Adalah penting dalam mengekalkan hubungan kekeluargaan yang baik. Melalui perkara ini, anda dapat memberikan kasih sayang dan sokongan kepada setiap ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekaligus merapatkan hubungan yang sedia ada. Salah satu cara terbaik untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan adalah dengan mengambil bahagian dalam aktiviti keluarga bersama-sama seperti melakukan lawatan sehari ke taman air atau zoo.
Aktiviti keluarga boleh mencipta kenangan indah apabila anda mengingatinya kembali. Anda dapat mengenal ahli keluarga anda dengan lebih mendalam semasa melakukan aktiviti atau perjalanan bersama. Terdapat banyak aktiviti keluarga yang boleh anda cuba, jadi teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui aktiviti keluarga terbaik di Melaka.
Adakah Melaka mempunyai aktiviti yang mesra keluarga?
Melaka terkenal dengan sejarah unik dan destinasi pelancongan utama di Malaysia. Negeri ini mempunyai pelbagai jenis aktiviti mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur seperti lawatan ke Zoo Melaka yang menempatkan lebih 500 haiwan dan 150 spesies berbeza dari seluruh dunia. Terdapat juga A Famosa yang merupakan sebahagian daripada kubu Portugis lama di Melaka yang pernah terdiri daripada benteng panjang dan menara utama sewaktu zaman penjajahan Portugis di Melaka.
Anda dan keluarga anda juga boleh berseronok di A’Famosa Safari Wonderland, di mana anda boleh menunggang kuda, unta dan gajah, atau berjalan di tengah-tengah flamingo, rakun dan burung unta. Anda juga boleh mengajak keluarga anda ke Melaka Wonderland Theme Park Resort yang menyediakan pengalaman taman air yang menyeronokkan. Akhir sekali, jangan lupa untuk mencuba makanan tempatan atau membeli beberapa mainan untuk anak-anak anda dari Pasar Malam Jonker Street.
8 Aktiviti Menarik Bersama Keluarga di Melaka 2024
1. Zoo Melaka


Zoo Melaka berkeluasan 22 hektar dan merupakan zoo ke-2 terbesar di Malaysia. Ia merupakan rumah kepada lebih daripada 500 haiwan dan 150 spesies berbeza dari seluruh dunia. Anda dan keluarga anda boleh berinteraksi dengan haiwan dan meneroka Safari Malam yang membolehkan anda melihat haiwan di dalam habitat semula jadi mereka. Keluarga yang mempunyai anak kecil boleh menerokai taman dengan mudah dengan menaiki tren. Kehijauan landskap di zoo juga memberikan kesan simulasi hutan hujan tropika kepada para pengunjung dan haiwan di situ.
Waktu operasi: Isnin-Khamis (10.00 pagi-4.00 petang), Jumaat-Ahad (9.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Malacca
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK INFO DI LAMAN WEB2. A Famosa


A Famosa ialah sebahagian daripada kubu Portugis lama di Melaka yang pernah terdiri daripada benteng panjang dan menara utama. Benteng empat tingkat setinggi 60m yang dikenali sebagai A Famosa merupakan bangunan tertinggi di rantau ini sehingga tahun 1512 apabila ia dimusnahkan oleh Belanda pada tahun 1641. Hanya sebahagian daripada kubu ini sahaja yang kekal ke hari ini. Boleh dikatakan inilah tinggalan seni bina Eropah tertua di Asia Tenggara dan Asia Timur. Tarikan ini sesuai untuk percutian keluarga kerana ia dapat mendidik anak-anak kecik tentang sejarah sejarah tempatan kita.
Waktu operasi: Setiap hari
Alamat: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Malacca
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Melaka Wonderland Theme Park & Resort


Melaka Wonderland Theme Park & Resort merupakan tarikan pelancongan yang menyediakan taman air yang menyeronokkan untuk keluarga dan kanak-kanak. Ia menempatkan tarikan permainan seperti Tornado Chaser, Kamikaze Racer, Wave Pool dan Adventure Island untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Sementara anak-anak anda bermain riang, anda dapat berehat seketika sambil mengawasi anak anda dari jauh.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang), Isnin (tutup)
Alamat: Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK INFO DI LAMAN WEB4. The Shore Oceanarium


