Siapa yang jarang menonton filem atau drama dari negara Ginseng? Rata-rata semuanya pernah menonton drama atau filem lakonan hebat daripada pelakon-pelakon dari negara tersebut. Kini, bukan sahaja muzik Kpop, bahkan Kdrama juga sudah menjadi antara filem yang bakal menjadi pilihan tontonan umum di hujung minggu.
Bercakap mengenai filem korea, tidak dinafikan bahawa negara ini bijak mempromosikan keunikannya daripada filem atau muzik yang ‘meletup’. Memandangkan hujung minggu semakin hampir, kami akan kongsikan 5 filem korea ‘jiwang’ yang menarik untuk anda tonton. Berikut adalah filemnya:
1. Sweet & Sour

Filem ini mengisahkan sepasang kekasih yang sangat menyayangi pasangannya. Namun selepas si jejaka mendapat kerja di bandar, kedua-duanya jarang bertemu walaupun sudah diaturkan perancangan untuk berjumpa. Lama-kelamaan, hubungan keduanya menjadi rengang. Namun, adakah keduanya kembali bertaut selepas mereka bertemu kembali?
Pelakon: Jang Ki-Young, Chae Soo-Bin, Krystal Jung
2. Be with You

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang duda beranak satu yang telah kematian isterinya. Namun sebelum isterinya meninggal, dia berjanji dia akan kembali apabila musim hujan nanti. Suatu hari, sang isteri muncul di rumah mereka namun tidak mempunyai ingatan. Mereka sekeluarga hidup gembira namun sang isteri terpaksa kembali apabila musim hujan berakhir.
Pelakon: Son Ye-Jin, Sob Ji-Sub
3. New Year Blues

Filem ini mengisahkan 3 cerita dari sudut padang berbeza 3 pasangan. Kisah-kisah yang dipaparkan berkenaan dengan perkahwinan, kepercayaan, cinta dan pengorbanan yang terpaksa dihadapi oleh 6 karakter di dalam filem ini. Pelbagai momen menarik yang dipaparkan untuk mengikat perhatian para penonton untuk menonton sehingga akhir filem.
Pelakon: Yoo In-Na, Sooyoung, Lee Yeon-Hee, Yoo Yeon-Seok, Kim Kang-Woo, Lee Dong-Hwi, Yoo Teo, Chen Duling
4. On Your Wedding Day

Filem ini mengisahkan seorang lelaki menerima kad jemputan perkahwinan daripada cinta pertamanya di sekolah. Deretan filem ini memaparkan momen-momen romantis si jejaka dan si gadis sewaktu melalui zaman sekolah dan sehingga mereka terputus hubungan.
Pelakon: Park Bo-Young, Kim Young-Kwang
5. The Beauty Inside

Seorang lelaki dilahirkan dengan pelbagai personaliti watak yang membuatkan ramai orang sukar mengecamnya. Setiap hari, dia akan menjadi orang lain dan situasi ini tidak dapat dikawalnya. Pada mulanya, dia cuba menjauhkan diri daripada orang ramai kerana faktor keadaannya, namun hatinya mula terpaut akan seorang gadis yang manis senyumannya di kedai perabot. Dapatkah dia menjalinkan hubungan cinta bersama gadis tersebut?
Pelakon: Han Hyo-Joo, Lee Dong-Wook, Lee Jin-Uk, Yoo Yeon-Seok
Nah, ini dia cerita-cerita ‘jiwang’ yang menusuk kalbu. Nikmati hujung minggu anda bersama filem-filem yang menarik ini. Ada tak lagi cerita yang korang nak tahu? Nanti kami akan kongsikan lagi cerita-cerita yang menarik untuk anda. Sementara itu, berseronoklah!
Sumber: Neftlix, Youtube.
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.