Hidangan mee mendapat perhatian yang lebih banyak selama bertahun-tahun. Pada asalnya, mee merupakan hidangan pilihan untuk diet secara tradisional bagi kaum Cina, di mana makanan ini merupakan sumber tenaga utama bagi kaum Cina di samping turut menjadi hidangan yang ‘economical’. Pada waktu dahulu, mee dimasak ketika segar dan segera selepas proses mengadun dan menguli sehingga menjadi potongan yang panjang dan kemudian dimasak.
Penghasilan mi segera oleh Momofuku Ando daripada Nissin Foods yang bertempat di Jepun telah mengambil alih industri pembuatan mee sepantas kilat. Seterusnya, mee yang dulunya dibuat dengan cara tradisional iaitu melalui teknik ‘hand-pulled’ telah bertukar kepada pemprosesan mi segera yang terus menjadi suatu fenomena. Walau bagaimanapun, masih terdapat kedai mee yang membuat mee secara asli menggunakan kaedah tradisional yang terletak di Lembah Klang. Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui 8 hidangan mee terbaik di Lembah Klang.
Apakah hidangan yang boleh dihasilkan daripada mee?
Terdapat variasi hidangan mee yang berbeza di seluruh benua, misalnya di Asia. Eropah, Amerika Selatan, dan Afrika. Hidangan seperti ramen pula berasal dari Jepun, ‘pho’ daripada Vietnam, ‘sopa seca’ daripada Mexico, dan banyak lagi. Kini, hidangan mee telah menjadi makanan yang bersifat multikultural dan universal serta telah diadaptasi dan berubah sejajar dengan sejarahnya.
Berikutnya, antara jenis hidangan mee yang boleh didapati di Malaysia adalah ‘Chilli Pan Mee’, yang terdiri daripada bahan seperti tepung gandum, bawang goreng, cili, bawang putih, dan ikan bilis; atau ‘Fish and Seafood Noodles’ yang mengandungi makanan laut yang segar dengan sup yang penuh perasa dan dihidang ketika panas; atau ‘Hokkien Mee’ yang diperbuat daripada mee goreng dan sos kicap. Sebagai tambahan, hidangan mee yang turut terkenal di Malaysia adalah Laksa Sarawak. Hidangan tersebut terdiri daripada bihun nipis, udang, cebisan ayam, dan cebisan telur goreng.
8 Hidang Mee Terbaik di Lembah Klang 2023
1. Restaurant Kin Kin


Restoran Kin Kin merupada pengasas hidangan ‘Chilli Pan Mee’ yang beroperasi di Kuala Lumpur. Kini, terdapat banyak cawangan restoran ini yang menyajikan pelbagai menu yang berbeza di sekitar Kuala Lumpur, termasuk di Singapura. ‘Kin Kin Chilli Pan Mee’ adalah suatu hidangan yang terdiri daripada mee yang rata bersama serbuk cili, ikan bilis rangup dan telur rebus yang dimasak sempurna di samping potongan daging babi yang berperisa. Setiap meja dilengkapi dengan satu bekas cili ‘homemade’ yang membolehkan anda untuk menambah kepedasan hidangan itu sekiranya tidak cukup pedas buat anda. Restoran ini terletak di kawasan kejiranan yang sunyi. Walaupun begitu, restoran ini masih mampu untuk menarik jumlah pelanggan yang banyak menjelang waktu puncak dek popularitinya.
Waktu operasi: 7 pagi hingga 6.30 petang (setiap hari)
Alamat: 40, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
2. Restoran B & Best


Anda boleh menikmati semangkuk hidangan mee yang sedap di Restoran B & Best terdapat pelbagai jenis ikan segar yang anda boleh pilih, seperti ikan bawal dan ikan kerapu. Restoran ini turut menyediakan sup yang jernih hasil daripada kemanisan yang diperoleh daripada makanan laut yang segar dan mee tersebut dihidangkan bersama campuran hirisan ikan yang dipilih, bebola ikan dan ‘baby oyster’. Selain itu, restoran ini beroperasi seawal jam 7 pagi, jadi datang awal bagi mengelakkan kesesakan ketika proses mengambil pesanan dan meja.
Waktu operasi:
- 7 pagi hingga 3.30 petang (Isnin – Rabu, Jumaat – Sabtu)
- 7 pagi hingga 3 petang (Khamis dan Ahad)
Alamat: 12, Jalan SS 4c/5, Taman Rasa Sayang, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website: https://www.facebook.com/B-Best-Restaurant
3. Damansara Uptown Hokkien Mee (Uptown-HQ)


