‘King’ guna laluan motosikal undang kemarahan netizen

Viral baru-baru ini Perodua Myvi berwarna kuning menceroboh laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke Shah Alam, Selangor. Video klip daripada Tiktok ini telah menjadi perbualan hangat netizen yang prihatin tentang tujuan Perodua Myvi tersebut menggunakan lorong motosikal. Berikut adalah video perkongsian warga Tiktok dan dikongsi oleh Utusantvofficial:

Video ini mengundang pelbagai reaksi netizen kerana perkara sebegini seharusnya tidak berlaku. Ramai yang marah dan terkilan dengan tindakan pemandu Perodua Myvi kuning ini. Namun tidak kurang juga yang membuat analisis mengenai tindakan pemandu kereta ‘King’ ini.

myvi-masuk-lorong-motor-bg
Kredit Gambar: pandulaju.com.my

Antara analisis yang dibuat oleh netizen adalah pemandu Perodua Myvi kuning ini tersilap jalan kerana Lebuhraya Persekutuan tidak sesak dan tiada tol. Ada juga yang mengatakan bahawa pemandu Perodua Myvi kuning ini bukan pengguna biasa Lebuhraya Persekutuan. Selain itu, tidak kurang juga yang berpendapat mungkin susur masuk laluan motosikal yang luas membuatkan pemandu Perodua Myvi keliru dengan laluan kereta. Terdapat pelbagai lagi spekulasi tentang tindakan pemandu Perodua Myvi kuning ini.

Sebelum ini, ada juga insiden sama yang melibatkan Perodua Myvi berwarna putih menggunakan laluan motosikal yang dipercayai dirakam di Lebuhraya Persekutuan pada April lalu. Pada ketika itu, polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi berkenaan yang memandu di laluan motosikal yang dipercayai dirakam di Lebuhraya Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid Petaling Jaya sekitar jam 5.30 petang pada hari Jumaat. Walaupun kejadian ini tidak melibatkan sebarang kemalangan serta kecederaan terhadap pengguna jalan raya yang lain, namun tindakan pemandu Perodua Myvi ini salah di sisi undang-undang. Oleh itu, siasatan masih diteruskan untuk mengesan pemandu Perodua Myvi ini untuk diberikan hukuman setimpal.

1681275
Kredit Gambar: sinarharian.com.my

Kesalahan trafik merupakan salah satu kesalahan yang patut dipandang berat oleh pengguna jalan raya. Dengan adanya sikap ambil cakna, kemalangan jalan raya dapat dikurangkan selain mengurangkan kesesakan jalan raya. Pihak polis mencuba yang terbaik untuk mengesan Perodua Myvi kuning ini untuk dikenakan hukuman atas sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Kembali ke insiden Perodua Myvi putih tadi, pihak polis masih mengesan pemandu Perodua Myvi putih ini dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah tampil ke balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Azri Ibrahim di talian 011- 1222 1914.

myvi
Kredit Gambar: tiktok.com/@utusantvofficial

Menerusi komen netizen di Tiktok, ramai yang menafsir berdasarkan pendapat sendiri. Menurut komen daripada pengguna azim2022, kereta Perodua Myvi kuning ini mungkin kali pertama memasuki jalan (Lebuhraya Persekutuan) ini. Oleh sebab itu, ia tersilap memasuki lorong motosikal. Selain itu, user8629651544118 pula berkata, barangkali GPS tersilap menunjukkan jalan.  Menurut komen daripada yogespalaniappan pula berkata pemandu Perodua Myvi kuning ini barangkali mendapat lesen kedai kopi untuk memandu di jalan raya. Rata-rata yang komen ada juga menunjukkan rasa amarah dan tidak puas hati atas tindakan pemandu kereta ini yang dilihat tidak bertanggung jawab.

Sikap sebegini tidak patut ada dalam diri setiap pengguna jalan raya. Jalan raya adalah kemudahan bersama jadi kita perlulah saling menghormati apabila menggunakannya. Sikap pentingkan diri sendiri akan membawa padah kepada pelakunya. Dalam hal ini,  berkemungkinan juga pemandu Perodua Myvi kuning ini akan dipanggil untuk disoal siasat dan jika didapati bersalah, hukuman bagi kesalahan yang dilakukan bakal diambil tindakan oleh pihak polis atas kesalahan lalu lintas. Apa pendapat anda?

Sumber: sinarharian.com.my / pandulaju.com.my / tiktok.com/@utusantvofficial /

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close