Compact mirror atau cermin kompak adalah cermin yang anda boleh bawa ke mana-mana sahaja dengan mudah. Cermin jenis ini biasanya kecil dan boleh diletakkan dalam genggaman tangan anda sekali gus. Selain itu, saiznya yang kecil memudahkan penggunaannya pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada.
Selain itu, compact mirror atau cermin kompak ini merupakan salah satu barang yang wajib anda di dalam beg tangan anda. Hal ini kerana ia dapat memastikan penampilan anda kekal rapi dan kemas. Cermin jenis ini juga tidak memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanannya. Anda boleh meletak ia di dompet mahupun di beg tangan anda. Cermin ini mempunyai pelbagai jenis reka bentuk dan fungsi. Bahkan, ada cermin ini yang boleh didirikan dan diputar ke arah berlainan untuk penggunaan yang maksimal. Berikut adalah 8 compact mirror terbaik di Malaysia untuk anda.
Bagaimanakah Memilih Compact Mirror Yang Terbaik?
Compact mirror mempunyai pelbagai jenis rekaan, warna dan fungsi di pasaran. Untuk memilih yang sesuai dengan kehendak anda, mungkin ia sedikit sukar. Oleh sebab itu, anda perlu mempertimbangkan beberapa ciri seperti jenis saiz, gaya dan harga sebelum membelinya.
- Saiz
Walaupun cermin ini dikenali sebagai compact mirror, terdapat pelbagai jenis compact mirror yang menawarkan pilihan dari segi saiz. Justeru, ia adalah penting untuk anda membeli saiz compact mirror yang sesuai dengan kehendak anda.
- Gaya
Terdapat pelbagai jenis cermin jenis ini di pasaran. Apa yang penting, anda perlu memilih cermin yang menepati gaya dan penampilan anda. Pastikan anda berpuas hati dengan corak dan rekaan cermin tersebut sebelum membelinya.
- Harga
Anda boleh melihat pelbagai harga dikenakan ke atas cermin ini. Harga yang dikenakan biasanya bergantung kepada corak rekaannya, bentuk dan juga saiz. Apa yang penting, pastikan pilihan compact mirror anda tidak melebihi bajet yang disediakan agar tidak berlaku pembaziran.
8 Compact Mirror Terbaik di Malaysia 2023
1. Glitter Compact Mirror
Glitter Compact Mirror adalah compact mirror yang memiliki 2 sisi cermin. Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai jenis warna dengan hiasan glitter yang menarik. Anda boleh meletakkan cermin ini di dalam beg solekan atau beg tangan dengan mudah kerana saiznya kecil. Hiasan permukaan luar compact mirror ini juga menarik dan sesuai untuk si gadis yang suka akan rekaan yang minimalis tetapi menonjol.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca, Plastik
- Rekaan: Variasi rekaan
Kelebihan:
✅Harga yang berpatutan
✅Cantik
Harga: RM5.65 – RM5.78
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Foldable Compact Mirror
Foldable Compact Mirror menawarkan pelbagai pilihan rekaan yang comel untuk mereka yang suka akan gaya yang cute dan menarik. Anda boleh memilih corak kesukaan anda mengikut gaya anda. Selain itu, cermin ini mempunyai pelbagai fungsi. Ia boleh didirikan sendiri, membolehkan anda menggunakan cermin ini tanpa perlu memegangnya. Di samping itu, cermin ini juga boleh digunakan dalam masa yang panjang kerana dibuat daripada bahan yang tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Leather Cardboard, Cermin
- Rekaan: Variasi rekaan
Kelebihan:
✅Comel
✅Pelbagai fungsi
Harga: RM4.00 – RM5.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Alloy Compact Mirror
Alloy Compact Mirror mempunyai 2 jenis cermin yang berbeza. Satu cermin adalah cermin standard dan satu lagi adalah cermin yang sesuai untuk anda gunakan ketika ingin bersolek ataupun membetulkan solekan anda. Selain itu, ia datang dalam bentuk dan saiz yang kecil. Jadi, cermin ini mudah disimpan di dalam beg tangan anda dan senang dibawa ke mana-mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Alloy, Cermin