Anda boleh membuat pesanan semudah mengimbas kod QR dan makanan anda tersedia dalam tempoh 20 minit sahaja jika anda berada di ‘Damansara Uptown Hokkien Mee’. Hidangan mee yang paling mendapat tempat di hati pelanggan adalah ‘Yin Yong Noodles’ dan Hokkien Mee’. Mee ini diperbuat dengan penuh teliti dan tidak menghasilkan rasa yang terlalu kuat. Jangan lepaskan peluang untuk merasa hidangan Itik Panggang yang sedap. Di samping itu, ruangan makan di restoran ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan kurang sesak selepas jam 6 petang. Oleh sebab itu, restoran ini wajar menjadi pilihan utama untuk anda berkunjung bersama keluarga dan rakan-rakan ketika ingin menikmati makan malam yang santai dengan makanan yang tidak akan mengecewakan anda seisi keluarga dan rakan-rakan.
Waktu Operasi:
- 3 petang hingga 1 pagi (Isnin – Jumaat)
- 12 tengahari hingga 1 pagi (Sabtu – Ahad)
Alamat: 117, 119,121, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website: https://uptownhokkienmee.com
4. Fatty Mee Hoon Kuih House (Klang)



‘Fatty Mee Hoon Kuih House’ adalah sebuah restoran yang bertempat di Taman Berkeley Klang yang menghidangkan makanan yang ringkas, sedap dan ‘mee hoon kuih’ atau ‘hand-torn noodles’ yang amat berpatutan selama berdekad. Jadi, sesiapa yang kerap mengunjungi restoran ini ketika di usia muda pasti akan membawa kembali nostalgia ketika zaman tersebut. Restoran ini menyajikan makanan yang best, terutamanya pada waktu hujan. Apabila anda sampai di pintu masuk, anda hanya perlu membuat bayaran dan tunggu sehingga anda ditempatkan di ruangan makan. Sup yang disediakan sangat memuaskan hati pelanggan, malah ‘hand-torn noodles’ yang dihidangkan bersifat nipis, licin, lembut dan bahagian yang paling menarik adalah kerangupan ikan bilis yang dihidangkan bersama. Namun, anda harus memastikan anda dapat menunggu dengan penuh sabar ketika waktu makan tengahari atau ‘lunch hour’ memandangkan restoran ini sangat dikenali dalam kalangan masyarakat setempat.
Waktu operasi: 8 pagi hingga 4 petang (setiap hari)
Alamat: Leboh Bangau, Taman Berkeley, 41150 Klang, Selangor
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website:https://www.facebook.com/Fattymeehoonkuihhouse
5. Goon Wah Restaurant


Sekiranya anda merupakan penggemar ‘Fish Head NoodleS’, Restoran Goon Wah adalah tempat makan yang wajib anda kunjungi. Restoran ini dikenali dengan ‘Claypot XO Fish Head Noodles’ dan versi masakan daripada restoran ini merupakan antara salah satu restoran yang mendapat nama di Lembah Klang. Hidangan ini dipersembahkan bersama ‘claypot’ yang mengandungi air s=rebusan yang panas dan warna yang cerah serta diisi oleh mee yang tebal, kepala ikan yang digoreng, tauhu, tomato, keladi dan sayur masin. Namun begitu, tidak dilupakan juga hidangan mee yang turut diklasifikasikan sedap dan berbaloi untuk mencubanya, iaitu ‘Claypot Lou Shi Fun’ yang merupakan ‘claypot’ versi ‘Hakka Mee’. hidangan ini enak, harum, dan disertakan dengan daging babi yang dicincang dan lemak babi. Restoran ini memiliki staf yang cepat bertindak dan lazimnya, makanan akan tersedia dalam anggaran 10 minit bergantung pada jumlah pelanggan pada waktu tersebut.
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 4 petang (Isnin – Sabtu) Tutup pada hari Selasa
Alamat: G13, Jalan 3/115c, Taman Kuchai Jaya, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website: https://www.facebook.com/Goonwah.restaurant.catering
6. Ramen Seirock-ya @Uptown


