Taman Negara Gunung Ledang. Anda boleh ke Air Terjun Jeram yang terletak di Jementah, Segamat jika anda melawat Johor. Air terjun ini merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara. Selain menghayati keindahan air terjun ini, anda juga boleh melihat flora dan fauna di kawasan ini.
Alamat: Hutan Lipur Jeram Tinggi Jementah, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. Air Terjun Maliau Basin
Maliau merupakan sebuah tempat yang terletak di Sabah dan membawa maksud ‘susu atau kelam’. Mengikut bahasa suku kaum Murut, maksud nama air terjun ini merujuk kepada air Sungai Maliau yang berwarna gelap kerana keadaan fosil batuannya. Basin pula membawa maksud ‘tangga gergasi’ yang menunjukkan berapa jumlah tingkat air terjun ini. Jika anda ke Sabah, bolehlah anda berkunjung ke sini.
Alamat: Maliau Basin Conservation Area, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Air Terjun Lata Kinjang
Air Terjun Lata Kinjang terletak kira-kira 18 km dari Tapah, Perak. Anda boleh melihat betapa tingginya air terjun ini ketika menggunakan lebuh raya Utara-Selatan. Oleh sebab itu, air terjun ini diiktiraf sebagai salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Selain menawarkan pemandangan yang memukau, kawasan air terjun ini juga sering menjadi tempat rekreasi penduduk tempatan dan pelancong luar untuk bersantai seperti berkelah, mandi-manda mahupun bergambar.
Alamat: Lata Kinjang, 35300 Chenderiang, Perak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah atau Serendah Waterfall ini terletak di Serendah, daerah Hulu Selangor. Lokasi ini hanya terletak 35 km sahaja dari ibu kota, Kuala Lumpur. Pada hujung minggu ataupun cuti sekolah, kawasan air terjun ini sering menjadi tumpuan keluarga dan anak muda untuk bersantai. Airnya yang cetek menjadikannya selamat untuk kanak-kanak bermandi-manda di sini.
Alamat: Serendah Recreational Waterfall, Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
9. Air Terjun Jerangkang
Air terjun Jerangkang ini terkenal dengan keindahan alam semula jadinya sehingga diberi jolokan ‘Hilton’, ‘Infinity Pool’ dan juga ‘Shang Ri-La’ oleh penduduk tempatan kerana mempamerkan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam yang biru kehijauan. Ia terletak kira-kira 55 km dari Kuantan, Pahang. Di sini, anda boleh melakukan aktiviti abseiling, mandi-manda dan juga berkhemah.
Alamat: Hutan Lipur Eco Rimba Jerangkang, Jalan Paya Rambutan, 26300 Kuantan, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
10. Air Terjun Hutan Lipur Lata Bayu
Air terjun ini terletak di Baling, Kedah, yakni kira-kira 30 km dari Pekan Baling dan 90 km dari bandar Alor Setar. Lokasi rekreasi ini menjadi tumpuan keluarga untuk bermandi-manda dan juga berkelah. Terdapat kemudahan yang disediakan di sini seperti gerai cenderamata, tandas, dan juga kedai makan. Selain itu, anda juga boleh berkhemah dan juga trekking di sini.
Alamat: Air Terjun Lata Bayu, Baling, K715, 09100 Baling, Kedah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
11. Air Terjun Sungai Pisang
Air terjun ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar. Ia juga menjadi tumpuan keluarga dan orang muda untuk aktiviti mandi-manda, BBQ, dan juga team building. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking di sini. Anda akan berasa seronok apabila mencelup badan ke dalam air kerana ia dingin dan menenangkan.
Alamat: Sungai Pisang Waterfall Trailhead, E8, 53100 Batu Caves, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
12. Air Terjun Jelawang
Kalau anda hendak tahu, air terjun ini juga merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara, yakni setinggi 303 meter dan 1,414 kaki dari aras laut. Airnya yang sejuk dan jernih membuatkan anda teruja apabila tiba di sini. Jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda dan meluangkan masa bersama rakan-rakan anda. Oh ya, anda juga boleh melihat haiwan liar di sini seperti gajah Asia, harimau Malaya, seladang dan juga tapir.
Alamat: Jelawang Waterfall, Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.