- Warna: Perak, Emas, Rose Gold
Kelebihan:
✅Minimalis
✅Berkualiti tinggi
Harga: RM4.60 – RM5.72
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Cartoon Compact Mirror
Cartoon Compact Mirror adalah cermin yang boleh dilipat dan diperbuat daripada bahan yang tahan lasak. Selain itu, cermin ini boleh digunakan sebagai cermin meja yang boleh berdiri sendiri. Cermin ini memiliki 4 rekaan kartun yang membeza dan menarik. Oleh sebab itu, ia menjadi pilihan yang ideal untuk individu yang meminati koleksi barangan yang comel. Ia juga boleh menjadi hiasan serba guna di dalam bilik anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Cardboard, Cermin
- Rekaan: Variasi rekaan
Kelebihan:
✅Rekaan yang menarik
✅Boleh dilipat
Harga: RM5.20
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Vintage Compact Mirror
Vintage Compact Mirror menawarkan pelbagai warna, bentuk dan saiz cermin untuk kegunaan anda. Compact mirror ini dihiasi dengan corak vintage, jadi ia sesuai kepada mereka yang gemarkan barangan klasik. Selain itu, compact mirror ini memiliki cermin 2 sisi untuk memudahkan penggunaan anda. Ia juga boleh disimpan di dalam poket atau beg tangan anda. Cermin ini juga mempunyai sentuhan keemasan yang menawan pada bingkainya. Bagi memastikan cermin ini tahan lama, ia dilengkapi dengan ciri pengapit rama-rama bagi mengetatkan kedudukan cermin-cermin ini agar ia tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Kain, Plastik
- Rekaan: Variasi rekaan
Kelebihan:
✅Vintage
✅Dua sisi
Harga: RM4.23 – RM4.93
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Compact Mirror with LED Lights
Compact mirror ini mempunyai 8 lampu LED yang terang bagi memudahkan anda membetulkan solekan atau rambut walaupun dalam ruangan yang gelap. Cermin ini amat versatile dan mempunyai 2 jenis cermin, yang mana satu cermin adalah cermin standard dan satu lagi adalah cermin pembesar. Selain itu, cermin ini mempunyai ciri lipatan magnetik yang menjamin keselamatannya daripada tercalar dalam penggunaan masa yang panjang. Paling menarik, cermin ini boleh dilaraskan pada semua arah pada sudut 330 darjah untuk penggunaan fleksibiliti anda.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS, lampu LED
- Warna: Hitam, Merah Jambu, Putih
Kelebihan:
✅Boleh diputar
✅Pelbagai fungsi
Harga: RM4.99 – RM5.55
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Double-Sided Compact Mirror
Double-Sided Compact Mirror mempunyai saiz yang kecil dan boleh dimuatkan dalam beg tangan anda. Selain itu, ia didatangi dengan 5 jenis corak rekaan yang comel dan menarik. Bagi anda yang menggemari barangan yang comel dan cute, compact mirror ini sesuai untuk anda. Compact mirror ini juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, jadi corak rekaannya sukar untuk pudar walaupaun digunakan untuk jangka masa yang lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Cermin
- Rekaan: Polka Dot, Lembu, Koala, Puppy, Ungu
Kelebihan:
✅Comel
✅Mudah dibawa
Harga: RM6.50
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Mini Heart Compact Mirror
Mini Heart Compact Mirror ini merupakan compact mirror yang menarik kerana berbentuk hati. Selain saiznya yang kecil, ia juga berwarna merah terang yang boleh menarik perhatian anda. Selain comel, ia mempunyai cermin 2 sisi bagi memudahkan penggunaan anda. Jika anda mencari hadian untuk diberikan kepada orang tersayang, anda boleh mempertimbangkan cermin ini untuk si dia. Pasti si dia menyukainya!
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Kaca
- Rekaan: Hati
Kelebihan:
✅Cute
✅Mini
Harga: RM4.94
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.