Melihat persekitaran dengan jelas sewaktu berekspedisi adalah sangat penting supaya tidak berlaku apa-apa kemalangan. Selain membantu anda menentukan hala tuju, ia juga dapat membuatkan anda lebih sedar tentang langkah yang anda ambil di sepanjang perjalanan. Semasa berekspedisi pada waktu malam, anda memerlukan sumber cahaya yang boleh dipercayai, seperti obor untuk menerangi jalan anda ke garisan penamat. Walau bagaimanapun, ini mungkin menyusahkan anda kerana anda perlu memegangnya dengan tangan padahal anda memerlukan kedua-dua tangan anda untuk mengelakkan diri daripada tersandung atau jatuh.
Dalam hal ini, mempunyai headlamp boleh memudahkan perjalanan anda dalam persekitaran yang gelap sekurang-kurangnya sejauh satu batu. Anda bukan sahaja tidak perlu memegangnya, malah headlamp juga lebih selamat dilekatkan pada badan atau kepala anda. Berikut ialah 8 headlamp terbaik yang anda boleh dapatkan di Malaysia.
Bagaimanakah Memilih Headlamp Yang Sesuai?
Dalam memilih headlamp yang betul bagi melancarkan ekspedisi anda, anda perlu mempertimbangkan beberapa aspek seperti tahap kecerahan, ketahan dan ulasan yang dibuat oleh pembeli sebelum membeli headlamp anda.
- Tahap Kecerahan
Bergantung pada lokasi ekspedisi, anda perlu membeli headlamp dengan tahap kecerahan yang sesuai. Jika anda pergi ke persekitaran yang benar-benar gelap seperti gua, anda perlu membeli headlamp yang mempunyai tahap kecerahan yang tinggi.
- Ketahanan
Sama ada anda pergi ke persekitaran yang kering atau basah, anda perlu memilih headlamp yang boleh bertahan dalam kedua-dua keadaan. Jika anda akan basah, maka pemilihan headlamp kalis air adalah terbaik untuk anda.
- Ulasan
Anda perlu membaca ulasan produk terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membelinya. Hal ini kerana ia dapat membantu anda memperoleh maklumat tambahan seperti kualiti produk, ketahanan, dan juga perkhidmatan pelanggan penjual produk tersebut. Jadi, anda lebih mengetahui butiran headlamp yang anda ingin beli itu lebih awal.
8 Headlamp Terbaik di Malaysia 2025
1. TS-802 Headlamp

TS-802 Headlamp membantu anda melalui malam yang gelap-gelita dengan selesa dan selamat. Headlamp ini dilengkapi dengan sumbu berkuasa tinggi SZ140T yang baru dinaik taraf, yang boleh mengurangkan penggunaan kuasa dan meningkatkan jangka hayat produk. Ia berdaya tahan terhadap air, sekali gus menjadikannya sesuai untuk dipakai dalam persekitaran yang lembap.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Terang, malap, memancar
- Rating Kalis Air: IP42
- Pilihan Warna: Hitam Kuning, Putih
Kelebihan:
✅Kalis Air
✅Sumbu berkuasa tinggi
Harga: RM13.00 – RM 16.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Q5 1000 Lumens Headlamp

Q5 1000 Lumens Headlamp ini dilengkapi dengan kanta cembung Eagle Eye akrilik yang menjadikannya boleh digunakan untuk tontonan jarak jauh, iaitu beberapa ela ke hadapan. Ia mempunyai tali kepala yang boleh dilaraskan supaya anda selesa memakainya. Kotak bateri juga pada headlamp ini diperbuat daripada getah dan plastik keras untuk mengelakkan air daripada merosakkannya.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Terang, malap, memancar
- Rating Kalis Air: IP42
- Pilihan Warna: Hitam Biru
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Ketercapaian cahaya yang jauh
✅Tali boleh dilaraskan
Harga: RM 16.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. T8 Zoom Headlamp