The Shore Oceanarium terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Gallery, betul-betul di tengah-tengah Melaka. Oceanarium ini mempunyai banyak tarikan seperti Interactive Touch Pool yang mana anda boleh menyentuh hidupan laut seperti gamat di sini. Terdapat juga Kampung Penyu yang merupakan kolam besar yang menempatkan penyu. Di sini, anda boleh memberi makan ikan mentah kepada penyu di kolam ini. Terdapat juga tangki akuarium besar yang menempatkan pelbagai jenis ikan berwarna-warni dan teater filem 3D yang akan menjadi hiburan hebat untuk kanak-kanak kecil dan orang dewasa.
Waktu operasi: Khamis-Selasa (10.30 pagi- 6.30 petang), Rabu (tutup)
Alamat: Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Malacca
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK INFO DI LAMAN WEB5. A’Famosa Safari Wonderland


A’Famosa Safari Wonderland ialah tempat yang membolehkan anda menunggang kuda, unta, dan gajah serta berjalan di tengah-tengah flamingo, rakun dan burung unta. Anda sekeluarga boleh menaiki salah satu trak safari dan menikmati pengalaman safari yang mana trak ini akan melalui habitat zirafah, harimau dan banyak lagi. Terdapat juga Monkey Island Cruise, yang mana anda boleh melihat monyet, tupai, dan gibbon. Bukan itu sahaja, terdapat juga pertunjukan bakat haiwan seperti memerang, kucing dan anjing pada waktu tayangan yang dijadualkan.
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 pagi- 5.00 petang), Selasa (tutup)
Alamat: A’famosa Resort, Jalan Kemus / Sempang Ampat, 78000 Alor Gajah, Malacca
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK INFO DI LAMAN WEB6. A’Famosa Water Theme Park


Taman tema air ini merupakan taman tema air terbesar di Malaysia. Taman tema air ini menjanjikan keseronokan kepada anda sekeluarga dengan pelbagai jenis permainan gelongsor air yang menakjubkan. Tarikan-tarikan lain termasuklah kolam yang sejuk, gelongsor yang mencabar dan banyak lagi. Tarikan air untuk kanak-kanak juga disediakan di Kids’ Adventure Pool yang lengkap dengan gelongsor mini, semburan air dan taman permainan air. Anda juga boleh mencuba Family Raft yang merupakan gelongsor air klasik yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 pagi-6.00 petang), Selasa (tutup)
Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK INFO DI LAMAN WEB7. Pasar Malam Jonker Street


Pasar Malam Jonker Street ialah pasar malam hujung minggu yang diadakan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pasar ini memanjang di sepanjang jalan dan menjual pelbagai juadah tempatan, biskut dan makanan ringan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati coconut shake dan aiskrim! Terdapat juga pelbagai seni dan kraf yang boleh dijadikan sebagai hadiah yang sesuai untuk orang yang anda sayangi. Di sini, anda juga boleh membeli barang kemas buatan tangan yang cantik, mainan dan juga pakaian sebagai kenang-kenangan.
Waktu operasi: Jumaat-Ahad (6.00 petang-12.00 malam), Isnin-Khamis (tutup)
Alamat: Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Illusion 3D Art Museum Melaka


Muzium ini memaparkan lukisan 3D yang kreatif dan menarik. Di sinilah anda boleh bergambar sakan dengan keluarga anda sambil berlatarkan lukisan 3D yang unik ini. Anda boleh melakukan pose lucu dengan lukisan 3D raksasa dan karya seni yang dilukis dengan tangan oleh pelukis terlatih. Anda dan keluarga juga boleh melihat lukisan anjing laut, ikan lumba-lumba, penguin dan juga dinosaur yang kelihatan sangat realistik.
Waktu operasi: Isnin-Khamis (10.00 pagi–7.00 petang), Jumaat-Ahad (10.00 pagi-8.00 malam)
Alamat: F2-29, Second Floor Jalan Merdeka Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK INFO DI LAMAN WEBDapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.