8 Rancangan Realiti Korea Terbaik Untuk Ditonton Di Malaysia 2023

Adakah anda pernah mendengar mengenai rancangan realiti yang bertajuk Running Man? Ya, ia merupakan rancangan realiti Tv Korea yang paling popular dan boleh dikatakan hampir seluruh dunia mengetahui rancangan realiti tersebut. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu-satunya rancangan realiti Korea yang telah dihasilkan. Terdapat banyak lagi rancangan realiti Korea yang masih belum diketahui ramai, dan sudah pasti sangat merugikan sekiranya orang ramai tidak dapat menikmati rancangan tersebut. Jika difikirkan semula, populariti rancangan realiti Korea mula meningkat naik kerana rancangan realiti Running Man yang mula ditayangkan pada tahun 2010.

Semenjak itu, lebih banyak syarikat produksi dalam industri hiburan Korea mula bersaing antara satu sama lain untuk menghasilkan rancangan realiti yang lebih bersifat asli, memiliki idea yang segar dan sesuai dengan trend terkini. Pendek kata, anda pasti pernah melihat atau mungkin terjumpa klip tular rancangan realiti Korea namun tidak pasti dari mana datangnya klip tersebut. Oleh itu, kami di sini akan membantu anda untuk mengenal pasti rancangan realiti tersebut. Berikut adalah 8 rancangan realiti Korea terbaik di Malaysia untuk anda tonton.

Apakah Aspek Yang Menjadikan Rancangan Realiti Itu Hebat?

Tahukah anda terdapat beberapa aspek yang boleh kita lihat dalam menentukan sama ada rancangan realiti itu menyeronokkan atau tidak? Terdapat 3 aspek yang boleh kita lihat seperti hos dan tetamu, rating, serta pencapaian rancangan realiti tersebut.

1. Hos dan tetamu undangan

Mungkin sukar untuk anda percaya, tetapi sememangnya hos dan tetamu undangan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti sesuatu rancangan realiti. Hos serta tetamu undangan perlulah mahir dalam memastikan rancangan realiti yang disertai dapat menarik perhatian penonton.

2. Rating

Rating merupakan salah satu aspek asas yang perlu dipertimbangkan. Secara logiknya, sudah pasti rancangan realiti yang mempunyai rating tertinggi merupakan antara rancangan realiti yang hebat dan menyeronokkan. 

3. Pencalonan

Rancangan realiti Korea lazimnya dikenali ramai melalui program majlis anugerah industri yang pernah mereka tonton. Contohnya, KBS Entertainment Awards, Baeksang Arts Awards, dan banyak lagi.

8 Rancangan Realiti Korea Terbaik Untuk Ditonton Di Malaysia 2023

1. Running Man

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Choi Bo-pil

Dibintangi: Yoo Jae-suk, Haha, Jee Seok-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-Hyo, Jeon So-min, Yang Se-chan, Lizzy,  Song Joong-ki,  Gary,  Lee Kwang-soo.

Tarikh tayangan: 11 Julai  2010

Genre: Rancangan permainan

Sinopsis: Running Man mula ditayangkan pada tahun 2010. Rancangan realiti tersebut berjaya menarik perhatian ramai di seluruh pelusuk dunia. Rancangan ini pada mulanya mempunyai 6 orang ahli di musim 1, dan tetamu undangan yang berbeza akan dijemput pada setiap episod. Anda boleh saksikan latah setiap ahli Running Man yang periang, ceria, dan penuh dengan gurau senda pada setiap hari Ahad.

2. 2 Days & 1 Night

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Na Young-Seok (Mungkin berbeza mengikut musim)

Dibintangi: Joon-ho Kim, Defconn, Joon-young Jung, Kim Seon-Ho (mungkin berbeza mengikut musim)

Tarikh tayangan: 5 Ogos 2007

Genre: pelancongan

Sinopsis: 2 Days &1 Night merupakan sebuah rancangan hiburan Korea Selatan yang bersiaran di KBS2 bermula pada 5 Ogos 2007. Rancangan ini berkisarkan 6 orang lelaki periang yang melancong ke tempat menarik di sekeliling Korea dalam masa 2 hari. Rancangan ini turut memperlihatkan keindahan alam dan tempat tarikan pelancong di negara Korea sepanjang perjalanan mereka sambil bermain pelbagai permainan yang menarik.