Ramen Seirock-ya @Uptown adalah tempat makan yang bercirikan mesra muslim di samping menyediakan Ramen dan Tsukemen yang asli. Mee bagi tsukemen adalah lebih tebal daripada mee yang digunakan untuk Ramen dan mempunyai tekstur yang kenyal. Bukan itu sahaja, restoran ini turut memiliki hidangan menu ‘Tori Paitan Broth’ yang amat disukai para pelanggan, ia berasaskan ayam daripada ‘Tonkotsu Ramen’ yang berkrim dan pekat. Restoran ini juga telah membuat resepi rebusan yang sempurna, di mana ia tidak terlalu l=tebal mahupun terlalu masin. Telur yang dihidang bersama sup rebusan itu dimasak sehingga keras di luar tetapi melekit atau ‘gooey’ di dalam. Apabila dicampur bersama sup, ia menghasilkan tekstur hidangan itu berkrim yang sukar ditolak malah akan membangkitkan lagi selera anda.
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 8:30 pagi (setiap hari)
Alamat: 6-G, Jalan SS 21/35, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website: https://seirock-ya.com.my
7. Jia Li Mian Noodle House @Pandan Jaya


Pengunjung kerap datang ke ‘Jia Li Mian Noodle House’ untuk menikmati kelazatan Asam Laksa dan Mee Kari Utara asli. Asam laksa yang disajikan di restoran ini mempunyai rasa yang masam dan manis yang seimbang dan selalunya ia turut dihidangkan dengan 2 hirisan ikan medium di dalam sup. Anda juga akan dapat menghidu keharuman bunga kantan yang diletakkan di dalam sup itu. Bagi Mee Kari pula, dimasak dengan jumlah santan yang secukupnya bagi mengimbangi kepedasan sambal di samping turut dihidangkan bersama beberapa hirisan ‘pig blood curd’ di mana ia merupakan suatu yang agak asing untuk dilihat pada hari ini. Makanan laut dan bahan-bahan yang digunakan adalah dalam kuantiti yang banyak, layanan dan tindakan yang cepat, dan kualiti makanan yang sentiasa konsisten. Ia merupakan pilihan tempat makan yang terbaik untuk sarapan dan makan tengahari sekiranya anda peminat tegar hidangan mee.
Waktu operasi:
- 7.30 pagi hingga 4 petang (Jumaat – Selasa)
- 7 pagi hingga 4 petang (Rabu) Tutup pada hari Khamis
Alamat: 19, Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur, Selangor
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website: http://scanmenu.my/jia-li-mian-noodle-house-menu
8. Aunty Christina’s Sarawak Laksa


‘Aunty Christina’s Sarawak Laksa’ bertempat dalam premis milik Restoran Sea Park. Laksa tersebut berharga RM 10 semangkuk dan dihidangkan bersama daging ayam yang dicarik, taugeh yang segar, dan 2 ekor udang segar yang bersaiz medium. ‘Aunty Christina’s Sarawak Laksa’ sememangnya mengikuti rekomendasi blogger makanan, Youtubers, dan kritikan terhadap makanan. Dengan kepelbagaian herba dan rempah yang diterapkan di dalam hidangan tersebut, kuah Laksa sangat sedap. ‘Kolo Mee’ yang dihidang bersama daging babi yang dicincang, hirisan fishcake, dan lemak babi yang digoreng.
Waktu operasi: 8.15 pagi to 2.30 petang (setiap hari)
Alamat: 23, Jalan 21/1, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti sekarang
Google Reviews: Klik
Website:https://www.instagram.com/aunty_christina_sarawak_laksa/
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.