T8 Zoom Headlamp menawarkan anda lebih keterlihatan dalam persekitaran yang gelap kerana ia dilengkapi dengan sumbu T8 dan L9 yang menakjubkan. Ia mempunyai induksi tempat yang besar supaya anda akan dapat mengecilkan cahaya apabila anda memerlukannya. Tali headlamp juga boleh dilaraskan mengikut keinginan anda.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Kuat, Sederhana
- Rating Kalis Air: IPX65
- Pilihan Warna: Hitam Jingga
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Sumbu Berganda
✅ Mod Zoom
Harga: RM 24.28
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. 5000LM Headlamp

5000LM Headlamp ini menggunakan kedua-dua suis fizikal dan deria untuk menghidupkan headlamp. Dengan ciri ini, anda dapat menghidupkan headlamp tanpa menyentuh suis yang terletak pada bahagian atas eye bulb. Ia juga dilengkapi dengan mentol boleh putar, sekali gus membolehkan anda melaraskannya mengikut keperluan anda.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Kuat, sederhana, pendek dan bersambung (Strob)
- Rating Kalis Air: IP42
- Pilihan Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Headlamp boleh laras
✅Ciri ‘Sensory switch’
Harga: RM 14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. XPE COB Headlamp

XPE COB Headlamp ini dilengkapi dengan dua mod cahaya, iaitu terang dan malap yang membolehkan anda mempunyai dua darjah keterlihatan. Headlamp ini boleh ditanggalkan supaya anda boleh mengeluarkannya dari tali untuk kegunaan individu. Ia juga mempunyai magnet yang kuat di bahagian tepi, sekali gus membolehkan anda melekatkannya pada permukaan logam seperti kereta atau bahagian atas khemah.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Terang, malap
- Rating Kalis AIr: IPX4
- Pilihan Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Boleh ditanggalkan
✅2 sisi cahaya
Harga: RM 5.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. P70 Headlamp

P70 Headlamp sesuai untuk mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam ekspedisi. Selain itu, ia juga sesuai untuk golongan profesional dalam sukan ini. Dengan 5 mod cahaya, anda dapat melaraskan kesesuaian cahaya dengan sewajarnya. Headlamp ini dilengkapi dengan induksi gelombang tangan, menjadikannya boleh digunakan tanpa sebarang sentuhan. Ia juga mempunyai jangka hayat bateri yang kuat, membolehkan anda melengkapkan ekspedisi lebih lama tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Terang, Sederhana, Malap, Memancar, pendek dan bersambung (strob)
- Rating Kalis Air: IPX65
- Pilihan Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Headlamp yang boleh dilaras
✅5 mod cahaya
Harga: RM 47.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. COB LED Headlamp

COB LED Headlamp mempunyai reka bentuk futuristik yang akan membuatkan anda kelihatan bergaya dan moden semasa berekspedisi. Ia mempunyai sensor induksi gelombang sisi dan touch buckle yang boleh diaktifkan tanpa sentuhan. Ia juga mempunyai LED yang boleh memancarkan cahaya secara lebar ke sudut tontonan yang jauh.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Kuat, rendah, memancar, burst flash
- Rating Kalis Air: IPX65
- Pilihan Warna: Hitam
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Reka bentuk futuristik
✅Ciri ‘Sensory Switch’
Harga: RM 32.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Super Bright LED Headlamp

Super Bright LED Headlamp sesuai digunakan semasa anda mendaki pada waktu malam atau ketika anda meneroka gua yang gelap. Mentolnya sangat terang sehingga menjadikan headlamp ini berguna dalam suasana yang gelap. Sebagai contoh, sekiranya anda mencari sesuatu dalam persekitaran yang gelap, headlamp ini dapat membantu anda dengan cekap. Dilengkapi dengan lima mentol lampu, ia menawarkan anda empat mod cahaya iaitu terang, sederhana, rendah dan strob.
Spesifikasi:
- Kecerahan: Kuat, sederhana, rendah, pendek dan bersambung (strob)
- Rating Kalis Air: IPX64
- Pilihan Warna: Biru, Kuning
Kelebihan:
✅Kalis air
✅Sangat terang
✅4 mod cahaya
✅5 mentol lampu
Harga: RM 23.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.