3. Knowing Brothers

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Jo Seung-Wook

Dibintangi: Kang Ho-dong, Lee Soo-geun, Kim Young-chul, Seo Jang-hoon, Kim Heechul, Min Kyunghoon, Lee Sangmin, dan Lee Jin-ho

Tarikh tayangan: 5 Disember 2015

Genre: Rancangan temu bual

Sinopsis: Knowing Brothers merupakan rancangan bual bicara yang membincangkan pelbagai topik menarik serta turut dihadiri oleh pelbagai tetamu istimewa seperti pelakon, ahli kumpulan “idol” Korea, dan ramai lagi. Rancangan ini turut menawarkan segmen perlawanan antara hos dan tetamu jemputan dalam setiap permainan yang berbeza. Jika tetamu yang berjaya memenangi permainan tersebut, mereka akan mempunyai kebebasan untuk mempromosi sebarang projek atau lagu yang bakal atau telah dikeluarkan oleh mereka.

4. The King of Mask Singer

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Noh Si-yong Oh Noo-ri

Dibintangi: Kim Gu Ra, Kim Hyun Chul, Lee Yoon Seok (Panelis tetap)

Tarikh tayangan:  5 April 2015

Genre: Muzik

Sinopsis: The King of Mask Singer merupakan rancangan pertandingan nyanyian Korea Selatan yang menampilkan peserta yang terdiri daripada penyanyi. Setiap peserta perlu memakai topeng sepanjang rancangan berlangsung. Kesemua peserta pertandingan nyanyian ini akan dinilai melalui suara mereka sahaja dan disamping identiti mereka akan dirahsiakan daripada panel rancangan.

5. Star’s Top Recipe at Fun-Staurant

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Hwang Seong-hun

Dibintangi: (Tiada ahli tetap)

Tarikh tayangan: 25 October 2019

Genre: Realiti, Masakan

Sinopsis: Sebuah rancangan pertandingan memasak antara selebriti diadakan berdasarkan tema masakan yang berbeza pada setiap episod. Selebriti yang diundang perlu menghasilkan masakan yang kreatif berdasarkan resipi mereka sendiri. Hidangan itu kemudiannya akan dinilai oleh 4 orang juri. Hidangan pemenang akan dipasarkan di cawangan pasar raya CU di Korea Selatan. 

6. Weekly Idol

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Lee Soon-ok (Penerbit eksekutif)

Dibintangi: Lee Sang-min, Yoo Se-Yoon, Kim Shin-young (Hos terkini)

Tarikh Tayangan: 23 Julai 2011

Genre: Rancangan aneka, Muzik

Sinopsis: Weekly Idol merupakan rancangan realiti yang akan menampilkan kumpulan “K-POP idol” yang masih baru pada setiap minggu. Rancangan ini memberikan kesempatan kepada peminat K-POP untuk mempelajari dan mengetahui lebih banyak maklumat berkaitan bintang kegemaran mereka. Rancangan ini mempunyai pelbagai siri permainan dan perbualan eksklusif bersama bintang kegemaran anda.

7. The Return of Superman

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Kang Bong-gyu (Penerbit)

Dibintangi: Empat Keluarga (Berbeza mengikut musim)

Tarikh Tayangan: 19 September 2013 

Genre: Realiti, Kanak-kanak

Sinopsis: The Return of Superman merupakan rancangan realiti keluarga Korea Selatan yang ditayangkan di KBS2. Rancangan ini merupakan salah satu rancangan realiti dari dua segmen Happy Sunday.  Rancangan ini berkisarkan seorang bapa yang akan ditinggalkan selama 48 jam bersama anak mereka tanpa sebarang bantu daripada para isteri. Kenali lebih dekat bintang kegemaran anda bersama keluarga mereka.

8. Hello Counselor

Kredit video: YouTube

Diarahkan oleh: Tidak dinyatakan

Dibintangi: Shin Dong-Yeob, Jeong Chan Woo, Kim Tae Kyun, and Lee Yeong Ja (Hos)

Tarikh Tayangan: 22 November 2010

Genre: Bual bicara, Realiti

Sinopsis: Hello Counselor merupakan sebuah rancangan bual bicara yang memfokuskan kepada orang biasa tanpa mengira umur atau jantina yang bertujuan untuk merapatkan jurang komunikasi dengan berkongsi cerita mengenai kehidupan. Rancangan hiburan realiti Korea Selatan ini mula ditayangkan pada 22 November 2010 dengan menampilkan Shin Dong-yup, Lee Young-Ja, dan Cultwo sebagai hos.


Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close